Anda di halaman 1dari 57

CARA MENANGANI

KEGELISAHAN
DAN
TEKANAN PERASAAN
DALAM KEHIDUPAN
Oleh Sheik Muhammad Saalih al-Munajjid
Di tertejemah dari bahasa Inggeris
oleh
Mohd Hosain Yusoff Addimyati

m9$# uq9$# !$# 0


Kepada para bijak pandai dalam bidang agama islam dan
juga ahli bahasa diharap dapat membetulkan
jika ada silap dan salah. Dengan hati terbuka saya akan
menerima semua teguran.
Yang lemah lagi fakir dalam segala hal
Muhammad Hosain Yusoff Addimyati
Sila rujuk pada buku asli :
Dealing with Worries and Stress
English Translation
Book by Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid
Saya sertakan buku asli dalam bahasa Inggeris dan bahasa
arab di belakang sesudah terjemahan buku ini.
* Terjemahan dalam bahasa melayu oleh Muhammad
Hosain Yusoff Addimyati hak cipta terpelihara.
Sebarang bentuk cetakan secara elektronik atau
pembukuan tidak diizinkan.
Untuk teguran dan komentar sila hantar ke hosain.yusoff@hotmail.com
hosain@pacific.net.sg

ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan
2. Bentuk bentuk kebimbangan dan tekanan perasaan
3. Menangani keresahan dan tekanan perasaan secara islami
4. Doa doa berkaitan dengan kebimbangan, tekanan perasaan
dan keresahan
5. Cara Imam Ibn al-Qayyim menangani kebimbangan,
tekanan perasaan dan keresahan
6. Peringatan

Pendahuluan
Segala puji hanya bagi Allah yang maha pemurah lagi
maha mengasihani, Yang menguasai Hari pembalasan.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang wajib disembah
dengan sebenarnya melainkan Allah. Dia lah tuhan yang
awal dan akhir dan dialah yang empunya seluruh alam dan
syurga yang maha tinggi.
Salawat dan salam untuk makhluk yang diutus agar
memberi rahmat buat seluruh alam. Aku naik saksi Nabi
Muhammad saw adalah pesuruh Allah. Salawat dan salam
juga buat ahli keluarganya, sahabatnya dan mereka yang
mempercayai petunjuknya dan jejak langkahNya hingga
hari pembalasan.
Telah menjadi lumrah alam ini bahawa manusia pasti akan
dilanda keresahan dan tekanan perasaan kerana dunia ini
adalah tempat berbagai penyakit, kesusahan dan
kesengsaraan. Ini lah tanda sebagai bukti bezanya antara
hidup didunia ini dan disyurga Allah yang bebas dari apa
yang akan kami bincangkan selanjutnya. Sesuai dengan
firman Allah dalam Al quran :
Surah Al-hijir (15:48)

Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekalikali tidak akan dikeluarkan daripadanya.

dan
Surah Al waqiah (56: 25~26).
(25) Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang
sia sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa.
(26) akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.
Juga sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan
meletakan kesusahan dan kesengsaraan atas beberapa
sebab seperti yang difirmankan oleh Allah dan al quran
:
Surah Al balad (90:4)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada
dalam susah payah.
Oleh kerana itu manusia sering merasa kesal apa yang
telah berlaku atas dirinya, merasa takut atas apa yang akan
berlaku dan bimbang dan gelisah apa yang sedang berlaku.
Manusia bertindak berlainan cara menghadapi tekanan
perasaan dan kebimbangan yang mereka hadapi.
Bergantung beberapa banyak yang benar benar
menghantui mereka. Adakah kesusahan ini akan kekal
berpanjangan atau adakah ia yakin dan ridha akan
ketetapan Allah atau menentangnya hingga membawa
dosa. Ini semua bergantung dengan cara masing masing.

Hati manusia itu terbahagi kepada dua hal:


Pertama hati yang penuh dengan keimanan
Kedua iaitu hati yang dikuasai oleh syaitan laknatullah yang
penuh dengan kegelisahan, kegelapan,
hati yang mati, keresahan, kebimbangan dan kegerunan.
Kebimbangan dan prihatin sesaorang itu juga berbagai
macam. Ia bergantung pada motivasi mereka, keadaan
mereka dan tanggungjawab individu.
Satu contoh tekanan perasaan dan kebimbangan yang
boleh dikatan menguntungkan atau yang berfaedah di sisi
agama iaitu seorang ulama mujtahid bersungguh sungguh
cuba menghuraikan sesuatu masalah agama yang
dibutuhkan oleh penganut agam islam atas masalah yang
mereka alami, namun tidak juga mendapat
menghuraikannya.
Satu lagi contoh iaitu sesaorang pengetua agama yang
sedang menangani masalah orang dibawah jagaannya.
Contohnya ialah riwayat mengenai dua orang khalifah iaitu
Khalifah Umar ibn al-Khattab dan Umar ibn abdul Aziz dan
ada juga cerita dari khalifah yang lain. Mereka bimbang dan
berpikiran panjang atas rakyat mereka.
Contohnya Umar ibn al Khattab pernah memikirkan
bagaimana menguruskan tenteranya sedang beliau dalam
keadaan shalat dan beliau telah diberi keampunan atas
perkara itu. Beliau juga pernah merasa kebimbangan
tentang kehidupan binatang yang ada di negeri iraq.
Khalifah Umar ibn abdul Aziz pernah mengeluh atas
masalah rakyat yang dikemukakan kepada beliau seraya
berkata:Aku sedang mehadapi masalah yang mana tiada

sesiapa yang dapat menolong kecuali Allah. Sehingga


beliau tidak dapat tidur desebabkan memikirkan masalah
rakyat.
Sahabat Abdurrahman ibn awf ra pernah dalam tekanan
perasaan ketika ditugaskan beliau untuk melantik khalifah
baru selepas kematian Umar ibn al Khattab. Beliau tidak
dapat tidur kerana terlalu sibuk berjumpa dan menanyakan
siapa yang sesuai dilantik sebagai khalifah yang baru
sehingga beliau terpaksa menanyakan kesana kemari
walaupun kepada wanita yang sudah tua dan uzur.
Ada lagi tambahan yang menyebabkan tekanan perasaan
bagi sesaorang muslim iaitu para pendakwah. Bagaimana
cara untuk berdakwah,memberi petunjuk kepada sesaorang
muslim ke jalan yang diridhai allah, mengajar seorang
muslim supaya beribadah dengan mengikut hukum syariah
yang telah ditetapkan oleh Al quran dan Assunnah.
Tambahan lagi mengenangkan ramai saudara muslimin kita
di seluruh dunia yang tertindas oleh mereka yang tidak
berperikemanusiaan, mereka yang ditimpa kecelakan dan
musibah.
JENIS JENIS GELISAH DAN TEKANAN PERASAAN
1. Kegelisahan dan tekanan perasaan atas perbuatan
perbuatan dosa seperti membunuh seseorang tidak
berlandaskan hukum syariat agama islam dan juga seperti
perempuan yang hamil dari perbuatan zina.
2.
Kegelisahan dari perbuatan yang salah dan keliru
hingga menyebabkan sesaorang saudara terdekat atau ada
petalian darah itu sengsara. Berkata seorang pujangga

Mengenang kesengsaraan seorang saudara yang terdekat


atau ada pertalian darah disebabkan suatu kekeliruan lebih
perit dari tikaman sebilah pedang.
3. Tekanan perasaan dari musibah dalam kehidupan
seperti penyakit kronik yang teruk, tekanan perasaan
oleh kerana anak anak yang degil terhadap orang tua
dan juga tekanan sesaorng suami atau istri iaitu
seorang isteri tidak dapat layanan sepuas hati dari
sang suami atau sebaliknya dari segi lahir atau batin.
4. Tekanan perasaan oleh kerana kebimbangan masa
depan , seperti seorang bapa risau tentang hal masa
depan anak anak beliau selepas kematiannya. Lebih
lebih lagi si bapa sudah maklum akan kelemahan
beliau dan kekurangan harta pusaka yang akan
ditinggalkan selepas kematiannya. Kita akan
bincangkan hal hal yang telah disebut diatas dengan
lebih meluas insya allah.
CONTOH CONTOH KEGELISAHAN DAN TEKANAN
PERASAANTEKENAN DALAM BERDAKWAH
Para rasul Allah juga mengalami tekanan perasaan
dalam menjalankan dakwah mereka. Siti Aishah rdha
ada menceritakan bahawa anak saudara beliau
bernama Urwah pernah bertanya kepada Rasulullah
saw adakah engkau pernah merasah sengsara selain
dari engkau sengsara dalam perang uhud? Rasulullah
menjawab aku tersiksa ditangan orang orang kamu dan
yang paling teruk ialah pada hari Aqabah, apabila aku
merayu kepada Ibn Abd Yaalayl ibn Abd Kalaal dan dia

tidak mengindahkan apa yang aku harapkan. Lalu aku


tinggalkan beliau sehingga aku tidak tahu haluan mana
yang harus aku tuju. Aku tidak sedar sehinggalah tiba tiba
aku sampai di Qarn al-Thaaalib. Aku mendungakkan
kepala ku kelangit dan aku lihat awan yang memayungiku.
Aku tumpukan pandanganku dan kulihat Jibrail lalu beliau
berkata:Allah telah mendengar apa yang telah dikatakan
oleh umatmu dan kelakuan mereka terhadapmu.Dia ada
mengutus malaikat yang menjaga gunung ganang dan
berkata:Ya Muhammad! sekiranya engkau ingin aku
menghimpitkan mereka dengan dua buah gunung akan aku
lakukan. Lalu Rasulullah menjawab :semoga allah beri
mereka dan anak curu mereka petunjuk dan beriman
dengan Allah dengan tidak mepersekutukannya.
Rasulullah saw juga merasa tertekan ketika beliau
memberitakan kepada ummatnya yang beliau telah
dijalankan oleh Allah pada malam isra dan miraj.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith: Dari Abu
Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud : waktu aku di Hijr (sebuah kawasan di Mekkah
berdekatan dengan Kaabah) lalu kaum Quraish
menanyakan aku tentang perjalanan malam isra dan miraj
dan menanyakan aku tentang Bayt al-Maqdis yang mana
aku tidak pasti. Pada ketika itu aku merasa tertekan yang
tidak pernah aku merasakan sebelumnya.Lalu Allah yang
maha mengetahui membantuku dan dapat aku menjawab
kesemua soalan mereka.
KEBIMBANGAN DALAM HAL BERIBADAH
Rasulullah saw amat prihatin dalam hal shalat. Telah
dikhabarkan oleh Abu Umayr ibn Anas dari pakciknya dari

kalangan Ansar bahawa satu ketika Rasulullah saw sedang


memikirkan bagaiman cara untuk memanggil umatnya
berkumpul bersama untuk menunaikan shalat. Lalu ada
seorang mencadangkan untuk menggunakan bendera
tetapi Rasulullah tidak menyukainya, lalu seorang lagi
mencadangkan menggunakan tiupan trumpet yang dibuat
dari tanduk binatang. Beliau saw tidak setuju kerana
perbuatan sedemikian menyerupai orang yahudi, lalu
seorang lagi mencadangkan dengan mengunakan loceng.
Belia saw tidak setuju kerana perbuatan sedemikian
menyerupai orang nasrani. Seorang sahabat bernama
Abdallah ibn Zayd ibn Abd Rabbihi amat prihatin akan hal
yang dilanda Rasulullah saw. Pada malam harinya beliau
bermimpi dan dalam mimpi beliau telah diajar cara
menyebut adzan lalu beliau beritakan mimpi beliau kepada
Rasulullah saw.
TEKANAN PERASAAN SESAORANG YANG BERKATA
BENAR LALU TIDAK DIPERCAYAI
Peristiwa ini berlaku kepada seorang sahabat bernama
Zaid ibn Al-Arqam ra. yang mana apabila beliau mendengar
seorang ketua dari golongan orang munafiq berkata:
apabila kami pulang ke Madinah , mereka yang bermaruah
dan berkuasa akan menghalau orang yang hina (yang
dimaksudkan orang yang bermaruah dan berkuasa adalah
dia sendiri dan orang yang hina itu adalah Rasulullah saw.)
lalu Zaid memberitahu berita itu kepada pakcik beliau lalu
pakcik itu memberitahu Rasulullah saw. Kemudian
Rasulullah saw memanggil ketua munafiq itu(Abdullah ibn
Ubayy) tetapi beliau bersumpah yang dia tidak megatakan
perkataan itu, lalu Rasulullah percayainya. Dengan itu

pakcik Zaid memarahinya dan berkata: kau memamang


menginginkan supaya Rasulullah saw dan orang orang
muslim membenci mu . Dari saat itulah perasaan aku
amat tertekan yang tidak pernah aku rasakan sebelumnya.
Dalam perjalanan pulang besama Rasulullah saw tiba tiba
beliau saw mendekati aku lalu memiyat telinga aku dengan
tersenyum pada aku. Dengan senyuman Rasulullah saw itu
membuat aku teramat gembira hingga aku rasa tiada yang
dapat menandingi kebahagiaan ini.Lalu Abu Bakar pula
hampiri aku lalu bertanya apa yang Rasulullah kata
padamu ?Ku katakan beliau saw hanya memiyat telingaku
lalu tersenyum.Lalu Abu Bakar berkata kepada ku
: sudahlah begembiralah kamu sekarang. Kemudian
datang pula Umar kepada ku lalu aku beritahu kepadanya
seperti apa yang ku beritahu kepada Abu Bakar. Pada
keesokan pagi harinya aku mendengar Rasulullah saw
membaca surah Al Munaafiqoon kepada kami semua.
Pada riwayat yang lain oleh imam Muslim dengan cerita
yang sama : lalu Zaid berkata: Aku mendatangi Rasulullah
saw lalu memberitahu berita yang dikatakann oleh
Abdallah ibn Ubayy lalu Rasulullah saw memanggilnya dan
menanyakan hal itu kepadanya lalu dia menafikannya. Aku
rasa sungguh terharu akan pengakuannya dan sumpah
yang bohong itu sampailah turun wahyu kepada Rasulullah
saw
Surah Al-Munaafiqoon (63:1) Apabila orang-orang
munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami
mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul
Allah . Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu
benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa
sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang
pendusta.

10

TEKANAN PERASAAN DISEBABKAN OLEH FITNAH


ORANG MUNAFIQ
Satu contoh adalah apa yang telah terjadi kepada Aishah
rdha apabila beliau telah difitnah oleh orang orang munafiq
yang mengatakan telah buat perbuatan yang berdosa
waktu kempen Muraysi. Waktu berita buruk itu tersebar luas
kebetulan beliau rdha dalam keadaan sakit. Aishah Rdha
mengeluh Subhanallah mereka sedang memperkatan hal
tesebut ,Disaat itulah beliau Rdha amat tertekan dan
menambah penderitaan sakitnya lalu berkata:Aku
menangis semalaman hingga keesokan harinya airmata
tetap berlinangan memikirkan nasib aku yang terfitnah.
Setelah sehari dan dua malam menangis merintih ibu bapa
aku mendatangi aku dalam keadaan menangis seolah olah
tangisan itu boleh mendatangi maut. Sedang aku dan orang
tuanya dalam keadaan sedih lalu datanglah seorang wanita
Ansar lalu meminta izin dia ingin berjumpa dengan aku lalu
aku izinkannya.Wanita itu duduk besama kami sambil
menangis dan meratap. Sedang kami duduk bersama,
datang Rasulullah saw dan duduk bersama kami.
Rasulullah tidak pernah menemui kami sejak peristiwa
fitnah itu bermula dan selama sebulan tiada wahyu yang
diterima berkenaan keadaan yang aku alami. Rasulullah
saw lalu duduk bersama kami lalu mengucapkan kalimat
shahadah dan lalu berkata : Wahai Aishah aku telah
mendengar sekian sekian tentang diri kamu, jika sekiranya
kamu tidak bersalah nescaya Allah akan buktikan yang
kamu tidak bersalah dan jika sekiranya kamu bersalah ,
mintalah keampunan kepada Allah dan bertaubatlah
kepadaNya. Sesungguhnya jika sesaorang hamba

11

mengaku atas kesalahanya nescaya Allah akan terima


taubatnya.
Setelah selesai Rasulallah saw memberitahu apa yang
ingin dia sampaikan, airmata aku berhenti serta merta.Lalu
aku berkata kepada bapa aku Wahai ayah katakanlah
sesuatu kepada Rasulullah lalu ayah menjawab:Demi
Allah aku tak tahu apa yang aku akan katakan kepadaNya.
Lalu aku berkata kepada ibuku:Wahai ibu katakanlah
sesuatu kepada Rasulullah lalu ibu menjawab:Demi Allah
aku tak tahu apa yang aku akan katakan kepadaNya. Lalu
aku sendiri berkata: aku hanyalah seorang anak
perempuan kecil dan tidak berapa tahu tentang Al quran.
Demi Allah tiada apa yang dapat aku katakan hanya apa
yang telah dikatan oleh nabi Allah Yusoff dalam Al Quran

Surah Yusof (12:18)


Mereka datang membawa baju gamisnya (yang
berlumuran) dengan darah palsu. Yaqub berkata:
Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik
perbuatan (yang buruk) itu; maka kesabaran yang baik
itulah kesabaranku .Dan Allah sajalah yang dimohon
pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan.
lalu aku pergi dan berbaring diatas katil lalu turunlah ayat

12

Surah Annur

(24:11)
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong
itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira
bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah
baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat
balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara
mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam
penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
Kisah Maryam bint Imran yang tersebut dalam
Al quran.
Dia hamil tampa bapa kepada anaknya (Nabi Isa as).
Sewaktu perasaannya tertekan atas kejadian itu beliau
berkata sekiranya aku mati sebelum kejadian ini sudah
tentu aku akan dilupakan dan tidak dilihat dari
pandangan.. Dia berkata demikian kerana tahu bahawa
orang akan menuduhnya berzina dan tidak akan
mempercayainya jika sekiranya dia mendatangi kaumnya
dengan membawa bayi yang baru lahir. Sebelumnya
Maryam dikenal sebagai seorang wanita yang wara, ahli
ibadah dan tinggal berhampiran dengan mesjid, terkenal
dari keluarga yang beragama dari keturunan para ambiya.

13

Oleh kerana takdir Allah yang ditetapkan kepadanya ini lah


yang menyebabkan perasaannya tertekan sehingga dia
berani keluarkan kata kata diatas dengan maksud yang lain
lebih baik dia tidak diciptakan dibumi ini.
Suatu kisah lagi yang di ceritakan on Aishah Rdha tentang
seorang wanita berkulit hitam yang dituduh mencuri dengan
tuduhan yang tidak adil. Wanita itu menceritakan :Pada
hari wishaah seorang budak perempuan kecil sedang
memakai barang perhiasan yang diperbuat dari kulit lalu
jatuh ketanah. Seekor burung helang terlihat barang hiasan
itu dan menyangkanya seketul daging lalu disambarnya dan
dibawa terbang.Orang disekeliling menyangkanya aku
yang mengambilnya lalu memaksanya kembalikan barang
itu dan menyiksa aku.Mereka keterlaluan sehingga seluruh
tubuhku diperiksa termasuk bahagian kemaluanku.Tiba tiba
burung helang itu kembali dan melontarkan perhiasan itu
kebawah dan mereka memungutnya. Lalu aku kata kepada
mereka: Ini yang kamu semua tuduh aku sedangkan aku
tidak bersalah.
Kebimbangan seorang suami terhadap isteri dan
anaknya setelah kematiannya
Aishah rdha meriwayatkan Rasulullah saw pernah bekata
kepadanya yang bermaksud :Satu perkara yang aku
fikirkan iaitu apa yang akan terjadi kepada mu setelah aku
mati kelak, kerana tiada siapa yang boleh menjaga mu
dengan sempurna kecuali orang yang benar benar
penyabar.

14

Tekanan perasaan disebabkan hutang


Satu contoh yang terjadi pada al-Zubayr ra. Yang mana
anak beliau Abdallah ibn al-Zubayr telah menceritakan
:Sedang al-Zubayr pergi untuk berperang (Peperangan
Unta) dia memanggil aku lalu aku berdiri disampingnya dan
dia berkata kepadaku:Wahai anakku, tiada seorang yang
akan dibunuh kecuali mereka yang bersalah atau mereka
yang telah membuat kesalahan. Kulihat pada diriku yang
akan mati pada hari ini kerana aku telah membuat
kesalahan. Yang paling aku ambil berat adalah hutang
hutang ku. Adakah kekayaan kita boleh melangsaikan
hutang kita. Kemudian dia menasihatkan aku bagaimana
hendak menangani hutang itu dan berkata:Wahai anakku
jika sekiranya kamu tidak dapat membayar hutang hutang
itu mintalah pertolong dengan Maulaa ku. Demi Allah aku
tidak tahu apa maksud ayahku lalu aku bertanya:Wahai
ayah siapa itu Maula kamu ?. dia menjawab:Allaah demi
Allah setiap kali aku rasa tertekan kerana hutang yang aku
miliki aku akan berdoa :

    

 
    
(nama yang berhutang)
Wahai Maulaa al-Zuabyr, lunaskanlah hutangnya .lalu
Allah melunaskannya.
Abdallah ibn al-Zubayr berkata:Lalu aku menghitung
berapa banyak dia berhutang dan didapati dua juta dua
ratus (ada yang menyanka yang al-Zubayr tidak akan dapat
melunaskan hutangnya.Tetapi dengan kehendak Allah dan
15

rahmatNya dengan hartanah yang dia milikinya dia dapat


melunaskan kesemua hutangnya dan ada lebih lagi yang
tinggal. Al-Zubayr ada empat istri dan sepertiga
diperuntukan kepada mereka dan setiap istri mendapat satu
juta dua ratus.Kesemua kekayaan Al-Zubayr ada sebanyak
50 juta dua ratus ribu.
Perasaan tertekan kerana mimpi buruk
Peristiwa yang berlaku atas diri Rasulullah saw beliau
menceritakan : Sedang aku tidur harta bumi dibawa
kepada ku iaitu dua ketul emas lalu diletakan pada kedua
tangan ku. Ini amat merunsingkan diriku.Allah taala
menyuruh aku meniup emas itu lalu emas itu pun hilang.
Sesungguhnya dua ketul emas itu adalah dua orang tukan
fitnah iaitu Sanaaa dan al-Yamaaamah.
Ibnu Umar ra juga mengalami tekanan perasaan
disebabkan oleh mimpi .Dia menceritakan:Di kalangan
para sahabat sering bermimpi semasa Rasulullah saw dan
menceritakan mimpi mereka kepada Rasulullah saw lalu
Rasulullah berkata Masha Allah. Dikala itu aku masih
muda dan sering tidur di mesjid sebelum berumahtangga.
Aku berkata pada diri ku :jika sekiranya aku seorang yang
baik, aku akan melihat apa yang para sahabat lain lihat
dalam mimpi mereka. Dalam keadaan berbaring aku
berdoa:Ya Allah sekiranya ada perkara yang baik pada
diriku, tunjukanlah dalam mimpiku. Dalam mimpi ku lihat
dua orang malaikat datang pada ku dengan batang besi
ditangan mereka.Diheretnya diriku ke neraka lalu aku
berdoa:Ya Allah aku berlindung dengan mu dari api neraka
ini.Kemudian aku berminpi lagi aku dibawa lagi oleh dua

16

malaikat dengan batang besi ditangan mereka dan


berkata:jangan bimbang kau adalah lelaki yang baik
sekiranya kau beribadah lebeh. Mereka bawa ku ke tebing
neraka yang bentuknya seperti telaga penuh dengan
tanduk tanduk dan diantara tanduk tanduk itu ada malaikat
sedang memegan batang besi.Ku lihat lelaki digantung
dengan rantai dalam keadaan kepala mereka dibawah.Ku
kenal sebahagian mereka daripada kaum quraish. Lalu
malaikat lepaskan diriku ke kanan. Aku ceritakan kisah
mimpiku pada Hafsah rdha. lalu dia berkata :baguslah apa
yang engkau telah lihat., Aku katakan padanya
tanyakanlah hal ini pada Rasulullah saw. Dan apabila
ditanyakan kepada Rasulullah saw dia berkata:Abdallah
adalad seorang yang benar jika sekiranya dia beribadah
diwaktu malam. Setelah peristiwa itu didapatinya beribadah
dengan bersungguh sungguh.
Islam ada mengajar bagaimana untuk menangani tekenan
perasaan disebabkan mimpi buruk.
Setelah deceritakan berbagai macam kegelisahan dan
tekanan perasaan di dunia ini nah sekarang ini tibalah
masanya untuk kita membicarakan bagaimana untuk
menanganinya.
Pertama sekali yang wajib kita bincangkan adalah tekanan
perasaan yang ada kena mengena dengan aqidah atau
keimanan dan kesan yang dibawa kepada tekanan
perasaan. Kita pernah melihat sama ada orang kafir
ataupun orang islam yang lemah imannya tertekan hingga
ingin membunuh diri hanya kerana hendak menyelesaikan
masaalah tekanan perasaan mereka.

17

Di hospital penuh dengan pesakit yang ingin membunuh diri


dan yang merana kerana ketakutan dan trauma. Masaalah
ini akan mengakibatkan juga mereka yang kuat, mereka
yang lemah dan kesaorangan.
Berapa kerap mereka hilang akal dan dalam kelemahan.
Bagi sesaorang yang dibimbing dengan Islam, akidahnya
mantap dan imanyan kuat dia akan dapati penyembuhan itu
datangnya dari Allah yang maha mengetahui dan maha
sedar, yang maha pencipta dan maha tahu akan
ciptaannya.
Seperti yang disebut dalam Al quran :

Surah Al Mulk (67:14)


Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui
(yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus
lagi Maha Mengetahui?
MERAWAT TEKANAN PERASAAN DAN KEGELISAHAN
CARA ISLAMI
Marilah kita bincangkan berbagai macam cara untuk
menanganinya dengan cara islami.

18

1. Mantapkan iman disertakan dengan perbuatan


yang baik:
Allah taala berfirman dalam Al quran Surah An Nahl
(16:97)

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki


maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka
sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan
yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan
kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa
yang telah mereka kerjakan.
Ini semua telah terbukti bagi mereka yang beriman dengan
Allah. Dengan aqidahnya mantap nescaya semua ini akan
medorong mereka untuk berbuat baik dengan hati yang
suci.Ini juga akan merubah kedudukan mereka di dunia dan
akhirat. Inilah asas yang utama yang mereka gunakan
untuk mengahadapi pahit manis kehidupan didunia
ini.Mereka mendapat rahmat dari Allah serta bersyukur dan
gunakan dengan jalan yang diridhai Allah.
Apabila mengahadapi tekanan, dianiaya, risau dan
ketakutan mereka cekal dan cuba mengurangkannya

19

sedaya upaya dan menghadapi dengan sabar dan


mengahadapi dengan tabah.
Mereka mendapat keuntungan dan pengalaman atas
kekentalan mereka mengahadapi dengan kesabaran dan
mengharapkan ketenteraman yang akan mengurangkan
perasaan yang tertekan. Kegelisahan mereka digantikan
dengan kegembiraan dan mengharap balasan dari Allah.
Rasulullah saw pernah bersabda dalam hadith sahih yang
bermaksud:Walau apapun yang terjadi pada mereka yang
beriman dan dalam keadaan yang bagaimanapun bagi
mereka itu semua itu adalah baik dan ini hanya terjadi
kepada mereka yang benar benar beriman.Jika sekiranya
yang terjadi itu baik mereka akan bersyukur dan sebaliknya
jika apa yang terjadi itu perkara buruk nescaya mereka
bersabar dan itu lah yang terbaik baginya
Inilah yang dikatakan cara kita menangani kesusahan
dengan jalan positif.
2. BAGAIMANA DOSA SESAORANG MUSLIM DITEBUS
MENYUCIKAN HATI, MENINGKATKAN DERAJAT
APABILA DIA DITIMPA KESUSAHAN DAN
KEGELISAHAN
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:Tiada sesuatu
kesusahan yang menimpa sesaorang muslim walaupun
sekecil duri bahkan Allah akan tebus dengan mengampuni
dosanya. Dan dalam riwayat yang lain :Tiada penyakit,
kesusahan, kesakitan dan kesedihan menimpa sesaorang
muslim walaupun
kerisauan melainkan semua itu menjadi penebus dosanya.
Sesiapa yang mengalami kesusahan dan kerisauan harus
mengetahui apasaja tekanan jiwa yang melanda dirinya

20

bukanlah kejadian yang sia sia bahkan akan menambah


kebaikan dan menghapuskan keburukan pada dirinya.
Sesaorang itu mesti sedar bahawa jika tidak kerana
kesusahan dan kehancuran, kita akan menghadipi hari
kebangkitan dengan tangan yang kosong. Para salaf ada
menunjukkan bahawa itulah sebabnya hati mereka tenang
bila kesusah menimpa dan tetap tenang bila kegembiraan
datang
Sesaorang akan memahi bagaimana kesusahan yang
melanda dirinya itu akan menjadi penghapus dosa bagi
dirinya. Dia akan menjadi tenang dan lebeh lebeh lagi jika
terjadinya keburukan itu setelah baru membuat perkara
yang keji lagi berdosa. Ini pernah terjadi pada seorang
sahabat ra. Abdallah ibn Mughaffal meriwayatkan seorang
lelaki berjumpa seorang wanita yang pernah melacur
semasa zaman jahiliah. Dia mula bergurau dengan wanita
itu lalu memegangnya. Wanita itu lalu : Sedarlah bahawa
Allah telah menghapuskan shirik dan membawa islam
kepada kita.. Lelaki itu lalu pergi ke sebuah tembuk batu
sambil mengentakan mukanya. Rasulullah lalu tiba
ketempat kejadian itu dan diberitahu oleh lelaki itu akan hal
yang telah terjadi lalu Rasulullah bersabda:Kau adalah
hamba Allah yang baik. Jika inginkan kebaikan bagi
hambaNya dia akan menghukum hambaNya secepatnya
dan jika Allah benci kepada hambaNya, Allah akan
menangguhkan siksanya hingga sampai ke hari qiamat
yang mana semua dosa dosanya dikumpulkan semua
untuk disiksa.
Rasulullah bersabda yang maksudnya :Apabila Allah
mengiginkan kebaikan terhadap hambanya dia akan
membalas hukuman hambanya didunia tetapi jika Dia benci
kepada hambanya nescaya Allah akan kumpulkan

21

siksaanNya di hari qiamat lalu disiksanya hamba itu pada


hari itu dosa dosanya dikumpulkan semua untuk disiksa.
3. MEMAHAMI ERTI SEBENAR KEHIDUPAN DI DUNIA
Bagi mereka yang benar benar beriman mesti sedar
bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara dan
akhirat juga lah yang kekal dan abadi. Segala kenikmatan
yang dirasai tiada yang sempurna. Kesenangan yang ada
lah kecil bahkan kesusahannya itu yang lebih dan selalu
penghuninya merintih. Mereka yang beriman seolah oleh
dipenjara didunia ini. Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud : Dunia ini adalah penjara bagi mereka yang
beriman dan syurga bagi orang kafir
Dunia ini penuh dengan kepahitan, kesengsaraan dan
penyiksaan. Bagi seorang yang beriman kematian adalah
kelepasan dari semua ini. Abu Qutaadah in RibI al-Ansaari
pernah berkata : Waktu ada mayat sedang diusung
dihadapan Rasulullah saw beliau bersabda:Mayat ini
sekarang telah bebas dan orang orang semua bebas. Ada
yang bertanya :Ya Rasulullah bagaimana dia bebas dan
bagaimana orang orang boleh bebas?.Jawab Rasulullah
saw.Bagi hamba yang beriman dia bebas dari kesusahan
dan kepahitan hidup didunia dan pergi menghadapi Allah
dengan keampunan. Tetapi bagi hamba jahat meninggal
orang orang, bumi, pokok pokok dan binatang binatang
akan bebas dari kejahatannya.
Mereka yang beriman, kematian adalah kelepasan dari
tekanan, kebimbangan dan kepahitan hidup.
Seperti dalam hadith yang bermaksud:Apabila seorang
hamba yang beriman akan mati, para malaikat rahmat akan

22

datang dengan membawa sutra putih dan berkata,


keluarlah dengan kepuasanmu dan dengan ridha Allah dan
dengan keampunan Allah dan dengan keharuman kasturi
dan tampa kemurkaan Allah. Lalu ruh itu keluar dengan
keharuman kasturi dan ruh itu dihantarkan kepada satu
malaikat kepada yang lainnya hingga ke pintu syurga. Lalu
ada yang berkata :Bagaimana harum kasturi yang baru
datang dari bumi ini?, lalu dibawa ruh itu kedalam syurga
dan dikumpulkan bersama ruh orang orang yang beriman
dan disambut dengan keriangan lalu mereka bertanya pula
: Apa yang telah dilakukan si polan di dunia ?
Lalu malaikat berkata:jangan diganggu dia , sesungguhnya
dia amat sengsara dan tersiksa waktu hidup di dunia.
Sebaliknya apabila orang kafir akan mati, para malaikat
azab akan membawa kain buruk dan berkata:Keluarlah
wahai sang keji, laknat Allah terhadapmu dan terimalah
penyiksaan dari Allah. Lalu ruh itu keluar seperti daging
yang amat busuk dan di bawa ke pintu neraka dan ada
yang bertanya :Seburuk manakah si laknat ini hingga
dikumpulkan bersama sama ruh ruh orang orang kafir?
Dengan kita memahami erti kehidupan hidup di bumi ini,
kita akan cekal apabila mengahapi kepahitan,
kesengsaraan dan ketakutan sebab kita yakin yang kita
tidak akan lari dari kenyataan hidup.
4. MENGIKUTI JEJAK LANGKAH PARA RASUL DAN
KEBENARAN
Para rasul Allah dan mereka yang jujur lebeh merana dan
sengsara di dunia ini dari yang lainnya. Setiap orang akan
diuji sesuai dengan ketinggian dan kekuatan iman mereka.
Jika Allah mengasihi sesaorang hamba itu Allah akan

23

mengujinya. Sahabat bernama Sad bertanya pada


Rasulullah saw:Wahai Rasulullah, siapakah yang paling
teruk menerima kesengsaraan? Rasulullah saw menjawab
:Para nabi dan rasul dan kemudian orang orang selepas
mereka(darjat ketinggian) dan orang orang selepasnya.
Sesaorang itu akan diuji sesuai dengan kekuatan dan
kemantapan iman mereka. Jika kuat iman mereka maka
kuat lagilah ujian yang mereka hadapi dan jika lemah iman
mereka akan diuji setakat mana iman mereka itu.
Kesusahan akan melanda sesaorang hamba itu sehingga
dia keluar dari bumi ini tampa
sebarang dosa.
5. MENGUTAMAKAN HARI AKHIRAT
Dengan mengutamakan dunia akan membuat sesaorang itu
keliru. Oleh kerana itu jika seorang hamba itu
mementingkan akhirat , Allah akan menolongnya dan
memberinya petunjuk. Diriwayatkan dari Anas ra Rasulullah
saw bersabda yang bermaksud:Sesiapa yang
mengutamakan akhirat Allah akan mengisikan hatinya
dengan perasaan kekayaan dan kebebasan, dan tenang
dan dunia ini dengan sendirinya akan datang kepadanya.
Tetapi barangasiapa yang mengutamakan dunia ini
nescaya Allah akan membuat ia merasa ketakutan akan
kemiskinan dan dia akan merasakan kekacauan dan hilang
tumpuan dalam kehidupan dan dia tidak mendapat sesuatu
didunia ini melainkan apa yang telah ditetap untuk dirinya
sahaja.
Ibn al-Qayyim berkata:Jika sesaorang menjalankan
kehidupan seharian dengan mengingat Allah sahaja,

24

nescaya Allah taala akan menjaganya dan akan


menyempurnakan akan kebutuhannya dan menjaga
kesemua kesusahannya.
Allah akan kosongkan hatinya dan diisikannya hanya
dengan kasih sayang, membimbing lidahnya hanya untuk
berzikir kepadanya dan memimpin pekerjaannya hanya
untuk taat kepadaNya.
Tetapi jika sesaorang itu menjalankan sehariannya semata
mata untuk dunia, Allah akan membuat dia menanggung
kesusahannya, ketakutannya dan kepahitannya. Dia akan
biarkan dirinya menguruskan kerjanya sendiri.Hatinya akan
jauh dari mengasihi Allah dan makhluk makhluk yang lain,
membuat lidahnya menyebut selain Allah sehingga tunduk
kepada selain Allah. Dia akan bertungkus lumus seperti
binatang yang dipacu betugas untuk selain Allah.
Sesiapa yang memuhon sesuatu selain dari Allah, taat dan
kasih selain Allah akan membuat dirinya sengsara oleh
kerananya. Allah berfirman dalan Al quran
Surah al-Zukhruf (43:36)
tu t t . uq9$# hs) s9 $Ysx us s9 s%
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang
Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan
(yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi
teman yang selalu menyertainya.
6. MENGINGAT MATI (MAUT)
Rasulullah saw bersabda:Ingatlah hal yang akan
menghapuskan kesenangan (maut) sebab sesiapa yang
25

mengingat mati pada waktu senang dia akan merasa


terselamat pada waktu susah dan barang siapa mengingat
mati waktu susah dia akan merasa tersepit.
7. BERDOA DIWAKTU KESUSAHAN
Berdoa dikala kesempitan dan waktu dilanda tekanan
perasaan amat bermenafaat bagi sesaorang. Dia akan
menjadi pelindung dan penyembuh. Orang islam memang
diwajibkan kembali kepada Allah dan berdoa kepadaNya
daripada kesusahan dan meminta perlindungan
denganNya. Ini juga dilakukan oleh Rasulullah saw. Hamba
sahaya Rasulullah saw Anas menceritakan :Saya selalu
melayani Rasulullah saw waktu tinggal di Madinah dan
sering mendengar beliau saw berdoa:



   

    
 !   #"  $
   %&'   ( " )
 
+*  , -%./
0&' 12
3
4% 5" 2 6  (
07 8
2 9
  (
   
 
   
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan
dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari
kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan
paksaan orang
Doa ini amat mustajab untuk mencegah kesusahan
sebelum ia terjadi.

26

Jika sesaorang bimbang akan kesusahan akan


menimpanya doa dibawah ini amat berguna untuknya.
Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan, Rasulullah saw sering
berdoa:

'": -";1 <


 . -" =
 2" >
 , <
 , 5* ?@
 "  A <"B1 -
" -" =
 2" >
 , 0&' 12
-": -" DC  E
D $
   
! 4  <"! '": -";1 -"F G" H -" =
 2" >
 , -"I!
JI KL* ( " -" 5C M N O
  ?   
! 4  P  G KL*
   
Yaa Allah ... Perbaikilah agamaku, karena agamaku adalah
pelindungku. Perbaikilah akhiratku kerana akhiratku adalah
tempat kembaliku. Yaa Allah ... Jadikanlah hidupku sebagai
tambahan kebaikanku dan jadikanlah akhiratku sebagai
tempat istirahatku dan penghenti perbuatan burukku
Bila kesusahan dan kepahitan melanda sesaorang, pintu
doa selalu terbuka olehnya dan tidak akan ditutup.Bila
sesaorang memohon pada Allah yang maha permurah
nescaya Dia akan menjawab dan mengabulkannya.
Seperti firma Allah dalam Al quran:[al-Baqarah 2:186]

27

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu


tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah
dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka
itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka
beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam
kebenaran.
Satu doa yang mashur yang boleh menghilangkan
kesusahan dan kegelisahan dan memberi kesenangan iaitu
doa yang mana Rasulullah menggalakan semua orang
menghafalnya iaitu:
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:Tiadalah
sesaorang itu apabila ditimpa kesusahan lalu ia berdoa:

0-:" Q
P  R 7" 
-";>
" . )
 ;" , (  R 7"   (  R 7   -%./
0&' 12
" 
S
  0?T )
   A &P T  K* 
)
 *UT , R V W  0-:" 3X 7  )
 ?  M
O
  [U ;T  
, )
 
;L" -":  ;  .,  , )
 Y" 2 G ( " C7M,  ;? 12   , )
 
 Z .
<
N7 >
 N . -
2  8 
N # HY*    !  F # , R 7  " \

 ]   &
2 " -": " 

-%?A ^
 A+  -
. M `_ a
4
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah anak hamba-Mu
(Adam) dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubunubunku di tangan-Mu. Keputusan-Mu berlaku padaku,

28

qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu


dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan
untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu,
Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu, atau
yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di
sisi-Mu. Hendaknya Engkau jadikan Al Quran sebagai
penentram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan
kesedihan.
Kami galakan supaya semua pembaca mengamalkannya.
Perlu diingatkan seorang hamba itu benar benar ingat
bahawa dia kepunyaan Allah dan tidak akan boleh
melakukan sesuatu kecuali dengan kehendak Allah dan
tiada yang berkuasa melainkan Allah dan mesti
memperhambakan diri hanya kepada Allah, mengaku
menyerah diri kepada Allah, taat dan patuh dengan
perintah Allah tunduk pada perintahNya dan jauhi
laranganNya, menerima bahawa Allah yang mengendalikan
dan mengaturkan kehidupannya dengan kehendakNya ,
buktikan akan ketaatannya serta menerima ketauhidanNya
dengan menggunakan nama nama Allah yang mulia dalam
berdoa dan keperluannya.
Banyak doa doa yang berkenaan dengan kesusahan dan
kegelisahan yang di ajarkan Assunah seperti yang di bawah
ini:Ibn Abbas meriwayatkan apabila Rasulullah merasa
kesusahan beliau saw akan mengucapkan:

b
/  /
b &
"c!   d

 !   ^N  12 b
/  /
b & "2$
   & "c!    12 b
/  /
b
e

   d

 !   ^N  Q

N f_  ^N  O
" ? 0 ^N  12
  
   
29

Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Yang


Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang
berhak disembah selain Allah. Tuhan yang menguasai
langit dan bumi. Tuhan yang menguasai Arsy lagi Maha
Mulia.
Anas ra meriwayatkan apabila Rasulullah saw kesusahan
akan sesuatu beliau saw mengucapkan :

g];T, )
 ;h i   -M 
Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Mengurus,
dengan rahmat-Mu aku beristighotsah (memohon
pertolongan).
Asmaa bint Umayr berkata: Rasulullah saw telah
bersabda pada ku:Mahukah aku mengajarkan kata kata
yang boleh engkau ucapkan ketika dalam kesusahan?
Ucapkanlah :

.Cj I " 
R 
I ,* b -%N  12  12
  :        
(Ya Allah ya Tuhan ku, tidak lah aku menyekutukan Mu
dengan sesuatu pun )
Satu lagi doa yang mana Rasulullah saw mengajar doa
bagi mereka yang dalam kesusahan iaitu:

30

(P   5 :  l -mZ . /
-
2 " F a: 4N , )
 ;? M N 0&' 12
S
 ., b
/  /
b  12L* -
.U I -" =
 2" >
 ,
Ya Allah, aku mengharapkan (mendapat) rahmat-Mu, oleh
karena itu jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata
(tanpa pertolongan atau rahmat dari-Mu). Perbaikilah
seluruh urusanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah
selain Engkau.
Jika seorang itu menghayati doa yang dibacakannya
dengan penuh tumpuan dan berusaha dengan penuh gigih
nescaya Allah akan memperkenankan dan mengabulkan
doanya dan kesemua kesusahannya akan menjadi
kebahgiaan.
Sesuatu doa yang disebut dari hati yang penuh dengan
keyakinan, doa itu akan menghilangkan kedukaan dan
mendatangkan kegembiraan. Para ulama telah banyak
menceritakan tentang hal orang yang dalam kedukaan
dengan berdoa dan Allah mengabulkan doa mereka,
selamatkan mereka dari musuh, dari mati lemas, dari
kelaparan dan malapetaka.
Satu contoh lagi iaitu hal yang terjadi kepada seorang
waliyullah yang bernama Sahaabi al-Alaa
alHadrami seorang ulama yang mashur dan abid yang
mana doa beliau dikabulkan Allah.
Peristiwa ini terjadi waktu beliau dan pengikutnya dalam
satu perjalanan di padang pasir. Bila malam tiba mereka
31

bercadang untuk berhenti dan berkemah. Sebelum mereka


sempat membuat kemah di tempat itu tiba tiba unta yang
membawa segala barang barang mereka melarikan diri dari
mereka hingga tidak satu pun kelihatan. Yang tinggal bagi
setiap orang hanya sehelai pinggang.
Mereka semua menjadi kelam kabut dan perasaan mereka
tertekan. Ada yang sempat membuat wasiat antara satu
sama lain kerana bimbang kejadian ini akan membawa
maut. Waliyulallah Al-Alaa mengumpulkan semua orang
lalu berkata:Wahai kamu semua! Bukankah kamu orang
islam dan bukankah kamu lakukan ini semua kerana Allah,
bukan kah kamu penolong Allah? mereka mejawab:Sudah
tentu.
Berkata Al-Alaa lagi:Bertenanglah, sesungguhnya Allah
tidak akan sia siakan orang yang dalam keadaan seperti
kamu sekarang ini. Waktu berlalu dan apabila tiba waktu
fajar dan waktu shalat telah tiba. Mereka semua diseru
untuk bershalat dan beliau mengimami mereka shalat.
Setelah shalat mereka semua berlutut lalu berdoa dengan
mengangkat tangan. Mereka berdoa hingga kelihatan
mentari terbit dan mereka melihat fatamurgana berkilawan
dari cahaya mentari. Tiba tiba dengan tidak disangka
sangka dengan kehendak Allah keluar air mata air disisi
mereka suci lagi segar, mengalir kearah mereka. Mereka
minum dan mandi dengan air itu. Sebelum mentari naik
meninggi tiba tiba dengan kuasa Allah unta unta mereka
mula kembali dari arah sekeliling mereka. Tiada suatu harta
pun yang hilang dari unta unta itu. Unta unta itu pun diberi
minum dengan air itu.
(sila rujuk kitab Al-Bidaayah wal-Nihaayah: Dhikr riddat ahl
al-Bahrayn wa awdatihim)

32

8.

BERSELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW

Ini juga satu cara yang mana Allah akan menghilangkan


kesusahan sesaorang: Al-Tufayl ibn Ubayy ibn Kab
menceritakan bahawa bapanya berkata:Apabila sepertiga
malam telah berlalu, Rasulullah bagun dan
bersabda:Wahai sekalian orang, ingatlah Allah, ingatlah
Allah, tiupan sangka kala yang pertama telah tiba dan
diikuti dengan tiupan sangka kala yang kedua. Maut telah
tiba.. Lalu aku bertanya : Ya Rasulullah , aku banyak
berselawat buat mu. Berapa bayak kah harus aku berdoa
untuk mu ? beliau saw menjawab : Sebanyak mungkin
ku tanya lagi ; Seperempat beliau saw
menjawab :Sebanyak mungkin dan lebeh banyak , lebeh
baik buat dirimu :ku tanya lagi : Separuh beliau saw
jawab :Sebanyak munkin dan lebeh banyak lebeh baik bagi
dirimu. Ku tannya lagi :Dua pertiga beliau
saw menjawab:Sebanyak yang kamu inginkan, lebeh
banyak lebeh baik buat diri kamu. Lalu aku katakan
padanya saw ;Kalau begitu sekalian doaku buat dirimu ya
Rasulullah lalu Rasulullah saw berkata : Kalu begitu
kesusahan mu akan terpelihara dan dosa mu akan
diampuni.
9. BERGANTUNG DAN BERSERAH SEPENUHNYA
KEPADA ALLAH
Apababila sesaorang yakin benar benar Allah yang maha
kuasa atas segalanya, dan segala apa yang Allah berikan
atau jalankan terhadap hambaNya adalah yang terbaik,
Allah yang maha mengetahui kebutuhan hambaNya pada
diri hamba itu sendiri, Allah yang berhak atas segalanya.

33

Allah terlebeh ikhlas dan mengasihani tehadap hambaNya


dibandingkan dari keihklasan hamba terhadap Allah. Dia
tidak boleh memajukan diri jika Allah tidak mengizinkannya
dan tiada sesaorangpun yang boleh mengubah sesuatu
apa yang Allah tetapkan. Jika seorang hamba sedar akan
sekalian yang disebut ini, dia akan menyerahkan segala
urusannya kepada Allah. Meyerahkan diri kepada Allah raja
yang maha perkasa dengan penyerahan dalam keadaan
lemah tampa kuasa apa apa. Dengan cara beginilah hamba
itu ada merasa lega daripada keresahan, tekanan dan
penyesalan. Dia serahkan segala beban dan kebutuhannya
kepada Allah nescaya Allah akan mengendalikan
urusannya dan akan memberinya petunjuk. Dengan
kemurahan dan kasih sayang Allah terhadap hambaNya,
seorang hamba itu tidak akan merasa gelisah dan cemas
kerana fikirannya hanya tertumpu kepada Allah sahaja.
Setelah dia serahkan segalanya pada Allah segala
kerisauan, keperluan didunia ini akan diangkat dari dirinya
dan jiwanya kebebasan dari tekanan perasaan
Tetapi jika seorang hamba hanya ingin mengendalikan
urusannya dengan dirinya sendiri tampa pertolongan Allah
dan mementingkan diri sendiri dan niatnya bukan kerana
Allah nescaya Allah akan biarkan dia dengan caranya
sendiri dan nescaya dalam dia menangani urusannya akan
penuh dengan kerisauan, kebuntuan, kebimbangan,
perasaan yang tertekan, kesusahan, ketakutan, keletehan
dan tekanan jiwa. Fikirannya akan jadi tidak menentu dan
kebingungan dan segala perbuatannya tidak menjadi ikhlas
dan segala apa yang dia inginkan akan gagal.
Dia tidak akan dapat kepuasan dalam apa yang
diushakannya. Dia akan menjadi seperti binatang yang

34

bekerja bertungkus lumus yang akhirnya tiada apa yang


dapat menolong atas segala yang dikerjakannya.
Apabila sesaorang itu bergantung dan memberi sepenuh
kepercayaan pada Allah, dia tidak akan didorong oleh
kesesatan dan penipuan Dia benar benar percaya akan
kekuasaan Allah dan mengharapkan perlindungan dari
Allah jauh dari tekanan perasaan dan kerisauan, dan
membuat jiwanya tenang jauh dari penyakit rohani. Ini
akan membuat jiwanya semangkin kuat , tenang dan
gembira. Dia menjadi orang yang jauh dari masalah dengan
pertolongan dari Allah yang berjuang melawan hawa
nafsunya sendiri. Dengan memohon supaya Allah
memnguatkan
menguatkan jiwanya dan menghilangkan kerisauannya.
Allah berfirman dalam Al quran:
Surah Al Talaaq (65:3)

Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangkasangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada
Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang
(dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

35

Allah akan menjaga segala urusannya sama ada urusan


duniawi ataupun ukhrawi.
Seorang yang berserah diri pada Allah dan mempunyai hati yang
kuat tidak akan dihantui oleh apa apa perkara yang terjadi sebab
di yakin Allah telah berjanji akan menjaga sesiapa yang benar
benar bertaqwa padaNya. Dia benar benar yakin janji Allah itu
sesungguhnya benar.
Dengan inilah semua segala kerisauannya dan keresahannya
hilang, kesusahan menjadi senang, kesedihan menjadi gembira
dan ketakutan menjadi aman. Semoga Allah menjadikan kami
semua orang yang bertaqwa kerana segala janji Allah akan
kebaikan dan perlindunganNya dari keburukan dan penaniayaan
akan ditunaikan Allah.

36

10. CARA LAIN DENGAN MENUMPUKAN PERHATIAN


PERKARA YANG BERMENAFAAT , PERKARA TERKINI
BUKAN BIMBANG ATAS PERKARA YANG TELAH BERLAKU
DAN APA YANG AKAN TERJADI ESOK ATAU KESAL ATAS
APA YANG TELAH BERLAKU SEMALAM
Bahawa sesungguhnya Rasulullah saw memohon perlindungan
pada Allah dari keraguan dan penyesalan: iaitu penyesalan
tentang hal yang telah terjadi yang tidak boleh kembali padanya
untuk merobahnya and kebimbangan akan hal yang akan terjadi di
hari muka. Seorang hamba seharusnya memikirkan tentang hal
keadaan apa yang sebenarnya sedang berlaku pada masa dan
saat ini. Memfaedahkan tenaganya selok eloknya untuk hal hal
yang terkini. Sebab kemenangan terkini akan menolongnya untuk
menghilangkan segala kerisauan dan penyesalan. Apabila
Rasulullah saw berdoa atau mengajar umatnya berdoa, dia
menggalakan bukan hanya bedoa kepada Allah atau mengharap
rahmatnya tertapi dia juga menyuruh umatnya berusha
bersungguh sunguh atas apa yang mereka duakan dan kedua
duanya berjalan selaras. Memang sudah semestinya seorang
hamba itu akan berusaha gigih atas perkara yang mendatang
menafaat bagi dirinya sama dalam bidang duniawi ataupun
ukhrawi dan akan memohon agar doa dan ushanya dikabulkan.
Dia akan meminta pertolongan pada Allah seperti yang telah
diriwayatkan oleh Abu Hurairah : Rasulullah saw bersabda yang
maksudnya: Sesaorang yang kuat imannya lebeh lebeh dikasihi
oleh Allah dari sesaorang yang lemah imannya, dan keduanya
adalah baik. Tumpukan, mana yang lebeh memberi menafaat bagi
dirimu, mintalah pertolongan dari Allah dan janganlan rasa rendah
diri. Sekiranya terjadi kesusahan menimpa dirimu, janganlah
berkata : Sekiranya aku lakukan sedemikian sudah tentu perkara
ini tidak akan berlaku.
37

Sebaliknya katakanlah:Ini adalah takdir Allah dan kehendaknya


dan dia yang membuatnya, kerana dengan berkata sekiranya itu
pembuka jalan Syaitan.Rasulullah saw telah membentuk satu
perhubungan antara dari satu sudut yang mana beliau
mengalakan supaya mendapat yang terbaik dalam apa juga hal
dan keadaan, Memohon pertolongan dari Allah, jangan ada
perasaan senantiasa tidak cukup dan bersifat malas dan jangan
menyesali akan perkara yang telah berlaku dan ingat selalu akan
kekuasaan Allah. Rasulullah saw membahagikan setiap perkara
dengan dua macam: Perkara yang seorang hamba itu boleh
mencapai hastratnya seratus peratus atau boleh melindungi
dirinya atau mengurangi keadaan dengan bersusaha sekuatnya
dan juga dengan meminta bantuan dari Allah. Yang kedua iaitu
menumpukan kepada Itikad yang sebenarnya dan ini akan
mendatangkan kegembiraan dan memghilangkan keresahan dan
tekanan perasaaan.

38

Garis pandu yang Rasulullah sebutkan diatas tadi


menunjukan dengan berusaha
beusaha bersungguh sunguh akan
menghilangkan tekanan perasaan dan akan membawa
kepada ketenangan dan kebahagian kerana dengan
melupakan perkara perkara buruk yang telah berlaku tidak
akan boleh kita mengubahnya dan terlalu sibuk memikirkan
perkara yang lepas adalah perbuatan yang bodoh, gila dan
amat membuang masa. Dari itu kita tidak boleh lakukan
yang sedemikian dan cuba pula jangan memkirkan jauh
pada masa depan dengan takut akan menjadi miskin
kerana kita belum tahu adakah benar benar ia akan
berlaku. Semua yang akan berlaku ada ditangan Allah yang
maha Kuasa dan Maha Bijaksana dan bukan ditangan
hambaNya. Apa yang mesti dilakuan adalah berusaha
dengan gigih untuk kebaikan dan berlindung dari
keburukan. Seorang hamba mesti menanamkan dilubuk
hatinya untuk menghilangkan kerisaun dihatinya akan
perkara yang akan datang dan yakin Allah akan
menjaganya insyaAllah segala tekanan dan kerisauannya
akan hilang.
11. SATU CARA YANG AMPUH DAN BERKESAN
UNTUK MENDAPAT KETENANGAN JIWA IALAH
DENGAN MENGINGATI ALLAH SELALU
Berzikir dengan mengingati Allah adalah satu amalan yang
sungguh berkesan untuk menenangkan jiwa dan
meredakan tekanan perasaan dan kerisauan.
(iaitu)
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi
tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

39

Sebutan dzikir yang paling terbaik dan yang boleh


menghilangkan tekanan perasaan dan dari kerana
kematian ialah sebutan

 12 1b/
 /
b
LAA ILAAHA ILLALLAAH .
Ini apa yang Thalhah
Thahah berkata kepada Umar ra. Saya
mendengar Rasulullah saw bersabda:Tiada satu perkataan
sesaorang hamba itu sebut ketika waktu meninggal dunia
Allah akan melegakan tekanan perasaannya dan
mencerahkan warnanya. Itulah yang saya takut kalau kalau
saya tidak dapat melakukannya yang akan menghalangnya
saya dari menanyakannya sebelum beliau (saw) meninggal
dunia. Umar ra berkata:Saya tahu perkara itu Thalha
bertanya:perkara apakah itu? Umar ra berkata: Tahukah
engkau sebesar besar perkataan apa yang beliau saw
memberitahu pakciknya iaitu kalimat

 12 1b/
 /
b
LAA ILAAHA ILLALLAAH .
lalu Thalha berkata: Inilah dia demi Allah inilah
sebutannya.
12.
MEMOHON PERLINDUNGAN DALAM SHOLAT
Allah subhaana huwa taala berfirman dalam surah [alBaqarah 2:45].

40

jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan


sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali
bagi orang-orang yang khusyu,
Hudhayfah berkata: Setiap kali Rasulullah saw dalam
kesusahan beliau saw akan sholat . Satu ketika Ibnu
Abbas ra dalam musafir lalu mendengar berita buruk
tentang kematian saudaranya, dia berhenti sebentar di tepi
jalan lalu sholat. Ini sesuai dengan perintah Allah.
13. SATU CARA LAIN YANG BOLEH HILANGKAN
KERISAUAN IAITU DENGAN BERJIHAD DIJALAN
ALLAH DAN MEMUHON PERLINDUNGANNYA
Rasulullah saw bersabda : Berjihadlah kamu dijalan Allah,
semoga Allah akan merahmati kamu dan itu adalah satu
jalan menuju kesyurga juga Allah akan menghilangkan
tekenan perasaan dan kesusahan kamu melaluinya.
14. MEMBICARAKAN TENTANG RAHMAT ALLAH
YANG NYATA ATAU TERSEMBUNYI
Dengan kita menyahut dan menyebut tentang Rahmat Alah
itu juga akan menghilangkan kerisauan dan kesusahan kita.
Sesaorang hamba itu digalakan supaya senantiasa
bersyukur setinggi mana yang dia boleh bersyukur
meskipun dia adalah seorang yang paling miskin atau
dalam keadaan kesakitan atua dalam kesusahan. Kalau
kita bandingkan kesusahan yang dia ada dengan Rahmat
Allah sudah tentu kita akan lihat Rahmat Allah jauh lebeh
banyak dari kesusah itu.
Apabila Allah menguji sesaorang hamba dengan
kesusahan dan kecelakaan dan dia menghadapi sebagai

41

seorang hamba yang sabar dan bersifat menerima necaya


kesusahan akan menukar menjadi perkara kecil untuk dia
menghadapinya. Dia berharap semoga Allah akan
memberinya ganjaran pahala atas kesabaran itu.Segala
kepahitan itu menjadi manis bagi dirinya dan kemanisan
inilah yang akan membuat dia mengahadapi kepahitan
hidup ini dengan kesabaran.
Satu nasihat yang amat berguna dari Rasulullah saw iaitu
dalam sebuah hadith sahih dari Abu Hurairah ra. yang
bermaksud: Lihatlah orang yang dibawah mu bukan orang
di atasmu agar kamu tidak akan sangka yang Rahmat Allah
itu hilang dari kamu.
Kalau setiap orang berpegang dengan kaedah tersebut dan
sentiasa berfikir yang dirinya itu amat bertuah dari yang lain
dalam segi kesihatan, kekuatan, dalam hal rezeki seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal dan sebagainya
nescaya segala kerisauan dan tekanan perasaannya akan
hilang dan menukar menjadi kebahagian nimat yang
datang dari Allah dan ini akan meningkatkan darjatnya disisi
Allah.
Lebih banyak dia memikirkan segalannya itu mengandungi
Rahmat Allah nescaya ini akan menolongnya
menghilangkan kesusahan dan kepayahan hidupnya.
15. MENYIBUKAN DIRI DENGAN KERJA KERJA
KEBAJIKAN ATAU MENUNTUT ILMU YANG
MENAFAAT
Dengan melakukan perkara yang disebut diatas, akan
membuat sesaorang hilang fikiran dari perkara yang
merunsingkan dan kesusahan. Munkin juga akan akan
menolong untuk melupakan perkara yang menyusahkan

42

dan tekanan perasaan dan menukar menjadi bahagia dan


memberinya tenaga untuk meneruskan kehidupannya. Cara
sedemikian memang digunakan oleh mereka yang beriman
kepada Allah dan juga mereka yang tidak beriman. Hanya
bezanya bagi yang beriman itu benar benar ikhlas
Kerana dengan menuntut ilmu yang bermenafaat itu akan
mendapat pahala.
Begitu juga dalam mengerjakan ibadah kepada Allah. Jika
dia sibuk dengan ibadahnya dengan niat ikhlas dan taat
yang membuatnya mengigat Allah nescaya semua ini akan
menghlangkan kerisauhan dan tekanan perasaan. Berapa
ramai orang yang dilanda kesusahan dan tekanan
perasaan yang mengugat kesihatannya juga membawanya
menjadi berbagai penyakit. Dengan ini cara yang baik ialah
dengan melupakan pekara pekara yang membawa kepada
kesusahan dan kerisauan dan menyibukan diri dengan
kerja kerja yang bermenafaat dan akan menghasilkan hasil
yang amat berkesan.Wallaahu alam.
16. SELALU SANGKA BAIK TERHADAP SESUATU DAN
MELIHAT PADA YANG BAIK ATAS PERKARA
YANG KITA TIDAK SUKA
Abu Huarairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud: Tiada seorang lelaki yang beriman membenci
seorang wanita yang beriman. Jika sekiranya dia tidak suka
padanya atas sesuatu pada diri wanita itu tentu dia akan
suka perkara yang lain pada diri wanita itu.
Dari hadith tersebut kita dapat meraikan menafaat seperti:
menghilangkan kesusahan dan tekanan perasaan dan
membawa kepada ketenangan jiwa, dapat meneruskan

43

kerja seharian sama ada perkara yang sunnah atau wajib


dan mendapat kedamaian antara dua pihak.
Barang siapa yang tidak dipimpin oleh kata kata Rasulullah
saw malah menentangnya nescaya dia akan senantiasa
melihat pada yang buruk dan akan dibutakan dan tidak
akan melihat akan kebaikannya.
17. MEMAHAMI TENTANG UMUR ATAU KEHIDUPAN
YANG BEGITU PENDEK DAN MENGHARGAINYA
DAN TERLALU SAYANG UNTUK MENYIANYIAKAN
DENGAN ISIKANNYA DENGAN TEKANAN
PERASAAN DAN KERISAUAN
Sesaorang yang bijak dan memahami akan hakikat
kehidupan itu adalah kegembiraan dan kepuasan hidup.
Kehidupan itu amat singkat dan jangan biarkan dirinya
dibawa hanyut oleh tekanan perasaan dan membuatnya
lebeh singkat lagi.
Ini amat bertentangan dengan hakikat kehidupan
sebenarnya, dengan ini dia akan merasa keberatan untuk
mengisi kehidupannya dengan tekanan perasaan dan
kerisauan. Kebaikan dan keburukan itu jelas perbezaannya,
tetapi bagi sesaorang yang beriman boleh mendapat yang
terbaik bagi dirinya sama ada kebaikan di dunia atuapun
kebaikan di akhirat.
Apabila kecelakaan menimpa atau kebimbangan akan hal
buruk yang akan berlaku, sesaorang itu harus
membandingkan dengan kebaikan dan kebahagian dalam
segi jasmani dan rohani yang ada pada dirinya. Dengan
berbuat sedemikian, dia akan melihat rahmat disebalik
semua keburukan itu.

44

Seperti juga dia boleh membandingkan antara perkara


buruk yang dia takuti akan menimpanya dengan merasai
yakin keselamatan dalam dirinya iaitu kelemahan yang
amat berat boleh menimpa dirinya semuanya akan hilang
pada dirinya.
Dia sentiasa mengambil perhatian tentang perkara buruk
yang munkin berlaku dan bersiap sedia untuk
menghadapinya supaya dapat menyelamatkan dirinya dan
sekurang kurangnya dia dapat meredakan atau
mengurangkan beban keburukan yang telah berlaku.
18. SATU LAGI CARA YANG BERMENAFAAT IAITU
JANGAN SUKA MENUMPUKAN SATU MASAALAH
BARU SEDANGKAN MASAALAH LAMA BELUM
LAGI DIHURAIKAN.
Kita mesti menyelesaikan sesauatu masaalah itu dengan
secepat munkin dengan membuat keputusan yang tepat
dan padat. Dengan ini dia akan sentiasa tetap sedia untuk
menghadapi apa apa perkara yang akan datang.
Menumpuk numpuk kerja atau masaalah tanpa mengambil
tindakan seperti acuh tak acuh itu akan membebankan
dirinya tampa dia sedari.
Jika sekiranya kamu menangani sesuatu perkara pada
masa yang tepat kamu akan bebas dari kebuntuan untuk
menyelesaikan perkara yang akan datang dan dapat
menumpukan perhatian dengan sepenuhnya. Kamu mesti
pandai memilih kerja mana yang penting dan harus
diselesaikan dahulu dan cuba membuat kerja yang mana
kamu
kamau gemari dan menyenangkan hati bila membuatnya
jikalau tidak kamu akan merasa bosan. Ini semua boleh
kamu lakukan dengan meminta nasihat dari sesaorang

45

yang mahir dan pakar dalam bidangnya. Dengan ini kamu


tidak akan menyesal atas perbuatan kamu itu.
Buat kajian dan selidik sebelum membuat sesuatu dan jika
kamu rasa yakin untuk membuat keputusan atau tindakan
yang baik untuk kamu, teruskan dan yakin Allah berserta
kamu. Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang meletak
keyakinan dan kepercayaannya kepadaNya.
19. ISTIQOMAH DAN SENTIASA SIAP SEDIA
MENGHADAPI SETIAP PERKARA YANG AKAN
BERLAKU.
Jika sesaorang itu sentiasa bersedia untuk menghadapi
sesuatu buruk akan berlaku seperti: kehilangan orang yang
dicintai, mendapat penyakit dalam kalangan keluarga,
dikalahkan oleh musuh, atau perkara perkara yang tidak
menyenangkan hati dengan sentiasa berdoa supaya
dijaukan kesemua perkara tersebut. Kesan yang akan
dirasai tidak akan menjadi begitu buruk dan berat untuk
dihadapinya oleh kerana sebelumnya dia telah mengisi
dirinya dengan segala persiapan.
Satu perkara penting yang harus diketahui ramai mereka
yang bercita cita tinggi bersedia berhadapan dengan
masaalah dengan tenang tetapi mereka terlalu bimbang
dan tertekan dengan perkara yang remeh temeh.Ini semua
disebabkan oleh kerana mereka terlalu memberatkan
masaalah yang besar sahaja hingga leka terhadap masalah
yang kecil yang mana tampa mereka sedari masaalah yang
kecil ini boleh membahayakan mereka. Mereka yang bijak
selalu cuba menghuraikan masalah kecil dan juga masalah
besar.

46

20. SATU CARA LAGI IALAH DENGAN BERJUMPA


DENGAN ALIM ULAMA DENGAN MEMINTA
NASIHAT DAN PANDANGAN MEREKA
Nasihat dan pendapat seorang alim adalah salah satu cara
yang berkesan terutama sekali hal yang ada kena mengena
dengan masalah dan kesusahan. Para sahabat Rasulullah
sering mengadu kepadanya apabila dalam kesusahan. Satu
contoh iaitu Khabbab ibn al-Aratt ra berkata: Kami
mengadu kepada Rasulullah saw sedang beliau berehat di
disi kaabah. Kami berkata kepadanya:Kenapa tidak anda
minta pertolongan Allah supaya kita menang?, kenapa
anda tidak berdoa pada Allah? Beliau saw
menjawab:Orang orang sebelum kamu, walaupun
digalikan lubang untuk mereka lalu diancam supaya
dipancong mereka itu namum tidak akan mereka keluar dari
beriman. Biarpun mereka diancam untuk disiat siat daging
mereka serta urat saraf dengan sikat besi namun iman
mereka tidak akan goyah. Demi Allah islam akan di atas
kejayaan apabila seorang penunggan dari Sanaah ke
Hadhramaut tidak takut kecuali pada Allah atau tidak takut
gembalaannya diserang serigala, tetapi kamu semua tidak
sabar.
Para tabiien pernah mengadu kepada sahabat. Al Zubayr
ibn Adiyy berkata:Kami pergi mengadu kepada Anas ibn
Malik akan tersiksanya kami ditangan Al-Hajjaj lalu dia
berkata:Bersabarlah, sebab akan datang lagi masa yang
lebeh teruk, sehingga kamu bertemu dengan Allah begitu
Rasulullahsaw
saw
apa yang disabdakan
isabdakan Rasulullah
Dengan mendengar nasihat dari para alim ulama atau
ketua kita akan meringankan kesakitan, tekanan dan

47

kerisauan kita. Begitu juga sesaorang itu boleh meminta


bantuan dari saudaranya sendiri yang ikhlas, di kalangan
ahli keluarga yang bijak bijak ataupun dari isterinya yang
telah malum dan ternyata kejujurannya.
Contohnya ketika Faatimah rha. Dalam kesusahan dia akan
mengadu kepada suaminya Ali ra. Abdallah ibn Umar ra
menceritakan bahawa satu hari Rasulullaah saw pergi
menemui Faatimah rha. Tetapi dia melihat tabir di pintu
rumah Faatimah dan Rasulullah pun tidak masuk.
Jarang sekali bagi Rasulullah saw memberi salam untuk
masuk kerumahnya, sehingga Ali ra tiba dirumahnya dan
melihat Faatimah dalam kesedihan. Dia bertanya apa yang
telah terjadi, lalu Faatimah menjawab:Rasulullah saw
datang ke sini tetapi dia tidak masuk kerumah. Lalu Ali ra.
hal keadaan
pergi ke Rasulullah saw dan tanyakan
keadaan Faatimah
tadi.Faatimah tadi.
Rasulullah saw menjawab,Aku tidak ada kena mengena
tentang keduniaan dan perhiasanya. Faatimah menjawab
:Tanyakan kepada Rasulullah saw apa yang harus ku buat
dengan tabir hiasan ini? Ali menjawab :suruh dia
hantarkan kepada polan dan sipolan.(Masalahnya ialah
tentang kain langsir cantik yang bersulam itu).
Bertanya kepada orang bijak dan meminta pendapat
mereka boleh juga membantu menghilangkan
kesusahan. Contohnya, Al-Mugheerah, seorang hamba AlWaleed berkata:Saya bertemu al-Waleed dan mendapati
dia kelihatan muram lalu
lali saya bertanya:Orang orang
muslim makin bertambah dan mesjid yang ada sekarang
amat kecil untuk menampung mereka. Saya telah
bersusaha untuk mengambil alih gereja untuk

48

menjadikannya sebahagian daripada mesjid dengan


digantikan wang tetapi mereka menolak.
Al-Mugheerah berkata: Wahai Ameer al-Mumineen saya
ada satu cadangan yang akan menghilangkan kerisauan
anda. Lalu beliau bertanya, apa dia? saya menjawab
Ketika para sahabat menakluki Damaskus(Damsyik) Khalid
ibnu Walid masuk dari bahagian pintu sebelah timur dan
menaklukninya dengan mengunakan pedang.
Apabila orang mendengar berita ini, mereka lari kearah Abu
Ubaydah (yang terhadang disebelah pintu gerbang kota
yang sebelah lainnya) dan mereka meminta bantuan
beliau. Beliau membantu mereka dan membuka pintu
gerbang Jabiyah untuknya. Abu Ubaydah masuk melalui
pintu gerbang dengan aman dan tentram dan
mengamankan mereka. Kita mesti pastikan sejauh mana
kawasan yang orang kita telah
jelajah dan merampasnya tetapi kawasan yang dalam
genjatan senjata haruslah dibiarkan ditangan mereka. Saya
harap semua gereja yang ada ditangan tentera supaya
dapat digabongkan dengan mesjid mesjid.
Al-Waleed berkata:Anda telah melegakan kebimbangan
saya. Berhati hatilah dan saya serahkan urusan ini kepada
anda. Lalu Al Mughirah menangani urusan itu dengan
sendirinya. Setelah dikaji mereka telah menakluki sejauh
empat kawasan terbesar hingga ke kawasan gereja yang
teragung dan boleh digabongkan dengan mesjid . Lalu Al
Waleed mengumumkan kepada orang nasarani,Seluruh
gereja dan kawasannya telah ditakluki tentera dan
semuanya adalah hak milik kami. Lalu mereka menyeru,

49

Pada mulanya kamu ingin memberi kami wang dan tanah


dan kami bangkang. Tolong bermurah hati lah kepada
kami, berilah kami apa yang awalnya kamu ingin beri pada
kami dan kami akan menghuraikan perkara ini dengan jalan
baik dan kami akan serahkan semua gereja gereja kapada
kamu. Dengan ini urusan ini diselesaikan dengan aman.
(rujukan - Al-Badaayah wal-Nihaayah fi Seerat al-Waleed).

21. ORANG YANG KSUSAHAN ATAU KERISAUAN


PERLU TAHU BAHWA KESUSAHAN ITU PASTI AKAN
MENUKAR MENJADI TENANG
Dengan ini sesaorang itu mesti mempunyai fikiran yang
positive and sedar bahawa Allah akan memberinya jalan
keluar untuknya. Semakin bertambah tekanan dan
keresahan yang dialaminya semakin kuat azam untuk
melawan kesusahan dan semakin dekat jalan keluar itu.
Allaah berfirman dalam Al quran pada

[al-Sharh 94:5-6].
(94:5)Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada
kemudahan,

50

(94:6)sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada


kemudahan.
Pada ayat ini disebut kesengsaraan dua kali sebab
sebutan Al menunjukan kesusahan yang disebut pada
ayat pertama sama disebut pada ayat kedua. Sedangkan
kesejahteraan disebut dalam bentuk tanween yang
menunjukan kesejahteraan yang disebut pada ayat kedua
lain dengan yang disebut pada ayat yang pertama.
Rasulullah saw menasihati Ibnu Abbas ra, ketahuilah,
sesungguhnya kejayaan itu dicapai dengan kesabaran dan
kesejahteraan itu dicapai melalui kesengsaraan.
22. Makanan juga memainkan peranan dan boleh
menghilangkan keresahan
Al Bukhari ra. meriwayatkan bahawa Aishah rdha sering
memesan talbeen untuk orang yang sakit atau yang
dihambat dengan tragedi dan beliau rdha berkata,saya
mendengar rasulullah saw bersabda .Talbeen itu
menghangatkan hati orang sakit dan menghilangkan
kerisauan.
Al bukhari juga meriwayatkan dari Aishah rdha, isteri
rasulullah saw bahawa setiapkali ada kematian pada
sesuatu keluarga , kaum wanita akan berkumpul bersama
lalu bersurai, kecuali keluarga dan saudara dan sahabat
terdekat dan beliau akan meminta satu wadah talbeen dan
memasaknya dan mebuat thareed sejenis soup diperbuat
dari roti dan daging dan dicampur dengan talbeen ,
makanlah ini, kerana saya dengar rasulullah saw bersabda
talbeen adalah penyembuh untuk hati yang sakit dan
menghilangkan keresahan sesaorang.

51

Talbeen adalah sejenis sop yang diperbuat dari tepong dan


sejenis serat dan dicampur madu. Ia dipanggil talbeen
sebab ia menyerupai (laban) dari bahasa arab susu.Ia
dimasak dengan bijiran barley.
Imam Ahmad meriwayatkan Aishah rdha. Berkata ,Setiap
kali rasulullah saw mendengar berita orang sakit dan tidak
selera makan dia akan berkata, Kau harus
membuatkannya talbeen dan menyuruhnya hirup, demi
tuhan yang maha esa yang jiwaku didalam kekuasaannya ,
talbeen ini akan membersihkan perut seperti keluarnya
air,
kotoran dari muka yang dibersihkan dengan
deng air,
Al-Tirimidhi meriwayatkan Aaishah berkata setiap kali ahli
keluargaNya jatuh sakit, dia akan perintahkan supaya
membuat sop talbeen dan menyuruh menghirup sop
tersebut dan beliau saw berkata,
ini akan menguatkan hati yang lemah oleh kerana
keresahan dan membersihkan hati orang yang sakit itu,
seperti keluarnya kotoran dari muka yang dibersihkan dengan
deng
air,
Walaupun sebahagian orang akan menganggap perkara ini
aneh dan curiga, tetapi ini adalah benar dan telah
dibuktikan dari riwayat yang boleh dipercayai dari rasulullah
saw. Allah telah mencipta bermacam macam makanan dan
maha mengetahui akan kelelbihan
kelebihan pada tiap tiap makanan
dan sop yang diperbuat dari bijirin barley yang disebutkan
pada hadith ini adalah satu dari makanan yang boleh
memulihkan penyakit keresahan . Wallaahu alam.

52

Dengan cara memasak dan menyediakan makanan


tersebut untuk mereka yang menghidap penyakit ruhani
dan jasmani, Ibnu Hijr ra berkata:Apa yang sesuai untuk
orang menghidap penyakit jasmani ialah air rebusan dari
birijirin barley yang direbus keseluruhannya tetapi yang
sesuai bagi orang yang sakit ruhani ialah air rebusan dari
birijirin barley yang direbus
NASIHAT IMAM IBNU AL-QAYYIM RA. UNTUK
MENANGANI KERESAHAN DAN TEKANAN PERASAAN
Berikut adalah adalah penjelasannya.
1. Tawheed al-Ruboobiyyah
2. Tawheed al-Uloohiyyah
3. Tawheed al-Asmaa wal-Siffaat
4. Meyakini bahawa Allah jauh benar untuk menganiaya
hambaNya atau menghukum sesaorang hamba tampa
sebab.
5.Mengaku sebagai seorang hamba tidak boleh lari dari
membuat kesalahan.
6. Benar benar mengaku Allah sesuai dengan panggilan
nama Al Hayyum dan Al Qayyum adalah zat yang paling
sempurna.
7. Hanya meminta kepada Allah sahaja tidak pada yang
lain.

53

8.Serahkan segala harapan kepada Allah


9. Meletakan kepercayaan terhadap Allah dalam segala hal
dan urusan dan menyakini segalanya adalah didalam
kekuasaanNya.Allah mengendalikan urusan sesaorang
atas kehendaknya, dan segala apa yang telah
ditetapkanNya pasti akan terjadi dan hukuman yang
ditetapkan oleh Allah adalah adil.
10. Membaca Al Quran dengan khusyu dan tadabbur
dengan memerhatikan erti dan maksud ayat dan minta
kesejjahteraan dari kesengsaraan, minta sembuh dari
penyakit hati (ruhani dan jasmani) agar hilang semua
keresaha, dan sembuh dari keresahan dan kesusahan.
11. Meminta ampun dengan Allah dari kesalahan.
12. Bertaubat dengan Allah.
13. Berjihad di jalan Allah
14. Salaat (sembahyang)
15. Mengaku tiada daya dan upaya atas segala sesuatu
dan serahkan segala urusan kepada Allah.
16. Berdoa kepada Allah
Kami semua minta perlingunggan dengan Allah dari
penyakit ruhani ini and memberi kami kesejahteraan dari
keresahan dan kesusahan dan menghilangkan segala

54

kerisauan dan sesungguhnya Dialah yang maha


mendengar lagi mengabulkan segala doa hambaNya.dan
dialah yang maha hidup dan kekal selamanya.
Peringatan:
Ahkirkata, mari kita saling mengigati, sesungguhnya walau
bagaimana besar kesusahan yang kita hadapi namun
kesusahan dan kecelakaan dihari kiamat amat lebih besar.
Ini termasuk kepada semua orang yang akan berkumpul
semuanya di pengadilan Allah.
Al Bukhari ra. meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahawa
rasulullah saw bersabda, Aku akan mengetuai semua
orang di hari kiamat kelak. Tahukah kamu kenapa aku akan
menjadi ketua? Allah akan kumpulkan, orang yang pertama
dan yang terakhir disatu tempat yang mana jika nama
mereka dipanggil semua akan mendengar atas panggilan
namanya dan dia akan dilihat oleh mereka semua. Matahari
akan dibawa dekat pada mereka dan mereka akan merasa
kesengsaraan panas matahari hingga tidak tahan dengan
kesengsaraannuya itu. Lalu ada yang bertanya,Tahu kah
anda apa yang berlaku pada diri anda? Siapakah yang
boleh membela kamu dengan mengadukan hal ini kepada
Allah. Sebahagian mereka berkata , ayuh , mari kita pergi
ke Nabi Adam.
Tiada seorang yang dapat menyelamatkan diri dari
kesengsaraan ini kecuali kembali kepada Allah.
Semoga Allah memberi salawat dan salam tehadap nabi
Muhammad saw dan keluarganya dan sahabat dan yang
termulia.Segala puji bagi Allah yang tiada tidur dan lalai.

55

~*~ ~*~ ~*~ ~*~~*~ ~*~~*~ ~*~~*~ ~*~~*~ ~*~~*~ ~*~~*~


~*~
Muhammad Saalih al-Munajjid * P.O. Box 2999 * Al-Khobar
* Saudi Arabia
~*~ ~*~ ~*~ ~*~~*~ ~*~~*~ ~*~~*~ ~*~~*~ ~*~~*~ ~*~~*~
~*~
Alhamdulillah syukur. Saya Muhammad Hosain Yusoff
Addimyati (yang fakir dan miskin dari segala hal) disisi Allah
yang mana terjemahan buku kecil ini diselesaikan pada
Selasa 17hb May 2005 bersamaan 8hb Rabiul awal pada
jam 2.30ptg .
Muhammad Hosain ibn Yusoff Addimyati

56

Anda mungkin juga menyukai