Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2022/1443H.

1.         PENDAHULUAN

            Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, Panitia Pendidikan
Islam Sekolah Kebangsaan Seri Sedohok berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program bagi
mengenang dan memuliakan junjungan besar ini.Sambutan maulidur Rasul di peringkat sekolah ini
merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw.Begitu juga perasaan taat,
ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat baginda,Sebagaimana Allah bangga
terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al-Quran: “ Sesungguhnya engkau ( Wahai
Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia”. ( al-Qalam:4 )

            Majlis Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan
di peringkat sekolah.Pada tahun ini,beberapa aktiviti telah dirancang, yang akan melibatkan semua guru
dan pelajar sekolah bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu “ 1 Malaysia,1 Ummah. Pelaksanaan
majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw disamping menghayati sirah
hidup baginda.Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak
dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw.Di samping itu perasaan cinta dan kasih akan
timbul terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.

            
2.         MATLAMAT

            Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun
demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad saw dengan mengikuti agama dan cara hidupnya,
mengamalkan sunnahnya , mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan,
melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.

3.         OBJEKTIF

3.1  Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci junjungan
besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam.
3.2  Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang di bawa Baginda.
3.3  Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw.
3.4  Menimbulkan semangat , jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan murid-murid.
3.5  Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam pasukan.
4      SASARAN
Semua guru dan murid islam Sekolah Kebangsaan Seri Sedohok
5.         ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam SK Seri Sedohok
6.         SUMBER KEEWANGAN

            1.                                                                      RM__________           
             2.                                                                     RM__________
            JUMLAH                                                             RM __________

              7.         ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Hadiah Pertandingan
1.     Pertandingan Mewarna ( Pra sekolah & Tahun 1,2 )
Tempat Pertama RM___ X ___ kelas
Tempat Kedua    RM ___X ___ kelas
Tempat Ketiga    RM___ X ___ kelas

2.     Kuiz maulidur-Rasul ( Tahun 3,4,5,dan 6 )


Tempat Pertama RM  X  kelas
Tempat Kedua    RM X kelas
Tempat Ketiga    RM X  kelas

3.     Sepanduk ( Tahap 2 )
Johan sahaja  RM  X tahap 2
2. Ceramah Maulidur Rasul
3. Bahan
1.     Risalah
2.     Kain sepanduk
3.     Banner
4.     Lain-lain

JUMLAH
             
8.         PERANCANGAN AKTIVITI

8.1  Edaran Risalah Maulidur-Rasul


8.2  Solat sunat Dhuha dan solat sunat hajat Mingguan.
8.3  Tazkirah Pagi Khamis ( tema : Sirah Rasulullah )
8.4  Selawat Harian
8.5  Pertandingan mencipta sepanduk.( Tahap 2 )
8.6  Pertandingan Mewarna Pra sekolah dan Tahun 1 serta 2
8.7  Pertandingan Kuiz “ Cinta Rasulullah” Tahun 3/4 dan Tahun 5/6.
8.8  Ceramah Maulidur Rasul
 
9.         JADUAL TINDAK IKUT

            Seperti lampiran

10.        AHLI JAWATANKUASA
           
            Seperti lampiran

11.        PENUTUP 
            Adalah diharapkan supaya program aktiviti yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak serta diberkati oleh Allah Subhanahu Wa
Taala.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

________________________________ ______________________________________
(REDWAN ROSDY BIN MOHAMED JOHARI) (TUAN HAJI SANIB BIN HASYIM)
Penyelaras Majlis Maulidur Rasul, Guru Besar SK Seri Sedohok,
Sk Seri Sk Seri Sedohok,

Anda mungkin juga menyukai