Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK NANGA PENYARAI Kod Sekolah: YBB1203

1. Nama Guru
DYG MARZUIN BINTI AWANG ISMAIL
2. Judul 3. Bidang:KEWANGAN
MISI BEBAS HUTANG
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membimbing pembaca untuk mengatur strategi bebas daripada masalah kewangan
mengikut checkpoint yang dinyatakan di bawah iaitu;
1.Aliran tunai positif (belanja dkurang daripada pendapatan)
2. Cukupkan simpanan kecemasan (tiga bulan pendapatan)
3. Kewangan selamat (simpanan 6-12 bulan)
4. Bebas hutang (langsai semua hutang negatif)
5. Bebas kewangan (pendapatan pasif melebihi kos sara hidup)

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui buku ini dapat saya simpulkan, terdapat dua langkah perjalanan menuju kebebasan
kewangan iaitu pertama, bebaskan diri dari semua hutang negatif dan kedua, mengumpul harta.
Bukan perjalanan sehari semalam kerana itu ia perlu tekad, berani dan disiplin. Misi bebas hutang
bermula dengan cara hidup di bawah paras kemampuan, bukan ikut kemampuan seperti yang
kita biasa dengar. Jika tidak sanggup berjimat cermat seperti ini, menjadi kaya akan tinggal
angan-angan sahaja. Selain itu, asingkan duit simpanan terlebih dahulu, bukan ada duit lebih
baru simpan. Kerana hakikatnya, tiada lebihan wang pun yang disimpan pada hujung bulan.
Selagi duit di tangan, selagi itu kita akan berbelanja. Oleh itu, jika mahu ada simpanan wang,
simpan dahulu sejumlah wang, belanja selebihnya.

“Kewangan adalah soal survival, bukan untuk bergaya atau menunjuk kaya.”
Kemudian, cari pendapatan kedua melalui perniagaan dan bacalah buku kewangan. Jangan
berasa rugi membeli buku kewangan. Harga buku kewangan tidaklah mahal, tidak setanding
dengan isi buku yang mencakupi ilmu dan pengalaman yang membantu memperbaiki kedudukan
kewangan kita. Di samping penulis berkongsi cara dan strategi membina kekayaan, penulis juga
memandu kita menjadi orang berharta yang ada matlamat dan niat yang baik selari dengan nilai-
nilai Islam.

Beliau membuktikan orang biasa-biasa juga boleh kaya dengan usaha sendiri bukan kerana harta
warisan atau harta karun. Teknik dan strategi kewangan yang dikongsikan dalam buku ini mampu
diaplikasikan oleh semua orang, asalkan ada keazaman untuk berubah. Tiada siapa dapat
mengubah diri dan nasib kita kalau diri sendiri tidak mahu berbuat apa-apa

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Analisa jenis hutang


2. Kurangkan perbelanjaan..Anda perlu jujur dengan diri. Adakah lifestyle atau cara hidup
anda terlampau mahal? Bolehkah anda tukar kereta mahal kepada yang lebih murah?
Bolehkah anda henti makan luar atau henti order GrabFood dan masak sendiri? Kalau
anda boleh ubah cara hidup supaya tak berbelanja yang tak patut, anda boleh simpan
lebihan wang pendapatan dalam dana kecemasan atau bayar balik hutang. Budget
bulanan boleh bantu untuk anda semak segala pendapatan dan perbelanjaan anda.

3. Tingkatkan pendapatanKos hidup di bandar mungkin tinggi. Anda dah cuba sedaya
upaya untuk kurangkan perbelanjaan tapi masih mengalami kesusahan. Kalau situasi
anda begini, mungkin sudah tiba masanya untuk anda minta kenaikan gaji, cari pekerjaan
yang baru atau buat side income. Ingat, matlamat anda adalah untuk menyelesaikan
hutang dengan dana lebih.
 
3 CARA SELESAIKAN MASALAH HUTANG
Situasi anda mungkin berbeza dengan situasi orang lain. Sebab itu anda perlu tahu cara paling
efektif untuk bayar hutang mengikut kemampuan anda. Kami akan terangkan 3 kaedah atau
strategi yang anda boleh pilih samada kaedah Avalanche, Snowball atau Snowflake.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(DYG MARZUIN BINTI AWANG ISMAIL ) ( )

Anda mungkin juga menyukai