Anda di halaman 1dari 21

KOD KURSUS:

HGF 3013 PENGANTAR PERSEKITARAN FIZIKAL

TUGASAN INDIVIDU :

ULASAN MENGENAI KELIMA-LIMA JURNAL YANG DIPILIH

MENGGUNAKAN KATA KUNCI YANG SAMA

(FENOMENA KESAN RUMAH HIJAU)

KUMPULAN:

NAMA: WANIE SHAFIKA BINTI ABDULLAH

NO MATRIK: D20211100026

PENSYARAH: DR. SUMAYYAH AIMI BINTI MOHD NAJIB


1.0 PENGENALAN

Jurnal satu merupakan hasil kajian yang dibuat oleh Sharif Shofirun Sharif Ali,
Muhammad Rizal Razman dan Azahan Awang dari Institusi Dunia Melayu dan
Ketamadunan. Jurnal ini membincangkan mengenai Tren Penggunaan Tenaga
Elektrik dan Pembebasan Gas Rumah Hijau di Malaysia dalam skala tempatan. Kajian
yang dilakukan dalam jurnal ini memberikan gambaran jelas terhadap aktiviti industri
tenaga elektrik di Malaysia dengan memfokuskan aspek penggunaan elektrik dan
pembebasan gas rumah hijau supaya dapat menjadi rujukan kepada pihak
berkepentingan dan digunakan sebagai garis panduan bagi menguruskan sumber
tenaga dengan lebih cekap sepanjang tempoh kajian. Penggunaan tenaga elektrik yang
semakin meningkat mempengaruhi peningkatkan kadar pelepasan gas rumah hijau ke
ruangan atmosfera dari aspek pembinaan janakuasa elektrik seperti empangan,
pengagihan tenaga elektrik dan penjanaan kuasa elektrik yang masih menggunakan
sumber bahan api fosil.
Jurnal kedua merupakan hasil kajian yang dibuat oleh Alex Mikhaylov, Nikita
Moiseev, Kirill Aleshin dan Thomas Burkhardt yang membincangkan mengenai
Perubahan Iklim Global dan Kesan Rumah Hijau dalam skala dunia. Kajian yang
dilakukan dalam jurnal ini memberikan gambaran jelas terhadap perubahan cuaca
disebabkan oleh aktiviti manusia yang mengubah kandungan dan kepekatan gas
rumah hijau dalam atmosfera seperti jumlah wap air, karbon dioksida, metana, ozon
dan PFC yang semakin banyak. Suhu purata global meningkat begitu juga dengan
kepekatan karbon dioksida sebanyak 400 ppm disebabkan kesan rumah hijau
sepanjang tempoh kajian. Kajian ini menunjukkan proses perubahan sistem iklim
seperti suhu dan pergerakan angin dunia yang mewujudkan fenomena lain seperti
pemanasan suhu dunia dan ketidakeimbangan bajet haba oleh kesan rumah hijau.
Jurnal ketiga merupakan hasil kajian yang dibuat oleh Lori Bruhwiler, Sourish
Basu, Hames H. Butler, Abhishek Chatterjee, Ed Dlugokencky, Melissa A. Kenney,
Allison McComiskey, Stephen A. Montzka dan Diane Stanitski yang membincangkan
mengenai pemerhatian terhadap gas rumah hijau sebagai petunjuk iklim dalam skala
dunia. Kajian ini memfokuskan terhadap gas rumah hijau tertentu seperti karbon
dioksida, halokarbon, metana dan nitrus oksida. Kesemua gas ini berperanan untuk
mengubah struktur sistem iklim tersebut. Oleh itu, para penulis menjadikan gas-gas

1
tersebut sebagai petunjuk iklim yang berkesan dan tepat. Kajian yang dilaksanakan
oleh penulis dalam jurnal ini memberikan gambaran jelas terhadap peranan dan
keberkesanan gas rumah kaca dalam memerangkap haba atau menghalang haba
daripada dibebaskan semula ke angkasa yang berupaya untuk mempengaruhi iklim
dunia dan menjadikan gas-gas rumah hijau sebagai petunjuk iklim global.
Jurnal keempat merupakan hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar
dan Iklim Kanada melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kanada
2021 terhadap gambaran jumlah kepekatan gas rumah hijau yang dikaji iaitu gas
karbon dioksida dan metana yang menjadi fokus utama. Kajian ini dilakukan dalam
skala tempatan negara Kanada dan dalam skala dunia. Kajian ini luas mencangkupi
atmosfera global bagi membandingkan dengan jelas kepekatan gas rumah kaca dalam
ruangan udara negara Kanada dengan ruang atmosfera dunia secara keseluruhan.
Kedua-dua gas tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara bagi kepekatan
atmosfera global dan menunjukkan peningkatan yang perlahan bagi negara Kanada.
Jurnal kelima merupakan hasil kajian yang dibuat oleh Yue Xi-Liu dan Gao
Qing-Xian dari Universiti Beijing melalui Akademi Kajian China terhadap Sains
Alam Semulajadi terhadap gambaran sumbangan sistem semulajadi dan aktiviti
manusia terhadap pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. Kajian ini merangkumi
skop luas skala global bagi memperhatikan keberkesanan aktiviti manusia dan
kejadian alam dalam mempengaruhi kandungan pelepasan gas rumah kaca. Faktor
antropogenik yang dikaji memfokuskan kepada penghasilan simen dan pembakaran
bahan api fosil yang menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau manakala punca
semulajadi adalah disebabkan oleh kebakaran hutan dan letusan gunung berapi.

2
2.0 KAEDAH YANG DIGUNAKAN

Jurnal satu menggunakan kaedah rujukan. Data dan rekod penggunaan tenaga
elektrik di Malaysia dijadikan sebagai rujukan dalam kajian tersebut manakala
pengumpulan data dan maklumat mengenai tren penggunaan elektrik adalah
berdasarkan kajian literatur dan rujukan bahan-bahan lain seperti Laporan Data
Statistik Industri Tenaga yang telah direkodkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Kajian dimulai dengan pengenalpastian terhadap bandar-bandar besar dalam setiap
kawasan berdasarkan jumlah warganegara dan bukan warganegara yang mendiami
bandar tersebut. Pola penggunaan tenaga elektrik dan taburan populasi penduduk
dipaparkan dengan menggunakan teknologi Arc GIS 10.0 untuk menghasilkan
keputusan yang lebih tepat. Metodologi yang disediakan oleh IPCC telah digunakan
bagi menentukan jumlah pelepasan gas rumah hijau dalam atmosfera negara. Data
aktiviti penggunaan elektrik didarab dengan faktor pembebasan gas bagi menentukan
kadar pelepasan gas rumah hijau. Jumlah pelepasan gas rumah hijau ditentukan
dengan formula Ei = ∑A x EF. Ei merujuk kepada jumlah karbon dioksida, A
merupakan jumlah aktiviti dan EF merupakan faktor pelepasan gas rumah hijau.
Jurnal kedua menggunakan kaedah penyeimbangan tenaga. Model
penyeimbangan tenaga yang telah distabilkan dibawah undang-undang pemuliharaan
tenaga digunakan bagi mendapatkan keputusan tepat mengenai jumlah gas rumah
hijau yang mampu memerangkap bahangan haba sehingga menyebabkan berlakunya
fenomena perubahan iklim global. Persamaan keseimbangan tenaga dirumuskan
dengan persamaan C dT/dt = Rad↓ − Rad↑. C merujuk kepada inersia haba tanah,
lautan dan atmosfera, Rad↓ merupakan sinaran masuk manakala Rad↑ merupakan
sinaran keluar. Kaedah ini turut memperhatikan keberkesanan pemerangkapan haba
bagi mengubah sistem iklim.
Jurnal ketiga menggunakan kaedah penggunaan model konseptual.
Penggunaan model konseptual ditegaskan untuk menjelaskan petunjuk iklim yang
mampu untuk menerangkan diagram ringkas mengenai kaedah sistem kompleks
berfungsi dan kuantiti pengukuran yang boleh menggambarkan komponen penting
dalam sistem. Kaedah pengumpulan data daripada pembebasan gas rumah hijau
dalam sistem hidrosfera, atmosfera, biosfera dan litosfera direkodkan melalui
pengelasan yang ditunjukkan dalam model tersebut. Penulis melampirkan model

3
konseptual kepada bentuk gambar atau rajah bergambar bagi memudahkan kefahaman
pihak lain terhadap kajian yang dijalankan.
Jurnal keempat menggunakan kaedah pengukuran berterusan berdasarkan
prinsip dan protokol yang ditubuhkan oleh WMO (World Meteorological
Organization) dan kaedah NDIR (ketidaksebaran infra-merah) telah digunakan bagi
mengukur kepekatan gas karbon dioksida. Satu set pengukuran dan pemprosesan data
yang ketat disediakan untuk mendapatkan data ambien 5 minit. Data setiap jam,
harian, bulanan dan tahunan dianggarkan daripada nilai 5 minit. Persediaan analitik
CRDS (Cavity Ring Down Spectrometer) untuk karbon dioksida digunakan bagi
mendapatkan ketepatan pengukuran yang sama seperti metodologi NDIR dengan ciri
keseluruhannya yang lebih mudah dan ringkas untuk dikendalikan dengan nilai
ambien 1 minit bagi gas berbeza seperti metana dan karbon monoksida yang tersedia
pada sistem CRDS tunggal. Persediaan analitik CRDS bagi metana telah digunakan
dengan laporan diukur dalam 10-9 mol metana [nmol/mol].
Jurnal kelima menggunakan kaedah pengumpulan data dan pengelasan data.
Data dikumpulkan daripada jurnal-jurnal saintifik dan laporan kajian yang
dilaksanakan oleh IPCC (Intergovernmental Panel on Climate Change), Projek
Karbon Global, badan bukan IPCC, UNFCCC (The United Nations Framework
Convention on Climate Change), WMO (The World Meteorological Organization),
Program Alam Sekitar Negara-Negara Bersatu , lain-lain organisasi antarabangsa dan
institusi-institusi kajian. Pengelasan data pula dilakukan dengan menggunakan “carian
kata kunci” seperti ‘GHG/gas/karbon,’’pelepasan’ dan ‘kebakaran hutan/paya
bakau/lautan/gunung berapi/letusan gunung berapi/gempa bumi/aktiviti
manusia/bahan api fosil…’. Laporan mengenai laporan pelepasan gas rumah hijau
diekstrak dan pengiraan Eq digunakan untuk kajian yang menganggar jumlah
pelepasan tahunan dalam jangka masa panjang. Eann ¼ Etotal=Y; Eann merupakan
pelepasan tahunan, Etotal merupakan jumlah pelepasan daripada satu sumber dalam
tempoh tertentu dan Y merupakan bilangan tahunan. Dalam kajian ini, gas rumah
hijau ditukar kepada karbon dioksida menggunakan keupayaan pemasan global
seperti yang dinyatakan oleh IPCC. Skop terhadap pelepasan gas rumah hijau bagi
sesebuah sistem dengan menggunakan mod nilai maksimum dan minimum.
Kredibiliti sesebuah dokumen atau sumber diambilkira dengan memilih skop dan
tetapan nilai yang tepat.

4
3.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian bagi jurnal 1 menunjukkan bahawa terdapat pola peningkatan terhadap


corak penggunaan tenaga elektrik di Malaysia. Pola peningkatan ini tercetus hasil
daripada pertambahan populasi penduduk di negara ini terutamanya di kawasan
bandar yang menjadi pusat pertumbuhan ekonomi kesan daripada peningkatan kadar
kelahiran, peningkatan kadar hayat, peningkatan kadar migrasi dari desa ke bandar
menyebabkan permintaan terhadap tenaga elektrik meningkat terutamanya di Kuala
Lumpur dan Selangor.

Malaysia sangat bergantung dengan penggunaan bahan bakar api fosil dari
segi sektor elektrik yang menjadi punca utama pelepasan gas rumah hijau ke ruangan
atmosfera walaupun sumber boleh baharu turut digunakan. Penjanaan elektrik
melibatkan penghasilan, pertukaran dan pengagihan elektrik kepada perumahan,
perniagaan dan kilang-kilang. Penjanaan elektrik di Malaysia secara umumnya
terhasil daripada pembakaran bahan api fosil yang menggunakan arang batu yang
membebaskan metana dan nitrus oksida dalam jumlah yang rendah tetapi masih
memberi kesan yang tinggi dalam memerangkap tenaga haba. Pada pendapat pengkaji,
aktiviti pembersihan hutan dalam skala yang besar untuk membina sistem empangan
bagi menjana tenaga hidroelektrik juga menyebabkan kehilangan fungsi hutan sebagai
penyerap gas karbon dioksida dalam udara.

5
Kajian bagi jurnal 2 menunjukkan bahawa gas rumah hijau berupaya untuk
mempengaruhi iklim dunia disebabkan sifat gas rumah hijau yang membenarkan haba
masuk tetapi menghalang haba daripada dipancarkan keluar ke angkasa seperti yang
dikaji. Pemerangkapan haba oleh gas rumah hijau berupaya untuk meningkatkan suhu
global atau suhu udara dan mendidihkan permukaan laut yang terdiri daripada 70%
sehingga membentuk wap air yang berfungsi untuk menyerap tenaga haba tiga kali
lebih berkesan berbanding gas rumah hijau apabila udara membeku sejurus memasuki
lapisan atmosfera bersuhu rendah sehingga menyebabkan penyejukan radioaktif pada
tahap ini mendorong pemanasan permukaan menguatkan lagi kesan rumah hijau
sekaligus mencairkan glasier di kutub utara dan selatan menyebabkan peningkatan
aras laut. Fenomena peningkatan tahap air laut berisiko untuk menenggelamkan
kawasan yang berada di tanah rendah seperti Kota New York, St. Petesburgh atau
kawasan lain di dunia.
Peningkatan suhu udara turut memendekkan musim salji kerana berlakunya
pencairan ais yang lebih cepat. Hal ini menyebabkan permukaan bumi menjadi kering
kerana proses infiltrasi tidak dapat berlaku dengan giat dan simpanan akuifer
berkurang, dan tidak sesuai untuk aktiviti pertanian. Fenomena penggurunan juga
akan kerap berlaku menyebabkan permukaan bumi menjadi gersang seperti padang
pasir. Hal ini akan menjejaskan kehidupan biologi manusia dan haiwan disebabkan
ancaman kebuluran yang akan wujud sekiranya aktiviti pertanian kurang dijalankan.

6
Peningkatan paras air menyebabkan perubahan iklim. Perubahan jangka masa
musim, intensiti hujan, keamatan ribut, taufan dan kerpasan juga akan semakin
meningkat. Kajian ini juga memperhatikan kesan perubahan iklim terhadap kesihatan
manusia yang dipengaruhi oleh fenomena kesan rumah hijau. Masalah kesihatan yang
diperhatikan ialah penyakit kardiovaskular terutamanya pada organ jantung yang
menyebabkan kesukaran untuk bernafas, gangguan psikologi dan sebagainya.
Penyakit berjangkit seperti malaria yang dibawa oleh vektor nyamuk juga akan
meningkat dalam suhu yang lembap akibat keamatan hujan yang tinggi.
Protokol Paris juga memainkan peranannya dalam memastikan pengurangan
pelepasan gas rumah hijau ke ruang atmosfera oleh negara-negara perindustrian
mahupun negara lain. Negara perindustrian seperti China, Amerika, Kesatuan Eropah
dan lain-lain menyumbang terhadap pelepasan gas rumah hijau tertinggi dalam
atmosfera bumi. Kajian memperhatikan bahawa pengekstrakan, pengeluaran dan
penggunaan sumber tenaga sangat mempengaruhi jumlah gas yang dilepaskan. Rusia
menggunakan Dasar Tenaga sehingga 2035 dibawah Sfera Perubahan Iklim bagi
mengawal jumlah pelepasan gas tersebut.

Kajian bagi jurnal 3 menunjukkan bahawa juzuk aktif sinaran yang diserap
oleh gas rumah hijau dalam atmosfera diukur sebagai petunjuk iklim. Gas rumah hijau

7
berperanan terhadap proses fizikal yang mempengaruhi iklim global selain pelepasan
inventori bagi sumber antropogenik turut diketengahkan untuk menunjukkan nilainya
sebagai petunjuk iklim. Gas karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan halokarbon
merupakan gas yang difokuskan bagi melihat sejauhmana gas-gas ini mempengaruhi
iklim dengan menggunakan pengukuran jangka panjang gas rumah hijau, aerosol dan
awan serta petunjuk iklim yang berkaitan.

Paras gas karbon dioksida menunjukkan pola peningkatan daripada 280ppm


kepada 413ppm dan mencatat rekod kandungan baharu secara berterusan.
Peningkatan ini disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil
yang mengubah kitaran karbon geologi semulajadi yang memindahkan karbon dalam
batu dan sedimen ke udara. Penghasilan simen dan juga perubahan guna tanah turut
membebaskan karbon dioksida ke atmosfera. Terdapat setengah daripada pelepasan
antropogenik masih kekal dalam lapisan atmosfera dan selebihnya berada diatas
permukaan laut dan daratan.
Komposisi metana dalam atmosfera meningkat kepada 160% sejak daripada
revolusi perindustrian. Pembakaran bahan api fosil menyumbang 30%-35% daripada
pelepasan antropogenik. Aktiviti penternakan, pertanian, dan pelupusan sampah serta
kumbahan menyumbang terhadap 60% dan 5% lagi disumbangkan oleh biojisim.
Pelepasan gas secara semulajadi berpunca daripada sistem paya bakau dan akuatik

8
terestrial menyumbang terhadap 40% pelepasan. Metana juga bertindak dengan atom
hydroxycal radikal iaitu molekul hidrogen-oksigen yang terbentuk apabila satu atom
oksigen bergabung dengan wap air dan kekal selama lebih 10 tahun dalam lapisan
atmosfera.
Bajet haba yang tidak seimbang berpunca daripada kandungan peningkatan
nitrus oksida dalam atmosfera. Gas ini berupaya untuk memusnahkan lapisan
stratosfera melalui reaksi kimia antara atom oksigen dengan fotolisis kerana ianya
kekal dalam lapisan atmosfera dalam jangka masa selama 120 tahun. Kajian ini
mengenalpasti bahawa sebanyak 66% pelepasan nitrus oksida berpunca daripada
aktiviti agrikultur menanam tanaman pengikat nitrogen selain daripada industri
penghasilan baja. Pertambahan populasi juga menunjukkan peningkatan nitrus oksida
dalam atmosfera akan sentiasa berlaku apabila aktviti penghasilan makanan akan giat
berlaku bagi menampung keperluan makanan bagi penduduk dunia. Hal ini
menyebabkan penggunaan baja tidak dapat dielakkan bagi pelepasan nitrus oksida ke
udara.
Gas halokarbon yang terdiri daripada CFC-11 dan CFC-12 telah dihasilkan
dalam jumlah yang signifikan untuk kegunaan peti sejuk, pendingin hawa dan
sebagainya. Penghasilan gas halogen daripada perindustrian berupaya mengancam
unsur iklim dalam atmosfera. Perkara ini juga tercetus apabila bahan kimia daripada
penggunaan peti sejuk dan lain-lain bahan dilepaskan ke ruang udara dengan
pengaruh dan jangka hayat yang lebih lama berbanding gas karbon dioksida.
Kepekatan gas rendah dengan hanya 10% dan sumbangannya dalam mempengaruhi
iklim hanya sebanyak 17% jika dibandingkan dengan karbon dioksida. Gas ini
difokuskan oleh Protokol Montreal 1987 terhadap Bahan Kimia yang Menghakis
Lapisan Ozon kerana ianya berupaya mengancam perubahan iklim dan meningkatkan
risiko pemansan global. Halokarbon sangat berkesan dalam memerangkap haba
daripada keluar sehingga berupaya untuk meningkatkan suhu dalam iklim seterusnya
menyebabkan pemanasan global. Halokarbon mengandungi klorin atau bromin yang
berupaya untuk memusnahkan lapisan ozon serta kitarannya.

9
Kajian bagi jurnal 4 menunjukkan bahawa semakin bertambah kepekatan gas
rumah hijau, semakin banyak haba diperangkap dan semakin tinggi suhu. Kepekatan
gas rumah hijau ini diperhatikan melalui pemerrhatian terhadap kandungan karbon
dioksida dan metana di atmosfera. Gas rumah hijau berada dalam lapisan atmosfera
selama bertahun-tahun malah berabad sehingga berupaya untuk menyumbang kepada
berlakunya fenomena alam seperti pemanasan global, penipisan lapisan ozon,
perubahan iklim dan sebagainya. Jumlah kepekatan gas karbon dioksida dan metana
diukur pada peringkat negara Kanada dan secara global bagi memperhatikan
keberkesanan gas ini dalam atmosfera negara tersebu dan dalam atmosfera dunia
secara keseluruhan.
Kepekatan karbon dioksida dianggarkan sebanyak 65% daripada keberkesanan
pemerangkapan haba bumi. Purata kepekatan gas ini meningkat sebanyak 22% iaitu
daripada 338.9 ppm kepada 412.4 ppm dari tahun 1980 hingga 2020 manakala
atmosfera Kanada mencatat peningkatan kepekatan dari 412.3 ppm kepada 415.0 ppm
dari tahun 2019 hingga tahun 2020.

10
Kepekatan metana dalam atmosfera pula dilepaskan hasil daripada aktiviti
manusia yang menyumbang sebanyak 17% daripada pemerangkapan haba. Purata
kepekatan metana meningkat sebanyak 13% daripada 1670 ppb kepada 1879 ppb dari
tahun 1986 hingga 2020 manakala atmosfera Kanada mencatat peningkatan kepekatan
dari 1952 ppb kepada 1965 ppb dari tahun 2019 hingga 2020.

Kajian bagi jurnal 5 menunjukkan bahawa gas rumah hijau dibebaskan ke


atmosfera disebabkan faktor-faktor tertentu iaitu faktor semulajadi dan faktor manusia.
Antara punca semulajadi yang dikenalpasti ialah kebakaran hutan. Punca ini
merupakan sumber terbesar yang membebaskan gas rumah hijau. Fenomena

11
kebakaran hutan sering berlaku disebabkan keadaan cuaca yang ekstrim seperti
kemarau, suhu yang terlalu panas dan panahan kilat dan kajian menganggarkan
sebanyak 90% daripada gas yang dibebaskan terdiri daripada gas karbon dioksida.
Kebakaran hutan yang telah lama berlaku masih lagi aktif membebaskan gas rumah
hijau kerana pokok mati membebaskan karbon yang ada dalam kayu ke atmosfera
dengan peningkatan yang banyak.
Letusan gunung berapi terbahagi kepada dua iaitu gunung berapi biasa dan
letusan gunung berapi lumpur. Letusan gunung berapi membebaskan gas volkanik
termasuk metana dan karbon dioksida. Kandungan karbon dioksida dalam ruang
udara sangat tinggi daripada letusan yang berlaku seperti letusan gunung berapi
Pinatubo, Filipina dan Siberian. Kajian menganggarkan purata pelepasan gas rumah
hijau ialah antara 187 sehingga 277 Mt CO2-eq per tahun dan bertindak dengan unsur
dalam atmosfera sehingga menghasilkan asid sulfurik yang dapat memerangkap haba
sekaligus meningkatkan suhu bumi. Letusan gunung berapi lumpur pula
menghasilkan jumlah hidrokarbon yang banyak iaitu 95% dan metana merupakan gas
utama yang dibebaskan di samping sebanyak 60%-80% gas rumah hijau dibebaskan.
Jumlah keseluruhan purata pelepasan tahunan adalah 750 Mt CO2-eq.

Faktor aktiviti manusia seperti penghasilan simen dan penggunaan bahan api
fosil semakin giat dilakukan dari masa ke masa menyebabkan pertumbuhan sebanyak
hampir 70%. pelepasan gas rumah kaca yang berpunca daripada manusia atau faktor

12
antropogenik. Jumlah pelepasa yang paling tinggi dalam ruangan udara telah dikesan
dalam ruangan atmosfera beberapa buah negara seperti Amerika yang merupakan
negara dengan bilangan pembebasan gas yang tertinggi diikuti dengan China,
Kesatuan Eropah (EU) dan India. Bagi pelepasan yang berpunca daripada penghasilan
simen dan pembakaran bahan api fosil pula didominasi oleh Amerika Selatan dan
Kesatuan Eropah yang bertanggungjawab terhadap lebih daripada 70% pelepasan.

Fig. 2. Greenhouse gases emissions from global natural systems and human activity

13
4.0 PERBANDINGAN ANTARA JURNAL

KONSEP DAN FOKUS KAJIAN


JURNAL
1 2 3 4 5
Tren Perubahan Gas rumah Kepekatan gas Pengaruh
penggunaan sistem iklim hijau dijadikan rumah hijau kejadian alam
tenaga elektrik dunia dan sebagai yang terdapat dan aktiviti
dan kesan rumah petunjuk iklim dalam atmosfera manusia untuk
pembebasan hijau yang bumi dalam Kanada dan pembangunan
gas rumah diukur dan skala dunia. dunia dengan ekonomi
hijau di diperhatikan membandingkan terhadap
Malaysia yang dalam skop peratus gas pelepasan gas
diperhatikan global. dalam skop rumah hijau.
hanya dalam tempatan dari
skala tempatan segi negara
sahaja. Kanada dan
skop global.

KAEDAH DAPATAN DATA


JURNAL
1 2 3 4 5
Kaedah Kaedah Penggunaan Kaedah Kaedah
rujukan. Rekod penyeimbangan model pengukuran pengumpulan
penggunaan tenaga. Model konseptual berterusan data dan
tenaga elektrik di penyeimbangan bagi selaras pengelasan data
Malaysia dirujuk. tenaga digunakan menerangkan WMO. daripada
bagi diagram jurnal-jurnal
Pengumpulan mendapatkan ringkas Kaedah saintifik dan
data dan keputusan tepat mengenai NDIR laporan kajian
maklumat adalah mengenai jumlah fungsi dan digunakan yang dilaksanakan

14
berdasarkan gas rumah hijau. kuantiti bagi oleh badan-badan
kajian literatur pengukuran mengukur profesional yang
dan rujukan sistem kepekatan berkaitan.
bahan-bahan kompleks. gas karbon
lain seperti dioksida. Kaedah ‘carian
Laporan Data kata kunci’ bagi
Statistik Industri Persediaan memudahkan
Tenaga. analitik pengkelasan data.
CRDS bagi
Penggunaan mengukur Pengiraan Eq
teknologi Arc kepekatan digunakan untuk
GIS 10.0 bagi karbon menganggar
menghasilkan dioksida dan jumlah pelepasan
keputusan tepat metana. tahunan dalam
mengenai pola jangka masa
penggunaan panjang.
tenaga elektrik
dan taburan
populasi
penduduk.

Penggunaan
metodologi yang
disediakan oleh
IPCC bagi
menentukan
jumlah pelepasan
gas rumah hijau
dalam atmosfera
negara.

15
KREDIBILITI KANDUNGAN (abstrak, pengenalan, paparan data, paparan metodologi)
JURNAL
1 2 3 4 5
Mengemukakan Mengemukakan Mengemukakan Tidak Mengemukakan
abstrak. abstrak. abstrak. mengemukakan abstrak.
abstrak tetapi
sebaliknya
mengemukakan
isi kandungan
lengkap beserta
muka surat.

Mengutarakan Mengetengahkan Menjelaskan Tidak Menjelaskan isu


isu berkenaan isu semasa aktiviti manusia mengemukakan semasa
penggunaan mengenai terhadap pengenalan. mengenai
elektrik oleh perubahan iklim pelepasan gas pemanasan
Malaysia dalam global dan rumah hijau global dan
suatu jangka peningkatan dan pengaruh aktiviti
masa tertentu suhu dunia. pemerhatian manusia dan
dan pelepasan terhadap kejadian alam
gas karbon kepekatan gas terhadap
dioksida rumah hijau pelepasan gas
daripada dalam rumah hijau.
pembakaran atmosfera
bahan api fosil bumi.
dalam sektor
tersebut.

Memaparkan Memaparkan Memaparkan Memaparkan Memaparkan


graf garis yang graf garis bagi gambar dan data graf dan
menunjukkan jumlah graf garis bagi kebanyakannya kebanyakan data
tren penggunaan keseluruhan menunjukkan dalam bentuk adalah dalam
tenaga elektrik pelepasan gas data kajian. jadual dan juga bentuk jadual

16
dan pelepasan rumah hijau dan graf bergaris. dengan
gas rumah hijau, graf gabungan pengiraan yang
peta bagi teliti.
semenanjung memaparkan 2
Malaysia jenis data yang
menunjukkan berbeza
taburan mengenai gas
penduduk dan rumah hijau.
konsentrasi gas
rumah hijau.

Tidak Menggunakan Menggunakan Tidak Tidak


menggunakan carta pai bagi gambar rajah menggunakan menggunakan
gambar rajah menjelaskan bagi gambar rajah gambar rajah
dalam metodologi. menerangkan dalam dalam
metodologi. penggunaan metodologi. metodologi.
model
konseptual
secara
keseluruhan.

17
5.0 SUMBANGAN ILMU

Pada pendapat pengkaji, kelima-lima jurnal yang dipilih memberikan


sumbangan ilmu pengetahuan yang mencukupi dan padat sebagai rujukan pengkaji
sepanjang mengerjakan tugasan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengkaji dapat
mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kesan rumah hijau dan peranan gas-gas
rumah hijau dalam mempengaruhi fenomena alam seperti peningkatan suhu global
dan pemanasan bumi yang akan memberi kesan kepada perubahan iklim dunia.
Penggunaan tenaga elektrik seharusnya dikurangkan dan digunakan dengan sebaik
mungkin bagi mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga yang dijana sama ada
dengan menggunakan tenaga boleh baharu atau tenaga yang tidak boleh diperbaharui
seperti penggunaan bahan api fosil yang berupaya membebaskan sejumlah besar gas
rumah hijau ke ruangan atmosfera. Malaysia menggiatkan penggunaan tenaga boleh
baharu seperti tenaga hidro terutamanya bagi menjana elektrik dalam usaha
mengurangkan pembakaran arang batu dalam sektor ini tidak seperti negara jiran iaitu
Indonesia yang masih menjadikan arang batu sebagai tenaga utama penjanaan elektrik
untuk kegunaan negara. Dalam usaha menepati misi dan matlamat yang ditetapkan
oleh COP26, Malaysia mengambil langkah yang cekap bagi menurunkan pelepasan
gas rumah hijau oleh negara dengan mengutamakan penggunaan tenaga alam dalam
pelbagai sektor terutamanya sektor elektrik.
Pengkaji turut mendapati bahawa fenomena kesan rumah hijau yang wujud
mampu mengubah keseluruhan struktur sistem iklim hasil daripada keberkesanan gas
rumah kaca dalam memerangkap bahangan bumi daripada dipantulkan semula ke
angkasa kerana sifatnya yang legap terhadap bahangan bumi tetapi bersifat lut sinar
terhadap sinaran matahari. Peningkatan suhu dunia sememangnya berupaya untuk
mengubah pola curahan hujan, ketebalan awan, kelajuan angin atau tekanan udara
sehingga menyebabkan berlakunya fenomena alam lain seperti banjir atau la nina, el
nino kesan daripada cuaca ekstrim, taufan yang berlaku di lautan mahupun di padang
pasir, peningkatan hakisan permukaan bumi secara layangan dan sebagainya. Hal ini
membuktikan kepada pengkaji bahawa kesan rumah kaca mengubah keseluruhan
proses yang berlaku dalam planet bumi tersebut.
Pengkaji juga mendapati bahawa gas rumah hijau dapat dijadikan sebagai
petunjuk iklim yang berkesan dari segi pemerhatian terhadap peratusan dan jumlah
gas seperti metana, nitrus oksida, karbon dioksida dan halokarbon dalam atmosfera.

18
Kitaran gas rumah hijau yang wujud secara semula jadi diubah oleh manusia dengan
penambahan jumlah gas-gas ini melalui aktiviti-aktiviti manusia daripada pelbagai
sektor. Hal ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan atau gangguan dalam
proses kitaran gas. Pengkaji berupaya untuk menjadi lebih terbuka dengan peranan
gas rumah hijau yang turut dijadikan sebagai petunjuk iklim global oleh penulis dalam
kajian jurnal.
Pengkaji turut mendapati bahawa negara maju seperti Kanada sangat peka
terhadap isu gas rumah hijau dalam atmosfera negara dan dalam atmosfera global. Hal
ini dikatakan demikian kerana penulis membekalkan maklumat dan ilmu mengenai
kepekatan gas rumah kaca dalam skala sempadan negara dan dunia dengan
membandingkan kepekatan gas metana dan karbon dioksida yang dilepaskan oleh
negaranya dan dunia. Pengkaji dapat mengetahui seberapa kerap dan banyak
sumbangan jumlah pelepasan dalam atmosfera skop kajian yang dijalankan.
Pengkaji juga mendapati kebanyakan jumlah pelepasan gas rumah hijau
adalah berpunca daripada aktiviti manusia atau antropogenik dan juga dibebaskan
secara semula jadi oleh kejadian alam seperti kebakaran hutan dalam skala yang luas
dan letusan gunung berapi. Setiap pelepasan yang dilakukan daripada sektor-sektor
ekonomi diukur dan dicatat dalam bentuk peratusan bagi memudahkan pembacaan.
Pengkaji mengetahui bahawa setiap aktiviti manusia yang dilakukan secara besar-
besaran berupaya untuk merisikokan sistem yang wujud dalam atmosfera sama ada
secara cepat atau lambat berdasarkan suatu tempoh masa tertentu dan pada akhirnya
akan membawa kerosakan kepada hidupan dan alam sekitar itu sendiri.
Setiap jurnal yang dipilih memberikan sumbangan ilmu yang lebih terperinci
kepada pengkaji mengenai kesan rumah hijau dan gas rumah hijau dalam atmosfera
bumi.

19
6.0 RUJUKAN

Sharif Shofirun Sharif Ali, Muhammad Rizal Razman dan Azahan Awang. (2019).
Tren Penggunaan Tenaga Elektrik dan Pembebasan Gas Rumah Hijau di
Malaysia. Malay Arts, Culture and Civilization Research, 3 (1), 39-45.

Alexey Mikhaylov, Nikita Moiseev, Kirill Aleshin dan Thomas Burkhardt. (2020).
Global Climate Change And Greenhouse Effect. Entrepreneurship and
Sustainability Issues, 7 (4), 2897-2910.

Lori Bruhwiler, Sourish Basu, Hames H. Butler, Abhishek Chatterjee, Ed


Dlugokencky, Melissa A. Kenney, Allison McComiskey, Stephen A. Montzka
dan Diane Stanitski. (2021). Observations of greenhouse gases as climate
indicators. Climatic Change, 165 (12), 1-18.

Jabatan Alam Sekitar dan Iklim Kanada. (2021). Greenhouse Gas Concentrations.
Environment and Climate Change Canada, 2-23.

Yue Xi-Liu dan Gao Qing-Xian. (2018).Contributions of natural systems and


human activity to greenhouse gas emissions. Climate Change Research,
243- 252.

20

Anda mungkin juga menyukai