Anda di halaman 1dari 5

KERESAHAN dan tekanan atau stres tatkala berdepan dengan masalah atau cabaran

hidup, termasuk pelbagai kesan dan akibat pandemik Covid-19, mencetus perubahan
rutin atau mencengkam perasaan.

Stres yang tidak terkawal boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan
fizikal.

Oleh itu, seseorang perlu belajar cara-cara mengurangkan atau menangani tekanan
dengan baik agar ia tidak menjejaskan kehidupan diri dan keluarga.

Apatah lagi dengan golongan yang tertekan berhubung situasi pekerjaan sama ada yang
telah kehilangan pekerjaan atau yang telah meninggalkan pekerjaan mereka.

Kepayahan menyara hidup diri dan keluarga boleh mengakibatkan hilangnya keyakinan
diri, berasa diri tidak berguna dan ini boleh membawa kepada tekanan hidup.

URUS TEKANAN DENGAN BIJAK

Ustazah Unaisah Adam menjelaskan bahawa stres atau tekanan adalah sesuatu yang
normal dalam kehidupan manusia.

"Setiap orang pasti pernah merasa tekanan dalam hidup. Tetapi jika daya tindak atau
mekanisme kawalan diri tidak dapat mengatasi stres tersebut, maka seseorang akan
mengalami stres keterlaluan yang bahaya.

"Uniknya, otak manusia dicipta untuk pelbagai fungsi, termasuk mengurus tekanan.

"Apabila seseorang berada dalam keadaan tidak stres, otaknya lebih tenang dan mampu
mengurus emosi dan daya berfikir dengan baik.

"Tetapi apabila individu berada dalam keadaan stres, fikiran menjadi bercelaru dan dia
tidak berupaya mengatasi emosi dengan tepat."

KETAHUI LANGKAH ATASI STRES

Kata ustazah lagi, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi tekanan - melalui
spiritual, sokongan emosi, mental dan fizikal.

"Anda boleh memilih cara spiritual dengan meluangkan masa membaca Al-Quran atau
berzikir.
"Secara emosi pula, anda boleh berkongsi perasaan atau bercerita dengan rakan-rakan
mahupun keluarga.

"Kuatkan minda dan sibukkan diri dengan aktiviti penulisan atau membaca buku-buku
yang diminati. Amalkan gaya hidup yang sihat dan pilih aktiviti fizikal seperti bermain
bola atau berlari anak.

"Setiap individu mempunyai mekanisme cara mengatasi (coping mechanism) yang


berbeza dan cara ini umumnya bertukar mengikut fasa dan keadaan seseorang. Dengan
mekanisme kawalan diri yang baik, insya-Allah seseorang akan dapat mengatasi stres
dengan lebih berkesan," kata beliau.

Bagaimanapun, Ustazah Unaisah berkata jika anda terlalu stres sehingga tidak dapat
melakukan pekerjaan harian, jangan takut untuk mendapatkan khidmat kaunseling atau
terapi bagi memulihkan keadaan.

Sokongan dan dorongan ahli keluarga amat penting bagi mengelakkan tekanan
perasaan dan dapat memberi kekuatan kepada ahli keluarga lain untuk meneruskan
usaha mereka bagi menangani kekangan ekonomi dalam situasi pandemik ini.

KEMBALI KEPADA ALLAH

Ketika berdepan dengan tekanan, ingat kembali tujuan yang hakiki.

Menurut Ustaz Dr Saifuddin, manusia tidak diciptakan dengan sia-sia. Sebaliknya,


manusia diciptakan dengan tujuan yang sangat jelas, seperti firman Allah swt dalam
surah Adz-Dzaariyaat:56:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepada-Ku."

Ustaz Dr Saifuddin menghuraikan:

"Semua manusia dilahirkan dengan tujuan. Seandainya kita kembali kepada Al-Quran,
kita akan memahami tujuan hidup yang sebenar. Fahamilah manusia dijadikan oleh
Allah swt untuk beribadah kepada-Nya."

HIJRAH KE ARAH POSITIF

"Jika ada perbuatan sebelum ini yang membawa manusia jauh daripada Allah swt, maka
lakukan perubahan ke arah kebaikan. Namun diakui, proses membentuk peribadi ini
bukanlah perkara mudah dan tidak boleh dilakukan serta-merta.

"Tetapi, kita perlu berusaha hijrahkan diri ke arah keyakinan, pemikiran serta akhlak
yang lebih positif.
"Orang yang berhijrah akan merasai ketenangan yang luar biasa dalam dirinya kerana
dia dekat dengan Allah swt. Dengan iman dan takwa, hatinya tenang kerana dia selalu
ingatkan Allah."

Allah swt berfirman dalam surah Ar-Ra'd:28 : "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan
tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah; Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang
tenteramlah hati manusia."

Menurut Ustaz Dr Saifuddin lagi, orang yang bertakwa akan diberi jalan keluar kepada
segala masalah.

"Usah ragu-ragu dengan janji Allah swt.

"Dalam masa yang sama, ingatlah kejayaan tidak akan datang tanpa usaha dan
pengorbanan.

"Mereka yang berusaha memperbaiki diri akan mendapat kenikmatan dan kebaikan,
insya-Allah," ujar beliau.

Mengambil Air Sembahyang dan Bersembahyang

Apabila jiwa tidak tenteram, umpamanya ketika berada dalam keadaan tertekan dan tahap

kemarahan terlalu tinggi, maka sejukkan api kemarahan tersebut dengan mengambil air

sembahyang dan bersembahyang sunat dan seterusnya memohon ke hadrat Ilahi agar

diberi ketenangan dan dipermudahkan dengan segala urusan. Sembahyang dikatakan

sebagai cara yang paling berkesan bagi seseorang ummah itu mendampingi dan menjalin

hubungan dengan penciptanya. Allah SWT berfirman yang maksudnya:

" ...dan sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat

dan beramal soleh."

(al-‘Alaq: 19)

Banyakan Berzikir, Berdoa dan Beristigfar

Melalui ibadah yang di laksanakan seperti berzikir, berdoa dan banyakkan beristighfar

mampu untuk meredakan tekanan yang dihadapi. Konsep bermunajat kepada Allah SWT

amatlah dituntut seperti mana firman Allah SWT yang maksudnya:

" Maka berzikirlah (ingatlah) kepada–Ku, nescaya Aku akan mengingati

kamu sekalian."

(al-Baqarah: 152)

Begitu juga dengan berdoa yang mempunyai kekuatan yang tersendiri dan
bantuan daripada Allah yang datang tanpa disedari bagi membantu dan menenangkan

kepada mereka yang sedang menghadapi masalah. Firman Allah SWT yang maksudnya:

" Apabila hamba-hamba-Ku bertanya engkau tentang zat-ku, maka

(katakanlah) Aku amat hampir, sentiasa memperkenankan permohonan

orang yang memohon ketika memohon kepada-Ku. Oleh sebab itu,

hendaklah mereka memohon kepada-Ku."

(al-Baqarah: 186)

hadhari v.1 cs5 NEW.indd 35 4/23/15 3:20 PM

Jurnal Hadhari 6 (1) (2014) 27-41

36

Redha dan Rasional

Setiap pekerja seharusnya memahami konsep keikhlasan dan mencari keredhaan Allah.

Para pekerja didorong supaya menginsafi bahawa setiap perkara atau masalah yang

dihadapinya adalah satu ujian Allah ke atas dirinya. Ini dinyatakan oleh Allah dalam

firman-Nya yang maksudnya:

"Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan saja mengatakan: ‘kami

telah beriman’ lalu mereka tidak diuji? Kami telah menguji manusiamanusia sebelum mereka dan
sesungguhnya Allah mengetahui orang yang

benar dan orang yang berdusta."

(al-Ankabut: 2-3)

Ujian itu utk menguji iman manusia. Sesungguhnya manusia itu kuat dan tidak ada stress

“ waLA TAHINU WALA TAHZANU…

Bila Allah dah takdirkan sesuatu kena redho dan ikhlas..harus yakin itu yang terbaik

1. Cari positivity- sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah SWT
2. Memanfaatkan masa dan aktiviti yang bermanfaaf cari aktiviti yang bermanfaat
3. Berniat untuk tidak terlibat dengan berita2 yang negative & palsu. Elak negativiti
4. Peraturan membantu kita hidup lebih tenang. Tengok juga pada personality seseorang.

Mengatasi tekanak. Tekanan adalah nutral

1. Anak dan pasangan adalah yang utama


2. Maklumkan sekiranya ada kerja yang perlu dibuat.
3. Kerja 30 minit yang berkualiti dan terbaik
4. Kena ada toleransi antara ibbapa

Allah tak suruh kita tengokm pada result, tapi Allah nak tengok pada kesabaran seseorang.
Con..Nabi Noh dan bahteranya

Kelebhan istighfar dalamn msurah Noh as

Banyakkan istigfar Allah suka. Dengan istigfar Allah

Allah menurunkan hujan..asbab kepada semua kehidupan. Air adaklah kehidupan

Allah buka pintu rezeki yangt luas

Membanyakan anak2 kalian

Allag beri pada kamu syurga dan mengalirkan sungai2 dengan istighfar

Meredakan hati yang kemurungan

Mengeluarkan diri dari seribun permasalahan

Imam Hassanb albasri…miskin dan susah. Disuruh terus beristighfar “Istaghfirullaha lakum”

2. Berselawat

Anda mungkin juga menyukai