Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PENYATA

KEWANGAN PIBG
SESI 2021/2022

PENYATA KEWANGAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK

Adalah kami, SHAMSUDIN BIN AB. RAHIM dan NOOR HASIMAH BINTI HASAN

sebagai pegawai bertanggungjawab ke atas PENYATA KEWANGAN PERSATUAN

IBU BAPA DAN GURU KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK mengakui dengan

sesungguhnya dan seikhlasnya bahawa PENYATA KEWANGAN PIBG yang berakhir

pada 31 Disember 2021, yang dibentangkan seperti yang dilampirkan dalam Laporan

Tahunan Mesyuarat Agung PIBG 2021/2022 ini adalah di dalam pengetahuan dan

kepercayaan kami adalah benar dan saksama.

................................................................. ......................................................

SHAMSUDIN BIN AB. RAHIM NOOR HASIMAH BT HASAN


Yang DiPertua Bendahari Kehormat
PIBG KV SETAPAK PIBG KV SETAPAK

22
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK

LAPORAN JURU AUDIT


TERHADAP PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN
BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
Kepada:
Tuan Pengarah KVSKL
Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

1. Kami telah memeriksa akaun dan rekod-rekod berkaitan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur.
2. Kami telah medapat penjelasan atas perkara-perkara yang perlu dan kerjasama
dalam menjalankan pemeriksaan.
3. Kami melaporkan bahawa pada pendapat kami:
I. Akaun dan rekod-rekod transaksi telah disimpan dengan teratur dan
selamat.
II. Penerimaan, perbelanjaan dan pembayaran adalah mengikut peraturan
dan kawalan yang boleh diterima.
III. Lembaran Imbangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran dan
Nota-nota kepada Penyata Kewangan memberi gambaran yang saksama
mengenai transaksi-transaksi kewangan dan kedudukan ehwal persatuan
pada 31 Disember 2021

.................................................. ......................................................
NORFARHANA BINTI NORDIN MOHD AZMI BIN SULAIMAN
Juru Audit Dalaman Guru Juru Audit Dalaman Ibu Bapa

23

Anda mungkin juga menyukai