Anda di halaman 1dari 24

Pengenalan kepada orkid

Di dalam dunia orkid perkataan seperti ganjilnya!, wow cantiknya!, wanginya!, eee busuk!, ini orkid
ke?, mahalnya!, eksotik la! unik! dan sebagainya adalah amat biasa di dengar di kalangan penggemar
orkid. Itulah tarikan seseorang untuk terus meminati orkid.
Orkid atau anggerik merupakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia, dengan iklim
yang panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia merupakan tempat taburan hidup orkid liar yang
mencapai ribuan jenis. Orkid amat popular di tanam di kalangan penggemar flora di Malaysia
kerana saiz , struktur dan warna bunga yang pelbagai.
Orkid juga penyumbang kepada pendapatan negara kita melalui beberapa medium;
pelancongan pembinaan taman-taman orkid di seluruh Malaysia
pendidikan penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik luar yang datang ke Malaysia.
industri bunga jualan orkid pasuan dan keratan bunga kraftangan berasaskan orkid
Jenis-jenis Orkid
Secara ringkas orkid di kelaskan kepada beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan cara
hidupnya.Baca selanjutnya
A) Spesis merujuk kepada orkid liar. Di dalam penulisan piawai adalah mudah untuk mengetahui
sama ada sesuatu orkid itu adalah spesis dengan melihat pada:
a.

Huruf italic digunakan

b.

Hanya huruf pertama sahaja huruf besar, yang lain adalah berhuruf kecil

Contoh : Phalaenopsis bellina


B) Hibrid merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau sesama famili.
Cara mengenal pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikut penulisan piawai adalah seperti berikut;
a.

Huruf tegak digunakan sepenuhnya

b.

Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai dengan huruf besar.

Contoh : Phalaenopsis Timothy Christopher


Contoh orkid kacuk sesama genus :
Bulbophyllum Meen Garuda adalah hasil kacukan orkid daripada genus bulbophyllum. Ia terhasil
daripada kacukan Bulbophyllum lasiochilum denganBulbophyllum echinolabium.
Contoh orkid kacuk sesama famili:
Aranda Majul Rimau adalah kacukan orkid daripada famili Vanda. Ia terhasil daripada
kacukan Arachnis Maggei Oei dengan Vanda insignis.
(Nota : Arachnis Maggei Oei = Arachnis hookeriana X Arachnis flos-aeris)
Pengkelasan mengikut cara pertumbuhan

a) Monopodial adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanya dipanggil stem yang hidup
menegak. Daun-daun baru tumbuh di setiap hujung stem tersebut.
b) Simpodial adalah orkid yang tumbuh secara mengeluarkan anak daripada bebawang yang telah
matang.
Orkid dan persekitaran hidup semulajadinya
Maksud cara hidup orkid di sini ialah media yang diperlukan oleh setiap jenis orkid untuk hidup.
1. Tanah
Orkid yang hidup di atas tanah. Untuk penanaman sebagai hiasan biasanya pengemar orkid
menggunakan tanah pasuan yang boleh didapati di nurseri nurseri bunga berhampiran anda. Daripada
pengalaman penulis tanah pasuan di nurseri perlu ditambah media* yang mampu meningkatkan saliran
dan pengudaraan yang baik. Orkid dalam genus Spathoglottis dan Phaius adalah salah satu orkid yang
memerlukan tanah sebagai medianya untuk hidup.
(* rujuk bab cara penanaman orkid untuk keterangan lanjut)
2. Epifit
Sejenis orkid yang hidup secara menumpang di atas pokok. Orkid epifit bukan parasit iaitu ia tidak
mencuri keperluan hidupnya daripada perumahnya. Di dalam koleksi penulis, orkid jenis ini telah di
tanam menggunakan beberapa jenis media* sebagai ganti kepada pokok perumah asalnya. Antara
orkid epifit adalah genus Bulbophyllum, Dendrobium, Phalaenopsis dan Vanda. (* rujuk bab cara
penanaman orkid untuk keterangan lanjut)
3. Memanjat
Orkid jenis memanjat ini boleh dikenali dengan pangkalnya hidup di tanah dan ia menjalar memanjat
atau melilit media sokongannya. Biasanya dia mempunyai akar udara yang berserabut. Biasanya orkid
jenis ini adalah monopodial seperti genus Dipodium, Arachnis dan Mokara. Orkid vanila juga termasuk di
dalam kumpulan ini.
4. Litofit
Ia menjadikan batu sebagai medianya untuk hidup. Di dalam hutan biasanya kita boleh melihat orkid
jenis ini hidup di batu batu tepian air terjun yang ditumbuhi dengan lumut. Antaranya ialah beberapa
jenis orkid di dalam genus Paphiopedilum, Eria dan juga sekumpulan orkid yang di panggil Jewel
Orchid.
Daripada ciri-ciri pengkelasan di atas, setiap orkid akan berkemungkinan mempunyai gabungan ciri-ciri
yang telah disebutkan;
Contoh 1 : Orkid Phalaenopsis violacea Spesis, Monopodial dan Epifit
Contoh 2 : Orkid Dendrobium Sonia

Hibrid, Simpodial dan Epifit

Contoh 3 : Orkid Sphatoglottis aurea

Spesis, Simpodial dan Tanah

Orkid yang popular di tanam di Malaysia

Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana beberapa faktor
seperti;

warna bunga yang lebih menarik

bunga yang tahan lama

pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar

harga yang murah berbanding orkid liar

saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar

sesuai untuk jualan keratan bunga

Terdapat beberapa jenis genus orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yang
besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya. Antaranya;

Dendrobium

Phalaenopsis

Arachnis

Vanda

Cattleya

Oncidium

Cara Menanam Orkid


Pada bab ini penulis cuba membincangkan persoalan-persoalan yang sering didengari oleh penulis
tentang penanaman dan penjagaan orkid di kalangan peminat flora. Penulis juga cuba berkongsi
pengalaman beberapa teknik cara membiakkan orkid dan juga media tanaman yang selalu digunakan
dikalangan peminat orkid.
1) Susahkah menanam orkid?
Saya minat orkid tapi high maintenance la.
Mak cik minat tengok je nak tanam tak reti..
Orkid ? Susah la, bunga masa beli je lepas tu tak mau bunga dah..
Orkid mak cik banyak mati, siram, baja semua cukup dah, tu yang frust dah nak jaga orkid.
Itulah beberapa komen spontan yang penulis dengar daripada penggemar flora apabila mereka
berkunjung ke pameran pameran orkid yang turut di hadiri oleh penulis.
Secara umum menjawab persoalan persoalan di atas, sebenarnya orkid tidak susah untuk di tanam,
sama seperti pokok bunga lain juga. Apa yang penting pengetahuan tentang keperluan hidupnya sahaja.
Ini adalah sesuatu yang pasti untuk anda ambil berat kerana ia adalah benda hidup seperti manusia.
Sudah tentu orkid juga memerlukan persekitaran yang sesuai, makanan dan minuman untuk hidup.

Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakannya. Setelah anda melakukannya, anda
akan gembira apabila melihat orkid anda hidup subur dan mengeluarkan bunga yang cantik.
Bermula dari sini penulis akan cuba berkongsi pengalaman dengan pembaca segala aspek penanaman
dan penjagaan orkid. Harap dapat menambahkan lagi kefahaman pembaca tentang flora unik ciptaan
Allah ini. Penerangan diberikan dengan bahasa yang mudah dan ringkas, juga seboleh mungkin penulis
akan sertakan foto agar lebih mudah difahami oleh pembaca.
2) Media penanaman orkid
Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya seperti
telah di terangkan di dalam sub topik; orkid dan persekitaran hidup semulajadinya. Terdapat beberapa
jenis media yang biasa digunakan oleh peminat orkid. Bergantung kepada penanam untuk memilih
kesesuaian media mengikut iklim mikro* kawasan penanam anda. Setiap media diterangkan secara
ringkas untuk memudahkan anda mendapatkan gambaran penggunaannya.
a. Pecahan batu bata
Salah satu media yang popular digunakan dan mudah didapati. Digunakan untuk menanam orkid epifit
dan orkid memanjat. Biasanya dicampur sekali bersama dengan pecahan arang. Biasanya penulis
mendapatkan sumber pecahan batu bata ini di kawasan pembinaan perumahan.
Teknik menggunakan;
i.
Sebelum menggunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama
semalaman. Selepas itu angkat dan keringkan.
ii.

Pecahkan batu batu kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut kesesuaian pasu.

iii.

Letakkan pecahan besar di bawah pasu, diikuti dengan bersaiz medium dan kecil.

iv.
Tanam orkid di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid anda. Untuk tegakkan
orkid yang tinggi, boleh gunakan kayu pancang sebagai sokongan.
Nota : Pangkal orkid simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana
dipangkalnya terdapat beberapa mata tunas yang akan membentuk anak kelak.
b. Pecahan arang
Juga media yang popular dan mudah didapati di kedai kedai runcit. Digunakan untuk orkid epifit dan
orkid memanjat. Digunakan bersama dengan pecahan batu bata.
Teknik menggunakan:
i.
Rendamkan arang selama semalaman untuk membuang garam. ( kerana arang diperbuat
daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut).
ii.

Siram arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.

iii.

Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.

c.

Serbuk kayu

Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan didalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis
memanjat.
Teknik menggunakan:
( Penulis menggunakan serbuk kayu sebagai campuran bersama dengan media lain seperti pecahan batu
bata, arang, tanah pasuan dan perlite)
i.
Rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman. Angkat dan
keringkan.
ii.

Masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman.

iii.
Letakkan orkid di atas media. Jika menanam orkid yang hidup ditanah, penulis campur
bersama dengan media pasuan dengan tujuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah
apabila ia mereput.
d. Perlite
Perlite semakin digemari di dalam penanaman orkid. Begitu juga dengan penulis, ini kerana ia mudah
dikendalikan, ringan, tahan lama. Perlite juga boleh dicampur bersama dalam tanah pasuan untuk
memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan tanah. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup
ditanah. Penulis menggemari media ini kerana ia boleh mengurangkan risiko penyakit dek kesan
daripada penyiraman melampau.
Teknik menggunakan:
i.
Siram perlite dengan air supaya ia basah sebelum mengendalikannya. Ini adalah untuk
tujuan keselamatan kerana perlite yang berkeadaan kering, partikelnya mudah berterbangan kerana ia
sangat ringan. Dibimbangi memudaratkan kita apabila disedut. Tidak rugi kita berhati-hati.
ii.

Isikan ke dalam pasu sehingga penuh.

iii.
Letakkan orkid di atasnya, boleh juga dibenamkan orkid sehingga menutup rizomnya. Ini tidak
memudaratkan kerana perlite masih memberi rongga udara.
iv.

Boleh menggunakan kayu sokongan untuk penanaman orkid yang tinggi dan besar saiznya.

e. Sphagnum moss
Media yang popular dibuat sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan
potongan dahan tembusu. Ia mampu meyimpan kelembapan dengan lebih lama. Ada juga penanam
menggunakan 100% sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus
phalaenopsis. Ini untuk mengekalkan kelembapan lebih lama kerana orkid jenis ini tidak mempunyai
bebawang untuk menyimpan air.
Teknik menggunakan;
i.
Sphagnum moss yang hendak digunakan direndam di dalam larutan racun kulat semalaman.
Angkat dan biarkan sehingga ia terasa lembap.
ii.

Isikan ke dalam pasu atau tampalkan kepada tunggul kayu misalnya

f. Potongan batang paku pakis gajah.


Media ini juga amat digemari oleh penanam orkid kerana ia boleh menyimpan air dengan lebih lama dan
mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau. Media ini amat sesuai untuk tanama secara
gantung.
Teknik menggunakan;
i.

Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang hendak di tanam.

ii.
Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid anda.
Penulis biasa menggunakan tali rafia kerana ia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada media
tanaman.
g. Tunggul kayu
Media ini sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan
potongan paku pakis gajah. Ia mudah diperolehi di dalam hutan,di ladang-ladang sawit atau di tepi
sungai.
Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah. Boleh diletakkan
sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.
h. Potongan dahan tembusu
Penulis menggunakan media ini untuk menanam orkid daripada famili Bulbophyllum dan Phalaenopsis.
Daripada pemerhatian penulis orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media ini. Ia
mempunyai kulit yang tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.
i. Tanah campuran
Orkid yang hidup di tanah memerlukan media ini. Penulis biasanya menggunakan campuran tanah
kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1. Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan
media yang amat baik lepada akar orkid.
j. Tiada media
Tiada media bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang media. Teknik ini sesuai
untuk orkid jenis Vanda. Teknik ini memerlukan kadar penyiraman yang lebih.
Penyediaan persekitaran hidup orkid
Orkid seperti tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam menyediakan persekitaran hidup yang
sesuai untuknya. Perkataan lain yang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaan
kepada orkid boleh di beri dengan penyediaan teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan kadar
cahaya yang berbeza-beza. Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100%
manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan cahaya matahari hanya 50% untuk hidup dengan subur.
Ada 2 teknik teduhan yang biasa digunakan oleh penanam orkid.
a.

Rumah teduhan

Teknik ini amat popular dikalangan penggemar orkid kerana mudah untuk menyediakan kadar teduhan.
Untuk teduhan biasanya mereka menggunakan jaring teduhan berwarna hitam yang biasa dijual. Kadar
teduhan jaring tersebut biasanya adalah 50% dan terdapat beberapa jenis untuk pilihan penanam.
b.

Tanaman bersama pokok teduhan

Teknik ini boleh dikatakan orkid dijadikan antara elemen penyeri taman. Teduhan orkid diperolehi
melalui kanopi pokok-pokok teduhan yang ada di taman penanam, atau terus menanam orkid pada
dahan-dahan pokok di taman. Ia lebih kelihatan semulajadi. Sesuai untuk pembinaan landskap
berasaskan orkid atau diintegrasikan bersama bunga-bungaan lain.
Cara pembiakan orkid
Sebagai penggemar orkid, fasa pembiakan orkid memang tidak dapat di elakkan kerana ia sudah tentu
memberikan anda kelebihan untuk meningkatkan bilangan pokok di dalam koleksi anda. Selain itu risiko
anda untuk kehilangan total pokok yang mungkin mati di serang penyakit juga amat rendah kerana
mempunyai beberapa pokok daripada jenis yang sama.
Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya:
- pembiakan daripada anak benih

daripada flask

pot komuniti

pot individu

- pembahagian rumpun
- keratan daripada pokok induk
- benih
Daripada 4 cara di atas, teknik akhir tidak dibincangkan di sini. Ini kerana adalah amat rumit untuk
dilakukan penyemaian secara tersebut. Penulis sendiri tiada pengalaman berkenaan perkara tersebut.
Walaupun begitu amat cukup untuk pembaca mengetahui 3 cara yang pertama disebutkan untuk
menggandakan koleksi orkid pembaca.
Pembiakan melalui anak benih
1.

Pengeluaran daripada flask

Benih yang telah disemai akan membesar menjadi anak benih di dalam flask. Apabila telah cukup besar
ia perlu dikeluarkan untuk ditanam di dalam pasu. Anda boleh membeli anak benih di dalam flask ini di
nurseri orkid yang menjualnya dengan harga serendah RM20.00, bergantung kepada sesuatu jenis
orkid.
Berikut diterangkan teknik mengeluarkan anak benih daripada flask.
Anak orkid didalam botol (flask) boleh didapati dikebanyakkan nursery orkid. Harganya dari RM20
hinggalah RM1000 mengikut jenis orkid. Dalam satu botol ada lebih kurang 5 hingga 50 anak orkid.

Bahan bahan yang diperlukan;


1.

Racun kulat ( keterangan lanjut dalan bab 3)

2.
Lumut (sphagnum moss) atau sabut kelapa (yang sudah dihancurkan). Basahkan lumut air
atau sabut kelapa tersebut.
3.

Kertas suratkhabar

Caranya;
1.
Keluarkan anak orkid dari botol. Jika mulut botol itu besar, gunakan penyepit (forceps) yang
telah disterilkan. Jika mulut botol itu kecil maka botol hendaklah dipecahkan.
2.
pokok.

Basuhkan anak orkid menggunakan air. Pastikan tiada agar-agar (jelly) melekat diakar

3.

Rendamkan anak orkid itu kedalam larutan anti fungus selama 10 hingga 15 minit.

4.
Tuskan dan keringkan anak orkid itu di atas kertas suratkhabar selama setengah jam (hanya
letakkan di atas kertas suratkhabar dan dianginkan)
5.
Setelah itu balutkan akar anak orkid dengan lumut air atau sabut kelapa dan masukkan
kedalam pasu mengikut saiznya (pasu yang kecil dipanggil thumbpot)
6.
Untuk anak pokok yang terlalu kecil kumpulkan dan ditanam didalam satu pasu (pasu ini
dipanggil compot)
7.

Letakkan di tempat yang teduh dan tidak terkena air hujan.

8.

Siram/semburkan baja penyubur sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.

9.
Apabila sudah membesar, pindahkan ke pasu yang besar sedikit mengikut saiz yang
bersesuaian dengan anak orkid. Ulangi proses pemindahan ini 2 atau 3 kali sehingga orkid matang.
Jangkamasa untuk anak orkid membesar hingga matang dan bersedia untuk berbunga adalah dari 5
bulan hingga 3 tahun bergantung pada jenis orkid. Contohnya, orkid jenis phal mengambil masa
sekurang kurangnya 8 bulan untuk berbunga.
2.

Pot komuniti

Orkid yang telah dikeluarkan daripada flask dan telah ditanam secara kelompok di dalam satu pasu
dikenali sebagai Communiy Pot atau ringkasnya compot. Penanam boleh terus membeli orkid yang
telah siap di tanam di dalam compot di nurseri orkid.Setiap compot biasanya mengandungi antara 1020 anak pokok. Risiko orkid untuk hidup jika dibiakkan cara begini adalah lebih tinggi berbanding secara
flask. Oleh itu bagi anda yang kurang pengalaman, boleh membeli compot orkid untuk
menggandakan koleksi orkid anda.
3. Pot individu

Setelah orkid di dalam compot membesar, nurseri akan memindahkannya dalam pasu yang lebih
besar secara individu. Maka, anda juga boleh membeli orkid secara begini kerana biasa orkid yang di
tanam di dalam pasu individu telah hidup stabil.
Pembahagian rumpun
Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid simpodial. Apabila rumpun orkid telah cukup besar ia
boleh dipecahkan kepada beberapa rumpun kecil untuk dibiakkan.
Keratan daripada pokok induk
Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid monopodial. Sebahagian pucuk orkid yang telah
mempunyai akar dipotong daripada pokok induk dan di tanam sebagai satu individu yan baru.
CARA PENJAGAAN ORKID
Pada bab ini penulis membincangkan elemen-elemen penting untuk mendapatkan orkid yang hidup
subur, sihat dan seterusnya memberikan anda kepuasan melihat bunganya. 4 elemen
yang dibincangkan nanti adalah daripada pengalaman penulis dan perkongsian maklumat sesama
penanam orkid berdasarkan cuaca iklim tropika di Malaysia. Pengalaman penulis, penjagaan seperti
penyiraman dilakukan secara automatik pada hari bekerja. Pada hari cuti hujung minggu, penulis
lakukan siraman secara manual, pemeriksaan penyakit, pembajaan dan pembiakan jika perlu.
ROOT GOOD, GROWTH GOOD, FLOWER GOOD
Kata-kata di atas adalah satu lagi petua yang amat bagus untuk anda ingat di dalam penjagaan orkid.
Setiap pokok baru di tanam atau pemindahan pasu , penulis akan memberi perhatian lebih di dalam
usaha untuk memberi pertumbuhan akar baru dengan baik dan sihat.
1. Penyiraman
Jika anda ragu ragu untuk menyiram, JANGAN SIRAM !
Di atas adalah satu petua yang popular dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana
dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan
buruk tabiat ini ialah anda menjemput penyakit kepada kloeksi orkid anda. Ini kerana orkid mampu
menyimpan air di dalam bebawangnya seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga
mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu
kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:
a. Cuaca semasa
Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.
b. Media tanaman digunakan
Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman
hendaklah kurang daripada media yang cepat kering.
c. Iklim mikro

Bermaksud adalah iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di
antara anda dengan penanam orkid yang lain.
Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang. Penyiraman di waktu
tengahari akan menyebabkan air yang bertakung di celah daun akan menyebabkan penyakit reput
pucuk dan daun melecur dek proses pemanasan air oleh matahari.
Teknik penyiraman boleh digunakan secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik
yang mudah seperti penulis gunakan.
2 . Pengudaraan
Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit terutamanya penyakit
yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur orkid yang tidak
terlalu padat atau membekal pengudaraan buatan seperti memasang kipas. Penulis hanya
menggunakan teknik susun atur orkid sahaja bagi menjimatkan kos selengaraan.
3. Pembajaan
Pembajaan adala sesuatu yang mesti diberi kepada tanaman termasuk orkid untuk mendapatkan
kualiti hidup orkid yang lebih baik. Bagaiman teknik membaja orkid?
WEAKLY, WEEKLY
Di atas adalah satu lagi petua yang bagus di jadikan panduan untuk anda membaja orkid. Ia membawa
maksud anda menggunakan sukatan kepekatan baja yang rendah untuk setiap minggu semburan. Orkid
hanya menyerap nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan menggunakan
kepekatan tinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah dan merugikan anda.
a)

Panduan memilih baja

Penerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks. Penulis cuba
ringkaskan bahawa pemilihan baja bergantung kepada kehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai
jenis baja yang dijual untuk pilihan pengguna. Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang
mengandungi kadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan baja yang
kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebih tinggi.
Biasanya pada label baja akan tertera semua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.
Contoh: Baja A : N P K +TE : 13 27 27 1%
Untuk Baja A tersebut, ia sesuai untuk pembungaan orkid anda kerana mengandungi unsur nitrogen 13
% dan unsur fosforus dan kalium sebanyak 27%. +TE di sini bermaksud baja ini mempunyai trace
element atau unsur surih sebanyak 1%. Unsur surih bermaksud nutrien tambahan yang diperlukan
oleh tanaman tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Ia boleh diumpamakan seperti anda makan nasi
dengan aneka lauk pauk. Nasi adalah keperluan utama anda, lauk pauk ada keperluan sampingan
sahaja.
Penulis menggunakan baja organik BGREEN seaweed untuk memberi pertumbuhan yang sihat dan
BGREEN bloom & fruit untuk membekal nutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.

BGREEN seaweed adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana ia telah
digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi beberapa hormon
semulajadi yang amat diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan
mengandungi elemen sebagai anti beberapa penyakit bawaan kulat dan serangga penghisap cecair
tumbuhan.
BGREEN bloom & fruit adalah campuran baja bukan organik N P K +TE : 5 35 15 2% dengan satu
bahan organik bertujuan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan nutrien
oleh tumbuhan.
Kawalan penyakit dan perosak orkid
Kawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk anda ambil perhatian. Ini kerana ia
mempengaruhi kualiti hidup orkid dan mungkin yang lebih penting anda mungkin kehilangan orkid
anda selamanya.
Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada bawaan 4 elemen, iaitu virus, bakteria, serangga dan
kulat. Kemahiran mengenal penyakit memerlukan pengetahuan dan pengalaman kerana kadang
kala sesuatu penyakit itu mempunyai tanda yang sama untuk bawaan virus atau bakteria atau kulat. Di
sini penulis berkongsi pengalaman untuk rawatan penyakit bawaan serangga, kulat dan bakteria sahaja.
1. Virus
Penyakit bawaan virus agak sukar untuk kita kenal pasti secara teliti kerana memerlukan ujian makmal.
Bagaimanapun serangan virus hanya melemahkan pokok orkid anda, tidak menyebabkan kehilangan
poko k orkid kesayangan anda. Untuk mengelakkan jangkitan virus anda perlu menjaga kebersihan
kawasan penanaman. Untuk rawatan , anda perlu memusnahkan pokok yang dijangkiti. Ya , sudah pasti
ia satu keputusan yang sukar untuk anda!
2. Bakteria
Biasanya tanda penyakit orkid disebabkan bakteria meyamai dengan penyakit bawaan kulat. Apa yang
penulis perhatikan, penyakit bawaan bakteria adalah lebih cepat merebak berbanding bawaan kulat.
Tanda biasa penyakit bawaan bakteria ialah reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbau busuk.
Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah antara
faktor jangkitan.
Antara penyakit bawaan bateria adalah:
Reput bakteria (Bacterial rot) satu bintik coklat berair pada daun, cepat merebak. Biasa menyerang
orkid famili Phalaenopsis.
Reput daun ( Brown Rot) bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur.
3. Kulat (fungus)
Tanda seperti disebabkan oleh bakteria tetapi kadar merebak lebih lambat dan tidak mengeluarkan
bau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah
punca utama jangkitan. Antara penyakit bawaan kulat yang biasa menyerang orkid ialah:
Antraknose

Black leaf spot


Cercospora leaf spot
Reput hitam ( Black rot)
Reput pangkal ( Basal rot)
Reput pucuk ( Crown rot)
Oleh sebab itu ada pengeluar yang mengeluarkan racun 2 dalam 1 iaitu untuk merawat penyakit kulat
dan bakteria serentak. Ada racun yang dijual boleh merawat beberapa jenis penyakit dan ada yang
tertumpu kepada satu jenis penyakit sahaja untuk pilihan pembeli.
a) Rawatan terhadap bakteria dan kulat
Potong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, penulis membuang rumpun kecil yang
dijangkiti. Jika orkid monopodial, ia biasa berlaku pada daun, penulis hanya memotong daun yang
dijangkiti sahaja.
Sapukan atau semburkan racun kulat yang bersesuaian dengan penyakit kepada rumpun atau pokok
yang telah sihat untuk langkah berjaga mengelakkan jangkitan.
Perhatikan perkembangan rumpun atau pokok yang telah dirawat, jika masih terdapat
sebarang jangkitan, ulangi proses di atas.
4. Serangga
Serangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang biasa. Antara serangga yang popular menyerang
orkid adalah :
a. Semut
e. White flies
b. Aphid
f. Mites
c. Lipas
g. Scale insects
d. Kumbang
h. Siput
Aphid, Mealy bug, Mites, Scale insects dan Thrips adalah serangga penghisap cecair tumbuhan. Mereka
biasa terdapat di bawah daun orkid dan mudah di lihat dengan mata kasar. Ia akan menyebabkan
pertumbuhan pokok terencat. Kehadiran mereka boleh di kesan seperti berikut:
Aphid- terdapat warna kehitaman pada pokok , biasanya di bawah daun dan celahan daunan dan batang
orkid.

White flies seperti lalat kecil warna putih berdebu berkelompok di belakang daun.
Mites warna kemerahan di belakang daun, belakang daun akan menjadi kuning dan hitam jika
jangkitan teruk serta cepat merebak. Ia suka keadaan yang kering.
Scale insect warna kuning keputihan di atas daun dan batang pokok orkid.
Thrips warna agak coklat di atas daun orkid.
Koleksi penulis biasa diserang oleh mites dan white flies sahaja. Ia menyerang orkid yang mempunyai
daun yang lembut seperti famili Sphatoglottis, Catasetum dan Coelogyne.
Kumbang, lebah dan semut akan merosakkan bunga yang telah kembang dengan memakan kudup
bunga dan juga pendebugaan yang tidak kita kehendaki. Koleksi penulis biasa di serang kumbang
berwarna kuning yang selalu meninggalkan larva pada tangkai bunga yang akan memakan keseluruhan
bunga. Lebah dan semut tidak menjadi masalah utama kepada koleksi penulis.
Siput dan lipas akan memberi masalah dengan cara ia memakan akar dan pucuk muda pokok orkid
anda. Ini akan merencatkan pertumbuhan pokok. Koleksi penulis hanya berhadapan dengan masalah
siput sahaja.
Panduan membeli racun serangga dan kulat
Beli racun yang boleh merawat penyakit yang anda kehendaki. Biasanya pengeluar akan
memberi informasi ini pada bungkusan racun. Ini kerana kadangkala terdapat penjual yang kurang
pengetahuan mengenai penyakit orkid dan racun yang sesuai untuk rawatan.
Sekian, semoga bermanfaat untuk anda.
Khairimhd
Sebarang pertanyaan sila emel ke khairimhd@yahoo.com.sg
About these ads
Related
Benih orkid terbaik di Ayer Hitam, Kluang.In "Artikel"
Orkid hibrid baka terkiniIn "Artikel"
Grammatophyllum speciosum : Anggerik Harimau HutanIn "Orkid"

Comments (65)

65 Responses to CARA MENANAM ORKID DI MALAYSIA

1.

rosmini othman Says:

Oktober 29, 2010 at 10:27 pm


artikel ni byk bantu saya utk menjaga orkid saya dgn lebih baik,tq
Balas

Wahyudi Hidayat Hidayat Says:

September 3, 2012 at 7:41 pm


tqvm segala tunjuk ajar@info tentang orkids.. sedikit sebanyak dapat
membantu sy sebagai pekebun baru dlm dunia TUMBUHAN tq
Balas

zainura66 Says:

September 4, 2012 at 12:03 am


Sama-sama saudara Wahyudi. Sekiranya berjaya dalam bidang ini, jangan lupa berkongsi pengalaman
dengan kami di sini ok !
Salam ceria selalu.

2.

zainura66 Says:

Oktober 31, 2010 at 4:47 pm


Pengalaman sendiri adalah lebih berharga sebenarnya. Jika rosmini menemui teknik atau tips yang beru,
bolehlah berkongsi dengan saya di sini. Terima kasih dan salam hormat.
Balas

3.

fida Says:

Disember 17, 2010 at 1:20 pm


saya baru berjinak-jinak dengan orkid.saya ingin menanam orkid ditanah. bagaimana caranya. apakah
baja yang sesuai untuk pokok orkid.bagaimana untuk menggalakkan orkid supaya sentiasa berbunga
Balas

zainura66 Says:

Disember 17, 2010 at 1:58 pm


Fida, saya rasa keterangan di atas adalah cukup jelas dan boleh dijadikan panduan untuk menanam
orkid. Yang penting pengalaman kita sendiri dalam penanaman orkid untuk kita lebih dekat dengan
orkid tersebut. Maksudnya kita akan lebih mengenali akan sifat-sifatnya. Asas yang kita perlu tahu serba
sedikit tentang orkid ialah tabiat dan sifatnya seperti faktor persekitaran yang sesuai seperti suhu,
cahaya yang diperlukan, kelembapan media penanaman dan lain-lain. Jika ada sebarang kemusykilan,
kita bolehlah berbincang di weblog ini untuk dan berkongsi pengalaman dengan bloger-bloger lain di
weblog ini.
Tentang baja pula, fida boleh cuba menggunakan sebarang baja organik. Kalau untuk orkid spesis, boleh
gunakan buah pisang, betik etc (buah tempatan sebagai bajanya)
Balas

4.

kayserm Says:

Januari 28, 2011 at 12:55 am


TQ ATAS MAKLUMAT YG DIBERIKAN..BANYAK MEMBANTU
Balas

5.

paridah ishak Says:

Mac 20, 2011 at 10:47 am


banyak sekali maklumat yang selama ini tidak langsung diketahui mengenai orkid didapati melalui laman
ini. terima kasih banyak kerana sudi mengongsi ilmu yasaya sudah miliki koleksi orkid yang banyak
juga. pantang jumpa orkid cantik yang dijual mesti dibeli.
Balas

6.

anggun_orkid Says:

Mac 23, 2011 at 4:40 pm


saya m emilih untuk present tentang orkid mase kat kelas nt.
dan input yang anda berikan kelihatan begitu membantu saya..minta izin amik maklumat tentang orkid
nh??
Balas

7.

zalee Says:

Julai 16, 2011 at 12:00 am


macamana kita nak tau yang sesuatu pokok orkid tu memerlukan kadar air yang banyak atau sikit
sebab,hampir semua pokok orkid saya menggunakan moss di bahagian atas pasu ( menutup campuran
arang & serpihan kayu ) ,kerana ada antara pokok orkid saya berdaun kuning dihujungnya,ada juga yang
macam melecur atau menjadi kering di hujung daunTQ
Balas

zainura66 Says:

Julai 20, 2011 at 7:32 pm


Biasanya jika kita gunakan moss, orkid tersebut akam sentiasa akan mendapat kelembapan dari moss
tersebut. Dengan itu tidak digalakkan menyiram orkid terlalu banyak dan kerap air jika gunakan moss.
Balas

8.

umminawrah Says:

Julai 18, 2011 at 11:33 pm


salam, saya ingin bertanya, pokok orkid saya telah berbunga, tapi diserang semut yg banyak bila saya
letakkan beranda rumah..mcm mana saya nak hindarkan semut bersarang dlm pasu orkid saya ? utk
pengetahuan orkid tu baru 2 hari dibeli oleh suami sy beserta dgn bajanya sekali.
Balas

zainura66 Says:

Julai 20, 2011 at 7:34 pm


Semut sememangnya peminat orkid yang setia !!!
Balas

umminawrah Says:

Julai 23, 2011 at 11:21 am


jadi semut tu xakan ganggu pertumbuhan orkid ke..

hexagongreen Says:

November 9, 2011 at 1:24 am


jangan tinggalkan orkid anda dalam keadaan kering terlalu lama..siraman adalah mengikut cuaca tp
kebiasaannya 1x sehari..

9.

ytumin Says:

Julai 30, 2011 at 10:14 pm


saya suka melihat bunga orked berkembang mekar dan segar,
Balas

masiam Says:

Mac 17, 2012 at 10:21 pm


ngee.. sya x dpt tahu mcm mna nak cantum debunga orkid ni.. utk kahwin kan dia dgn orkid lain
wrna..sya nak sgt kawinkan orkid sya..
Balas

zainura66 Says:

Mac 18, 2012 at 11:18 pm


Masiam,
untuk menghibridkan (kawin) pokok orkid kenalah belajar betul2 dgn pakar orkid atau mengambil
mana2 kursus dlm mengendalikan orkid2 ini.

10.

Haliza Says:

September 9, 2011 at 9:09 pm


saya amat meminati orkid Blog ini banyak memenafatkan saya dalam mengetahui orkid2 yang saya
tanam, Soalan saya apabila membaja pokok orkid, adakah perlu kita siram dulu kemudian membaja atau
pun tak perlu menyiram dgn air apabila membaja
harap menadapat petunjuk dari saudara
terima kasih
Balas

11.

Fadzilah Says:

Oktober 17, 2011 at 4:48 pm


saya juga peminat orkid.Dah hampir 10 tahun saya menggilai orkid.Malangnya kat Miri susah dapat
benih ri mana boleh dapatterutama jenis vanda.Boleh bagi tau dari mana boleh mendapatkan benih
melalui pos?
Balas

zainura66 Says:

Januari 8, 2012 at 8:10 pm


Agak susah juga jika melalui pos, kita tunggu suatu hari nanti negara kita mungkin ada kaedah lain cara
pengiriman pokok-pokok orkid, nantikan
Balas

12.

myza Says:

Disember 9, 2011 at 2:01 am


umminaurah cuba gantung kan orkid tu..jgn letak kt ats beranda :)
Balas

13.

norbaya Says:

Disember 18, 2011 at 6:40 pm


salam,pokok orkid saya jenis catalia dah penuh dengan akar yang banyak dan dah dialihkan,tapi
sekarang dah 2 minggu alih masih tak naik akar baru,nak buat macam mana ya?
Balas

zainura66 Says:

Januari 23, 2012 at 2:21 pm


Salam, sebenarnya pokok orkid adalah amat sensitif lebih-lebih lagi jika kita alihkannya sebab setelah
dialihkan, ia memerlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan tempat
barunya itu. Dengan itu, bersabarlah.

Balas

14.

didy tayab mahilum. Says:

Februari 5, 2012 at 4:06 pm


terima kasih atas tips tips anda tentang bunga orkid.karana saya adalah peminat
bunga orkid.dan dapatla saya mengetahui serba serbi cara cara menanam pokok bunga orkid di
kampung saya kg,merotai besar tawau, sabah.
0
Balas

15.

zuar ahyar Says:

Februari 21, 2012 at 8:26 am


terima kasih untuk tip anda yg amat berguna!.saya berminat untuk menanam di sekolah..jika ada
tuan/puan ingin menyumbangkan orkid untuk ditanam di sekolah saya sila email
di zuraahyar4498@yahoo.com.my.Sumbangan anda amat di hargai!
Balas

zainura66 Says:

Februari 21, 2012 at 8:52 pm


Saya lebih kepada penyelidikan tentang orkid hutan dan hanya buat koleksi peribadi. Ini bermakna saya
tidak mempunyai banyak stok orkid. Masa saya tidak hanya tertumpu kepada pokok orkid tetapi lebih
kepada rawatan terapi.
Balas

16.

nadia Says:

Februari 27, 2012 at 4:57 pm


kenapa orkid saya berdaun kuning??siram cukup
Balas

zainura66 Says:

Mac 1, 2012 at 10:50 pm

Di khuatiri terlebih siraman dan kurang pencahayaan.


Balas

17.

mohamadnaim Says:

Mac 5, 2012 at 9:35 pm


Apakah Baja untuk akar orkid cepat pertumbuhanya..apa jenis baja untuk pembesaran orkid.?dimana
saya boleh dapatkan baja-baja tersebut.?
Balas

zainura66 Says:

Mac 8, 2012 at 9:33 pm


Tuan mohamadnaim,
Sebenarnya pertumbuhan orkid secara semulajadi sememangnya adalah agak perlahan. Itulah sebabnya
pemimat2 orkid yang sejati menganggap menanam orkid ini sebagai satu challange, lebih2 lagi jika
menanam orkid spesis (hutan. Jika tuan masih mahu menggunakan baja, tuan cuba cari baja orkid
organik seperti dari najis kelawar yang boleh dibeli di nurseri pokok.
Balas
Mac 20, 2012 at 11:01 am
terima kasih atas maklumat di dalam laman ni,saya akan mencuba merawat pokok2 orkid saya
berpandukan maklumat tersebut..
Balas.
Mac 21, 2012 at 10:34 am
saya membeli pokok orkid yang sedang berbunga, selepas bunganya layu, berapa lama pokok itu
mengambil masa untuk berbunga semula? ( JENIS MONOPODIAL) apakah baja yang boleh menggalakkan
pembungaan orkid jenis ini?
Balas

Mac 23, 2012 at 9:52 pm


Saya menjangka saudari membeli pokok orkid ini di nurserikan ? Cuba saudari perhatikan samada orkid
yang saudari beli itu adalah orkid spesis atau pun hibrid. Sekiranya orkid hibrid, ia telah mula dipupuk
dengan baja bunga dari awal lagi. Dengan itu saudari kenalah membeli baja orkid agar ia akan berbunga
kembali dan ia biasanya dijual di nurseri2 pokok dan hanya ikut panduannya sahaja. Jika ianya adalah

orkid spesis, hanya memadai dengan baja secara semulajadi iaitu samada buah-buahan tempatan
seperti pisang, betik, tembikai dan lain2.
Balas
April 9, 2012 at 10:48 pm
saya baru mau tanam blajar tanam orkid ni. ada beberapa pokok orkid yg sbelum ni saya tanam di atas
tanah. saya ingin mengalihkan orkid orkid tersebut ke tempat baru. adakah ia akan mati jika saya
mengalihkannya? sbb ada rakan yg bgtau orkid akan mati kalau dialihkan..pls help!
Balas
Ogos 23, 2012 at 6:24 pm
Untuk pengetahuan Zie, pokok orkid secara amnya adalah tumbuhan yang sensitif. Tambah-tambah lagi
orkid spesis atau disebut orkid hutan/ liar. Faktor-faktor mengubah tempat orkid ditanam dan
persekitaran yang tidak sesuai akan menjadikan pokok orkid itu merajuk buat seketika atau mungkin
mati. Ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan dengan persekitaran barunya nanti atau tidak boleh
hidup langsung jika tempat tersebut langsung tidak sesuai dengannya. Jika Zie tahu nama orkid tersebut
serta keadaan habitatnya yang sebenar, tidak salah jika Zie ingin mencuba menanamnya di office.
Di sini saya tidak dapat butiran lengkap mengenai orkid yang Zie ingin letakkan di office walaupun ada
air-cond sebab bukan semua jenis orkid yang perlukan suhu sejuk sebab ada juga beberapa jenis orkid
yang perlukan cahaya matahari samada sepenuhnya atau tidak. Itu sebabnya saya mengadakan
weblog http://wannuraorkid.wordpress.com untuk dijadikan laman rujukan khusus untuk orkid.
Salam ceria selalu. Terima kasih.
Balas
September 18, 2012 at 6:22 pm
Mak saya suka sangat tanam pokok bunga orkid .. Bile dia dah berbunga cantik sangat !
Balas

November 5, 2012 at 12:19 pm


daun pokok orkid saye daripada kehijauan semakin hari semakin kuning dan gugurapa masalahnyer
tersalah baja ker, atau siraman yg berlebhan
Balas.
November 5, 2012 at 5:49 pm
Dahlia harus tahu apakah jenis orkid yang ditanam samada orkid spesis atau pun orkid hibrid. Jika orkid
spesis, cara penjagaannya berbeza di antara spesis yang berbeza mengikut tabiatnya atau pun sekurangkurangnya perlu tahu di mana ia boleh di temui di dalam hutan. Jika orkid hibrid, adalah agak biasa

penjagaannya seperti yang terdapat di kebanyakan nurseri pokok. Jika Dahlia kerap menyiram pokok
orkid juga kadangkala menyebabkan daunnya bertukar kekuningan lalu gugur kerana terlebih air dan
kurang terdedah kepada cahaya matahari.
Balas

November 12, 2012 at 10:31 am


Salam semua, saya baru beli orkid kat nurseri & nak try berjinak-jinak ngan orkid. Akan ada masalah tak
kiranya saya gantungkan orkid kat dalam bilik air? coz rumah saya apartment yang tak ada balkoni.
minta penjelasan dari yang lebih arif.tq
Balas.
November 12, 2012 at 10:34 am
lupa lak nak tanyaminta jika boleh translatekan perkataan-perkataan mcm moss, pot & etc yang agak
tercari-cari bg orang baru mcm saya nietq

November 12, 2012 at 12:07 pm


Waalaikumsalam Adam,
Adam hanya perlu pantau keadaan orkid tersebut dari segi perubahan warna daunnya dan
kesegarannya. Bermula dari sini Adam akan dapat mempelajari tabiat atau sifat orkid tersebut terhadap
persekitarannya.
Salam ceria selalu.
Disember 1, 2012 at 9:51 am
salam Tuan Wannura krn blog tuan byk membantu sy menyelami dunia orkid memandangkn sy masih
naive ttg orkid tapi amat menggilai tumbuhan ciptaan Allah swt yg sungguh unik ini. Baru2 ini sy amat
teruja melihat orkid jenis cymbidium yg hidup subur diatas dahan pokok. sy telah membeli benih
cymbidium liar dan menggunakan media sabut kelapa utk melekatkan cym ini didahan pokok cempaka
didepan rumah sy,,,ada rakan2 orkid mencadangkan media pakis lebih praktikelsoalan sy..bolehkah sy
menggunakan sabut kelapa utk mengikut cym ini ?
Balas
Disember 1, 2012 at 4:59 pm
Boleh saya tahu nama tepat orkid spesis ini. Mengikut pengalaman saya, cymbidium amat sesuai
tumbuh di batang- batang pokok yang besar seperti durian atau rambutan dan akarnya tidak suka terlalu
basah yg akan menyebabkan ia boleh mati.
Balas
Disember 1, 2012 at 9:46 pm

Salam Puan,,,maafkn sy.masa beli benih cym tu sy terlupa nk tanya cym spesis apa,,,sbb terlalu
teruja..tapi ada kawan2 penggemar orkid kata mungkin cym bicolor krn daun nya panjang lebih kurang 2
kaki & berdaun tebal. Kalau guna media fern atau pakis agak payah nk lekatkn pada pohon cempaka
putih didepan rumah sy.Risau juga sbb takut ia berkulat krn menggunakan media sabut
kelapamemandangkn sekarang musim hujan. Adakah cym ini perlu shading atau cahaya penuh. Terima
kasih krn Puan sudi memberi nasihat kpd sy.
Disember 1, 2012 at 10:53 pm
Jika benar orkid spesis ini adalah Cymbidium bicolor, ia adalah orkid spesis yang biasa kita lihat hidup di
batang-batang pokok yang lain di kebun atau di tepi-tepi jalan di sekitar kampung. Namun pokok ini
hidup subur di kawasan sedikit teduh. Menggunakan medium samada akar paku pakis atau sabut kelapa
kurang sesuai sebabnya medium-medium tersebut akan membuatkan akar cymbidium akan sentiasa
lembap kerana sifatnya yang menyimpan air. Yang pasti akar cym memerlukan keadaan basah kering.
Sungguhpun demikian saya rasa tak salah jika Ainul ingin mencuba medium tersebut untuk ujikaji
terhadap orkid ini Dan yang pasti dibuat dengan pengawasan yang teliti. Jangan risau jika ujikaji kita
tidak berjaya sebab kita mendapat sesuatu ilmu itu dari pengalaman yang kita lalui. Sila rujuk orkid
Cymbiduim bicolor di webloghttp://wannuraorkid.wordpress.com/ dan taipkan nama Cymbiduim
bicolor di kotak carian untuk pengesahan orkid ini serta maklumat lanjut mengenainya.
Selamat mencuba ! Salam ceria selalu.
Disember 16, 2012 at 4:39 pm
Salam Puanbaru2 ini sy ada membeli anak spesis orkid harimau setinggi 1 kaki. Sy agak ia mencapai 4
kaki nanti baru ia akan berbunga. Itu cabaran buat sy yg amat gilakan orkid. Sy mohon nasihat Puan
media apakah yg paling sesuai utk orkid harimau ini. Sy bercadang utk menukar terus ke pasu besar &
cantik agar tdk perlu menukar pasu byk kali. Terima kasih Puan.
o

Disember 16, 2012 at 11:47 pm


Waalaikumsalam,
saya pernah menggunakan sabut kelapa dan kulit-kulit kayu atau dahan-dahan kayu reput sebagai
medianya. Pada saya itu pun memadai bagi orkid ini jika ditanam di dalam pasu yang besar.
Anda boleh cuba hubungi alamat :
nursery Harry
PA 65791, Hala Tasek Timur 11, Kg. Tersusun Tasek,31400, Ipoh,Perak
dan no. taliponnya ialah h/p : 012 463 7432 atau
019 570 0797
18. Ainul Mardiah Abdul Wahab Says:
Jun 28, 2013 at 7:46 pm

Salam puan..sy pernah bertanya kpd puan tentang media yg sesuai utk orkid spesis cym bicolar.
Alhamdulillah ujikaji yg sy gunakan media sabut utk mengikat cym ini pd pokok bunga cempaka di depan
rumah sy telah berjaya. Setelah hampir 7 bulan berlalu..cym ini hidup subur atas pokok bunga cempaka.
Tapi ia masih belum berbunga. Melalui blog puan..cym bicolar ini biasa berbunga dari bulan ogos himgga
oktoberwalaupun cym ini biasa2 saja pd org lain..sy sungguh seronok melihat ia subur hasil semaian
tangan sy sendiri. ia kelihatan asli atas pokok bunga cempaka itu. Terima kasih atas saranan puan utk sy
buat ujikaji utk cym ini 7 bulan yg lalu.
.

Anda mungkin juga menyukai