Anda di halaman 1dari 12

HADITH :

MEMELIHARA
AMALAN
FA I Z A H
ABDULLAH
ASUHAIMI
∙ Mengenali sahabat yang meriwayatkan hadith
∙ Makna perkataan pilihan
∙ Intisari hadith
∙ Perkara utama yang disarankan oleh hadith
∙ Perkara utama yang disarankan oleh hadith dalam kehidupan pendakwah
∙ Mengenali Umar ibn Khattab
∙ Makna (‫ِح( ْز ِبه‬
∙ Kelebihan memelihara perkara sunat
∙ Kelebihan membaca al Quran
∙ Berusaha melakukan wirid harian
∙ Iltizam pendakwah dengan amalan sunat yang diwajibkan pada dirinya
∙ Qadha perkara sunat dan wirid yang terlepas
∙ Kesan memelihara perkara sunat dan wirid dalam kehidupan pendakwah
∙ Sayyidina Umar Al Khattab  r.a menyatakan, Rasulullah s.a.w mengatakan, “sesiapa
yang tertidur ketika membaca Al Quran pada waktu malam ataupun apa sahaja wirid
atau zikir yang dibacanya, kemudian dia membacanya semula antara solat subuh dan
solat zuhur, dia dianggap orang yang membaca Al Quran pada keseluruhan malam.”

∙ https://www.youtube.com/watch?v=hnaowUscLNo&ab_channel=iffahdzulkarnain
Mengenali Umar Bin al-Khattab

• Gelaran: Abu Hafs atau Bapa Hafs kerana anaknya bernama Hafsah yang berkahwin
dengan Nabi (‫صل(ىهللا((( عليه( وسلم‬
• Gelaran al-Faruq bererti yang memisahkan dan membezakan
• Memeluk Islam di Makkah selepas mendengar adiknya membaca surah Taha
• Antara 10 sahabat yang dijamin syurga
• Khalifah kedua selepas Abu Bakr, namanya dicadangkan oleh Abu Bakr pada 13H
• Meninggal dunia ketika mengimami solat Subuh ditikam oleh seorang Majusi
bernama Abu Lu’Lu’ pada 23H
Makna hizbahu
∙ Amalan yang menjadi kebiasaan dibuat dalam kadar yang tertentu
∙ Al-Hafiz al-Iraqi berkata, boleh jadi solat malam, bacaan al-Qur’an dalam solat, atau
bacaan al-Qur’an di luar solat
Kelebihan Memelihara Perkara Sunat
∙ Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-
perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya. Dan jika Aku
telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk
mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang
digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia
meminta kepadaku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-
Ku niscaya akan Aku lindungi. (HR al-Bukhari)

َ َ‫ك َع َس ٰ ٓى أَن يَ ۡب َعث‬


ٗ ‫ك َرب َُّك َمقَ ٗاما َّم ۡح ُم‬
‫ودا‬ َ َّ‫ َو ِم َن ٱلَّ ۡي ِل فَتَهَج َّۡد بِ ِهۦ نَافِلَ ٗة ل‬ 
∙ Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang
tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji
(Al-Isra : 79)
Kelebihan Membaca Al Quran

∙ Bacalah Al-Quran, kelak ia akan datang di Hari Kiamat memberi syafaat kepada para
pembacanya (HR Muslim)

∙ “Siapa yang membaca Al-Quran, Allah akan mencatat baginya, sepuluh pahala
kebaikan di tiap hurufnya dan siapa yang mendengarkan bacaan Al-Quran, Allah akan
catat untuknya, satu kebaikan di tiap hurufnya, serta ia akan dibangkitkan dalam
golongan orang yang membaca dan naik derajatnya.” (HR. Ad-Dailami)

∙ “Pelajarilah Al-Quran oleh kalian, sebab kelak di Hari Kiamat ia akan datang memberi
syafaat kepada para pengkajinya.” (HR. Ibnu Hibban)
∙ “Siapa yang membaca Al-Quran, dimana ia membacanya pada waktu shalat di tengah malam
dan siang hari, ia menghalalkan halalnya dan mengharamkan haramnya, maka Allah
haramkan daging dan darahnya terkena api neraka, dan akan menjadikannya teman
pendamping para malaikat yang mulia dan baik, serta pada Hari Kiamat nanti Al-Quran akan
menjadi hujjah (pembela) untuknya.” (HR. Thabrani)

∙ “Pelajarilah Al-Quran dan mintalah surga dengannya, sebelum muncul satu kaum yang
mempelajari Al-Quran untuk tujuan duniawi. Sesungguhnya ada tiga kelompok yang
mempelajari Al-Quran: (1) Seseorang yang mempelajarinya untuk membanggakan diri, (2)
Seseorang yang mencari makan darinya, dan (3) seseorang yang membaca kerana Allah
Subhanahu Wata’ala.” (HR. Baihaqi)
Berusaha melakukan wirid harian
∙ Dan dari Abdullah bin Amr dia berkata : Rasulullah (‫ صل(ىهللا((( عليه( وسلم‬bersabda:
(bacalah oleh kalian Al Qur’an dan khatamkanlah setiap satu bulan) aku berkata :
aku mendapati diriku mampu melakukannya melebihi itu...hingga beliau bersabda :
(Maka bacalah olehmu dan jangan menghatamkannya kurang dari tujuh hari) hadits
riwayat Bukhari ( 4767 ) dan Muslim ( 1159 ).
Pengajaran Hadith
∙ Iltizam pendakwah dengan biasa yang ia lakukan
∙ Qadha perkara sunat dan wirid yang terlepas

Isu qadha solat sunat telah dibahaskan oleh para ulama’. Menurut Imam al-Nawawi, solat sunat itu
terbahagi kepada dua:
1. Yang tidak terikat dengan waktu, dan dilakukan sempena kejadian dan keadaan tertentu, seperti
gerhana, meminta hujan dan tahiyyatul masjid. Solat sunat jenis ini tidak boleh diqadha jika
tertinggal.
2. Terikat dengan waktu, contohnya solat sunat dua hari raya dan solat sunat rawatib, dan terdapat tiga
pandangan bagi solat sunat jenis kedua ini. Pandangan yang paling tepat ialah sunat untuk qadha jika
tertinggal.
Terdapat banyak hadith yang menjadi sandaran ulama yang berpegang pada pandangan yang
mensunatkan qadha solat sunat yang tertinggal. Antaranya ialah riwayat daripada Ummu Salamah
R.’Anha, katanya:
‫صالَّهُ َما بَ ْع َد ْال َعصْ ِر‬
َ َ‫ُش ِغ َل َرسُو ُل هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم َع ِن ال َّر ْك َعتَي ِْن قَ ْب َل ْال َعصْ ِر ف‬
∙ Maksudnya: Nabi SAW disibukkan akan suatu urusan hingga tertinggal solat sunat dua rakaat
sebelum Asar, maka Baginda SAW menggantikannya selepas Asar. Sunan al-Nasa’ie (587)
Daripada Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:
ْ َ‫صلِّ ِه َما بَ ْع َد َما ت‬
ُ‫طلُ ُع ال َّش ْمس‬ َ ُ‫صلِّ َر ْك َعتَ ِى ْالفَجْ ِر فَ ْلي‬
َ ُ‫َم ْن لَ ْم ي‬
∙ Maksudnya: Siapa yang tidak solat sunat dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah dia
menggantikannya setelah matahari terbit. Sunan Tirmizi (423)
Begitu juga dengan solat witir, dimana Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan:
َ ُ‫َم ْن نَا َم َع ِن ْال ِو ْت ِر أَ ْو نَ ِسيَهُ فَ ْلي‬
َ‫صلِّ إِ َذا َذ َك َر َوإِ َذا ا ْستَ ْيقَظ‬

∙ Maksudnya: Barangsiapa yang tertidur sebelum sempat solat witir atau terlupa, hendaklah dia
solat apabila dia teringat atau apabila dia terjaga daripada tidur. Sunan Tirmizi (465), Sunan
Abi Dawud (1431) dan Sunan Ibn Majah (1244)
Kesan memelihara perkara sunat dan wirid dalam
kehidupan pendakwah
1. Allah menjaganya

Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya kau dapati Dia di
hadapanmu (sebahagian Hadith ibn Abbas riwayat Tirmizi)
2. Hubungan yang rapat dengan pencipta dan pemilik hati-hati makhluk

Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang
kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia (Ali Imran 112)
3. Ketenangan jiwa

Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah".
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia (ar-Ra’d 28)

Anda mungkin juga menyukai