Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ VOKASIONAL IPOH

PERSIARAN BRASH
31400 IPOH PERAK

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN E-SPORT DAY

ANJURAN
EXCO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

TARIKH
23 OKTOBER 2021
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk mendapatkan sokongan dan
mohon kelulusan daripada pihak atasan Kolej Vokasional Ipoh iaitu Tuan Idopi
Bin Senin, selaku Pengarah dan Encik Mohd Nizam Bin Sohor, selaku Timbalan
Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Ipoh bagi melaksanakan
program E-Sport Day.

Di samping itu, kertas kerja ini turut bertujuan untuk memastikan perancangan
Program E-Sport Day ini dapat dilaksanakan bagi memenuhi objektif
pertandingan yang ditetapkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi para
pelajar Kolej Vokasional Ipoh.

2.0 LATAR BELAKANG PERTANDINGAN

Pertandingan ini merupakan anjuran Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) buat
julung kalinya yang berlangsung pada 23 OKTOBER 2021 bersamaan dengan
hari Sabtu. Pertandingan E-Sport ini dijalankan melalui platform permainan
atas talian iaitu Player Unknown Battleground (PUBG) yang terbuka kepada
semua pelajar Kolej Vokasional Ipoh.

3.0 MATLAMAT

Menjadikan platform permainan atas talian sebagai satu medan untuk


mencungkil bakat dan kepakaran serta mewujudkan sifat berdaya saing dalam
kalangan pelajar disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu
sama lain.
4.0 OBJEKTIF

 Memperkenalkan E-Sport kepada para pelajar Kolej Vokasional Ipoh


 Mencabar kreativiti dan meningkatkan daya inovasi para peserta ketika
menyertai pertandingan E-Sport
 Menerapkan semangat kerjasama dalam pasukan
 Meningkatkan daya saing dalam kalangan pelajar
 Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua program dari pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan pelajar Diploma
Vokasional Malaysia (DVM) Kolej Vokasional Ipoh.

6.0 BUTIRAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini diadakan pada :

Tarikh : 23 Oktober 2021

Masa : 9.00 p.m.

Platform : Player Unknown Battleground (PUBG)

Anjuran : Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)


7.0 TENTATIF PERTANDINGAN

TARIKH DAN MASA AKTIVITI


19 OKTOBER 2021 Poster mengenai pertandingan diedarkan kepada para
2.00 p.m. pelajar
23 OKTOBER 2021 Pertandingan melalui PUBG bermula
9.00 p.m.
24 OKTOBER 2021

8.0 JANGAKAUAN DAN IMPAK AKTIVITI

i. Pertandingan yang dijalankan berjaya dilaksanakan dengan mendapat


penglibatan pelajar walaupun menerusi atas talian
ii. Pelajar dapat menerapkan semangat kerjasama dalam pasukan
iii. Pelajar dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan mereka

9.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN E-SPORT

PENYELARAS : En. Eddie Johan bin Abdullah

PENGERUSI : Zulhaiqal bin Zulkarnain

NAIB PENGERUSI : Nurul Afiqah binti Rosiskandar

SETIAUSAHA : Nur Arissa Naina binti Saiful Azhar

BENDAHARI :

AHLI JAWATANKUASA

HADIAH :
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

11.0 PENUTUP

Diharapkan melalui Pertandingan E-Sport ini dapat memberi galakan kepada


para pelajar Kolej Vokasional Ipoh untuk menyertai lebih banyak lagi pertandingan
yang dianjurkan. Selain itu, pihak Exco Majlis Perwakilan Pelajar turut berharap agar
pertandingan ini dapat mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan serta
dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat.
Disediakan Oleh :

………………………….
(NUR ARISSA NAINA BINTI SAIFUL AZHAR)
Setiausaha Pertandingan E-Sport
Exco Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Vokasional Ipoh

Disemak Oleh :

…………………………
(EN. EDDIE JOHAN BIN ABDULLAH)
Ketua Pensyarah Penyelia
Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Vokasional Ipoh

Disokong Oleh

…………………………..
(EN. MOHD NIZAM BIN SOHOR)
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Kolej Vokasional Ipoh

Disahkan Oleh

……………………………
(EN. IDOPI BIN SENIN)
Pengarah
Kolej Vokasional Ipoh

Anda mungkin juga menyukai