Anda di halaman 1dari 5

Persatuan Penduduk Taman Scientex Utama Senai,Kulai

N0 687, Jalan Scientex Utama 8, Taman Scientex


81400 Senai
Johor Pengerusi : 016-2130738
Timb. Pengerusi : 019-7366680
Setiausaha : 010-2736395
Email: scientexutamacommunity@gmail.com.

No Pendaftaran ROS : PPM-011-01-14102021


Rujukan kami : PPTSU-1/2022/2
Tarikh : 4/09/2022

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kulai,
Taman Kulai Besar,
81000 Kulai,
Johor

Tuan

PERMOHONAN MEMASANG BONGGOL JALAN DI LALUAN PERSIARAN


SCIENTEX DAN PEMASANGAN LAMPU DI TAMAN PERMAINAN KANAK
KANAK

Berdasarkan perkara diatas, pihak kami ingin megajukan beberapa aduan dan isu- isu berkaitan.

2. Untuk makluman pihak tuan, Persatuan Penduduk Taman Scientex Utama Senai telah
mula mendiami taman ini sejak Ogos 2020 dan jumlah penduduk sedia ada sudah melebihi 300
orang. Semenjak kawasan kediaman ini didiami, kejadian kemalangan sering berlaku, lebih-
lebih lagi ketika waktu malam kerana penduduk dari taman-taman sebelah dan kampung
berhampiran sering kali menggunakan jalan di Persiaran Scientex Utama sebagai Kawasan litar
lumba mereka. Tambahan lagi, sejak terowong yang menghubungkan Taman Scientex Utama
dengan Taman Teknologi dibuka, pengguna jalan raya semakin meningkat dan mereka yang
melalui Kawasan ini membawa kenderaan dengan kadar yang agak laju dan merbahaya.

3. Berhubung isu ini, pihak persatuan memohon kepada MPKu untuk membina beberapa
bongol di kawasan pusingan bulat dan laluan lurus yang terdapat di taman ini bagi
mengurangkan kadar kemalangan dan aktiviti tidak sihat terutamanya diwaktu malam seperti
perlumbaan motosikal.

5. Selain dari itu, pihak persatuan ingin memohon lampu di kawasan taman permainan di
ketiga- tiga fasa. Aduan ini pernah dibuat pada tarikh 23 Januari 2022 tetapi tiada maklum
balas dari pihak MPKu. Untuk makluman pihak tuan, pada awal Julai yang lepas, pihak
persatuan telah menangkap pasangan muda sedang melakukan aktiviti tidak bermoral ditaman
itu, selain dari menghalang aktiviti tidak sihat seperti meminum minuman keras di kawasan
itu. Sehubungan itu, pihak persatuan memohon pihak MPKu dapat memasang lampu di
kawasan taman permainan agar dapat menghindari dari aktiviti tidak bermoral dan kanak kanak
dapat bermain dikawasan itu ketika waktu malam.
6. Bersama-sama ini disertakan lampiran bergambar kejadian kemalangan yang berlaku
dan kawasan taman permainan.

4. Sehubungan dengan itu, kami mewakili penduduk taman ini sangat berharap agar pihak
tuan dapat berkerjasama dan memberi maklum balas serta tindakan segera bagi aduan-aduan
atau isu -isu yang diajukan kepada pihak MPKU.

Sekian, terima kasih.

‘DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA’

(MOHD NORIZAN BIN OTHMAN)


PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SCIENTEX UTAMA SENAI, KULAI
S.K

1. Ketua Jabatan
Jabatan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Kulai,
Taman Kulai Besar,
81000 Kulai,

2. Ahli Majlis MPKu Zon 2


LAMPIRAN 1

BIL ADUAN/ ISU ALAMAT/


KAWASAN
1.  Gambar 1 – kemalangan di Persiaran Utama (31/7/2022) Jalan Persiaran
 Gambar 2 –Kemalangan di bulatan pusing Taman Scientex Utama
Utama (25/08/2022)

Gambar
BIL ADUAN/ ISU ALAMAT/
KAWASAN
1. Taman permainan/ kawasan riadah: Jalan Scientex
 Tiada lampu. Utama 8
. Jalan Scientex
Utama 5
Jalan Scientex
Utama 3
Jalan Scientex
Utama 2
Gambar

Anda mungkin juga menyukai