Anda di halaman 1dari 5

Sejarah, Hari, Hikmah, Fadhilah, Niat,

Puasa Tarwiyah 8 Dzulhijjah

Tarikh 8 Zulhijjah disebut juga dengan istilah Hari Tarwiyyah, dan puasa di
hari tersebut disebut dengan puasa Tarwiyyah. Persoalannya mengapakah
hari ke 8 Zulhijjah itu dinamakan sebagai Hari Tarwiyyah?

‘Tarwiyyah’ (‫ )تروية‬berasal dari perkataan ‘Rowa-yarwi’ (.‫ )روى‬yang bererti


menceritakan, meriwayatkan, mengisahkan, mengeluarkan, memancarkan,
melewatkan, mengantarkan, mengairi dan memberi minum.

Dalam kitabnya “Al-Mughni”, Imam Ibnu Qudamah menjelaskan kenapa


sebab dinamakan hari ke 8 Zulhijjah itu dengan Hari Tarwiyyah. Sekurang-
kurangnya ada 2 alasan kenapa hari itu dinamakan Hari Tarwiyyah. (Al-
Mughni 3/249)
Pertama:

Pada hari ke 8 Zulhijjah, para jemaah haji setelah berihram, mereka


menuju Mina untuk bermalam dan keesokan harinya mereka akan menuju
Arafah. Ketika di Mina itu para jemaah (seperti yang dikatakan Ibnu
Qudamah) mempersiapkan air sebagai bekal untuk dibawa berwukuf di
Arafah. Menyiapkan air ini diistilahkan dan mempunyai asal kata yang
sama dengan ‘Yatarowwauna’ (‫)يتروون‬, kerana inilah hari ke 8 itu
dinamakan Hari Tarwiyyah.

Kedua:

Dinamakan “Tarwiyah”(Hari berfikir) kerana di malam hari Tarwiyah itu


Nabi Ibrahim as mendapatkan mimpi pertama kali dari Allah ‫سبحانه وتعالى‬
untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail as. Seharian Baginda a.s.
berfikir dan “tertanya-tanya” kepada dirinya apakah perintah itu datangnya
dari Allah .‫ سبحانه وتعالى‬atau dari syaitan “Bertanya-tanya” itu juga diistilahkan
dengan bahasa “Yurowwi” (.‫ )يروي‬dan itu sebab dinamakan hari itu sebagai
Hari Tarwiyyah.

Dan ketika mimpi itu datang untuk kedua kalinya di malam hari Arafah,
Nabi Ibrahim a.s. akhirnya meyakini bahawa ia perintah daripada Allah
‫سبحانه وتعالى‬bukan dari syaitan. “Arofa” (‫ )عرف‬dalam bahasa Arab bermaksud
adanya pengetahuan atau mengetahui.Maka kerana itulah hari ke 9
Zulhijjah dinamakan“Hari Arafah” (‫ )عرفة‬yang bermakna hari tahu atau
mengerti perintah dariNya.

Berdasar dari kisah-kisah tersebutlah, ia menjadi suatu sunnah dan Umat


Islam disarankan agar melakukan ibadah korban pada 10 hingga 13
Zulhijjah.

Daripada Saidatina ‘Aisyah r.a., Rasululah ‫ ﷺ‬bersabda;

‫ َوِإ َّن ُه لَ َيْأتِي َي ْو َم ْالقِ َيا َم ِة ِبقُرُو ِن َها‬.‫دَم‬ ‫َأ‬


ٍ ‫َما َع ِم َل ابْنُ آ َد َم َي ْو َم ال َّنحْ ِر َع َمالً َحبَّ ِإلَى هللا َع َّز َو َج َّل مِنْ ِإهْ َرا َق ِة‬
ً ‫ َفطِ يبُوا ِب َها َن ْفسا‬.‫ض‬ ِ ْ‫ َق ْب َل َأنْ َي َق َع َعلَى اَألر‬،‫ان‬ ٍ ‫هللا َع َّز َو َج َّل ِب َم َك‬ ‫َأ‬ ْ ‫َأ‬
ِ ‫َو ظالَفِ َها َو ْش َع‬
ِ ‫ وِإنَّ الدم لَ َي َق ُع م َِن‬. ‫ار َها‬

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha
melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu
akan datang pada hari kiamat lengkap dengan segala tanduk, bulu dan
kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah
binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan
reda akan ibadat korban yang kamu lakukan (ikhlaskanlah hati kamu ketika
berkorban itu).”(Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim.)

Mereka yang tidak ke tanah suci atau melaksanakan haji dianjurkan untuk
berpuasa Tarwiyah. Ini adalah berdasarkan pada hadits mengenai puasa
Tarwiyah yang bermaksud bahawa puasa pada hari Tarwiyah
menghapuskan dosa satu tahun, dan puasa pada hari Arafah
menghapuskan dosa dua tahun.

Rasululah ‫ ﷺ‬bersabda,

‫ْن‬ َ ‫م َي ْو ِم َعر َف َة َك َّف‬.ُ ‫ص ْو‬


ِ ‫ارةُ َس َن َتي‬ َ ‫ص ْو ُم َي ْو ِم ال َّترْ ِو َي ِة َك َّف‬
َ ‫ َو‬،ٍ‫ارةُ َس َنة‬ َ

“Puasa pada hari tarwiyah menghapuskan (dosa) satu tahun, dan puasa
pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ad-Dailami dalam kitabnya Musnad


Firdaus (2/248). Namun darjat hadis ini mardud (tertolak), kerana ada
periwayat hadis dianggap pendusta, iaitu Muhammad bin Sa’aib Al-Kalbi.
Sementara ada juga periwayat dalam hadits tersebut yang dinilai majhul
(tidak dikenal), yakni Ali bin Ali Al-Himyari.
Para ulama memperbolehkan mengamalkan hadits yang dha’if (lemah)
sekalipun, sekadar hadis itu diamalkan dalam kerangka fadhail al-a’mal
(demi memperoleh keutamaan), tidak berkaitan dengan masalah aqidah
dan hukum.

Puasa Tarwiyah ini semakin diperkukuhkan oleh satu riwayat yang


menyatakan bahawa puasa sepuluh hari, kecuali Hari Raya Aidul Adha,
dari awal bulan Zulhijjah, hukumnya sunnah, berdasarkan hadis yang
diriwayatkan Ummul Mu’minin Sayyidatina Hafsah Radliyallaahu ‘anha.

‫ وثالث‬،‫ والعشر‬،‫ صيام عاشوراء‬:‫ أربع لم يكن يدعهن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬:‫وعن حفصة قالت‬
‫ والركعتين قبل الغداة رواه أحمد والنسائي‬،‫أيام من كل شهر‬.
Dari Hafsah ra: “Ada empat perkara yang tidak pernah ditinggalkan
Rasulullah saw, yaitu puasa Asyura (10 Muharram), (amal soleh) 10 hari
pertama Zulhijjah, puasa tiga hari pada setiap bulan dan melakukan solat
dua rakaat sebelum Solat Subuh.” (Riwayat Ahmad dan Nasa’i).

Memang tidak ada satu hadis sahih pun yang jelas dan tegas menyatakan
sunnahnya berpuasa pada hari Tarwiyah. Namun perlu kita ketahui,
banyak fuqaha yang memfatwakan bahawa puasa pada hari Tarwiyah itu
hukumnya sunnah atau sebagai fadhilah, berdasarkan dua sebab.

Pertama, atas dasar ihtiyath (berhati-hati) dan cermat dalam usaha


mendapat fadhilah puasa Arafah yang begitu besar. Bahkan Syaikh
Zainuddin Al-Malibari dalam kitabnya Fath al-Mu’in berkata, puasa ini
termasuk sunnah mu’akkadah.

Kedua, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis tentang keutamaan


sepuluh hari bulan Zulhijjah di sisi Allah ‫سبحانه وتعالى‬, yang Tarwiyah dan
Arafah juga berada di dalamnya.

Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah ‫ﷺ‬


bersabda;

“Tidak ada perbuatan yang lebih disukai oleh Allah .‫ سبحانه وتعالى‬daripada
amal soleh yang dilakukan pada sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah.”

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah?”


Rasulullah ‫ ﷺ‬menjawab, “Walau jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki
yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali
selama-lamanya, yakni menjadi syahid.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

.
Niat dan Amalan Puasa Tarwiyah

Bagi yang ingin menjalankan puasa Tarwiyah, dianjurkan untuk berniat di


malam harinya.

Niatnya adalah:

Hikmah dan Fadhilah Puasa Tarwiyah

Ada beberapa keistimewaan yang akan didapatkan oleh seseorang yang


mau menjalankan puasa Tarwiyah.

Sudah tahu kan kapan puasa Tarwiyah ini.


Puasa Tarwiyah adalah puasa sunnah pada tanggal 8 Dzulhijjah.

Berikut Hikmah dan Fadhilah/keutamaannyanya:


1. Dapat menghapus dosa satu tahun.

2. Dianugrahi oleh Allah SWT dengan 10 macam kemuliaan, yaitu:


 Diberi keberkahan pada umumnya.
Bertambah harta.
Kehidupan rumah tangga akan terjamin.
Membersihkan diri dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu.
Amal dan ibadahnya akan dilipatgandakan.
Allah akan memudahkan kematiannya.
Allah akan menerangi kuburnya selama di alam Barzah.
Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang
Mahsyar.
Selamat dari kejatuhan kedudukan di dunia ini.
Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai