Anda di halaman 1dari 5

PRODUK BATIK “KAIN PASANG”

MOTIF KULIT KUDA BELANG MENGGUNAKAN TEKNIK ALFA DAN CANTING.


NAMA LATIHAN:PENDAHULUAN (BAB I)
NAMA PELAJAR: AINA WARDINA BT ZAIFULNIZAM
NO MATRIK: DB0017/20
SUBJEK:PENULISAN LAPORAN
NAMA PENSYARAH: PUAN NOOR SYAFIKA RAMLI BINTI RAMLI
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN
Batik adalah salah satu karya seni Melayu yang popular di nusantara termasuk di Malaysia. Seni
batik, kaya dengan nilai-nilai estetika yang bukan sahaja menonjolkan indentiti, adat, budaya
dan tradisi masyarakat orang Melayu bahkan tafsiran seninya meliputi tentang flora, fauna, alam
dan kehidupan keseluruhanya. Seni batik dapat dihasilkan melalui beberapa teknik tertentu
seperti, teknik blok, teknik canting, batik ikat celup (tiedye) dan batik skrin. Seni reka batik
wujud dalam pelbagai bentuk utility seperti pakaian, hiasan dalaman, karya lukisan, cenderahati,
perhiasan dan sebagainya. Usaha memelihara dan memartabatkan seni batik seharusnya
dilakukan oleh semua pihak agar seni ini dapat dikekalkan supaya setanding atau lebih popular
berbanding dengan karya-karya seni yang lain.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Penulisan ini bersifat kajian yang bertujuan untuk menjelaskan tentang artistik dan interpretasi
seni batik yang menggunakan corak kulit binatang sebagai motif dalam sesuatu karya batik.
Dalam kajian ini, karya batik yang ingin diketengahkan ialah produk batik berupa KAIN
PASANG. Kain pasang atau lebih dikenali sebagai “kain ela” ialah kain yang telah siap dicetak
atau dilukis dengan rekaan dan ukuran-ukuran yang tertentu kemudian kain ini digulung pada
sebatang kayu. KAIN PASANG yang telah siap dicetak ini digunakan sebagai bahan untuk
membuat pakaian, langsir, cadar, beg, kasut, sarung bantal dan sebagainya.
Dalam kajian ini, KAIN PASANG yang ingin dihasilkan ialah batik KAIN PASANG dengan
motif corak kulit KUDA BELANG (zebra). Rekaan ini menggabungkan beberapa teknik batik
seperti teknik canting, blok dan alfa dengan memanipulasi elemen garisan dan warna meniru
corak kulit kuda belang.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN


Berikut merupakan objektif kajian bagi laporan ini.
1.Menjelaskan definasi yang tepat mengenai istilah asal usul batik Malaysia
2.Mengenalpasti imej dan tema yang terdapat dalam karya produk kain pasang batik
3.Mengenalpasti teknik-teknik dan proses penghasilan produk kain pasang dalam karya ‘batik’
4.Mengenalpasti peralatan-peralatan yang digunakan untuk membuat batik
1.4 PERSOALAN KAJIAN
Berikut merupakan persoalan kajian bagi laporan ini.
1.Apakah definasi ini sesuai untuk dikaitkan dalam produk yang ingin dihasilkan?
2.Apakah corak ataupun motif yang digunakan ini menjadi pilihan kepada para pengguna?
3.Apakah cara pembuatan, teknik pembuatan produk KAIN PASANG ini “kos efektif”
4.Apakah peralatan-peralatan yang digunakan sesuai dalam menghasilkan karya bermutu?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN


Produk ini ialah produk kain pasang atau “kain ela” berkongsepkan batik moden kontemporari.
Coraknya adalah berasaskan corak kulit haiwan. Produk ini dipilih kerana kain pasang yang
bercorakkan batik moden kontemporari bermotifkan corak kulit binatang sangat kurang di
pasaran. Kebanyakan corak kain pasang yang di pasaran sekarang ialah konsep tradisional yang
bercorakkan tumbuh-tumbuhan dan figura dan geometri.
Produk kain pasang yang direka ini ialah KAIN PASANG berkonsepkan batik moden
kontemporari yang bercorakkan kulit KUDA BELANG. Elemen garisan dan warna hitam putih
yang ada pada badan kuda belang digunakan sebagai motif menghiasi corak di atas kain pasang
ini. Batik KAIN PASANG bercorak batik kulit KUDA BELANG ini boleh menjadi produk batik
alternatif kepada pereka-pereka seni terutama pereka fesyen. Rekaan batik corak kulit KUDA
BELANG boleh memberi mood yang lebih segar, bebas dan keluar dari kongkongan corak-corak
batik yang cliché.
Selepas batik KAIN PASANG corak KUDA BELANG ini dihasilkan, akan dihasilkan pula
pelbagai batik KAIN PASANG yang bermotifkan corak kulit-kulit binatang yang lain seperti
harimau, burung kakak tua, katak, ayam, merak, ular dan lain-lain. Dengan adanya batik KAIN
PASANG bercorak kulit haiwan ini, diharapkan pereka fesyen, pereka hiasan dalaman, pereka
grafik, pereka produk dan lain-lain dapat mempelbagaikan karya-karya rekaan mereka dan lari
dari pengunaan motif-motif seni yang cliché.
1.5 DEFINASI KONSEP

Dalam laporan ini, terdapat 8 definisi konsep yang sering kali digunakan sepanjang penyediaan
produk batik KAIN PASANG ini. Antara konsep yang digunakan untuk menyediakan kain
pasang batik adalah motif flora, teknik manutex (sodium alginet), teknik alfa, teknik blok, teknik
plan dan teknik tie dye.

1.5.1 Batik Canting

Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan
canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile,
organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria
menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai
kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif.
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah
kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, di mana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan
tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng. Terdapat banyak
jenis canting, antaranya ialah canting kasut, canting laras dua, laras tiga, empat dan lain-lain.

1.5.2 Batik Blok

Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada
sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang
dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan
organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan
fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.

1.5.3 Teknik Manutex

Teknik manutex merujuk kepada penggunaan bahan sokongan iaitu Sodium Alginet di dalam
proses membatik.Manutex adalah jenama bagi Sodium Alginate,berwarna coklat keperangan
seperti pasir dan mudah larut di dalam air.Kegunaannya di dalam produk tekstil adalah untuk
membangkitkan warna supaya lebih terang dan menambah kekuatan benang.Reactive dyes
dibancuh bersama Sodium Alginate yang telah dicairkan terlebih dahulu mengikut sukatan atau
kepekatan yang diperlukan.Campuran pewarna dan bahan ini dikacau sehingga sebati corong
atau botol.Berus digunakan untuk melakar pada bahagian permukaan kain mengikut kreativiti
penggiatnya.Teknik ini boleh digunakan pada produk batik yang telah siap ditanggalkan lilinya
atau sebelum proses kemasan(mengekalkan warna di dalam Sodium Silikat).
1.5.4 Teknik Alfa

Teknik alfa merujuk kepada penemuan paparan cahaya spektrum yang menghasilkan pelbagai
warna seperti warna-warna Pelangi,kesan daripada sapuan Reactive dyes di atas permukaaan
fabrik.Teknik alfa dihasilkan melalui proses sapaun secara berselang-seli pelbagai jenis Reactive
Dyes ke atas permukaan fabrik samada dalam bentuk mendatar,menegak atau bebas.Pada
kebiasaanya teknik ini dilakukan pada bahagian latarbelakang sesuatau produk batik ataupun
bagi mendapatkan keasan garisan di dalam proses teknik tindanan membatik.Kombinasikan
warna-warna yang dipilih terdiri dari warna yang terang dan harmoni supaya memberi
keseimbangan kesan teknik yang diaplikasikan.

Anda mungkin juga menyukai