Anda di halaman 1dari 16

Isi Kandungan

Bil Tajuk Mukasurat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Cara Menangani Tekanan 3

3.0 Masalah/Halangan Untuk Mendapat Personaliti Yang Baik 6

4.0 Cara/Langkah Yang Perlu Dibuat Untuk Menyesuaikan Diri Dalam 10


Kehidupan Seharian Dan Komuniti Sekitarnya Sekiranya Anda
Ditukarkan Ke Tempat Yang Baru Di Luar Negara

5.0 Kesimpulan 12

Rujukan 14

1.0 PENGENALAN
0
Hans Selye (1950) dalam Abouserie (1993) telah mendefinisikan tekanan atau stres

sebagai “reaksi atau tindak balas badan yang tidak spesifik terhadap permintaan atau

keinginan” atau maklum balas yang tidak khusus oleh mana-mana bahagian tubuh terhadap

kewujudan sesuatu desakan. Menurut Abdul Aziz Yusof (2003), stres boleh menyebabkan

beberapa perubahan tingkah laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi

dan psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang. Dunham (1992) pula mentakrifkan stres

sebagai satu keadaaan yang tidak selesa dan ancaman yang tidak sihat kepada seseorang

individu.

Apabila kita bercakap atau bertanya tentang stress, ramai di antara kita akan terus

terbayang tentang perkara-perkara permasalahan, kejadian buruk, tekanan hidup dan

sebagainya adakah maksud yang digambarkan oleh segolongan masyarakat kita pada hari ini

benar? Jika salah ataupun kurang tepat, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan stress,

terdapat banyak pendapat yang mendefinisikan stress. Kyriacou Mary (2000) mendefinisikan

stress sebagai suatu situasi, peristiwa atau pemikiran yg menyusahkan manakala Folkman &

Lazarus (1984) (dalam Kyriacou Mary, 2000) menyatakan stres adalah tanggapan seseorang

mengenai sesuatu situasi dan cara ia menyesuaikan diri. McCormick dan Solmon (1992)

mengatakan stress ialah sebarang keadaan yg mengancam atau dianggap mengancam

kesejahteraan diri dan sukar dikendali.

Dengan definisi-definisi yang telah diberikan oleh pakar-pakar psikologi dapatlah kita

merumuskan bahawa stres adalah reaksi diri atau badan terhadap sebarang kesukaran,

keadaan atau peristiwa yang mengganggu dan persepsi atau tanggapan bahawa tidak mampu

hadapi kesukaran atau suatu keadaan yang menekan. Seperti yang diketahui umum, stres

merupakan perkaitan yang saling berkait dengan gangguan emosi dan fizikal manusia.

Emosi merupakan satu petunjuk kepada pengalaman manusia iaitu ianya menjelaskan

tentang interaksi antara manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam

semulajadi. Selain itu, emosi juga menerangkan tentang tahap tindakan yang wujud seperti

1
kegembiraan, kesedihan, ketegangan dan lain-lain. Oleh itu, emosi banyak memberi makna

kepada pengalaman dan harapan kepada apa yang diharapkan dan dijangkakan.

Oleh kerana stres boleh menyebabkan pelbagai reaksi dan perasaan dan oleh kerana

persepsi terhadap stres adalah berbeza mengikut manusia, maka stres bukanlah sesuatu yang

mudah untuk diterjemahkan. Kesihatan mental dan fizikal adalah saling mempunyai perkaitan.

Masalah fizikal boleh mempengaruhi kesihatan mental individu dan faktor psikologi juga boleh

menyebabkan penyakit fizikal. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi kesihatan mental

individu dan masyarakat iaitu faktor persekitaran, kesihatan mental dan peristiwa-peristiwa

hidup yang telah berlaku.

Maka, masalah kesihatan mental boleh dimanifestasikan sebagai perubahan yang

berlaku dalam emosi dan tingkahlaku individu dan pelbagai cara lain lagi. Jelaslah membuktikan

bahawa stres dapat dikonsepkan sebagai satu corak tindakbalas khusus dan tidak khusus

dilakukan terhadap kejadian rangsangan yang mengganggu keseimbangan atau melebihi tahap

kebolehan individu menyesuaikan diri. Kejadian rangsangan termasuklah berbagai keadaan

dalaman dan luaran yang memerlukan individu melakukan sebarang bentuk tindakbalas

penyesuaian.

Stress juga boleh dikatakan sebagai satu pengalaman emosi yang unik yang perlu diberi

perhatian lebih oleh ahli dan sarjana psikologi. Dalam mana-mana kajian yang telah dilakukan,

sama ada kajian asas atau kajian lanjutan, antara persoalan yang kerap dikemukakan adalah

bagaimana stress memberi kesan individu secara fizikal dan psikologi, bagaimana cara

menangani stres dengan lebih berkesan dan bagaimana penyebab stress yang biasa terdapat

dalam masyarakat mengganggu kehidupan kita. Tindakbalas individu terhadap keperluan untuk

berubah akibat daripada kewujudan stressor tadi terbentuk dari kombinasi yang berlaku di

pelbagai tahap termasuk psikologi, sikap, emosi dan pemikiran.

Stress adalah perkara yang dihadapi oleh semua individu. Tahap stress ditentukan oleh

penggabungan berbagai tahap ukuran stressor dan kualiti. Sumber-sumber ini diletakkan

2
harapan kepada individu supaya stressor dapat ditangani. Oleh itu, stres merupakan masalah

yang sering berulang yang dialami oleh semua orang. Perubahan-perubahan menyebabkan

stress yang berlaku secara semulajadi tidak dapat dielakkan dan merupakan sebahagian dari

diri kita. Antara contoh masalah yang menyebabkan stress iaitu kesesakan lalu lintas, terlepas

temu janji dan lain-lain lagi.

2.0 CARA MENANGANI TEKANAN

Leatz dan Stolar (1993) juga mengatakan adalah baik untuk mencuba beberapa teknik

secara perlahan-lahan dan konsisten kerana tubuh badan telah biasa akan tabiat yang lama.

Antara teknik-teknik untuk mengatasi stres ialah menangis, latihan pernafasan, bantuan rakan

dan keluarga, aktiviti riadah, lawak jenaka, diari dan jurnal, urutan, meditasi, rohani, hadiah,

bercakap kepada diri sendiri, terapi, bercuti dan melancong.

Oleh kerana kebanyakkan emosi negatif bertindak balas ke arah bahaya, maka ramai

pengkaji telah mengkaji pelbagai teknik untuk mengawal emosi. Che Azimah (2005)

mencadangkan salah satu cara mengatasi stres ialah dengan beristirehat sementara

mempelajari bagaimana untuk mengawal tindakbalas emosi ini supaya penyakit dan kesihatan

diri dapat dielak.

Catwright & Cooper (1997) menambah faktor tidak dapat mengurus masa dengan efektif

merupakan punca utama stres. Mengorganisasikan diri adalah jalan terbaik untuk merancang

dengan tujuan menjimatkan masa. Antaranya ialah dengan membangunkan satu sistem dan

mendisplinkan diri untuk mematuhi sistem itu setiap hari. Hatta Sidi dan Mohammed Hatta

(2002) juga mengatakan bahawa pekerja sepatutnya menitikberatkan tugasan yang diarahkan

dengan melakukannya mengikut tempoh tertentu atau seperti yang dijadualkan.

Namun, kebanyakkannya gagal untuk melakukan teknik seperti ini dan akhirnya mereka

mengalami stress. Di tempat belajar, hubungan yang menggalakkan akan menghalang kesan

stres akibat bebanan kerja. Oleh itu, sokongan sosial dari majikan dan rakan sebaya

merupakan cara terbaik untuk menghalang stres kerana hubungan sosial merupakan asas

3
kepada keperluan manusia (Hoong, 1986). Beberapa kaedah yang boleh diambil apabila

mengalami stres iaitu:

i. Menarik nafas sedalam-dalamnya.

ii. Beredar dari suasana tegang (jika perlu).

iii. Berfikir sebelum bertindak.

iv. Tanya kepada diri sendiri mengapa ia berlaku, puncanya dan perkara yang telah

dilakukan.

Beberapa tindakan telah diberikan oleh Acryl Sani (2001) untuk mencegah dan mengatasi stres.

Pendapat beliau merangkumi aspek psikologi dan fizikal iaitu:

a. Senaman dan riadah.

Aktiviti senaman dan riadah amat penting dilakukan oleh setiap individu. Oleh sebab

itulah, Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakan orang ramai melakukan senaman

dengan tujuan untuk melahirkan generasi yang sihat cergas dan mempunyai ketahanan mental

dan fizikal yang tinggi.

b. Solat dan zikir

Bagi umat Islam, solat (fardhu) merupakan ibadat wajib dilakukan. Tidak menunaikan

solat bermaksud memutuskan hubungan dengan Allah S.W.T. Rasulullah sendiri akan

melakukan solat ketika mengalami masalah dan memohon pertolongan daripada Allah S.W.T.

Di samping solat, zikir iaitu selalu mengingati Allah S.W.T. dan melaksanakan segala perintah

Nya, Allah S.W.T akan memberikan rahmat dan hidayah Nya dalam kehidupan di muka bumi

ini.

c. Membaca Al-Quran.

4
Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan Allah S.W.T. untuk dijadikan pedoman

kepada manusia. Dengan membaca dan memahami maksud Al-Quran, akan tenanglah hati di

samping mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

d. Muhasabah diri sendiri.

Setiap individu perlu selalu melakukan muhasabah diri. Dengan berbuat demikian,

mereka akan benar-benar mengenali diri sendiri sebagai hamba Allah, mengetahui kelemahan

diri sendiri, kekurangan dan kelebihan atau keistimewaan diri sendiri. Bertitik tolak dari situ,

seseorang mampu mengatur strategi untuk mengatasi kelemahan dan seterusnya

memperlengkapkan diri untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Berusaha

dan bertawakallah kepada Allah S.W.T.

e. Menceritakan masalah kepada orang lain.

Menurut teori kaunseling, sekiranya seseorang menghadapi masalah, kemudian

menceritakan atau meluahkan masalah isi hatinya kepada orang lain, bermakna ia telah

menyelesaikan separuh daripada masalah tersebut. Justeru itu, para pekerja perlu meluahkan

masalah yang dialami kepada orang yang rapat dan boleh dipercayai seperti pasangan, ibu

bapa, rakan, majikan, kaunselor dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, pekerja akan

mendapat maklum balas yang positif daripada orang yang mendengar, yang akhirnya mampu

menunjuk jalan untuk menyelesaikan masalah yang dialami.

Pengurusan stres di kalangan pekerja adalah amat penting bagi meningkatkan

pencapaian mereka dalam tugas-tugas yang dilaksanakan. Terdapat banyak kaedah

pengurusan stres yang telah diperkenalkan membuktikan betapa pentingnya pengurusan stres

yang berkesan dalam usaha untuk mengoptimumkan pencapaian pekerja. Acryl Sani (2001)

menerangkan metodologi menangani stres yang sesuai diamalkan untuk mengatasi gejala stres

di kalangan pekerja. Pada permulaannya akan wujud ujian stres dalam diri, fikiran berserabut,

pening dan diri tidak terurus. Simpton-simpton ini menunjukkan mereka telah mengalami stres.

5
Seterusnya setelah mengetahui diri dalam keadaan tegang mereka perlu tenangkan diri

agar dapat berfikir secara rasional. Iringi dengan istighfar dan zikir kepada Allah. Selepas diri

mula tenang cari punca masalah. Fikirkan beberapa jalan penyelesaian yang sesuai. Jika perlu

dapatkan nasihat orang yang boleh dipercayai. Akhirnya dapat penyelesaian yang terbaik untuk

mengatasi masalah dan menjauhkan diri daripada stres. Abouserie (1993) menyatakan pekerja

yang dicadangkan menguruskan stres dengan senanam, tidur yang tetap, tumpuan pada

perbuatan, gambaran, meditasi, berurut, menggunakan masa untuk aktiviti positif, sokongan

kawan-kawan adalah penting untuk mengurangkan stress.

3.0 MASALAH/HALANGAN UNTUK MENDAPAT PERSONALITI YANG BAIK

Menurut Cooper dan Sutherland (1992), terdapat dua tahap yang harus dilalui dalam

melakukan penilaian terhadap stimulus iaitu masalah atau halangan bagi mendapat personaliti

yang baik, iaitu yang pertama primary appraisal, merupakan proses penentuan makna dari

suatu peristiwa yang dialami individu. Peristiwa tersebut dapat dipersepsikan positif, neutral

atau negatif oleh individu. Peristiwa yang dinilai negatif kemudian dicari kemungkinan adanya

harm, threat, atau challenge.

Harm adalah penilaian mengenai bahaya yang didapati dari peristiwa yang terjadi.

Threat adalah penilaian mengenai kemungkinan buruk atau ancaman yang didapat dari

peristiwa yang terjadi. Challenge merupakan tentangan akan kesanggupan untuk mengatasi

dan mendapatkan keuntungan dari peristiwa yang terjadi. Yang kedua, secondary appraisal,

merupakan penilaian mengenai kemampuan individu melakukan coping, beserta sumber daya

yang dimiliki dan apakah individu cukup mampu menghadapi harm, threat dan challenge dalam

peristiwa yang terjadi.

Cooper dan Sutherland (1992) mencatatkan bahawa tingkah laku yang berkaitan

dengan tekanan ini lebih dipengaruhi oleh proses pembelajaran daripada pengaruh unsur

mekanisme naluri. Melalui proses peneguhan ke atas beberapa tingkah laku yang terpilih

seseorang itu boleh dibentuk untuk mengalami tekanan dari situasi tertentu. Sebagai contoh,

6
bagi seseorang yang mengalami tekanan di tempat kerja kerana terlalu banyak berhadapan

dengan permintaan atau perintah yang lain. Keadaan ini adalah tertakluk kepada senang atau

susah tingkah laku seseorang itu dibentuk dan jikalau ia mudah, maka senanglah ia mengalami

tekanan.

Berdasarkan perspektif Cooper dan Sutherland (1992) mendefinisikan penilaian kongnitif

sebagai proses mengkategorikan sesuatu penemuan dan sebagai aspek lain yang berkaitan

dengannya dan mengkaitkannya dengan makna yang ada pada kesihatan kendiri. Penilaian ini

menumpukan perhatian kepada mereka dan penilaian berlaku dalam keadaan sedar.

Contohnya seseorang pelajar tahu yang dia akan menghadapi tekanan jikalau ia menduduki

peperiksaan tanpa membuat persediaan terlebih dahulu.

Cooper dan Sutherland (1992) turut menerangkan hubungan antara individu dengan

daya ketahanannya dalam menghadapi sesuatu masalah. Mereka berpendapat bahawa

seseorang mengalami stres apabila daya ketahananya tidak dapat menyokong tindak balas

yang seterusnya. Hal ini seterusnya akan menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan

yang menyebabkan seseorang mengalami kemurungan, lemah semangat, mengasingkan diri

daripada orang lain dan sebagainya.

Tahap stres seseorang harus dikenalpasti terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan

tahap stres yang lebih tinggi. Sekali lagi Cooper dan Sutherland (1992) membahagikan tahap

stress kepada dua iaitu Primary Appraisal dan Secondary Appraisal. Primary Appraisal adalah

kesan daripada sesuatu peristiwa mahupun negatif atau positif yang mengakibatkan stres.

Manakala, Secondary Appraisal pula menerangkan daya ketahanan seseorang individu dalam

mengatasi dan berhadapan sesuatu masalah berlandaskan teori koping yang sesuai.

Kaedah Penilaian Stres adalah salah satu lagi cara yang praktikal untuk mengatasi

tekanan dari aspek kognitif. Lem Boon (1981) menyatakan bahawa kaedah ini meminta individu

menilai secara kognitif tanda-tanda perubahan pada tingkah laku dan keadaan fisiologi yang

berkaitan dengan tekanan yang dihadapi. Mereka akan menilai suasana sekeliling, sifat dan

7
tingkah laku sendiri dan mencatatkannya dalam bentuk rekod. Mereka ini kemudiannya akan

diminta mencatatkan beberapa peristiwa dan pengalaman harian yang berkaitan dengan

tekanan seperti berapa batang rokok yang dihisap dalam satu hari, berapa banyak makanan

yang telah diambil, berapa gelas minuman keras yang diminum dan lain-lain.

Tujuan kaedah ini adalah untuk menyedarkan mereka yang bahawa mereka mempunyai

masalah dan supaya mengenali tekanan serta mengetahui cara-cara yang lazim mereka

gunakan bagi menjauhi tekanan tersebut. Dengan kesedaran seperti ini, individu berkenaan

akan tahu dan sedar bila ia mengadapi tekanan dan apakah cara yang boleh digunakan bagi

mengatasi tekanan yang dihadapi itu.

Pendekatan bagi penyelesaian masalah yang bersistematik bagi individu yang kerap

menghadapi tekanan dapat dilaksanakan dengan cara-cara seperti berikut:

i. Mengenali simptom tekanan yang dihadapi itu serta membahagi-bahagikannya ke dalam

komponen-komponen yang kecil supaya lebih mudah diurus.

ii. Mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang tekanan yang dihadapi supaya dapat

menyediakan diri bagi menghadapinya kelak.

iii. Melihat kembali pengalaman-pengalaman lampau yang mempunyai kaitan dengan

tekanan hidup.

iv. Kenali alternatif tingkah laku yang sesuai bagi menggantikan tingkah laku yang lazimnya

digunakannya dalam menghadapi sesuatu tekanan itu. Ini akan dapat menyelesaikan

masalah yang dihadapi

Apa yang penting dalam saranan ini ialah individu berkenaan harus membentuk satu

tingkah laku alternatif yang perlu dipraktikan secara berulang kali supaya ia menjadi lazim pada

dirinya. Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002) menyarankan cara-cara seperti

berikut bagi mencapai matlamat di atas:

a. Mengenal pasti kehendak dalam hidup dan keputusan tersebut diikuti.

8
b. Menggunakan masa lapang secara produktif dan berguna.

c. Menetapkan pendirian yang tetap.

d. Menguruskan konflik yang dihadapi secara terbuka dan secara langsung tanpa

berselindung.

e. Mengelakkan tingkah laku yang suka menyalahkan orang lain.

f. Memberikan tindak balas yang positif kepada orang lain.

g. Belajar untuk mengatakan “tidak” pada masa-masa tertentu.

h. Menyelesaikan masalah dengan kadar yang pantas, kerana jika dilambat-lambatkan,

maka masalah itu akan menjadi bertambah rumit.

i. Menilai semula matlamat dan harapan. Tidak menetapkan matlamat yang terlalu tinggi

dan terlalu sukar untuk dicapai.

j. Mengelakkan bekerja dalam jangka waktu yang panjang. Berhenti buat beberapa ketika

untuk berehat sejenak.

Kaedah paling baik dalam menghadapi dan mengatasi tekanan adalah untuk

mengadaptasikan diri dengan tekanan ialah agar seseorang itu dapat mengenal pasti tahap

tekanan yang boleh dialami secara peribadi. Tiap-tiap manusia mempunyai kerentaan yang

berbeza-beza terhadapa tekanan, ada yang boleh menerima tekanan dengna berlebihan dan

ada yang tidak. Selain itu, menurut Cooper dan Sutherland (1992) cara-cara bagi membantu

untuk mengetahui bentuk tekanan yang dihadapi dan seterusnya mengadaptasi adalah seperti

berikut:

i. Memahami proses dan kesan tekanan.

ii. Mengenal pasti punca-punca utama tekanan.

iii. Mengenali dan mengetahui bila tekanan itu akan berlaku.

9
iv. Membentuk beberapa cara yang bersesuaian untuk mengatasi tekanan yang kerap

dihadapi.

v. Melatih diri bagi menghadapi tekanan dengan cara yang ditetapkan terlebih dahulu.

vi. Kenali bentuk tekanan yang boleh membantu perkembangan diri.

Dengan cara ini, mereka yang telah mengetahui tahap kerentaan masing-masing tahu

berapa banyak tekanan yang boleh dihadapinya dan yang mana patut dielakkan. Dengan ini

juga, impak sesuatu tekanan dapat dikurangkan kerana seseorang itu telah bersedia secara

mental dan juga fizikal untuk berhadapan dengan sebarang tekanan pada bila-bila masa

sahaja. Ini adalah seolah-olah “memprogramkan” diri agar berhadapan dengan sesuatu

tekanan. Langkah adaptasi terhadap tekanan ini seterusnya dapat membantu melancarkan

usaha menyelesaikan sesuatu punca tekanan tersebut.

4.0 CARA/LANGKAH YANG PERLU DIBUAT UNTUK MENYESUAIKAN DIRI DALAM

KEHIDUPAN SEHARIAN DAN KOMUNITI SEKITARNYA SEKIRANYA ANDA

DITUKARKAN KE TEMPAT YANG BARU DI LUAR NEGARA

Terdapat lapan pendekatan yang boleh digunakan untuk menyesuaikan diri di negara

asing. Langkah-langkah yang boleh diambil dicadangkan di bawah:

i. Belajar bahasa pertuturan di sana

Cara paling cepat diterima oleh masyarakat tempatan adalah keupayaan untuk

berkomunikasi secara terus dengan mereka dengan mengggunakan bahasa mereka.

ii. Mengenali budaya melalui pembacaan

KIta juga harus mengenali budaya asing secara dekat dengan membaca literatur

berkaitan dengan sejarah, budaya dan kehidupan mereka. Pengenalan budaya juga lebih

mudah dengan menonton wayang atau filem tentang kehidupan mereka. Ini memberi gambaran

jelas tentang ekspektasi dan cara bergaul di negara itu kelak.

10
iii. Memberi masa untuk melancong dan melawat kawasan persekitaran

Kita juga dapat menyelami dan mengenali budaya serta memudahkan penyesuaian

dengan mengambil sedikit masa untuk melancong dan melawat kawasan persekitaran untuk

mengamati cara hidup mereka secara dekat.

iv. Toleransi kepada stres

Holopainen, J. dan Bjo¨rkman, I. (2005) menyatakan bahawa pertukaran tempat kerja

khususnya ke luar negara memberi kesan kepada kehidupan sosial dan profesional seseorang.

Perubahan ini membangkitkan stres seperti ketidaktentuan dan ambiguiti. Persekitaran budaya

baru akan menyebabkan hilang kawalan kepada keadaan dan mengikut Hampton, Summer dan

Webber (1987). ini adalah stres yang sangat besar. Kejayaan atau kegagalan seseorag

menjalankan tugasan tersebut bergantung kepada keupayaannya menangani keadaan stress

tersebut.

v. Kebolehan menjalin hubungan

Ini merujuk kepada keupayaan kita berinteraksi secara efektif dengan kumpulan

berlainan dan mewujudkan hubungan rapat dengan warga negara itu (Malek Muhamat Said,

2004). Menjalin hubungan dengan warga negara hos berguna dalam proses penyesuaian

kerana pertukaran maklumat semasa dalam jalinan hubungan itu membolehkan kita

mengetahui dan memahami cara hidup kebiasaan dan rasional mengapa mereka bersikap

sedemikian. Jalinan hubungan ini juga mengurangkan ketidaktentuan dan meningkatkan

keselesaan dan penyesuaian (Black, Gregersen dan Mendenhall, 1992).

vi. Kebolehan berkomunikasi

Kefasihan berbahasa tidak menjamin penyesuaian kepada tugasan baru. Kebolehan

komunikasi adalah lebih penting di mana ia merujuk kepada keterbukaan kita untuk

berkomunikasi dengan pekerja di tempat kerja dengan menggunakan bahasa mereka. Semakin

lama kita terlibat dalam komunikasi dengan warga negara hos, maka kita dapat memahami

11
budaya dan kebangsaan negara hos berkenaan. Ini meningkatkan persefahaman,

mengurangkan ketidaktentuan dan meningkatkan penyesuaian kerja dan prestasi kerja.

vii. Pengalaman antarabangsa sebelumnya

Pengalaman bertugas di negara lain sebelum ini dapat memberikan individu cara

menjangka apa yang terkandung dalam tugasan di negara berkeaan, meningkatkan

kebarangkalian ekspektasi realistik dan mengurangkan ketidaktentuan serta memudahkan

penyesuaian dengan tugasan baru (Anthony, Perrewe dan Kacmar, 1993). Ini memberi

maklumat tentang negara hos dan membantu kita membuat ekspektasi realistik. Ia

meningkatkan pengetahuan mengenai negara hos dan mengurangkan ketidaktentuan serta

memudahkan penyesuaian (Caliguiri et al, 2001).

5.0 KESIMPULAN

Stres sudah terbukti bahawa salah satu elemen kehidupan yang tidak mungkin dapat

dielakkan oleh manusia dan amat berguna sekiranya manusia berusaha sedikit untuk

memahami tekanan dan menanganinya dengan baik. Seperti yang telah diketahui, tekanan

adalah terjadi apabila permintaan dari persekitaran adalah tidak sepadan dengan kebolehan,

sumber dan kehendak yang dimiliki oleh individu dan memberi kesan ke atas psikologi dan

fisiologi kepada individu. Seseorang individu yang berasa tertekan akan menunjukkan

kemurungan dan sekiranya ia berterusan dan tidak diatasi dengan kadar segera, ia boleh

meninggalkan kesan yang buruk (distress) terutamanya kepada fungsi fisiologi dan psikologi

manusia secara umumnya.

Apabila rasa tertekan, keadaan fisiologi badan terutamanya sistem pertahanan badan

akan terganggu dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit arteri, sakit

jantung, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Manakala keadaan psikologi individu pula akan

terganggu dan manusia cenderung gagal untuk membuat keputusan dengan baik. Individu

mudah berasa bimbang, takut dan cepat marah dan ini boleh menjejaskan prestasi kehidupan

12
secara keseluruhan dan boleh menjejaskan fungsi kehidupan normal termasuk dalam

rumahtangga, kerjaya dan dalam konteks sosial secara amnya.

Sebagaimana tekanan atau daya tindak adalah diperlukan bagi menggerakkan sesuatu

objek menurut bidang sains, tekanan dalam kehidupan manusia boleh dimanipulasi bagi

mendorong manusia untuk memperbaiki kehidupannya dan berkembang maju tetapi ianya perlu

dalam keadaan terkawal agar tekanan yang berlebihan tidak memberi kemudaratan kepada diri

sendiri. Pelbagai kaedah-kaedah pengurusan tekanan boleh digunakan dan dikuasai untuk

menangani sebarang tekanan yang datang dengan positif. Misalnya, mengenalpasti punca

berlakunya tekanan, bersedia menerima kenyataan setiap apa pun yang berlaku dan

mengamalkan ajaran-ajaran agama masing-masing ketika menghadapi sebarang masalah yang

boleh menyebabkan tekanan. Pengurusan tekanan yang baik boleh menyebabkan seseorang

individu bertindakbalas dengan menunjukkan peningkatan dalam perkembangan kendiri dan

prestasi peribadi, merangsang kreativiti dan menggalakkan ketekunan serta motivasi. Oleh itu,

tekanan perlu ada dalam kehidupan manusia.

Maka, tekanan tidak sepatutnya dipandang remeh dan perlu diatasi dengan kadar

segera sebaik sahaja dikenalpasti terutamanya pada masa kini yang semakin banyak

perubahan yang mendadak dan pelbagai cabaran. Ahli-ahli sains dari seluruh dunia telah

meluangkan sejumlah masa dan peruntukkan kewangan yang tinggi bagi menghasilkan

pelbagai penyelidikan dan dapatan serta hasil kajian yang berkaitan denagn tekanan sebagai

sumber rujukkan kepada umat manusia. Semua pihak yang berkenaan cuma perlu mengambil

sedikit usaha dan memberi sedikit perhatian hanya untuk menggunakan segala sumber-sumber

yang telah sedia bagi memastikan pelbagai isu berkaitan tekanan dapat diatasi dan

menyediakan suasana persekitaran yang sesuai.

RUJUKAN

Abdul Aziz Yusof. (2003). Pengurusan Dan Gelagat Organisasi Di Abad Ke-21. Selangor:
Prentice Hall.

13
Abouserie, R. (1993). Stress, Coping Strategies and Job Satisfaction in University Academic
Staff. Educational Psychology, 16(1):49-56.

Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani. (2001). Tahap Komitmen Terhadap Organisasi: Satu Kajian
Kes Di Kalangan Anggota-Anggota Polis Pangkat Rendah, Kontinjen Polis Kuala Lumpur.
Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Anthony, Perrewe and Kacmar. (1993). Strategic Human Resource Management. Harcourt
Brace Jovanovk College Publisher.

Black, J.S., Gregersen, H.B. and Mendenhall, M. (1992), Global Assignments: Successfully
Expatriating and Repatriating International Managers, Jossey-Bass, San Francisco, CA.

Caligiuri, P., Phillips, J., Lazarova, M., Tarique, I. and Bu¨ rgi, P. (2001), “The theory of met
expectations applied to expatriate adjustment: the role of cross-cultural training”, International
Journal of Human Resource Management, Vol. 12 No. 3, pp. 357-72.

Cartwrigt, S., & Cooper, L.C. (1997). Managing Workplace Stress. California: SAGE Publication
Inc.

Che Azimah Binti Che Jusoh. (2005). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru di Daerah Machang,
Kelantan. Tanjung Malim: Universiti Perguruan Sultan Idris.

Cooper dan Sutherland. (1992). The Stress of the Executive Lifestyle: Trend In The
1990’s.Management Decision. Vol. 30, No. 6, 64-68.

Dunham, J. (1992). Stress in Teaching. London: Routledge Publishers.

Hampton, Summer and Webber. (1987). Organizational Behavior and the Practice of
Management. Illinois: Scott, Foresman and Company.

Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom. (2002). Mengurus Stres, Pendekatan Yang
Praktikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Holopainen, J. dan Bjo¨rkman, I. (2005). The personal characteristics of the successful


expatriate: A critical review of the literature and an empirical investigation. Personal Review. Vol.
34, No. 1, pp. 37-50

Hoong, M. (1986). Penyakit Jantung dan Kemalangan Jalanraya. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Kyriacou Mary. (2000). Coping With Stress. London: Routledge.

14
Leatz, c.A. & Stolar, M.W. (1993). Career Success/ Personal Stress-How To Stay Healthy In A
High-Stress Environment. New York: Mc-Graw Hill, Inc.

Lem Boon. (1981). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Malek Muhamat Said. (2004). Siri Motivasi: Studi Smart. Kuala Lumpur: PTS Publication and
Distributors Sdn. Bhd.

Mc Cormick & Solmon. (1992). Pengujian Dalam Psikologi dan Kaunseling. Serdang: Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

15

Anda mungkin juga menyukai