Anda di halaman 1dari 62

yayasan

B U S H R A

Fiqh
ZIKIR
PAGI & PETANG

Disusun oleh
Ustadz Dr. Firanda Andirja Abidin, MA
Fiqh Zikir Pagi Petang 1
2 Fiqh Zikir Pagi Petang
Fiqh Zikir Pagi Petang 3
4 Fiqh Zikir Pagi Petang
Keperluan seorang hamba terhadap zikir “mengingat
Penciptanya” lebih dari keperluannya terhadap makanan
dan minuman. Dengan mengingati-Nya, hati seorang
hamba akan menjadi tenteram dan bahagia. Kerana
begitu banyaknya keutamaan zikir, sehingga Ibnul Qayyim
rahimahullah -dalam kitabnya al-Wabil as-Shayyib-
menyebutkan lebih kurang seratus keutamaan dan manfaat
zikir. Dan ternyata keutamaan dan manfaat tersebut bukan
hanya berkaitan dengan manfaat keagamaan, bahkan
berkaitan juga dengan manfaat duniawi. Berikut beberapa
manfaat zikir pagi dan petang:

Pertama: Menjadikan seseorang tidak sibuk dengan


dosa-dosa lisan, seperti ghibah (mengumpat), namimah
(mengadu domba), dan perkataan yang sia-sia. Adapun
di zaman kita sekarang, waktu yang kita gunakan untuk
berzikir dapat membantu memalingkan kita dari membaca
berita-berita yang tidak jelas kebenarannya, yang seringkali
isinya adalah kedustaan, mengadu domba, dan menanam
kebencian di antara kaum muslimin.

Kedua: Orang yang berzikir (mengingati Allah) maka


Allah akan mengingatnya. Allah berfirman:

Fiqh Zikir Pagi Petang 5


“Kerana itu, ingatlah engkau kepada-Ku, nescaya Aku
ingat (pula) kepadamu.” (Qs. Al-Baqarah : 152)

Ketiga: Zikir akan menenangkan hati dan jiwa serta


menghilangkan kesedihan dan kekecewaan. Adapun
di zaman kita sekarang, zikir dapat membantu kita
menghilangkan dan mencegah stres. Hal ini merupakan
manfaat yang sangat penting terutamanya di zaman
sekarang ini.

Keempat: Zikir akan memantapkan aqidah seseorang,


mengingat banyaknya lafaz-lafaz zikir pagi petang yang
berisi tentang pengesaan Allah. Yang membuat tauhid
seseorang hamba semakin kukuh di setiap pagi dan
petangnya. Dengan tauhid inilah, akan hilang segala
perkara yang ditakutkan dan dikhuatirkan oleh seorang
hamba.

Kelima: Zikir pagi petang akan menguatkan seseorang


dan menjadikannya sabar dalam menghadapi ujian
kehidupan.

6 Fiqh Zikir Pagi Petang


Allah berfirman:

“Maka bersabarlah engkau (Muhammad) atas apa


yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji
Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam
dan bertasbihlah (pula) pada waktu-waktu di malam hari
dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa
senang.” (Qs. Thaha : 130)

“Maka bersabarlah engkau (Muhammad) terhadap


apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil
memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum
terbenam(nya). Dan bertasbihlah kepada-Nya di malam
hari dan setiap selesai solat.” (Qs. Qaaf : 39-40)

Keenam: Salah satu manfaat zikir -di antaranya zikir pagi


dan petang- iaitu zikir akan menjadi penjaga bagi seorang
muslim. Betapa banyak keburukan yang pada bila-bila
masa boleh menimpa seorang muslim, baik gangguan dari
yang zahir mahupun gangguan dari yang tidak terzahir,
seperti gangguan syaitan dan hasadnya orang-orang yang
hasad.

Fiqh Zikir Pagi Petang 7


Al-Imam Al-Qurtubi pernah berkata tentang salah satu
bacaan zikir pagi petang:
‫فإن منذ‬
ِّ ،‫وقول صادق علمناه دليلَه دليالً وجتربة‬
ٌ ‫صحيح‬
ٌ ‫هذا خبـٌَر‬
‫عقرب باملدينة‬
ٌ ‫ فلدغتين‬،‫يضرين شيءٌ إىل أن تركته‬ َّ ‫مسعته عملت به فلم‬
‫فتفكرت فإذا أنا قد نسيت أن أتعوذ بتلك الكلمات‬
ُ ،ً‫ليال‬
“Ini adalah hadis yang sahih dan perkataan yang benar,
kami telah mengetahui penghujahannya, baik secara dalil
mahupun dengan pengalaman. Sesungguhnya semenjak
aku mendengar zikir ini akupun mengamalkannya, dan
aku tidak pernah ditimpa dengan kemudharatan hingga
sampai suatu ketika aku tidak membacanya, lalu akupun
disengat kala jengking di malam hari di kota Madinah.
Akupun merenungkan (sebab musibah yang menimpaku
ini), ternyata aku lupa membaca doa berlindung kepada
Allah dengan zikir ini.”
(al-Futuhaat Ar-Rabbaaniyah, Ibnu ‘Allan 3/100)

Allah berfirman:
ُ ْ َ ُ َ ُ ّ َ ُ ُ ُ ْ َ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ َ
‫ِيها بِالغ ُد ّ ِو‬ ‫وت أذِن الل أن ترفع ويذكر فِيها اسمه يسبِح ل ف‬ ُُ
ٍ ‫ِف بي‬
ْ
‫َوال َصا ِل‬

“Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah


diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya

8 Fiqh Zikir Pagi Petang


di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang.” (Qs.
An-Nuur : 36)

As-Sa’di berkata:
ِ ‫الس ِي فِي ِهما إِ َل‬
،‫اهلل َو ُس ُه ْولَتِ ِه‬ ِ ِِ ِ ِ
َ ْ ْ َّ ‫ص َه َذيْ ِن الْ َوقـْتـَْي ل َشَرفه َما َولتـَيَ ُّس ِر‬ َّ ‫َخ‬
ِ ِ َّ ‫َّسبِْي ُح ِف‬ ِ
‫ت أَذْ َك ُار‬ ْ ‫ َولََذا ُشِّر َع‬،‫الصالَة َو َغ ِْيَها‬ ْ ‫ك الت‬ َ ‫َويَ ْد ُخ ُل ِف َذل‬
‫اح َوالْ َم َس ِاء‬ َّ ‫اح َوالْ َم َس ِاء َوأ َْوَر ِاد ِهَا ِعْن َد‬
ِ َ‫الصب‬ ِ َ‫الصب‬
َّ
“Allah mengkhususkan dua waktu ini (pagi dan petang)
kerana mulianya dua waktu ini, dan kerana mudahnya
seseorang untuk berjalan mendekatkan diri kepada Allah
di kedua waktu tersebut. Dan termasuk di dalam hal ini
(perintah untuk bertasbih di dua waktu ini) adalah tasbih
dalam solat, dan di luar solat. Kerananya disyariatkan zikir
pagi petang dan wirid-wiridnya tatkala pagi dan petang.”
(Tafsir As-Sa’di hal 569)

Allah juga berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan


menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-
banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi
dan petang.” (QS. Al-Ahzab:41-42).

Fiqh Zikir Pagi Petang 9


Al-Baidaawi berkata :
‫ات لِ َك ْونِِ َما‬
ِ َ‫ضلِ ِهما علَى سائِِر األَوق‬
ْ َ َ َ ْ َ‫لدالَلَة َعلَى ف‬
ِ َّ ِ‫الذ ْك ِر ل‬
ِّ ِ‫ص ُهما ب‬ ِ
َ ُ ‫َوَتْصْي‬
‫َم ْش ُه ْوَديْ ِن‬
“Dan dikhususkan waktu pagi dan petang untuk
berzikir menunjukkan akan keutamaan dua waktu ini
dibandingkan waktu-waktu yang lain, kerana dua waktu
ini (pagi dan petang) disaksikan (oleh malaikat).” (Tafsir
Al-Baidaawi 4/233)

Ibnu Katsir berkata, “Firman Allah (dan bertasbihlah


kepada-Nya di waktu pagi dan petang) iaitu tatkala pagi
dan petang, seperti firman Allah:

ِ ‫السمو‬ ِ ْ ُ‫صبِ ُحو َن ولَه‬ ِ ِ ِ


‫ات‬َ َ َّ ‫الَ ْم ُد ف‬ َ ْ ُ‫ني ت‬ َ ‫فَ ُسْب َحا َن اللَّه ح‬
َ ‫ني تُْ ُسو َن َوح‬
‫ني تُظْ ِه ُرو َن‬ ِ ِ ِ ‫واألر‬
َ ‫ض َو َعشيًّا َوح‬ ْ َ
“Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu
berada di petang hari dan pada waktu kamu berada di
waktu subuh, dan bagi-Nya-lah segala puji di langit dan
di bumi dan pada waktu kamu berada di petang hari dan
pada waktu kamu berada di waktu Zohor.” (Qs. Ar-Ruum:
17-18) (Tafsir Ibnu Katsir 6/436)

10 Fiqh Zikir Pagi Petang


Allah juga berfirman:

“Bertasbihlah sambil memuji Rabb-mu pada waktu petang


dan pagi.” (QS. Al-Mu’min: 55)

Para ahli Bahasa berselisih pendapat mengenai batasan


waktu as-sobaah (pagi) dan al-masaa’ (petang) secara al-
lughah (bahasa). 1

1 Secara bahasa, al-Masaa’ atau al-Imsaa’ ada dua pendapat di kalangan ahli bahasa:
Pertama: dari zohor hingga terbenam matahari.
Kedua: dari zohor hingga tengah malam.

Al-Khalil bin Ahmad Al-Farahidi (wafat 170 H) berkata:

ِ‫ص‬
‫ف اللَّيل‬ ِ ِ
ٌ ‫ وقال‬.‫ بعد الظُّ ْهر إىل صالة امل ْغ ِرب‬:‫واملساء‬
ْ ‫ إىل ن‬:‫بعض‬
َ maghrib. Sebahagian berkata: hingga ten-
“Al-Masaa’ (petang) adalah setelah zohor hingga solat
gah malam.” (Al-‘Ain 7/323, hal serupa dinyatakan oleh Al-Azhari (wafat 310 H) dalam kitabnya
Tahdziib al-Lughah 13/82 dan Az-Zabiidi dalam Taajul ‘Aruus 39/530)

Demikian juga as-sobaah ada dua pendapat di kalangan ahli bahasa:


Pertama : dari terbit fajar hingga menjelang zohor dan
Kedua: dari tengah malam hingga menjelang zohor.

Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi berkata:

‫ مها َّأول النَهار‬:‫الصْبح والصباح‬


ُّ
“As-subh dan as-sobaah keduanya adalah awal dari siang.”
(al-‘Ain 3/126, lihat juga perkataan al-Azhari dalam Tahdziib al-Lugah 4/154)

Al-Fayyuumi berkata
:

‫اح ِعْن َد‬ َّ ‫الََوالِ ِيق ِّي‬


ُ َ‫الصب‬ َ َ‫ف ال َْم َس ِاء ق‬
ْ ‫ال ابْ ُن‬ ُ ‫ضا ِخ َل‬
ً ْ‫اح أَي‬ َّ ‫اح ِمثـْلُهُ َوُه َو أ ََّو ُل النـََّها ِر َو‬
ُ َ‫الصب‬ ُ َ‫الصب‬
َّ ‫الصْب ُح الْ َف ْجُر َو‬
ُّ

Fiqh Zikir Pagi Petang 11


Adanya perbezaan secara bahasa tentang batasan
waktu pagi dan petang menyebabkan para ulama juga
berselisih mengenai bila waktu disyariatkan membaca zikir
pagi2 dan bila waktu membaca zikir petang3 . Pendapat
yang paling kuat adalah pendapat Asy-Syaikh Muhammad
bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah. Beliau berkata:
‫ويدخل الصباح من طلوع الفجر وينتهي بارتفاع الشمس ضحا ويدخل‬
‫ فاألذكار‬.‫املساء من صالة العصر وينتهي بصالة العشاء أو قريبا منها‬
‫اليت قيدت بالصباح واملساء هذا وقتها واألذكار اليت قيدت بالليل‬
‫ فالبد أن تكون يف الليل نفسه‬... ‫تكون بالليل مثل آية الكرسي‬

‫ف اللَّْي ِل ْال ََّوِل‬


ِ‫ص‬ ِ ِ ِ َّ ‫ف اللَّي ِل ْال ِخ ِر َإل‬ ِ ِ ِ ‫الْعر‬
ْ ‫الزَوال ُثَّ ال َْم َساءُ َإل آخ ِر ن‬ ْ ِ‫ص‬ ْ ‫ب م ْن ن‬ََ
“As-Shubh adalah fajar, as-sobaah juga demikian, iaitu permulaan siang, dan as-sobaah juga
adalah lawan dari al-masaa’. Ibnu al-Jawaaliqi berkata: As-sobaah menurut kaum Arab adalah
bermula dari tengah malam hingga zohor, lalu al-masaa’ dari zohor hingga tengah malam”
(al-Misbaah al-Muniir 1/331)
2 Ada tiga pendapat di kalangan para ulama tentang waktu zikir pagi:
Pertama: Subuh bermula dari terbitnya fajar (azan subuh) dan berakhir tatkala terbitnya
matahari. Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibnu al-Qayyim (al-Waabil As-Shayyib hal 93)
Kedua: Subuh bermula dari terbitnya fajar dan terus berlanjutan sehingga menjelang zawal
(azan sholat zohor). Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Al-Lajnah Ad-Daimah dalam fatwa
mereka 24/179.
Ketiga: Subuh bermula dari terbitnya fajar dan berlanjutan sehingga terbenam matahari. (lihat
Tuhfat Adz-Dzakirin karya Asy-Syaukani hal 95)
3 Ada tiga pendapat di kalangan para ulama tentang waktu zikir petang:
Pertama: Petang iaitu antara asar hingga maghrib, dan ini pendapat Ibnu Taimiyyah (Al-Kalim
At-Thoyyib hal 67) dan Ibnul Qayyim (al-Waabil as-Shoyyib hal 93)
Kedua: Petang bermula dari waktu zawal (azan zohor) hingga terbenam matahari ditambah
awal malam. Dan ini adalah pendapat al-Lajnah ad-Daaimah (Lihat Fatawa al-Lajnah ad-
Daaimah 24/178) dan juga pendapat Asy-Syaikh Ibnu Baaz (lihat Majmuu’ Fataawaa wa
Maqoolaat Ibni Baaz 26/72)
Ketiga: Petang bermula dari terbenam matahari hingga terbit fajar. (lihat Tuhfat Adz-Dzakirin
karya Asy-Syaukani hal 95)

12 Fiqh Zikir Pagi Petang


“Waktu as-shobaah bermula dari terbit fajar hingga
matahari naik di waktu dhuha. Dan waktu al-masaa’
(petang) bermula dari solat asar dan berakhir dengan
solat isya’ atau dekat dengan waktu solat isya’. Maka zikir-
zikir yang terikat waktunya dengan pagi dan petang, inilah
waktunya. Dan zikir-zikir yang terikat dengan malam
maka waktunya di malam hari, seperti ayat kursi … maka
harus dibaca tatkala malam.” (Syarh Riyaadh as-Sholihin
5/537)

Kesimpulannya:
Zikir pagi bermula dari terbit fajar (azan subuh) sehingga
waktu duha. Adapun zikir petang ada dua bentuk:
1. Apabila disebutkan dibaca waktu petang, maka waktu
membacanya adalah dari solat asar hingga solat isya’.
2. Apabila ditentukan dalam dalil dibaca pada waktu
malam, maka zikir yang seperti ini hendaklah dibaca
pada waktu malam dan tidak boleh dibaca sebelum
matahari terbenam.

Semakin seseorang bersegera membaca zikir pagi maka


penjagaan Allah semakin segera baginya. Sebagaimana
Nabi berzikir setelah solat subuh sehingga terbit matahari.

ٍ ِ
ُ‫صلَّى اللَّه‬
َ ‫أكنت جتالس رسول اهلل‬
َ :‫ قلت جلابر بن مسرة‬:‫عن سَاك‬
ِ
‫صاله الذي صلى فيه‬ ْ ‫ نعم كثرياً؛ فكان ال يقوم‬:‫َعلَْيه َو َسلَّ َم قال‬
َ ‫من ُم‬

Fiqh Zikir Pagi Petang 13


‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫الغداة حىت تطلع الشمس؛ فإذا طلعت قام‬
Dari Simak, dia berkata: Aku bertanya kepada Jabir
bin Samuroh, “Apakah engkau sering duduk bersama
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam?” Dia berkata, “Ya,
selalu. Beliau tidaklah bangun dari tempat beliau solat
yang beliau solat subuh di situ sehingga terbit matahari.
Jika matahari telah terbit maka beliau bangun.” (HR Abu
Dawud no 1294 dan disahihkan oleh Al-Albani)

Akan tetapi jika dia tidak sempat untuk membaca


zikir pagi sehingga matahari terbit, maka tidak mengapa
untuknya berzikir setelah matahari terbit, bahkan boleh
berzikir sehingga menjelang zohor. Ini kerana sebagaimana
telah berlalu pembahasannya -secara bahasa as-sobaah
berakhir hingga menjelang zohor.

Demikian juga zikir petang hendaklah bermula setelah


masuk waktu asar. Allah ta’ala berfirman:

“Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.”


(QS. Al-Ahzab: 42)

Al-Jauhari (wafat 393 H) berkata:


ِ ‫ص ِر إِىل الْم ْغ ِر‬
‫ب‬ ِ
َ ْ ‫ت بـَْع َد الْ َع‬
ُ ْ‫ الْ َوق‬:‫يل‬
ُ ‫واألَص‬

14 Fiqh Zikir Pagi Petang


“Al-ashiil adalah waktu setelah asar sehingga maghrib.”
(As-Shihah 4/1623 lihat juga Lisanul ‘Arob 11/17 dan
Taajul ‘Aruus 27/449)

Akan tetapi jika tidak sempat berzikir sehingga


matahari tenggelam maka tidak mengapa berzikir setelah
maghrib hingga akhir waktu solat isyak’ (pertengahan
malam).

Allah berfirman:

“Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu


berada di petang hari dan pada waktu kamu berada di
waktu subuh, dan bagi-Nya-lah segala puji di langit dan
di bumi dan pada waktu kamu berada di petang hari dan
pada waktu kamu berada di waktu Zohor.”
(Qs. Ar-Ruum 17-18)

Ibnu ‘Abbas berkata:

ِ ‫ {فَسبحا َن اللَّ ِه ِحني تُْسو َن} الْم ْغ ِر‬،‫ات‬ ِ ‫الصلَو‬ ِ


ُ‫ب َوالْع َشاء‬
ُ َ ُ َ َ ُْ َ َّ ‫َجَ َعت‬
ِ ‫الصب ِح {وع ِشيًّا} ص َلةُ الْعص ِر‬ ِ
‫ني‬
َ ‫{وح‬ َ َْ َ َ َ ْ ُّ ُ‫ص َلة‬ َ }‫صبِ ُحو َن‬
ْ ُ‫ني ت‬
َ ‫{وح‬َ
‫ص َلةُ الظُّ ْه ِر‬ } ‫ن‬ ‫و‬
َ َ ُ ُ‫ر‬ ِ
‫ه‬ ‫ظ‬
ْ ‫ت‬

Fiqh Zikir Pagi Petang 15


“Ayat ini mengumpulkan solat-solat (5 waktu). (Maka
bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di
petang hari) iaitu maghrib dan isya’. (dan waktu kamu
berada di waktu subuh) iaitu solat subuh. (dan di waktu
kamu berada pada petang hari) iaitu solat ashar. (dan di
waktu kamu berada di waktu Zohor) iaitu solat zohor.”
(Tafsiir At-Thabari 18/475), dan inilah tafsir yang dipilih
oleh al-Baghawi (6/264), Ibnu ‘Athiyyah (lihat al-
Muharraor al-Wajiiz 4/332).

Di sini Ibnu ‘Abbas menafsirkan al-masaa’ dengan solat


maghrib dan isya’. Dan sebagaimana telah berlalu pula
bahawa secara bahasa al-masaa’ berakhir tengah malam.

Ada beberapa adab yang seharusnya diperhatikan


tatkala membaca zikir pagi dan petang. Adab-adab tersebut
iaitu:

Pertama: Hendahlah membaca zikir-zikir yang telah sahih


dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Adapun zikir-zikir yang
berasal dari hadis-hadis lemah seharusnya ditinggalkan.

Kedua: Hendaklah membacanya dengan penuh


penghayatan terhadap kandungan maknanya agar
manfaat zikir tersebut lebih dirasakan dan mendatangkan
pahala yang lebih besar. Bukan membacanya sambil

16 Fiqh Zikir Pagi Petang


fikiran melayang ke mana-mana.

Al-Qurthubi rahimahullah berkata:


ِ ِ ِِ ِ ِ ‫ال ِس‬
‫ضَر‬
َ ‫استَ ْح‬
ْ َ‫يم ل َم ْن قَ َام بَ ِّق َهذه الْ َكل َمات ف‬ ُ َْ ‫اب‬ ُ ‫إَِّنَا َْي‬
ُ ‫ص ُل الثـََّو‬
‫َم َعانِيـََها بَِق ْلبِ ِه َوتَأ ََّملَ َها بَِف ْه ِم ِه‬
“Pahala yang besar hanyalah diraih oleh orang yang
menegakkan hak dari kalimat-kalimat (zikir ini) lalu
menghadirkan kandungan maknanya di hatinya serta
menghayati maknanya dengan memahaminya.”
(Sebagaimana dinukil oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Baari
11/205)

Asy-Syaikh Muhammad Al-Mukhtaar Asy-Syinqithi


-hafidzahullah- (beliau adalah anggota kibar ulama dan
pengajar di masjid Nabawi) berkata:

Fiqh Zikir Pagi Petang 17


“Selama engkau rutin membaca zikir maka bergembiralah
untuk meraih seluruh kebaikan.... bahkan meskipun
engkau sedang ditimpa musibah, maka sungguh Allah
akan mengeluarkanmu dari sempitnya musibah tersebut,
dari penderitaan dan bencana musibah tersebut, iaitu
dengan sebab kebaikan-kebaikan yang berat (kerana
zikirmu) yang tidak terlintas dalam mindamu.

Tidaklah seorang hamba menjaga agar selalu membaca


zikir kecuali Allah akan melapangkan (membahagiakan)
hatinya. Demi Allah yang tidak ada sesembahan
selainNya, engkau tidak akan mendapati seorangpun
dalam keadaan menderita, kecewa dengan beban
urusannya, urusan isterinya dan anak-anaknya, lalu dia

18 Fiqh Zikir Pagi Petang


selalu membaca zikir pagi dan petang kecuali Allah akan
memberikan kepadanya -di antara lipatan dunia ini- jalan
keluar dan penyelesain!!

Dan sungguh engkau akan hairan dengan keadaan


sebahagian orang, sementara dia memikul beban
permasalahan dirinya, permasalahan hartanya, isterinya,
dan anak-anaknya akan tetapi dia tidak pernah malas
untuk membaca sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
dan mengikuti petunjuk Nabi di waktu pagi dan petang
(iaitu membaca zikir pagi dan petang), tiba-tiba engkau
mendapatinya menjadi orang yang paling lapang dadanya
dan paling kuat keyakinannya..

Sungguh menakjubkan, betapa banyak pahala dan darjat


yang tinggi baginya di sisi Allah kerana keyakinannya
tersebut. Maka bentengilah dirimu dengan membaca zikir
pagi (dan petang). Bacalah zikir-zikir tersebut ! Akan tetapi
membacanya dengan penuh penghayatan!!”
(https://www.youtube.com/watch?v=Es_vcT6Dlq4)

Ketiga: Hendaklah seseorang membaca zikir pagi petang


sambil menghadirkan kerendahan dan keperluannya
terhadap perlindungan dan penjagaan Allah di pagi dan
petang hari.

Keempat: Zikir pagi petang hendaklah dibaca semuanya.


Akan tetapi jika seseorang tidak sempat untuk membaca
semuanya kerana kesibukan dan yang selainnya-

Fiqh Zikir Pagi Petang 19


maka tidak mengapa dia membaca meskipun hanya
sebahagiannya.

Kelima: Sunnahnya seseorang membaca zikir ini dengan


suara yang lirih (perlahan) dan tidak dikuatkan di hadapan
orang ramai agar tidak mengganggu mereka. Allah ta’ala
berfirman:

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan


diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Qs. Al-
A’raaf : 55)

Keenam: Tidak disyariatkan untuk mengangkat kedua


tangan tatkala membaca zikir pagi petang, kerana tidak
ada dalil yang menunjukkan akan hal itu. Sama sahaja jika
zikir tersebut isinya adalah pujian, sanjungan mahupun
doa.

Ketujuh: Tidak disyariatkan membaca zikir pagi petang


dengan beramai-ramai baik di masjid mahupun di tempat
lain. Hendaklah masing-masing membacanya secara
bersendirian. Boleh sahaja dia meniru orang lain jika
memang dia belum tahu dan dalam rangka belajar. Adapun
apabila hanya ikut mendengarnya tanpa mengucapkan
zikir-zikir tersebut maka dia belum dikatakan telah berzikir,
meskipun dia mendapatkan ketenangan hati tatkala

20 Fiqh Zikir Pagi Petang


mendengar zikir-zikir tersebut.

Kelapan: Tidak disyaratkan membaca zikir-zikir ini wajib


dalam keadaan suci. Namun jika membacanya dalam
keadaan bersuci (berwudhu’) tentu lebih baik.

Fiqh Zikir Pagi Petang 21


Ashbahnaa ‘alaa fithrotil islam wa ‘alaa kalimatil ikhlas
wa ‘alaa diini nabiyyinaa muhammad shallahu ‘alaihi
wasallam wa ‘alaa millati abiinaa ibrohiim haniifam
muslimaw wa maa kaana minal musyrikiin.

Ertinya: “Di waktu pagi kami berada di atas fitrah Islam, di


atas kalimat ikhlas (syahadatain), di atas agama Nabi kita
Muhammad , dan di atas agama ayah kami Ibrahim,
yang berdiri di atas jalan yang lurus, muslim dan tidak
tergolong orang-orang musyrik.”4 (Dibaca 1x)

4 HR Ahmad no 15360, An-Nasa’i di Al-Kubro no 9743 dan ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah


no 1, disahihkan oleh Al-Albani dan para pentahqiq al-Musnad.

Kandungannya:
(Di waktu pagi kami berada di atas fitrah Islam): Sungguh indah tatkala seorang muslim
membuka paginya dengan memuji Allah, mengakui betapa mulianya dirinya tatkala di pagi hari
dia berada di atas fitrah Islam yang masih murni di atas tauhid dan tidak dikotori oleh kesyirikan.
Lihatlah betapa ramai manusia yang membuka paginya dengan ritual kesyirikan, dengan
menyembah selain Allah atau memberikan hidangan kepada jin.
(Di atas kalimat ikhlas): Iaitu kalimat tauhid laa ilaahaa illallahu. Ini adalah kalimat yang paling
agung, kerananya Allah mengutus para Rasul, kerananya Allah menurunkan kitab-kitab suci,

22 Fiqh Zikir Pagi Petang


Rodhitubillahi robbaa, wabil islaamidiinaa, wabi
muhammadin shollahu’alaihi wasallam nabiyyaa

Ertinya: Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai


agama, dan Muhammad sebagai nabi (yang diutus oleh
Allah).” (Dibaca 3x) 5
dan kerananya terpecahlah manusia menjadi mukmin dan kafir. Barangsiapa yang berada di
atas kalimat ikhlas ini bererti dia berada di atas nikmat yang terbesar.
(di atas agama Nabi kita Muhammad) Demikian juga merupakan kenikmatan yang terbesar
adalah seseorang berada di atas agama Nabi Muhammad iaitu agama yang sempurna yang
lengkap dari segala sisi. Dialah agama Islam yang merupakan agama penutup yang paling
sempurna dan mencakup seluruh bangsa manusia dan berlaku di seluruh zaman.
(dan di atas agama ayah kami Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus, muslim dan
tidak tergolong orang-orang musyrik) iaitu agama Ibrahim yang dengan kedua tangannya
menghancurkan berhala-berhala simbol kesyirikan, seorang diri berjuang melawan seluruh
penduduk negerinya demi menegakkan tauhid.

5 HR. Ahmad 18967 dan At-Tirmidzi 3389, dan dinyatakan oleh para pentahqiq al-Musnad
: Shahih li ghoirihi.
Keutamaannya: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata:

‫اهلل أَ ْن يـُْر ِضيَهُ يـَْوَم ال ِْقيَ َام ِة‬


ِ ‫إَِّل َكا َن حقًّا علَى‬
َ َ
“Kecuali wajib bagi Allah untuk membuatnya redha pada hari kiamat”

Hal ini kerana terdapat kaedah “Balasan sesuai dengan perbuatan”. Tatkala dia redha dengan
menjadikan Allah sebagai Tuhannya maka Allahpun pada hari kiamat menjadikan dia redha
iaitu dengan memberikan kepadanya pahala yang besar (Tuhfatul Ahwadzi 9/235)

Telah datang dalam hadis yang lain tentang keutamaan berzikir menggunakan zikir ini dengan
zikir mutlaq, iaitu tidak terikat dengan waktu pagi dan petang. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:

‫ ومبحمد رسوالً؛ وجبت له اجلنة‬،ً‫ وباالسالم دينا‬،ً‫يت باهلل ربا‬ ِ


ُ ‫ َرض‬:‫من قال‬
“Barangsiapa yang berkata: Aku redha Allah sebagai Rabbku, Islam sebagai agamaku, dan

Fiqh Zikir Pagi Petang 23


Allahumma inni asaluka ‘ilman naafi’an wa rizkqon
toyyiban wa amalan mutaqobbala.

Ertinya: “Ya Allah, sesungguh aku memohon kepada-Mu


ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang
diterima.”6 (Dibaca 1x setelah solat subuh)

Muhammad sebagai rasulku, maka wajib baginya masuk syurga.”


(HR Abu Daud no 1368 dari Abu Sa’id Al-Khudri dan disahihkan oleh Al-Albani)

Kandungannya:
Orang yang mengucapkan zikir ini dengan penuh keyakinan maka dia akan merasakan
manisnya Iman. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

‫ َوِبُ َح َّم ٍد َر ُس ًول‬،‫ال ْس َلِم ِدينًا‬ ِ ِ‫ان من ر ِضي ب‬


ِْ ِ‫ َوب‬،‫اهلل َربًّا‬ ِ ِ
َ َ ْ َ َ‫اق طَ ْع َم ْالمي‬
َ ‫َذ‬
“Telah merasakan manisnya iman orang yang redha Allah sebagai Rabbnya, Islam sebagai
agamanya dan Muhammad sebagai Rasul.” (HR Muslim no 34)

Makna “redha terhadap sesuatu” iaitu qanaah dan merasa cukup serta puas dengan sesuatu
tersebut sehingga tidak perlu mencari yang lainnya lagi. (lihat Al-Minhaaj Syarah Shahih Muslim
2/2)

Maksud dari zikir ini adalah aku tidak perlu mencari tuhan dan sesembahan lain selain Allah.
Sungguh Allah semata yang disembah kerana hanya Dia-lah yang telah memberikan segala
kurnia yang aku rasakan. Aku juga tidak perlu mencari agama yang lain, kerana Islam sudah
cukup bagiku, sempurna dan indah aturan-aturannya, mencakup seluruh aspek kehidupan.
Tidak seperti agama-agama yang lain, tidak sempurna aturan-aturannya, sering kontradiktif
(saling bertentangan), dan tidak mencakup seluruh aspek kehidupan. Dan aku redha
Muhammad sebagai Rasul-ku, aku tunduk kepada seluruh keputusan dan pernyataannya,
semuanya aku yakini kebenarannya tanpa keraguan sedikitpun.

6 HR Ibnu As-Sunni di ‘Amal al-yaum wa al-lailah no 54, dari Ummu Salamah dan
dihasankan oleh pentahqiq kitab ‘Amal al-yaum wa al-lailah yaitu dengan lafal:

‫ َو َع َم ًل ُمتـََقبَّ ًل‬،‫ َوِرْزقًا طَيِّبًا‬،‫ك ِع ْل ًما نَافِ ًعا‬ ْ ‫ «اللَّ ُه َّم إِ ِّن أ‬:‫ال‬
َ ُ‫َسأَل‬ ْ ‫» َكا َن إِ َذا أ‬
َ َ‫َصبَ َح ق‬
“Nabi kalau di pagi hari beliau berkata: Allahumma inni asaluka ‘ilman naafi’an…”

24 Fiqh Zikir Pagi Petang


Allahumma bika ashbahnaa, wa bika amsainaa, wa bika
nahyaa, wa bika namuutu wa ilaikannusyuur

Ertinya: “Ya Allah, dengan Engkaulah kami memasuki


waktu pagi, dan dengan Engkaulah kami memasuki
waktu petang. Dengan Engkaulah kami hidup dan
dengan Engkaulah kami mati. Dan kepada-Mu kami
dibangkitkan.”7 (Dibaca 1x)

Lafaz ini umum menunjukan bolehnya dzikir ini dibaca bila sahaja yang penting di pagi hari.
Namun telah datang riwayat dari Ummu Salamah yang menunjukan bahwa zikir ini dibaca
setelah solat subuh. Lafaznya sebagai berikut:

‫ني يُ َسلِّ ُم‬ ِ ُّ ‫ول إِ َذا صلَّى‬


َ ‫الصْب َح ح‬ َ ُ ‫َكا َن يـَُق‬
“Nabi mengucapkannya setelah solat subuh iaitu setelah salam.” (HR Ahmad no 26602 dan Ibnu
Majah No 925, pada sanadnya ada perawi yang mubham yaitu maula Ummu Salamah, namun
hadits ini banyak jalannya sehingga dihasankan oleh oleh Ibnu Hajar dalam Nataaijul Afkaar fi
Takhriij Ahaadiits Al-Adzkaar 2/312 dan disahihkan oleh Al-Albani)

Kandungannya:
Zikir ini mengajarkan untuk bersandar kepada Allah dalam menghadapi kegiatan harian. Kerana
seorang muslim tujuannya dalam kehidupan dunia adalah untuk beramal soleh, dan dia tidak
akan mampu beramal soleh dengan baik kecuali dia juga mencari rezeki untuk meneruskan
hidupnya dan keluarganya. Maka hendaklah dia meminta bimbingan kepada Allah agar
dimudahkan dalam beramal soleh dan memperoleh rezeki yang halal. Namun sebelum itu
semua, dia terlebih dahulu meminta kepada Allah ilmu yang bermanfaat, kerana dengan ilmu
yang bermanfaat inilah dia dapat membezakan mana amal yang soleh dan mana amal yang
buruk, mana rezeki yang halal dan mana rezeki yang haram.

7 HR. at-Tirmidzi no.3391 dan disahihkan oleh Al-Albani.

Kandungannya:
(Ya Allah, dengan Engkaulah kami memasuki waktu pagi) iaitu: Kerana Engkau Ya Allah kami
memasuki waktu pagi dalam keadaan di bawah penjagaan-Mu, bergelumag dalam kurnia-Mu,

Fiqh Zikir Pagi Petang 25


Ashbahnaa wa ashbahalmulku lillah, walhamdulillah,
laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahulmulku
walahulhamdu, wahuwa ‘ala kuli syai in qodiir. Robbi
asaluka khoiro maa fii hadzaal yaum wa khoiro maa
ba’dahu, wa a’uudzubika min syarri maa fii hadzal yaum
wa syarri maa ba’dahu. Robbi a’uudzubika minal kasali
wa suu il kibar. Robbi a’uudzubika min ‘adzaabin fiinnaari
wa ‘adzaabin filqobr

Ertinya: “Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan


hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan
(yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa,
tersibukkan dengan berzikir kepada-Mu, memohon pertolongan dengan nama-Mu, di bawah
bimbingan-Mu, bergerak dengan kekuatan dari-Mu, dan bertindak dengan kehendak-Mu.
(Dengan Engkaulah kami hidup dan dengan Engkaulah kami mati) iaitu Engkau-lah yang
menghidupkan kami kembali (dari tidur kami) dan Engkau-lah yang mematikan kami
(menidurkan kami), demikianlah berlanjutan keadaan kami dalam setiap waktu dan setiap
keadaan.

(Dan kepada-Mu kami dibangkitkan) iaitu kami hanya kepada-Mu bukan kepada selain-Mu.
(Lihat : Tuhfatul Ahwadzi 9/236)

26 Fiqh Zikir Pagi Petang


tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya
pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Rabb, aku mohon kepada-Mu kebaikan di hari ini
dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu
dari kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Ya
Rabb, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan
keburukan di hari tua. Ya Rabb ku! Aku berlindung
kepada-Mu dari seksaan di Neraka dan kubur.” 8
(Dibaca 1x)

8 HR Muslim no.2723

Kandungannya:
Zikir ini berisikan doa yang dibuka dengan pujian terhadap Allah. Pengakuan sebagai bentuk
bersyukur dapat berada di pagi hari dengan kurnia Allah, sambil mengakui bahawa seluruh
kerajaan alam semesta dan segala kenikmatan hanyalah dari Allah, sehingga segala pujian
hanya milik Allah. Tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah semata, dan Dialah yang
maha kuasa atas segala sesuatu.
Setelah memuji Allah lalu memohon kepadaNya:
(aku mohon kepada-Mu kebaikan di hari ini dan kebaikan sesudahnya), iaitu segala kebaikan
yang Engkau kehendaki terjadi hari ini untuk orang-orang soleh, baik kebaikan yang nampak
mahupun yang batin (tersembunyi), demikian juga hari-hari setelah hari ini
(Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya), iaitu segala
keburukan yang Engkau kehendaki untuk terjadi pada hari ini mahupun pada hari-hari
setelahnya, baik keburukan yang nampak mahupun yang tersembunyi.
(Ya Rabb, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan. (Kemalasan berbeza dengan
ketidakmampuan, orang yang malas pada hakikatnya dia mampu dan memiliki kekuatan, hanya
saja jiwanya enggan untuk melaksanakannya.
(dan keburukan di hari tua), iaitu segala perkara-perkara buruk yang muncul di hari tua, seperti
nyanyuk, cepat emosi, sifat yang keanak-anakan, dan lain-lain.

Fiqh Zikir Pagi Petang 27


Allahumma anta robbii laa ilaha illa anta, kholaqtanii
wa anaa ‘abduka, wa anaa ‘ala ‘ahdika, wawa’dika
mastatho’tu. A’uudzubika min syarri maa shona’tu, abuu
u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu u bidzanbi faghfirlii,
fainnahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta

Ertinya : “Ya Allah! Engkau adalah Rabb ku, tidak ada


Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah
yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku
akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku.
Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang aku
lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku
mengakui memikul dosaku. Kerana itu, ampunilah aku,
sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali
Engkau.”9 (Dibaca 1x)

9 HR al-Bukhari no.6306

Keutamaannya: Zikir ini dinamakan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dengan “Sayyidul
Istighfar” iaitu pemimpin doa istighfar, kerana sayyid maknannya adalah yang mengugguli
lainnya. Maka zikir ini mengungguli lafaz-lafaz zikir istghfar yang lainnya, jadi zikir inilah yang
terbaik. Hal ini kerana kandungannya dibuka dengan pujian terhadap Allah, pengakuan sebagai
seorang hamba, pengakuan dosa dan ketidak mampuan, dan ditutup dengan pengakuan
bahawa tidak ada yang dapat mengampuni kecuali Allah. Zikir ini menggabungkan antara
penyebutan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat tertinggi dengan pengakuan terhadap keadaan
hamba yang terendah dan terhina (Hasyiat As-Sindi ‘ala sunan An-Nasaai 8/280)

Barangsiapa yang membaca zikir ini di siang hari dalam keadaan yakin lalu meninggal sebelum
petang hari maka dia termasuk penduduk syurga.

Kandungannya:
(Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku) iaitu janjiku untuk beriman
kepadaMu, untuk taat dalam menjalankan segala perintahMu dan menjauhi laranganMu,
dengan sehabis kemampuanku.
(Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang aku lakukan) iaitu aku berlindung dari akibat
maksiat yang aku lakukan, aku mengetahui bahawa maksiat pasti mendatangkan akibat buruk di

28 Fiqh Zikir Pagi Petang


Allahumma inni asaluka al’aafiyata fiiddunyaa wal
akhiroh, Allahumma innii asalukal’afwa wal’aafiyata fii
diinii wa dunyaaya wa ahlii wa maalii, Allahummastur
‘aurootii wa aamin rou’aatii, Allahummahfadznii minbainii
yadayya, wamin kholfihii, wa ‘anyamiinii, wa’ansyimaalii,
wamin fauqii, wa a’uudzubi’adzhomatika an ughtaala min
tahtii

dunia mahupun di akhirat, namun aku berlindung kepadaMu dari akibat buruk tersebut.
(Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku) iaitu aku mengakui bahawa seluruh kenikmatan dan
seluruh kelebihan yang aku miliki berasal dariMu, aku tidak ujub dengan nikmat tersebut, semua
kenikmatan tersebut adalah murni dariMu.
(dan aku mengakui memikul dosaku). Di antara dosaku adalah aku tidak mampu untuk
mensyukuri seluruh nikmat tersebut kerana begitu banyaknya. (Umdatul Qaari 22/279). Al-
Khathtabi berkata:

‫احتَ َملَهُ ُك ْرهاً الَ يَ ْستَ ِطْي ُع َدفـَْعهُ َع ْن نـَْف ِس ِه‬ ِ


ْ ‫بَاءَ فُالَ ٌن بِ َذنْبِه إِ َذا‬
“Orang Arab berkata: “Si fulan mengakui memikul dosanya” iaitu jika dia memikulnya dalam
keadaan dia membencinya, hanya saja dia tidak mampu untuk menolak hal tersebut dari
dirinya” (Ma’aalim As-Sunan 4/145). Ini menjelaskan betapa banyak dosa yang kita lakukan
dalam keadaan kita sedar bahawa itu merupakan dosa, dan kita benci terjerumus ke dalam dosa
tersebut, akan tetapi kita tidak mampu untuk melepaskan diri dari dosa tersebut.
(Kerana itu, ampunilah aku) iaitu ampunilah seluruh dosaku dengan rahmatMu yang luas,
rahmatMu kepadaku yang melebihi kasih sayang ibuku kepadaku. Dosa sebesar apapun,
sebanyak apapun, meskipun dilakukan berulang-ulang, maka tidak ada yang sukar untuk
Engkau ampuni jika telah bertaubat, kerana Engkau adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.

Fiqh Zikir Pagi Petang 29


Ertinya : “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon
keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya
aku mohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan dalam
agamaku, (kehidupan) duniaku, keluargaku dan hartaku.
Ya Allah, tutupilah auratku dan berilah ketenteraman
dihatiku. Ya Allah! Peliharalah aku dari arah depan,
belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan
kebesaran-Mu, agar aku tidak mendapat bahaya dari
bawahku.” 10 (Dibaca 1x)

10 HR. Abu Daud no.5074, Ibnu Majah no.3871 dan disahihkan oleh Al-Albani.

Kandungannya:
Doa ini sangat penting kerana meminta keselamatan di dunia dan akhirat, iaitu agar
diselamatkan dari segala keburukan di dunia, dari penyakit-penyakit, malapetaka, dan
bencana, serta keburukan yang berkaitan dengan diri, keluarga, mahupun harta. Demikian juga
keselamatan dari segala keburukan yang berkaitan dengan agama, bahkan segala keburukan di
akhirat. Kerananya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

َّ ،َ‫الع ْف َو والعافية‬
‫فإن أحداً َل يـُْع َط بعد اليَقني َخرياً من العافية‬ َ ‫َسلُوا اهلل‬
“Mintalah kepada Allah ampunan dan keselamatan, kerana tidaklah seseorang diberikan setelah
keyakinan sesuatu yang lebih baik dari keselamatan.” (HR At-Tirmidzi no 3558 dan disahihkan
oleh Al-Albani dalam Shahih al-Jaami’ no 3632)

(Ya Allah, tutupilah auratku) iaitu tutupilah auratku, kekuranganku, aibku, dan segala hal yang
tidak baik untuk terungkap dariku.
Doa ini hendaknya diperhatikan oleh para wanita, mengingat di zaman fitnah seperti ini betapa
banyak wanita muslimah yang membuka sebahagian auratnya. Tatkala banyak wanita muslimah
yang membuka sebahagian auratnya jadilah hal ini seperti hal yang biasa, sehingga memancing
para wanita yang lain untuk bermudah-mudahan dalam membuka aurat mereka.
(dan berilah ketenteraman dihatiku) iaitu jauhkanlah aku dari segala yang menakutkan diriku.
(Ya Allah! Peliharalah aku dari arah depan, belakang, kanan…) iaitu perlindungan dari
gangguan yang datang menyerang dari enam arah tersebut. Baik gangguan berupa bencana
secara fizikal, mahupun gangguan yang tidak kurang bahayanya iaitu godaan syaitan yang
menggoda dari segala.

30 Fiqh Zikir Pagi Petang


Allahumma ‘aafinii fii badanii, Allahumma ‘aafinii fii
sam’ii, Allahumma ‘aafinii fii bashorii, Laa ilaaha illa
anta. Allahumma innii a’uudzubika minal kufri wal faqr,
Allahumma innii a’uudzubika min’adzabilqobr, Laa ilaha
illa anta

Ertinya: “Ya Allah, berilah keselamatan pada badanku.


Ya Allah, berilah keselamatan pada pendengaranku.
Ya Allah berilah keselamatan pada penglihatanku,
tiada Ilah (yang berhak disembah) kecuali Engkau. Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari
kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepada-Mu dari
seksa kubur, tiada Ilah (yang berhak disembah) kecuali
Engkau.” 11 (Dibaca 3x)

11 HR. Abu Daud no. 5090, Ahmad dalam Musnadnya no. 20430, al-Bukhari dalam al-
Adabul Mufrod no.701, dan dihasankan (hasan lighoirihi) oleh Al-Albani, Syu’aib Al-Arna’uth
dan para pentahqiq al-Musnad kerana mutabaah dan syawahid.

Kandungannya:
(Ya Allah, berilah keselamatan pada badanku) iaitu memohon kepada Allah agar
menyelamatkan badan dari penyakit dan gangguan agar seseorang dapat kuat menjalankan
ketaatan kepada Allah dan untuk menolong agamaNya.
(Ya Allah, berilah keselamatan pada pendengaranku. Ya Allah berilah keselamatan pada
penglihatanku). Lalu disebutkan secara khusus pendengaran dan penglihatan (padahal
keduanya termasuk bahagian dari badan) kerana keduanya adalah sarana untuk mengenali
dalil-dalil akal maupun naqli. Dengan mata, seseorang dapat melihat keagungan Allah pada
ciptaannya, dan dengan pendengaran, seseorang dapat mendengar ayat-ayat Allah yang
diturunkan oleh Allah. Doa ini mirip dengan doa Nabi yang lain:

Fiqh Zikir Pagi Petang 31


Allahumma faatirossamaawaati wal ard,’aalimal ghoibi
wasysyahaadati robbi kulli syai in wamaliikah. Asyhadu
alla ilaha illa anta, a’uudzubika min syarri nafsii, wamin
syarrisysyaithoni wa syirkih, wa an aqtarifa ‘ala nafsii
suuan au ajurruhu ila muslim

Ertinya : “Ya Allah! Rabb Pencipta langit dan bumi, Yang


Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nampak, Rabb
segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi bahawa
tidak ada Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku
berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, dan syaitan
dan kesyirikannya, atau aku melakukan keburukan
terhadap diriku atau mendorong orang Islam kepadanya.”
12
(Dibaca 1x)

‫صا ِرنَا َوقـَُّوتِنَا‬ ِ ْ ‫اللَّه َّم متـِّعنَا بِأ‬


َ ْ‫َسَاعنَا َوأَب‬ َْ ُ
“Ya Allah, berilah kenikmatan kepada pendengaran kami, penglihatan kami, dan kekuatan
kami.”
(Dihasankan oleh Al-Albani dalam takhriij Al-Kalim At-Tayyib no 226) (lihat Faidul Qadiir 2/135)

Di antara keselamatan pada pendengaran dan penglihatan adalah keselamatan dari maksiat,
agar pendengaran tidak digunakan untuk mendengar kemaksiatan dan penglihatan tidak
digunakan untuk melihat hal-hal yang dilarang oleh Allah.

12 HR. Ahmad no 51, Abu Daud no.5067 dan At-Tirmidzi no.3392 dan disahihkan oleh
Al-Albani dan para pentahqiq al-Musnad.

32 Fiqh Zikir Pagi Petang


Bismillahilaazi yadhurru ma’asmihi syai un fil ardi wa laa
fiissamaai wahuwassamii’ul ‘aliim

Ertinya: “Dengan nama Allah yang dengan nama-


Nya segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan

Kandungannya:
Doa agung ini dibuka dengan pujian-pujian yang indah kepada Allah dengan tawassul melalui
rububiyah Allah dan uluhiyyahnya, lalu meminta perlindungan kepada Allah.
(Rabb Pencipta langit dan bumi) yang menciptakan dari tidak ada menjadi ada, dan
menciptakan tanpa ada contoh sebelumnya.
(Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nampak) bagi Allah yang ghaib mahupun yang
nampak sama saja, yang terang-terangan mahupun yang tersembunyi di sisi Allah sama saja.
(Rabb segala sesuatu dan Pemiliknya) sehingga tidak ada sesuatupun yang keluar dari
penciptaan dan kepemilikan Allah, termasuk Iblis dan pasukannya.
Setelah bertawassul dengan rububiyah Allah lalu bertawassul dengan uluhiyahNya (Aku bersaksi
bahwa tidak ada Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau)
Setelah memuji-Nya baru memulakan berdoa memohon perlindungan-Nya:
(Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku), betapa seringnya kita hanya melihat
kejahatan orang lain dan lupa bahawasanya diri kita juga boleh menjadi sumber kejahatan.
(dan dari syaitan dan kesyirikannya) iaitu perlindungan dari godaan syaitan yang sangat berat
kerana syaitan adalah musuh yang tidak terlihat sementara ia terus menggoda tiada henti-
hentinya dan mendatangi manusia dari segala arah. Dan di antara godaan syaitan yang sangat
berbahaya adalah seruannya kepada kesyirikan.
Dan diriwayatkan pula dengan lafadz wa syarokihi (dari jerat-jeratnya): ertinya berlindung
dari jerat dan tali-tali perangkap yang dipasang oleh syaitan (lihat Mirqaatul Mafaatiih 4/1659),
kerana jerat syaitan untuk memangsa dan menangkap anak-anak Adam sangat banyak dan
bervariasi.
Doa ini merupakan bentuk perlindungan yang paling lengkap yang berkaitan dengan sumber
keburukan, baik sumber keburukan dalaman iaitu kejahatan jiwa, ataupun sumber keburukan
luaran iaitu dari syaitan berupa jerat-jerat dan perangkapnya. Demikian juga akibat sumber
kejahatan tersebut ada dua, iaitu menimbulkan kemudharatan kepada diri sendiri atau kepada
orang lain. (lihat Badaa’i al-Fawaid, karya Ibnul Qayyim 2/209)

Fiqh Zikir Pagi Petang 33


berbahaya, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.” 13 (Dibaca 3x)

Yaa hayyu yaa qoyyumu birohmatika astaghiitsu, ashlih lii


sya’nii kullahu walaa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ain.

Ertinya: “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan


Yang Maha Tegak, dengan rahmat-Mu aku minta
pertolongan-Mu, perbaikilah segala urusanku dan jangan
Engkau berikan aku kepada diriku walau sekelip mata.”
14
(Dibaca 1x)

13 HR. Abu Daud no.5088, At-Tirmidzi no.3388, Ibnu Majah no.3869 dan disahihkan oleh
Al-Albani

Kandungannya:
(Dengan nama Allah), iaitu aku menyebut nama Allah dengan mengagungkannya dan
mengharapkan keberkatannya. Dengan menyebut nama-Mu aku berlindung dari seluruh bahaya
yang ada di langit mahupun di bumi.
(yang dengan nama-Nya maka segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya), kerana
segala sesuatu di tanganNya.

14 HR. An-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah no.575, al-Hakim dalam
Mustadrak(1/545), dan disahihkan oleh Al-Albani, lihat Shahih At-Targhib wa Tarhib no.661

Kandungannya:
(Wahai Tuhan Yang Maha Hidup), iaitu Allah kehidupannya azali dan abadi, berbeza dengan
makhluk yang kehidupannya diawali dengan ketiadaan, atau sebahagian makhluk (seperti
penghuni syurga dan neraka) mereka hidup kekal abadi akan tetapi keabadian mereka tidak
dengan sendirinya melainkan kerana diabadikan oleh Allah dengan kekuasaanNya.
(wahai Tuhan Yang Maha Tegak) iaitu Allah Maha Tegak berdiri sendiri dan tidak memerlukan
sama sekali kepada makhluknya, dan sekaligus Allah menegakkan yang lainnya. Iaitu makhluk
hanya dapat tegak berdiri apabila ditegakkan oleh Allah, dan mereka tidak mampu berdiri
sendiri.

34 Fiqh Zikir Pagi Petang


‫اهلل َوِبَ ْم ِد ِه‬
ِ ‫سبحا َن‬
َ ُْ
Subhanallahi wabihamdihi.

Ertinya: “Maha Suci Allah dan aku memuji-Nya.” 15


(Dibaca 100x)

Dua nama ini Al-Hayyu al-Qayyuum merupakan ismullah al-a’dzam (nama Allah yang termulia).
Kerana nama Al-Hayyu mencakup seluruh sifat-sifat sempurna Allah, kerana seluruh sifat-sifat
sempurna Allah merupakan kansekuensi dari sifat Maha Hidup. Tidak ada kelemahan pada
suatu zat kecuali kerana lemahnya dan tidak sempurnanya sifat hayat (hidup)nya. Adapun
Al-Qayyum maka ini mengandung kesempurnaan sifat Maha Kaya Allah, Maha tidak perlunya
Allah kepada yang lain, dan menunjukan Maha Kuasanya Allah, kerana tidak ada makhluk yang
mampu berdiri kecuali jika ditegakkan/diberdirikan oleh Allah (Lihat Badaai’ul Fawaaid 2/184)
(dengan rahmat-Mu) yang meliputi segala sesuatu (aku minta pertolongan-Mu)
(perbaikilah segala urusanku) iaitu umum mencakup urusan dunia mahupun akhirat.
(jangan Engkau berikan aku kepada diriku walau sekelip mata) kerana (1) diriku lemah tidak
mampu untuk memenuhi keperluanku, (2) bahkan jiwaku terkadang menjadi musuh terbesar
dibandingkan musuh-musuhku yang lain, dan (3) diriku tidak mengetahui apa yang baik bagiku
dan apa yang buruk. Boleh jadi aku menerjang suatu perkara yang aku sangka baik ternyata
justeru mendatangkan kemudharatan. (Mirqaatul Mafaatiih 4/1697)

15 HR. Muslim no. 2692

Kandungannya:
Makna tasbih adalah mensucikan Allah dari segala kekurangan dan aib, serta segala
persangkaan yang rosak tentang Allah. Dan secara Bahasa tasbih ertinya menjauhkan (Mu’jam
maqaayyis al-Lughoh 3/125). Jadi tasbih secara istilah ertinya menjauhkan hati dan fikiran dari
persangkaan bahawa Allah memiliki kekurangan atau ada keburukan yang disandarkan kepada
Allah. Di antaranya menjauhkan/mensucikan Allah dari segala kekurangan yang dituduhkan
oleh kaum musyrikin dan ateis.
At-tasbih (mensucikan Allah) melazimkan at-ta’dziim (pengagungan) terhadap Allah, dan
pengagungan terhadap Allah melazimkan penetapan pujian-pujian kepada Allah (lihat Majmuu’
Al-Fataawa 16/125)
Jadi makna adalah aku mensucikan Allah dari segala kekurangan sementara
memujinya atas sifat-sifatNya yang tinggi dan kurniaNya yang tidak terhingga.

Fiqh Zikir Pagi Petang 35


Subhanallah wa bihamdih ‘adada khalqihi wa ridho
nafsihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimaatih

Ertinya: “Maha Suci Allah, aku memuji-Nya sebanyak


makhluk-Nya, sejauh keredhaan-Nya, seberat timbangan
‘Arasy-Nya dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya.”16
(Dibaca 3x)

16 HR. Muslim No. 2726

Kandungannya:
(sebanyak makhluk-Nya…dst) maksudnya adalah Allah berhak untuk ditasbih sejumlah tersebut,
bukan maksudnya seorang hamba memuji Allah sejumlah bilangan tersebut, kerana amal
dan perbuatan seorang hamba sangat terbatas. (Majmuu’ Al-Fataawaa 33/12). maksud dari
bilangan tersebut iaitu Allah berhak untuk ditasbih tanpa batas. Kerana (sebanyak makhluk-
Nya), sementara jumlah makhluk yang ada ditambah yang akan diciptakan Allah tiada
penghujungnya. Demikian pula (sejauh keredhaan-Nya) sementara sifat Maha Redha Allah
tiada batasnya. Jika kurnia-Nya, keberkatan-Nya, pahala-Nya, dan kebaikan-Nya tanpa batas,
sedangkan semua itu adalah buah dari sifat redha-Nya maka bagaimana lagi dengan sifat redha
itu sendiri?
(seberat timbangan ‘Arasy-Nya) dan ‘Arasy adalah makhluk Allah yang paling berat, maksudnya
jika seandainya ada yang lebih berat lagi dari ‘Arasy maka itulah yang menimbang tasbih.
(sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya) dan kita tahu bahawa kalimat Allah tiada penghujungnya,
demikian pula seandainya ada tinta yang digunakan untuk menulis Allah tentu tiada
penghujungnya juga. (lihat al-Manaar al-Muniif, karya Ibnul Qayyim hal 37)

36 Fiqh Zikir Pagi Petang


Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku
walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syaiin qodiir.

Ertinya: “Tidak ada Ilah yang berhak untuk diibadahi


selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.
Milik-Nya lah kerajaan dan segala pujian. Dia Maha kuasa
atas segala sesuatu.” (Dibaca 1x)17 , (Atau dibaca 10x) 18

17 Dari sahabat Abu ‘Ayyaasy: HR. Abu Daud no. 5077, An-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal
Lailah no. 27 dan disahihkan oleh Al-Albani.

Keutamaannya: Sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

‫ َوُرفِ َع لَهُ َع ْش ُر‬،‫ات‬


ٍ ‫ط عْنه ع ْشر سيِّئ‬ ٍ
َ َ ُ َ ُ َ َّ ‫ َو ُح‬،‫ب لَهُ َع ْشُر َح َسنَات‬
ِ
َ ‫ َوُكت‬،‫يل‬
ِ ِِ ٍِ ِ
َ ‫َكا َن لَهُ ع ْد َل َرقـَبَة م ْن َولَد إ ْسَاع‬
‫ان َح َّت يُْ ِس َي‬ ٍ
ِ َ‫ وَكا َن ِف ِحرٍز ِمن الشَّيط‬،‫ات‬
ْ َ ْ َ ‫َد َر َج‬
“Seperti pahala memerdekakan seorang hamba dari keturunan Isma’il, dicatat baginya 10
kebaikan, dihapuskan darinya 10 keburukan, diangkat 10 darjat, dan dia senantiasa dalam
penjagaan dari syaitan hingga petang.”

Kandungannya:
Ini adalah zikir terbaik yang diucapkan oleh Nabi Muhammad dan para Nabi sebelumnya. Nabi
sallallahu ‘alaihi wassallam bersabda:
ِ
‫ك َولَهُ احلَ ْم ُد َوُه َو َعلَى ُك ِّل‬ َ ‫ الَ إِلَهَ إِالَّ اللَّهُ َو ْح َدهُ الَ َش ِر‬:‫ت أَنَا َوالنَّبِيُّو َن ِم ْن قـَْبلي‬
ُ ‫ لَهُ ال ُْم ْل‬،ُ‫يك لَه‬ ُ ‫َو َخيـُْر َما قـُْل‬
ِ ٍ
‫َش ْيء قَد ٌير‬
“Sebaik-baik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah : Laa ilaah illallah wahdahu laa
syariika lahu….dst” (HR At-Tirmidzi no 3585 dan dihasankan Al-Albani)

Kerana kalimat tauhid inilah Allah menciptakan manusia dan jin, serta menciptakan langit
dan bumi. Kerana kalimat inilah Allah mengutus para rasul dan menurunkan kitab-kitab suci.
Barangsiapa yang merealisasikan kalimat ini dalam kehidupannya maka dia adalah orang yang
bahagia di dunia lebih-lebih di akhirat.

18 HR Ahmad no 8719 dari sahabat Abu Hurairah dan disahihkan oleh Al-Albani (lihat As-
Shahihah 6/134 no 2563)

Keutamaannya: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

،‫ت لَهُ َع ْد َل َرقـَبَ ٍة‬ ٍ ِ ِ ِ ٍ ِ ِ ِ ِ ‫ات ِحني ي‬ٍ ‫من قَا َلا ع ْشر مَّر‬
ْ َ‫ َوَكان‬،‫ َوُم َي َعْنهُ بَا مائَةُ َسيِّئَة‬،‫ب لَهُ بَا مائَةُ َح َسنَة‬
َ ‫ ُكت‬،‫صب ُح‬
َُْ َ َ َ َ َْ

Fiqh Zikir Pagi Petang 37


, (Atau dibaca 100 x) 19 , (Atau dibaca lebih dari 100x) 20

ِ ِ َ ِ‫ال ِمثْل َذل‬ ٍ ِ ِ َ ‫وح ِف‬


َ ‫ َكا َن لَهُ ِمثْ ُل َذل‬،‫ني يُْ ِسي‬
‫ك‬ َ ‫كح‬
ِ
َ َ َ‫ َوَم ْن ق‬،‫ظ بَا يـَْوَمئذ َح َّت يُْس َي‬ َُ
“Barangsiapa yang mengucapkannya 10 kali tatkala pagi, maka dicatat baginya 100 kebaikan
dan dihapuskan darinya 100 keburukan, seperti membebaskan seorang hamba, dan -dengan
zikir tersebut- dia dijaga pada hari itu hingga petang hari. Barangsiapa yang mengucapkannya di
petang hari maka seperti itu juga pahalanya.”

19 Diriwayatkan dari 2 sahabat:


Dari sahabat Abu Hurairah: HR Al-Bukhari no 3293 dan Muslim no 2691
Dan dari sahabat Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Aash: HR. Ahmad no 6740, An-Nasaa’i dalam As-
Sunan Al-Kubra no 10335 dan Amalul yaum wal Lailah no 575, At-Thabrani di Ad-Du’a no 333,
Ibnu As-Sunni di Amalul yaum wal Lailah no 75, dan sanadnya disahihkan oleh para pentahqiq
al-Musnad

Keutamaannya:
Bagi yang membacanya 100 kali maka pahalanya sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam:
ِ ِ ِ ٍ ِ ِ ٍ ِ ِ ٍ َ‫َكانَت لَه ع ْد َل ع ْش ِر ِرق‬
ُ‫ت لَهُ ح ْرًزا م َن الشَّْيطَان يـَْوَمه‬
ْ َ‫ َوَكان‬،‫ت َعْنهُ مائَةُ َسيِّئَة‬ ْ َ‫ َوُمي‬،‫ت لَهُ مائَةُ َح َسنَة‬
ْ َ‫ َوُكتب‬،‫اب‬ َ َُ ْ
‫ك َح َّت يُْ ِس َي‬ ِ
‫ل‬ ‫ذ‬
َ
َ
“Pahalanya seperti memerdekakan 10 hamba, dicatat baginya 100 kebaikan, dihapuskan darinya
100 keburukan, dan dia dalam penjagaan dari syaitan pada hari itu hingga petang.”

20 Kerana di akhir hadith Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata:


ِ ِ ْ‫ْت أَحد بِأَف‬
ِ
َ ‫َح ٌد َع ِم َل أَ ْكثـََر ِم ْن َذل‬
‫ك‬ ِ ِِ
َ ‫ إَّل أ‬،‫ض َل مَّا َجاءَ به‬
َ ٌ َ ‫َوَلْ يَأ‬
“Dan tidak ada seorangpun yang dapat beramal lebih baik dari yang dia amalkan (iaitu yang
berzikir 100 kali-pen) kecuali seseorang yang beramal lebih dari itu.” (HR Al-Bukhari no 3293
dan Muslim no 2691).
An-Nawawi berkata,

‫يل أَ ْكثـََر ِم ْن ِمائَِة َمَّرٍة ِف الْيـَْوِم كان له هذا األجر املذكور ىف احلديث على‬ِ َ َ‫يل َعلَى أَنَّهُ لَ ْو ق‬
َ ‫ال َه َذا التـَّْهل‬
ِ ِِ
ٌ ‫فيه َدل‬
‫املائة ويكون له ثواب آخر على الزيادة وليس هذا من احلدود الىت هنى عن اعتدائها َوُمَ َاوَزةُ أ َْع َد ِاد َها‬
“Ini merupakan dalil bahawasanya jika dia mengucapkan zikir ini lebih dari 100 kali dalam sehari
maka dia mendapatkan pahala tersebut dalam hadith -bagi yang membacanya 100 kali- dan
dia juga memperoleh pahala yang lain kerana tambahan zikirnya. Dan bilangan 100 bukanlah
termasuk yang dilarang untuk melebihinya.” (Al-Minhaaj Syarh Shahih Muslim 17/17)

38 Fiqh Zikir Pagi Petang


ِ
َ‫أستـَ ْغف ُر اهلل‬
ْ
Astaghfirullah

Ertinya : “Aku memohon ampun kepada Allah.” 21

21 Hal ini berdasarkan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam

‫ت اللَّهُ فِ َيها ِمائَةَ َمَّرٍة‬ ْ ‫ط إَِّل‬


ُ ‫استـَ ْغ َفَر‬ ُّ َ‫ت َغ َداةً ق‬
ُ ‫َصبَ ْح‬
ْ ‫َما أ‬
“Tidaklah aku di pagi hari kecuali aku memohon ampunan kepada Allah di pagi hari tersebut
100 kali.” (HR An-Nasai di As-Sunan Al-Kubra no 10202 dan di Amalul yaum wal Lailah no
441, At-Thabrani di Ad-Du’a no 1809 dan al-Mu’jam al-Awshath no 3737, disahihkan oleh
Al-Albani dalam As-Shahihah 4/130 no 1600)
Kandungannya:
Al-istighfaar ertinya permohonan untuk menutup dosa sekaligus menjaga dari akibat buruk dosa.
Ibnu Rojab al-Hanbali berkata:

‫وب َم َع ِس ِْتَها‬ ُّ ‫ ِهي ِوقَايَةُ َشِّر‬:ُ‫ َوال َْم ْغ ِفرة‬،‫ طَلَب ال َْم ْغ ِفرِة‬:‫َو ِال ْستِ ْغ َف ُار‬
ِ ُ‫الذن‬
َ َ َ ُ
“Istighfar adalah memohon maghfirah, dan maghfirah adalah menjaga dari akibat buruknya dosa
disertai dengan tertutupnya dosa” (Jaami al-‘Uluum wa al-Hikam 2/407)

Jadi istighfar bukan hanya meminta agar dosa kita tertutup saja. Ibnul Qayyim berkata tentang
istighfar:

‫ فَِإ َّن‬،‫الستـُْر‬ ِ ‫ض الن‬


َّ ‫َّاس أَنـََّها‬ ُ ‫ َل َك َما ظَنَّهُ بـَْع‬،‫ َوِوقَايَةُ َشِّرِه‬،‫ َوإَِزالَةُ أَثَِرِه‬،‫ب‬ َّ ‫ َوُهو َْمو‬،‫طَلَب ال َْم ْغ ِفرِة ِم َن اللَّ ِه‬
ِ ْ‫الذن‬
ُ َ َ َ
‫ْس‬ ‫أ‬
‫الر‬
َّ ‫ي‬ ِ
‫ق‬ ‫ي‬ ‫ا‬ ‫م‬ِ‫ل‬ ، ‫ر‬ ‫ف‬ ‫غ‬
ْ ِ
‫ْم‬‫ل‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ن‬ ِ
‫م‬‫و‬ ، ‫ب‬ ِ ‫ن‬
ْ َّ
‫الذ‬ ‫ر‬ ‫ش‬ ‫ة‬ ‫اي‬َ‫ق‬‫و‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ـ‬ ‫ت‬‫ق‬ ‫ي‬ ِ
‫ق‬ ‫ح‬‫و‬ ... ‫ه‬َ‫ل‬ ‫ر‬ ِ
ِّ َ ُ َ َُ َ َ َ ُ ُ َ ْ َ َ ُ ُ َ ْ َ َ ُُ ْ َ َ‫اللَّه‬
ِ ‫ف‬ ‫غ‬
ْ ‫ـ‬ ‫ي‬ ‫ل‬ َ ‫ن‬ ‫م‬‫و‬ ‫ه‬‫ل‬
َ ‫ر‬ ِ
‫ف‬ ‫غ‬
ْ ‫ـ‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ى‬ ‫ل‬
َ ‫ع‬ ‫ر‬ ‫ـ‬ ‫ت‬ ‫س‬ ‫ي‬
َ َ َ َُ ُ ْ َ
ِ‫ فَ َل ب َّد ِف لَ ْفظ‬،‫ وَل الْ ُقبَّع وَْنوه مع س ِْتِه‬،‫ وإَِّل فَالْعِمامةُ َل تُس َّمى ِم ْغ َفرا‬،‫الستـر َل ِزم ِل َذا الْمعن‬ ِ
ُ َ َ َ ُُ َ ُ َ ً َ ََ َ َ ْ َ َ ٌ ُْ َّ ‫ َو‬،‫م َن ْالَ َذى‬
‫ال ِْم ْغ َف ِر ِم َن الْ ِوقَايَِة‬
“Yakni memohon maghfirah dari Allah, iaitu terhapusnya dosa dan menghilangkan kesan/
bekas dosa tersebut, serta perlindungan dari (akibat) buruk dosa tersebut. Tidak sebagaimana
persangkaan sebahagian orang bahawasanya maghfirah maknanya hanyalah as-sitr (tertutupnya
dosa). Kerana Allah menutup dosa (tidak membongkarnya) bagi orang yang meminta maghfirah
dan orang yang tidak meminta maghfirah… dan hakikat maghfirah adalah perlindungan dari ke-
burukan dosa, di antara makna ini adalah al-mighfar (iaitu penutup kepala yang digunakan oleh
parajurit perang-pen) kerana fungsinya melindungi kepala dari gangguan. Adapun tertutupnya
kepala maka itu merupakan kelaziman dari pelindung. Kerananya serban dan songkok tidak
dinamakan mighfar meskipun menutup, maka maghfirah harus mengandungi makna perlindun-
gan/penjagaan.” (Madaarijus Saalikiin 1/314-315)

Fiqh Zikir Pagi Petang 39


(Dibaca setiap hari 100x)

Ini adalah lafaz yang paling singkat dalam beristghfar, dan


boleh beristighfar dengan lafaz-lafaz yang lainnya yang
diajarkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam seperti:

‫وب إِلَْي ِه‬ ِ ‫أ‬


ُ ُ‫َستـَ ْغفُر اهللَ َوأَت‬
ْ
Astaghfirullah wa atuubu ilaihi

Ertinya: “Aku memohon maghfirah Allah dan aku


bertaubat kepadaNya.” 22

‫الرِحْي ُم‬ ِ ِّ ‫ر‬


َّ ‫اب‬
ُ ‫ت التـََّّو‬ َ َّ‫علي إِن‬
َ ْ‫ك أَن‬ َّ ‫ب‬ْ ُ‫ب ا ْغف ْر يل وت‬َ
Robbighfirli watub ‘alaiyya innakaantat tawwaburrahiim

Ertinya: “Ya Rabbku ampunilah aku dan bimbinglah aku


untuk bertaubat (atau terimalah taubatku) sesungguhnya
Engkau adalah Maha penerima taubat dan Maha
Rahmat.” 23

22 HR Muslim no 484

23 HR Abu Dawud no 1516 dan disahihkan oleh Al-Albani.

40 Fiqh Zikir Pagi Petang


Allahulaa ilahaaillahuwal hayyul qoyyuum, laa ta
khudzuhu sinatuwwalaanauum, lahu maa fissamaawaati
wamaa fil ard, man dzalladzii yasy fa’u ‘indahu illaa bi
idznih, ya’lamumaa bayna aydiihim wamaa khulfahum,
walaa yuhiithuuna bisyai immin ‘ilmihi illa bimaasyaa, wa
si’a kursiyyuhussamaawaati wal ard, walaa yauudhuhu
hifdzhuhuma wahuwal ‘aliyyul ‘adzhiim

Ertinya: “Allah, tidak ada Ilah (yang berhak disembah)


melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus
mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak
tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa
izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka
dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui
apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-
Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak
merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha

Fiqh Zikir Pagi Petang 41


Tinggi lagi Maha Besar.”
(QS. Al-Baqarah: 255) 24 (Dibaca 1x)

17

24 Diriwayatkan dari dua sahabat:

1.Abu Hurairah: HR An-Nasai di As-Sunan Al-Kubra no 7963 dan Amalul Yaum wal Lailah
no 958 dan disahihkan oleh Al-Albani dalam As-Shahihah 7/480 no 3162, tentang kisah
Syaitan yang ditangkap oleh Abu Hurairah tatkala mencuri harta sedekah. Lalu syaitan berkata
kepadanya:

‫آيَة الْ ُك ْرِس ّي إقرأها ِعْند كل صباح َوَم َساء‬


“Ayatul Kursi, bacalah setiap pagi dan petang.”

2.Ubay bin Ka’ab: tentang kisah jin yang mencuri kurma milik Ubay bin Ka’ab. Lalu jin tersebut
ditangkap oleh beliau, dan jin tersebut berkata tentang ayatul Kursi:

‫صبِ ُح أ ُِج َري ِمنَّا َح َّت يُْ ِس َي‬ ِ


َ ‫ َوَم ْن قَا َلَا ح‬،‫صبِ َح‬
ْ ُ‫ني ي‬
ِ ِ ِ ‫من قَا َلا ِح‬
ْ ُ‫ني يُْسي أُج َري منَّا َح َّت ي‬
َ َ َْ
“Barangsiapa yang membacanya tatkala petang maka dia akan dilindungi dari kami (golongan
jin) hingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya tatkala pagi maka dia akan dilindungi
dari kami hingga petang.”

Lalu Ubay bin Ka’ab bertanya kepada Nabi tentang perkataan jin tersebut, lalu Nabi berkata :
“Telah benar makhluk buruk tersebut” (lihat takhrijnya secara terperinci oleh Al-Albani
di Ash-Shahihah 7/738 no 3245, dan hadith ini disahihkan oleh Al-Albani)

Kandungannya:
Ayat kursi -sebagaimana sabda Nabi- adalah ayat teragung di al-Qur’an (HR Muslim no 810)
kerana topik ayat ini khusus untuk tauhid, dan mencakup ketiga tauhid, ar-Rububiyyah, al-
Uluhiyyah, dan al-Asmaa’ wa as-Shifaat.
Oleh kerananya banyak dalil yang memotivasi untuk membaca ayatul Kursi berulang-ulang, di
waktu pagi, petang, setelah solat 5 waktu, dan tatkala hendak tidur.

42 Fiqh Zikir Pagi Petang


Bismillahirrohmaanirrohiim, Qul huwallahu ahad,
Allahush shomad, Lam yalid walam yuulad, Walam
yakullahu kufuwan ahad

Ertinya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha


Pengasih lagi Maha Penyayang.”
“Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah
Ilah yang bergantung kepada-Nya segala urusan. Dia
tidak beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada
seorang pun yang setara dengan Dia.” (QS. Al-Ikhlash:
1-4)25 (Dibaca 3x)

25 HR Abu Dawud no 5082 dan At-Tirmidzi no. 3575, dan dihasankan oleh Al-Albani.

Keutamaannya: Barangsiapa yang membaca ketiga surah tersebut (Qul huwallahu ahad…, qul
a’uudzu birabbil falaq…, dan qul a’uudzu birabbinnaas…) sebanyak tiga kali di waktu pagi dan
tiga kali di waktu petang maka sebagaimana kata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

‫ك ِمن ُك ِّل َش ْي ٍء‬ ِ


َ ‫تَكْفْي‬
“Ketiga surah ini akan mencukupkan engkau dari segala sesuatu”, iaitu menolak segala keburu-
kan.

Kandungan surah al-Ikhlash :


Surah ini dinamakan dengan surah al-Ikhlash (pemurnian), kerana surah ini murni khusus untuk
berbicara tentang ke-esa-an Allah. Oleh kerana itu, surah ini bernilai sepertiga al-Qur’an, kerana
al-Qur’an isinya ada tiga bahagian : (1) Tentang hukum (2) tentang kisah, dan (3) Tentang at-
Tauhid. sehingga surah al-Ikhlash isinya adalah sepertiga al-Qur’an.
Surah ini membantah semua keyakinan yang mengotori ke-esa-an Allah. Jadi surah ini berisi
syarat sesuatu sebagai “Tuhan”. Harus tidak memiliki anak, tidak boleh dilahirkan, dan tidak
boleh ada sesuatu yang setara dengannya. Kerana apabila Allah melahirkan bererti yang
dilahirkan akan seperti Allah, sehingga akan hilang ke-esa-an Allah. Dan jika Nabi Isa adalah
anak Allah maka sifat ayahnya tentu seperti sifat sang anak, sehingga melazimkan Allah juga
seperti Isa, yang lemah dan akan mati.

Fiqh Zikir Pagi Petang 43


Bismillahirrohmaanirrohiim, Qul a’uudzu birobbil falaq,
Min syarri maa kholaq, Wamin syarri ghoosiqin idzaa
waqob, Wamin syarrinnaffaatsaati fil ‘uqod, Wamin syarri
haasidin idzaa hasad

Ertinya : “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha


Pengasih lagi Maha Penyayang”
“Aku berlindung kepada Rabb yang menguasai Subuh,
dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam
apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan-kejahatan
wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-
buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia
dengki.”(QS. Al-Falaq: 1-5) 26 (Dibaca 3x)

26 HR Abu Dawud no 5082 dan At-Tirmidzi no. 3575, dan dihasankan oleh Al-Albani

Kandungan surah al-Falaq:


Surah al-Falaq berisi permohonan perlindungan kepada Allah dari segala gangguan
makhlukNya, termasuk gangguan-gangguan yang tidak kelihatan, seperti sihir dan hasad.
Justeru gangguan yang tidak kelihatan ini yang sangat berbahaya kerana seseorang sering
tidak menduga dan tidak bersedia menghadapinya, berbeza dengan gangguan yang terzahir.
Demikian juga meminta perlindungan dari kejahatan malam, kerana di malam hari adalah
waktu seseorang sering lalai, sementara banyak penjahat yang bertindak di malam hari, begitu
pula penyihir, bahkan banyak binatang buas yang menyerang di malam hari.

44 Fiqh Zikir Pagi Petang


Bismillahirrohmaanirrohiim, Qul a’uudzu birobbinnaas,
Malikinnaas, Ilaahinnaas, Min syarril waswaasil khonnaas,
Alladzii yuwaswisu fii shuduurinnaas, Minal jinnati
wannaas

Ertinya : “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha


Pengasih lagi Maha Penyayang.”
“Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb manusia. Raja
manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan)
syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan
(kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan
manusia.” (QS. An-Naas: 1-6) 27 (Dibaca 3x)

27 HR Abu Dawud no 5082 dan At-Tirmidzi no. 3575, dan dihasankan oleh Al-Albani.

Kandungan surah An-Naas:


Surah ini berisi permintaan perlindungan kepada Allah khusus terutamanya dari gangguan
syaitan yang membisikkan keburukan ke hati manusia. Terlebih lagi syaitan mengalir dalam
tubuh manusia seperti aliran darah. Demikian juga meminta perlindungan dari bisikan yang
dihembuskan oleh manusia yang jahat.

Fiqh Zikir Pagi Petang 45


Peringatan:
Jika seseorang telah selesai membaca zikir pagi, maka
boleh untuknya melanjutkan berzikir dengan zikir-zikir
yang mutlak (bebas). Dan yang paling afdal adalah
membaca al-Qur’an kerana al-Qur’an adalah firman Allah.
Setelah itu dia bebas untuk bertasbih, bertahlil, bertahmid,
bertakbir, beristighfar, berselawat kepada Nabi, dan zikir-
zikir lainnya, tanpa ada batasan bilangan tertentu.

46 Fiqh Zikir Pagi Petang


Amsainaa ‘alaa fithrotil islam wa ‘alaa kalimatil ikhlas
wa ‘alaa diini nabiyyinaa muhammad shallahu ‘alaihi
wasallam wa ‘alaa millati abiinaa ibrohiim haniifam
muslimaw wa maa kaana minal musyrikiin.

Ertinya: “Di waktu petang kami berada di atas fitrah


Islam, di atas kalimat ikhlas (syahadatain), di atas agama
Nabi kita Muhammad , dan di atas agama ayah kami,
Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus, muslim dan
tidak tergolong orang-orang musyrik.” 28 (Dibaca1x)

28 Telah lalu takhrijnya.

Kandungannya:
(Di waktu petang kami berada di atas fitrah Islam): Sungguh indah seorang muslim membuka
petangnya dengan memuji Allah, mengakui betapa mulianya dirinya tatkala di petang hari
dia masih berada di atas fitrah Islam yang masih murni di atas tauhid dan tidak terkotori oleh
kesyirikan. Lihatlah betapa banyak manusia yang menutup harinya dengan ritual kesyirikan,
dengan menyembah selain Allah atau memberikan sembahan kepada jin.

Fiqh Zikir Pagi Petang 47


Rodhitubillahi robbaa, wabil islaamidiinaa, wabi
muhammadin shollahu’alaihi wasallam nabiyyaa

Ertinya: Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai


agama dan Muhammad sebagai nabi (yang diutus oleh
Allah).” (Dibaca 3x)

Allahumma bika amsainaa, wa bika ashbahnaa, wa bika


nahyaa, wa bika namuutu wa ilaikal mashiir

Ertinya : “Ya Allah, dengan Engkaulah kami memasuki


waktu petang, dan dengan Engkaulah kami memasuki
waktu pagi. Dengan Engkaulah kami hidup dan dengan
Engkaulah kami mati. Dan kepada-Mu kami kembali.”
(Dibaca 1x)

48 Fiqh Zikir Pagi Petang


Amsainaa wa amsalmulku lillah, walhamdulillah, laa
ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahulmulku
walahulhamdu, wahuwa ‘ala kuli syai in qodiir. Robbi
asaluka khoiro maa fii haadzihil lailah wa khoiro maa
ba’daha, wa a’uudzubika min syarri maa fii haadzihil
lailah wa syarri maa ba’dahu. Robbi a’uudzubika minal
kasali wa suu il kibar. Robbi a’uudzubika min ‘adzaabin
fiinnaari wa ‘adzaabin filqobr

Ertinya: “Kami telah memasuki waktu petang dan


kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak
ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang
Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan
bagi-Nya pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala
sesuatu. Ya Rabb, aku mohon kepada-Mu kebaikan di
hariini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-
Mu dari kejahatan hariini dan kejahatan sesudahnya.
Ya Rabb, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan
dan keburukan di hari tua. Ya Rabb ku! Aku berlindung
kepada-Mu dari seksaan di Neraka dan kubur.”
(Dibaca 1x)

Fiqh Zikir Pagi Petang 49


Allahumma anta robbii laa ilaha illa anta, kholaqtanii
wa anaa ‘abduka, wa anaa ‘ala ‘ahdika, wawa’dika
mastatho’tu. A’uudzubika min syarri maa shona’tu, abuu
u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu u bidzanbi faghfirlii,
fainnahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta

Ertinya: “Ya Allah! Engkau adalah Rabb ku, tidak ada


Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah
yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku
akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku.
Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang aku
lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku
mengakui memikul dosaku. Kerana itu, ampunilah aku,
sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali
Engkau.” (Dibaca 1x)

Allahumma inni asaluka al’aafiyata fiiddunyaa wal


akhiroh. Allahumma innii asalukal’afwa wal’aafiyata fii

50 Fiqh Zikir Pagi Petang


diinii wa dunyaaya wa ahlii wa maalii. Allahummastur
‘aurootii wa aamin rou’aatii. Allahummahfadznii minbainii
yadayya, wamin kholfihii, wa ‘anyamiinii, wa’ansyimaalii,
wamin fauqii, wa a’uudzubi’adzhomatika an ughtaala min
tahtii

Ertinya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon


keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya
aku mohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan dalam
agamaku, (kehidupan) duniaku, keluargaku dan hartaku.
Ya Allah, tutupilah auratku dan berilah ketenteraman
di hatiku. Ya Allah! Peliharalah aku dari arah depan,
belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan
kebesaran-Mu, agar aku tidak mendapat bahaya dari
bawahku.” (Dibaca 1x)

Allahumma ‘aafinii fii badanii, Allahumma ‘aafinii fii


sam’ii, Allahumma ‘aafinii fii bashorii, Laa ilaaha illa anta.
Allahumma innii a’uudzubika minal kufri wal faqr,
Allahumma innii a’uudzubika min’adzabilqobr, Laa ilaha
illa anta
Ertinya: “Ya Allah, berilah keselamatan pada badanku.
Ya Allah, berilah keselamatan pada pendengaranku.

Fiqh Zikir Pagi Petang 51


Ya Allah berilah keselamatan pada penglihatanku,
tiada Ilah (yang berhak disembah) kecuali Engkau. Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari
kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepada-Mu dari
seksa kubur, tiada Ilah (yang berhak disembah) kecuali
Engkau.” (Dibaca 3x)

Allahumma faatirossamaawaati wal ard,’aalimal ghoibi


wasysyahaadati robbi kulli syai in wamaliikah. Asyhadu
alla ilaha illa anta, a’uudzubika min syarri nafsii, wamin
syarrisysyaithoni wa syirkih, wa an aqtarifa ‘ala nafsii
suuan au ajurruhu ila muslim

Ertinya: “Ya Allah! Rabb Pencipta langit dan bumi, Yang


Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nampak, Rabb
segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi bahwa tidak
ada Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku
berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, dan syaitan
dan kesyirikannya, atau aku melakukan keburukan
terhadap diriku atau mendorong orang Islam kepadanya.”
(Dibaca 1x)

52 Fiqh Zikir Pagi Petang


Bismillahilaadzi yadhurru ma’asmihi syai un fil ardi wa laa
fiissamaa i wahuwassamii’ul ‘aliim

Ertinya: “Dengan nama Allah yang dengan nama-


Nya segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan
berbahaya, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.” (Dibaca 3x)

Yaa hayyu yaa qoyyumu birohmatika astaghiitsu, ashlih lii


sya’nii kullahu walaa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ain.

Ertinya: “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan


Yang Maha Tegak, dengan rahmat-Mu aku minta
pertolongan-Mu, perbaikilah segala urusanku dan jangan
Engkau berikan aku kepada diriku walau sekelip mata.”
(Dibaca 1x)

Subhanallahi wabihamdihi.

Fiqh Zikir Pagi Petang 53


Ertinya : “Maha Suci Allah dan aku memuji-Nya.”
(Dibaca 100x)

A’uudzu bikalimaatillahit taammaat min syarri maa


kholaqo

Ertinya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah


dari keburukan makhluk yang Dia ciptakan.” 29
(Dibaca 3x)

Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku


walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syaiin qodiir.

Ertinya: “Tidak ada Ilah yang berhak untuk diibadahi


selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.
Milik-Nya lah kerajaan dan segala pujian. Dia Maha kuasa
atas segala sesuatu.”
(Dibaca 1x), (Atau dibaca 10x), (Atau dibaca 100x),
(Atau dibaca lebih dari 100x)

29 HR Muslim no 2709 tanpa disebutkan berapa kali, namun ada tambahan dalam Shahih
Ibnu Hibban dengan 3 kali bacaan. (HR Ibnu Hibban no 1022 dan disahihkan oleh Al-Albani
dalam At-Ta’liiqaat al-Hisaan 2/328)

54 Fiqh Zikir Pagi Petang


Allahulaa ilahaaillahuwal hayyul qoyyuum, laa ta
khudzuhu sinatuwwalaanauum, lahu maa fissamaawaati
wamaa fil ard, man dzalladzii yasy fa’u ‘indahu illaa bi
idznih, ya’lamumaa bayna aydiihim wamaa khulfahum,
walaa yuhiithuuna bisyai immin ‘ilmihi illa bimaasyaa, wa
si’a kursiyyuhussamaawaati wal ard, walaa yauudhuhu
hifdzhuhuma wahuwal ‘aliyyul ‘adzhiim

Ertinya: “Allah, tidak ada Ilah (yang berhak disembah)


melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus
mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak
tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa
izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan
mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak
mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan

Fiqh Zikir Pagi Petang 55


Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(QS. Al-Baqarah: 255) (Dibaca 1x)

Bismillahirrohmaanirrohiim, Qul huwallahu ahad,


Allahush shomad, Lam yalid walam yuulad, Walam
yakullahu kufuwan ahad

Ertinya : “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha


Pengasih lagi Maha Penyayang.”
“Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah
Ilah yang bergantung kepada- Nya segala urusan. Dia
tidak beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada
seorang pun yang setara dengan Dia.”
(QS. Al-Ikhlash: 1-4) (dibaca 3x)

Bismillahirrohmaanirrohiim, Qul a’uudzu birobbil falaq,

56 Fiqh Zikir Pagi Petang


Min syarri maa kholaq, Wamin syarri ghoosiqin idzaa
waqob, Wamin syarrinnaffaatsaati fil ‘uqod, Wamin syarri
haasidin idzaa hasad

Ertinya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha


Pengasih lagi Maha Penyayang”
“Aku berlindung kepada Rabb yang menguasai Subuh,
dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam
apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan-kejahatan
wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul,
dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.”
(QS. Al-Falaq: 1-5) (dibaca 3x)

Bismillahirrohmaanirrohiim, Qul a’uudzu birobbinnaas,


Malikinnaas, Ilaahinnaas, Min syarril waswaasil khonnaas,
Alladzii yuwaswisu fii shuduurinnaas, Minal jinnati
wannaas

Ertinya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha


Pengasih lagi Maha Penyayang.”
“Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb manusia. Raja

Fiqh Zikir Pagi Petang 57


manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan)
syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan
(kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan
manusia.” (QS. An-Naas: 1-6) (Dibaca 3x)

Peringatan:
Jika seseorang telah selesai membaca zikir petang,
maka boleh untuknya melanjutkan berzikir dengan zikir-
zikir yang mutlak (bebas). Dan yang paling afdal adalah
membaca al-Qur’an kerana al-Qur’an adalah firman Allah.
Setelah itu dia bebas untuk bertasbih, bertahlil, bertahmid,
bertakbir, beristighfar, berselawat kepada Nabi, dan zikir-
zikir lainnya, tanpa ada batasan bilangan tertentu.

58 Fiqh Zikir Pagi Petang


Fiqh Zikir Pagi Petang 59
60 Fiqh Zikir Pagi Petang
yayasan
B U S H R A

Fiqh
ZIKIR
PAGI & PETANG

5624 6932 2440


YAYASAN BUSHRA

yayasan yayasanbushra2020@gmail.com
B U S H R A Irsyad : 013-372 3432 | Adi Negara : 016 -209 1531

Anda mungkin juga menyukai