Internal
Di dalam ‘dunia’ orkid perkataan seperti ganjilnya!, wow cantiknya!, wanginya!, eee busuk!, ini orkid ke?,
mahalnya!, eksotik la! unik! dan sebagainya adalah amat biasa di dengar di kalangan penggemar orkid. Itulah
Orkid atau anggerik merupakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia, dengan iklim yang
panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia merupakan tempat taburan hidup orkid liar yang mencapai
ribuan jenis. Orkid amat popular di tanam di kalangan penggemar flora di Malaysia kerana saiz , struktur dan
Orkid juga penyumbang kepada pendapatan negara kita melalui beberapa medium;
pendidikan – penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik luar yang datang ke Malaysia.
Jenis-jenis Orkid
Secara ringkas orkid di kelaskan kepada beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan cara hidupnya.Baca
seterusnya
Spesis – merujuk kepada orkid liar. Di dalam penulisan piawai adalah mudah untuk mengetahui sama ada
b. Hanya huruf pertama sahaja huruf besar, yang lain lain adalah berhuruf kecil
Hibrid – merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau sesama famili. Cara mengenal
pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikut penulisan piawai adalah seperti berikut;
b. Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai dengan huruf besar.
Internal
Contoh orkid kacuk sesama genus :
Bulbophyllum Meen Garuda – adalah hasil kacukan orkid daripada genus bulbophyllum. Ia terhasil daripada
Aranda Majul ‘Rimau’ – adalah kacukan orkid daripada famili Vanda. Ia terhasil daripada kacukan Arachnis
Monopodial – adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanya dipanggil stem yang hidup menegak.
Simpodial – adalah orkid yang tumbuh secara mengeluarkan anak daripada bebawang yang telah matang.
Maksud cara hidup orkid di sini ialah media yang diperlukan oleh setiap jenis orkid untuk hidup.
1. Tanah
Orkid yang hidup di atas tanah. Untuk penanaman sebagai hiasan biasanya pengemar orkid menggunakan tanah
pasuan yang boleh didapati di nurseri nurseri bunga berhampiran anda. Daripada pengalaman penulis tanah
pasuan di nurseri perlu ditambah media* yang mampu meningkatkan saliran dan pengudaraan yang baik. Orkid
dalam genus Spathoglottis dan Phaius adalah salah satu orkid yang memerlukan tanah sebagai medianya untuk
hidup.
2. Epifit
Sejenis orkid yang hidup secara menumpang di atas pokok. Orkid epifit bukan parasit iaitu ia tidak ’mencuri’
keperluan hidupnya daripada perumahnya. Di dalam koleksi penulis, orkid jenis ini telah di tanam menggunakan
beberapa jenis media* sebagai ganti kepada pokok perumah asalnya. Antara orkid epifit adalah genus
Internal
3. Memanjat
Orkid jenis memanjat ini boleh dikenali dengan pangkalnya hidup ditanah dan ia menjalar memanjat atau melilit
media sokongannya. Biasanya dia mempunyai akar udara yang berserabut. Biasanya orkid jenis ini adalah
monopodial seperti genus Dipodium, Arachnis dan Mokara. Orkid vanila juga termasuk di dalam kumpulan ini.
4. Litofit
Ia menjadikan batu sebagai medianya untuk hidup. Di dalam hutan biasanya kita boleh melihat orkid jenis ini
hidup di batu batu tepian air terjun yang ditumbuhi dengan lumut. Antaranya ialah beberapa jenis orkid di dalam
genus Paphiopedilum, Eria dan juga sekumpulan orkid yang di panggil ‘Jewel Orchid’.
Daripada ciri-ciri pengkelasan di atas, setiap orkid akan berkemungkinan mempunyai gabungan ciri-ciri yang telah
disebutkan;
Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana beberapa faktor seperti;
Terdapat beberapa jenis genus orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yang besar kerana
Dendrobium
Phalaenopsis
Internal
Arachnis
Vanda
Cattleya
Oncidium
Pada bab ini penulis cuba membincangkan persoalan-persoalan yang sering didengari oleh penulis tentang
penanaman dan penjagaan orkid di kalangan peminat flora. Penulis juga cuba berkongsi pengalaman beberapa
teknik cara membiakkan orkid dan juga media tanaman yang selalu digunakan dikalangan peminat orkid.
“Orkid ? Susah la, bunga masa beli je lepas tu tak mau bunga dah..”
“Orkid mak cik banyak mati, siram, baja semua cukup dah, tu yang frust dah nak jaga orkid.”
Itulah beberapa komen spontan yang penulis dengar daripada penggemar flora apabila mereka berkunjung ke
Secara umum menjawab persoalan persoalan di atas, sebenarnya orkid tidak susah untuk di tanam, sama seperti
pokok bunga lain juga. Apa yang penting pengetahuan tentang keperluan hidupnya sahaja. Ini adalah sesuatu
yang pasti untuk anda ambil berat kerana ia adalah benda hidup seperti manusia. Sudah tentu orkid juga
memerlukan persekitaran yang sesuai, ‘makanan’ dan ‘minuman’ untuk hidup. Maka adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk menyediakannya. Setelah anda melakukannya, anda akan gembira apabila melihat orkid
Bermula dari sini penulis akan cuba berkongsi pengalaman dengan pembaca segala aspek penanaman dan
penjagaan orkid. Harap dapat menambahkan lagi kefahaman pembaca tentang flora unik ciptaan Allah ini.
Penerangan diberikan dengan bahasa yang mudah dan ringkas, juga seboleh mungkin penulis akan sertakan foto
Internal
Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya seperti telah di
terangkan di dalam sub topik; orkid dan persekitaran hidup semulajadinya. Terdapat beberapa jenis media yang
biasa digunakan oleh peminat orkid. Bergantung kepada penanam untuk memilih kesesuaian media mengikut iklim
mikro* kawasan penanam anda. Setiap media diterangkan secara ringkas untuk memudahkan anda mendapatkan
gambaran penggunaannya.
Salah satu media yang popular digunakan dan mudah didapati. Digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid
memanjat. Biasanya dicampur sekali bersama dengan pecahan arang. Biasanya penulis mendapatkan sumber
Teknik menggunakan;
i. Sebelum menggunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama semalaman.
ii. Pecahkan batu batu kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut kesesuaian pasu.
iii. Letakkan pecahan besar di bawah pasu, diikuti dengan bersaiz medium dan kecil.
iv. Tanam orkid di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid anda. Untuk tegakkan orkid yang
Nota : Pangkal orkid simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya terdapat
2. Pecahan arang
Juga media yang popular dan mudah didapati di kedai kedai runcit. Digunakan untuk orkid epifit dan orkid
Teknik menggunakan:
i. Rendamkan arang selama semalaman untuk membuang garam. ( kerana arang diperbuat daripada
ii. Siram arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.
iii. Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.
Internal
3. Serbuk kayu
Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan didalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat.
Teknik menggunakan:
( Penulis menggunakan serbuk kayu sebagai campuran bersama dengan media lain seperti pecahan batu bata,
i. Rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman. Angkat dan keringkan.
iii. Letakkan orkid di atas media. Jika menanam orkid yang hidup ditanah, penulis campur bersama
dengan media pasuan dengan tujuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.
4. Perlite
Perlite semakin digemari di dalam penanaman orkid. Begitu juga dengan penulis, ini kerana ia mudah dikendalikan,
ringan, tahan lama. Perlite juga boleh dicampur bersama dalam tanah pasuan untuk memperbaiki sistem saliran
dan pengudaraan tanah. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup ditanah. Penulis menggemari media ini
kerana ia boleh mengurangkan risiko penyakit dek kesan daripada penyiraman melampau.
Teknik menggunakan:
i. Siram perlite dengan air supaya ia basah sebelum mengendalikannya. Ini adalah untuk tujuan
keselamatan kerana perlite yang berkeadaan kering, partikelnya mudah berterbangan kerana ia sangat ringan.
iii. Letakkan orkid di atasnya, boleh juga dibenamkan orkid sehingga menutup rizomnya. Ini tidak
iv. Boleh menggunakan kayu sokongan untuk penanaman orkid yang tinggi dan besar saiznya.
5. Sphagnum moss
Media yang popular dibuat sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan
tembusu. Ia mampu meyimpan kelembapan dengan lebih lama. Ada juga penanam menggunakan 100%
Internal
sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Ini untuk mengekalkan
kelembapan lebih lama kerana orkid jenis ini tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.
Teknik menggunakan;
i. Sphagnum moss yang hendak digunakan direndam di dalam larutan racun kulat semalaman. Angkat
ii. Isikan ke dalam pasu atau tampalkan kepada tunggul kayu misalnya
Media ini juga amat digemari oleh penanam orkid kerana ia boleh menyimpan air dengan lebih lama dan
mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau. Media ini amat sesuai untuk tanama secara gantung.
Teknik menggunakan;
i. Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang hendak di tanam.
ii. Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid anda. Penulis
biasa menggunakan tali rafia kerana ia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada media tanaman.
7. Tunggul kayu
Media ini sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku
pakis gajah. Ia mudah diperolehi di dalam hutan,di ladang-ladang sawit atau di tepi sungai.
Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah. Boleh diletakkan sedikit
Penulis menggunakan media ini untuk menanam orkid daripada famili Bulbophyllum dan Phalaenopsis. Daripada
pemerhatian penulis orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media ini. Ia mempunyai kulit yang tebal
9. Tanah campuran
Orkid yang hidup di tanah memerlukan media ini. Penulis biasanya menggunakan campuran tanah kompos, perlite
dan sekam padi pada kadar 1:1:1. Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik lepada
akar orkid.
Internal
10. Tiada media
Tiada media bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang media. Teknik ini sesuai untuk orkid
Orkid seperti tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam menyediakan persekitaran hidup yang sesuai
untuknya. Perkataan lain yang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaan kepada orkid
boleh di beri dengan penyediaan teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan kadar cahaya yang berbeza-beza.
Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100% manakala orkid famili Phalaenopsis
memerlukan cahaya matahari hanya 50% untuk hidup dengan subur. Ada 2 teknik teduhan yang biasa digunakan
a. Rumah teduhan
Teknik ini amat popular dikalangan penggemar orkid kerana mudah untuk menyediakan kadar teduhan. Untuk
teduhan biasanya mereka menggunakan jaring teduhan berwarna hitam yang biasa dijual. Kadar teduhan jaring
tersebut biasanya adalah 50% dan terdapat beberapa jenis untuk pilihan penanam.
Teknik ini boleh dikatakan orkid dijadikan antara elemen penyeri taman. Teduhan orkid diperolehi melalui kanopi
pokok-pokok teduhan yang ada di taman penanam, atau terus menanam orkid pada dahan-dahan pokok di
taman. Ia lebih kelihatan semulajadi. Sesuai untuk pembinaan landskap berasaskan orkid atau diintegrasikan
Sebagai penggemar orkid, fasa pembiakan orkid memang tidak dapat di elakkan kerana ia sudah tentu
memberikan anda kelebihan untuk meningkatkan bilangan pokok di dalam koleksi anda. Selain itu risiko anda
untuk kehilangan total pokok yang mungkin mati di serang penyakit juga amat rendah kerana mempunyai
daripada ‘flask’
pot komuniti
Internal
pot individu
pembahagian rumpun
– biji benih
Daripada 4 cara di atas, teknik akhir tidak dibincangkan di sini. Ini kerana adalah amat rumit untuk dilakukan
penyemaian secara tersebut. Penulis sendiri tiada pengalaman berkenaan perkara tersebut. Walaupun begitu amat
cukup untuk pembaca mengetahui 3 cara yang pertama disebutkan untuk menggandakan koleksi orkid pembaca.
Benih yang telah disemai akan membesar menjadi anak benih di dalam ‘flask’. Apabila telah cukup besar ia perlu
dikeluarkan untuk ditanam di dalam pasu. Anda boleh membeli anak benih di dalam ‘flask’ ini di nurseri orkid yang
menjualnya dengan harga serendah RM20.00, bergantung kepada sesuatu jenis orkid.
Anak orkid didalam botol (flask) boleh didapati dikebanyakkan nursery orkid. Harganya dari RM20 hinggalah
RM1000 mengikut jenis orkid. Dalam satu botol ada lebih kurang 5 hingga 50 anak orkid.
2. Lumut (sphagnum moss) atau sabut kelapa (yang sudah dihancurkan). Basahkan lumut air atau
3. Kertas suratkhabar
Caranya;
1. Keluarkan anak orkid dari botol. Jika mulut botol itu besar, gunakan penyepit (forceps) yang telah
disterilkan. Jika mulut botol itu kecil maka botol hendaklah dipecahkan.
2. Basuhkan anak orkid menggunakan air. Pastikan tiada agar-agar (jelly) melekat diakar pokok.
3. Rendamkan anak orkid itu kedalam larutan anti fungus selama 10 hingga 15 minit.
Internal
4. Tuskan dan keringkan anak orkid itu di atas kertas suratkhabar selama setengah jam (hanya
5. Setelah itu balutkan akar anak orkid dengan lumut air atau sabut kelapa dan masukkan kedalam
6. Untuk anak pokok yang terlalu kecil kumpulkan dan ditanam didalam satu pasu (pasu ini dipanggil
compot)
9. Apabila sudah membesar, pindahkan ke pasu yang besar sedikit mengikut saiz yang bersesuaian
dengan anak orkid. Ulangi proses pemindahan ini 2 atau 3 kali sehingga orkid matang.
Jangkamasa untuk anak orkid membesar hingga matang dan bersedia untuk berbunga adalah dari 5 bulan hingga
3 tahun bergantung pada jenis orkid. Contohnya, orkid jenis phal mengambil masa sekurang kurangnya 8 bulan
untuk berbunga.
2. Pot komuniti
Orkid yang telah dikeluarkan daripada ‘flask’ dan telah ditanam secara kelompok di dalam satu pasu dikenali
sebagai ‘Communiy Pot’ atau ringkasnya ‘compot’. Penanam boleh terus membeli orkid yang telah siap di tanam di
dalam ‘compot’ di nurseri orkid.Setiap ‘compot’ biasanya mengandungi antara 10-20 anak pokok. Risiko orkid
untuk hidup jika dibiakkan cara begini adalah lebih tinggi berbanding secara ‘flask’. Oleh itu bagi anda yang
kurang pengalaman, boleh membeli ‘compot’ orkid untuk menggandakan koleksi orkid anda.
3. Pot individu
Setelah orkid di dalam ‘compot’ membesar, nurseri akan memindahkannya dalam pasu yang lebih besar secara
individu. Maka, anda juga boleh membeli orkid secara begini kerana biasa orkid yang di tanam di dalam pasu
PEMBAHAGIAN RUMPUN
Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid simpodial. Apabila rumpun orkid telah cukup besar ia boleh
Internal
Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid monopodial. Sebahagian pucuk orkid yang telah mempunyai akar
dipotong daripada pokok induk dan di tanam sebagai satu individu yan baru.
Pada bab ini penulis membincangkan elemen-elemen penting untuk mendapatkan orkid yang hidup subur, sihat
dan seterusnya memberikan anda kepuasan melihat bunganya. 4 elemen yang dibincangkan nanti
adalah daripada pengalaman penulis dan perkongsian maklumat sesama penanam orkid berdasarkan cuaca iklim
tropika di Malaysia. Pengalaman penulis, penjagaan seperti penyiraman dilakukan secara automatik pada hari
bekerja. Pada hari cuti hujung minggu, penulis lakukan siraman secara manual, pemeriksaan penyakit, pembajaan
Kata-kata di atas adalah satu lagi petua yang amat bagus untuk anda ingat di dalam penjagaan orkid. Setiap
pokok baru di tanam atau pemindahan pasu , penulis akan memberi perhatian lebih di dalam usaha untuk memberi
1. Penyiraman
Di atas adalah satu petua yang popular dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda
telah melakukan penyiraman yang melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah anda
‘menjemput’ penyakit kepada kloeksi orkid anda. Ini kerana orkid mampu menyimpan air di dalam
bebawangnya seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu
menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada
a. Cuaca semasa
Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.
Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah kurang
c. Iklim mikro
Internal
Bermaksud adalah iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di antara anda
Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang. Penyiraman di waktu
tengahari akan menyebabkan air yang bertakung di celah daun akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan
Teknik penyiraman boleh digunakan secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik yang
2. Pengudaraan
Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit terutamanya penyakit yang
disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur orkid yang tidak terlalu padat
atau membekal pengudaraan buatan seperti memasang kipas. Penulis hanya menggunakan teknik susun atur
3. Pembajaan
Pembajaan adala sesuatu yang mesti diberi kepada tanaman termasuk orkid untuk mendapatkan kualiti
‘WEAKLY, WEEKLY‘
Di atas adalah satu lagi petua yang bagus di jadikan panduan untuk anda membaja orkid. Ia membawa maksud
anda menggunakan sukatan kepekatan baja yang rendah untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap
nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan menggunakan kepekatan tinggi dan disembur
sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah dan merugikan anda.
Penerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks. Penulis cuba ringkaskan bahawa
pemilihan baja bergantung kepada kehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual untuk
pilihan pengguna. Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang mengandungi kadar nitrogen (N)
yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan baja yang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang
lebih tinggi.
Biasanya pada label baja akan tertera semua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.
Internal
Untuk Baja A tersebut, ia sesuai untuk pembungaan orkid anda kerana mengandungi unsur nitrogen 13 % dan
unsur fosforus dan kalium sebanyak 27%. +TE di sini bermaksud baja ini mempunyai ‘trace element’ atau unsur
surih sebanyak 1%. Unsur surih bermaksud nutrien tambahan yang diperlukan oleh tanaman tapi dalam kuantiti
yang sedikit sahaja. Ia boleh diumpamakan seperti anda makan nasi dengan aneka lauk pauk. Nasi adalah
Penulis menggunakan baja organik ‘B’GREEN seaweed’ untuk memberi pertumbuhan yang sihat dan ‘B’GREEN
bloom & fruit’ untuk membekal nutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.
B’GREEN seaweed adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana ia telah digunakan
secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi beberapa hormon semulajadi yang
amat diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi elemen
sebagai anti beberapa penyakit bawaan kulat dan serangga penghisap cecair tumbuhan.
B’GREEN bloom & fruit adalah campuran baja bukan organik N P K +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan
organik bertujuan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuhan.
Kawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk anda ambil perhatian. Ini kerana ia mempengaruhi
kualiti hidup orkid dan mungkin yang lebih penting anda mungkin kehilangan orkid anda selamanya.
Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada bawaan 4 elemen, iaitu virus, bakteria, serangga dan kulat. Kemahiran
mengenal penyakit memerlukan pengetahuan dan pengalaman kerana kadang kala sesuatu penyakit itu
mempunyai tanda yang sama untuk bawaan virus atau bakteria atau kulat. Di sini penulis berkongsi pengalaman
1 Virus
Penyakit bawaan virus agak sukar untuk kita kenal pasti secara teliti kerana memerlukan ujian makmal.
Bagaimanapun serangan virus hanya melemahkan pokok orkid anda, tidak menyebabkan kehilangan poko k orkid
kesayangan anda. Untuk mengelakkan jangkitan virus anda perlu menjaga kebersihan kawasan penanaman.
Untuk rawatan , anda perlu memusnahkan pokok yang dijangkiti. Ya , sudah pasti ia satu keputusan yang sukar
untuk anda!
2 Bakteria
Biasanya tanda penyakit orkid disebabkan bakteria meyamai dengan penyakit bawaan kulat. Apa yang penulis
perhatikan, penyakit bawaan bakteria adalah lebih cepat merebak berbanding bawaan kulat. Tanda biasa
Internal
penyakit bawaan bakteria ialah reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbau busuk. Keadaan tempat
penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah antara faktor jangkitan.
Reput bakteria (Bacterial rot) – satu bintik coklat berair pada daun, cepat merebak. Biasa menyerang orkid famili
Phalaenopsis.
Reput daun ( Brown Rot) – bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur.
3. Kulat (fungus)
Tanda seperti disebabkan oleh bakteria tetapi kadar merebak lebih lambat dan tidak mengeluarkan bau busuk.
Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah punca utama
jangkitan. Antara penyakit bawaan kulat yang biasa menyerang orkid ialah:
Antraknose
Oleh sebab itu ada pengeluar yang mengeluarkan racun 2 dalam 1 iaitu untuk merawat penyakit kulat dan
bakteria serentak. Ada racun yang dijual boleh merawat beberapa jenis penyakit dan ada yang tertumpu kepada
Potong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, penulis membuang rumpun kecil yang dijangkiti. Jika
orkid monopodial, ia biasa berlaku pada daun, penulis hanya memotong daun yang dijangkiti sahaja.
Sapukan atau semburkan racun kulat yang bersesuaian dengan penyakit kepada rumpun atau pokok yang telah
Perhatikan perkembangan rumpun atau pokok yang telah dirawat, jika masih terdapat sebarang jangkitan, ulangi
proses di atas.
Internal
4. Serangga
Serangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang biasa. Antara serangga yang popular menyerang orkid
adalah :
a. Semut
e. White flies
b. Aphid
f. Mites
c. Lipas
g. Scale insects
d. Kumbang
h. Siput
Aphid, Mealy bug, Mites, Scale insects dan Thrips adalah serangga penghisap cecair tumbuhan. Mereka
biasa terdapat di bawah daun orkid dan mudah di lihat dengan mata kasar. Ia akan menyebabkan pertumbuhan
Aphid- terdapat warna kehitaman pada pokok , biasanya di bawah daun dan celahan daunan dan batang orkid.
White flies – seperti lalat kecil warna putih berdebu berkelompok di belakang daun.
Mites – warna kemerahan di belakang daun, belakang daun akan menjadi kuning dan hitam jika jangkitan teruk
Scale insect – warna kuning keputihan di atas daun dan batang pokok orkid.
Koleksi penulis biasa diserang oleh mites dan white flies sahaja. Ia menyerang orkid yang mempunyai daun yang
Kumbang, lebah dan semut akan merosakkan bunga yang telah kembang dengan memakan kudup bunga dan
juga pendebugaan yang tidak kita kehendaki. Koleksi penulis biasa di serang kumbang berwarna kuning yang
Internal
selalu meninggalkan larva pada tangkai bunga yang akan memakan keseluruhan bunga. Lebah dan semut tidak
Siput dan lipas akan memberi masalah dengan cara ia memakan akar dan pucuk muda pokok orkid anda. Ini akan
merencatkan pertumbuhan pokok. Koleksi penulis hanya berhadapan dengan masalah siput sahaja
Beli racun yang boleh merawat penyakit yang anda kehendaki. Biasanya pengeluar akan memberi informasi ini
pada bungkusan racun. Ini kerana kadangkala terdapat penjual yang kurang pengetahuan mengenai penyakit
Internal