Anda di halaman 1dari 3

SMK SEAFIELD,

SUBANG JAYA, SELANGOR.

CADANGAN TAJUK TUGASAN SEJARAH TINGKATAN 3 2022


Silibus Tingkatan 1

Soalan 1 – Tamadun awal telah berjaya membangunkan dan mengembangkan tamadun berasaskan
pertanian. Bagaimanakah masyarakat hari ini dapat mencontohi sikap masyarakat tamadun awal untuk
meningkatkan taraf hidup pada masa kini?

Permasalahan ;

a) Jelaskan berkaitan kemunculan awal Tamadun Hwang Ho


b) Nyatakan sumbangan tamadun tersebut dalam bidang pertanian
c) Jelaskan fungsi kolar kuda dalam bidang pertanian Tamadun Hwang Ho
d) Bandingkan peranan kolar kuda Tamadun Hwang Ho dengan teknologi pertanian di Malaysia masa kini
e) Huraikan kepentingan menghargai pertanian sebagai satu perniagaan kepada generasi muda masa
kini

Soalan 2 - Seni bina tamadun awal seperti Piramid, Collosseum dan sebagainya merupakan asas
perkembangan seni bina pada masa sekarang seperti KLCC di Malaysia. Berikan hujah anda.

Permasalahan ;

a) Namakan 3 bangunan unik yang terdapat di Malaysia dan jelaskan keunikannnya


b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bandingkan fungsi binaan Colloseum dan Stadium-stadium
seperti Stadium Shah Alam dan Stadium Bukit Jalil atau mana-mana stadium yang terdapat di tempat
tinggal atau di Malaysia
c) Lukis sebuah bangunan yang mungkin anda bina pada masa akan datang dan beri penjelasannya
d) Pembinaan bangunan KLCC merupakan satu kebanggaan kepada Malaysia. Jelaskan pernyataan ini
berdasarkan contoh yang bersesuaian

Soalan 3 – Peningkatan suhu dunia pada Zaman Air Batu telah menyebabkan terbentuknya 2 elemen iaitu
daratan dan lautan. Hal ini mengubah pandang darat dunia. Bincangkan.

Permasalahan ;
a) Jelaskan maksud pengglasieran
b) Nyatakan kesan peningkatan suhu dunia pada Zaman Air Batu akhir
c) Bagaimanakah berlakunya proses pembentukan dan perubahan fizikal bumi?
CADANGAN TAJUK TUGASAN SEJARAH TINGKATAN 3 2022
Silibus Tingkatan 2

Soalan 1 – Salah satu faktor kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka adalah disebabkan pemimpin
yang bijaksana. Ciri kepimpinan dalam Kesultanan Melayu Melaka mampu mempengaruhi sistem
pemerintahan yang gemilang di Malaysia pada masa ini . Berikan hujah anda.

Permasalahan ;
a) Apakah maksud konsep daulat dalam institusi kesultanan Melayu?
b) Namakan alat kebesaran diraja yang masih digunakan sehingga kini untuk menunjukkan kedaulatan
sultan
c) Bandingkan sistem beraja pada masa Kesultanan Melayu Melaka dengan sistem demokrasi
berparlimen pada masa sekarang. Gunakan peta pemikiran yang sesuai
d) Institusi raja harus dipertahankan. Berikan pendapat anda.

Soalan 2 - Keunikan masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak dapat dilihat dari segi kepelbagaian
kaumnya. Jelaskan.

Permasalahan ;
a) Namakan 4 kaum yang terdapat di Sabah dan di Sarawak bersama koleksi gambar
b) Buat kajian tentang cara hidup satu kaum di Sabah dan satu kaum di Sarawak
c) Berdasarkan maklumat yang dikaji, nyatakan bagaimanakah Sabah dan Sarawak dapat dibentuk
sebagai negara anggota Malaysia?
d) Mengapakah kita perlu mengekalkan warisan negara? Bincangkan.

Soalan 3- Kerajaan Melayu Melaka telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai aspek. Bincangkan
berkaitan kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan.

Permasalahan ;
a) Jelaskan latar belakang kemunculan Kerajaan Melayu Melaka
b) Huraikan faktor-faktor mendorong kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dalam bidang perdagangan
c) Menganalisis sumbangan warisan Kerajaan Melayu Melaka dalam bidang perdagangan pada masa
dahulu kepada kemajuan ekonomi Malaysia pada masa kini
d) Sekiranya anda seorang pemimpin, cadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan hasil eksport
negara kita
CADANGAN TAJUK TUGASAN SEJARAH TINGKATAN 3 2022
Silibus Tingkatan 3

Soalan 1 - Kedatangan kuasa Barat ke negara kita adalah disebabkan kekayaan hasil negara kita.
Bincangkan.

Permasalahan ;
a) Lakarkan sebuah peta i-THINK tentang sebab-sebab kedatangan kuasa Barat ke Kepulauan Melayu
pada abad ke 16.
b) Jelaskan perbezaan strategi yang telah digunakan oleh kuasa Belanda dan kuasa British untuk
menguasai negara kita?
c) Jika anda seorang pemimpin bagaimanakah anda akan melindungi negara daripada dikuasai oleh
kuasa asing?
d) Penjajahan masih berlaku pada masa sekarang. Bincangkan

Soalan 2- Sistem pendidikan formal selepas kedatangan Barat mengubah landskap penyebaran ilmu di negara
kita. Bincangkan.

Permasalahan ;
a) Jelaskan bagaimana pelaksanaan pendidikan formal di negara kita sebelum kedatangan British
b) Apakah ciri-ciri sistem pendidikan di negara kita sewaktu penjajahan British?
c) Bagaimanakah sistem pendidikan di negara kita dilaksanakan selepas merdeka?
d) Berikan cadangan anda bagi mewujudkan sistem pendidikan yang lebih membina semangat
perpaduan dan jati diri yang tinggi rakyat di negara kita.

Soalan 3 – Krisis pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 telah memberi tamparan
yang hebat terhadap kedaultan dan pertahanan negara. Bincangkan.

Permasalahan ;
a) Menjelaskan latar belakang lokasi kejadian pencerobohan
b) Menghuraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada tercetus peristiwa pencerobohan tersebut
c) Menerangkan rentetan peristiwa tersebut secara kronologi
d) Menganalisis kesan peristiwa tersebut terhadap penduduk setempat dan negara kita

Anda mungkin juga menyukai