Anda di halaman 1dari 6

Bahagian B

1.
ICT (Information and Communication Technology) memainkan peranan yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada abad ke-21. Menyedari hakikat ini, maka
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) telah membuat lonjakan ke-9 iaitu
pembelajaran dalam talian secara global sebagai salah satu langkah untuk menerajui sistem
pendidikan yang setaraf dengan negara-negara maju.

ICT (Information and Communication Technology) telah mendatangkan satu


perubahan yang besar dalam bidang Pendidikan terutama sekali berkaitan dengan aspek PdP .
Perkembangan dan kepesatan ICT pada zaman globalisasi kini menuntut institusi-institusi
pendidikan membuat perubahan agar terus relevan dari aspek penyediaan dan pembangunan
modal insan kepada negara untuk mencapai status negara maju

Keperluan kepada penggunaan komputer dan ICT serta kemampuan pelajar untuk
mengakseskan maklumat di hujung jari yang meluas menjadikan dunia pendidikan menuju ke
arah pendidikan abad ke-21. Oleh yang demikian pendekatan pembelajaran turut mengalami
perubahan dari corak tradisional kepada corak moden yang melibatkan generasi literasi
digital.

Dasar ICT Kolej The First Academy adalah seperti berikut :


 Semua pentadbir,pensyarah dan staf sokongan menggunakan ICT untuk
mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan.
 Pengautomasian pejabat dan system aplikasi pengurusan yang membawa kepada
penambahbaikan proses kerja.
 Semua pelajar diberi peluang memperolehi kemahiran menggunakan kemudahan
ICT.
 Semua pensyarah menggunakan kemudahan ICT sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran termasuk menggunakan perisin khusus(courseware),internet dan
aplikasi yang lain
 Mengurangkan kos pengurusan dan masa melalui kemudahan ICT
KERANGKA PELAN PEMBESTRIAN KOLEJ
THE FIRST ACADEMY
PELAN STRATEGIK ICT
ISU STRATEGIK OBJEKTIF KPI
Pengunaan kemudahan ICT Meningkatkan penggunaan Peratusan penggunaan
untuk pengajaran dan ICT dalam kalangan ICT,komputer dan bahan
pembelajaran serta pensyarah ,staf sokongan ICT
pengurusan kolej masih dan pelajar
kurang
Pertusan penggunaan
Menaik taraf sistem Wi-Fi emel dalam pengurusan
Melengjapkan semu bilik
khas dengan LCD
Peratusan penggunaan
Menambah bilangan makmal komputer
komputer setiap bilik khas

Peratusan penggunaan
Eduweb

Bilangan Blog yang


dihasilkan Panitia

Strategi mengintegrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

i.Peranan pemimpin Kolej

Strategi untuk memantapkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak
hanya terletak di bahu pesyarah tetapi juga kepada pemimpin kolej. Mereka perlu menjadi
model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan respon kepada perubahan. Pemimpin
kolej perlu menyediakan satu polisi yang dapat membantu menjayakan penguasaan ICT
dikalangan pensyarah dan pelajar.
ii. Peranan pensyarah

Pensyarah berperanan menyampai dan memastikan maklumat tersebut diterima oleh pelajar.
Justeru itu, aktiviti pembelajaran yang mengaplikasikan teori behaviorisme dan kognitivisme
ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan
pengajaran. Aktiviti ini merangkumi demostrasi, melayari laman sesawang yang berkaitan
pelajaran, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Kaedah
pembelajaran tutorial ini memerlukan pensyarah menilai setiap perisian yang sesuai sebelum
menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran serta memastikan peralatan ICT lengkap
dan berkeadaan baik.

iii. Sokongan daripada pihak luar 

Bagi memaksimakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, sokongan dari
pihak luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik serta ibu bapa amat penting.
Mereka bukan sahaja boleh memberi sokongan dalam bentuk kewangan malah apa juga
bantuan yang disalurkan amat dihargai oleh pihak kolej. Sebagai contoh, Syarikat Telekom
Malaysia dapat menyediakan talian internet tanpa wayar percuma di kolej bagi memudahkan
guru dan pelajar mengakses internet untuk mencari sumber rujukan dalam pembelajaran.
Syarikat swasta yang ingin menyumbang komputer atau alat-alat teknologi disekolah juga
amat digalakan. Mereka juga boleh membantu kolej dengan melanggan jurnal-jurnal
pendidikan sebagai bahan tambahan rujukan dalam pembelajaran. 
2.( a) Automasi pejabat merupakan pejabat perniagaan yang moden. Sistem automasi pejabat
ialah alat yang membolehkan data bergerak dari satu sistem ke sistem yang lain dengan
sendirinya tanpa campur tangan manusia dan ketidaktepatan. Alat ini membantu organisasi
mengumpul, mengurus dan menganalisis dengan selamat untuk menyelesaikan tugas dan
proses harian.

Sistem automasi pejabat merujuk kepada frasarana komputer dan perisian yang
membolehkan pemindahan data, dokumentasi, dan permohonan dibuat secara automatik,
cekap, selamat dan menjimatkan kos. Automasi pejabat sangat penting untuk memastikan
tahap komunikasi pejabat berlaku dalam keadaan yang memuaskan, dan tidak menyukarkan
sekiranya salah seorang daripada yang menjaga dokumen atau data tidak berada di pejabat.

Terdapat empat komponan automasi pejabat iaitu pemprosesan , penerbitan desktop,


Hamparan elektronik dan multimedia presentation.

Pemprosesan ( processing ) - PLC , CPU , perisian ( software ) dan perkakasan seperti

geganti , injap dan lain-lain lagi . Sistem pemprosesan perkataan boleh menghasilkan

pelbagai jenis dokumen, termasuk surat, memorandum dan manual, dengan cepat dan pada

kos yang agak rendah.

Penerbitan desktop ialah penghasilan reka bentuk halaman dengan komputer anda

menggunakan perisian DTP khas yang menyepadukan teks dan imej.

Hamparan elektronik ialah sejenis perisian komputer yang menawarkan kepada

pengguna paparan visual lembaran kerja simulasi dan cara menggunakannya untuk rancangan

kewangan, belanjawan dan lain-lain.

A multimedia presentation is a stand alone presentation that includes information

presented with slides, video, or digital representations and includes sound which might be a

narrative, music or sound effects.


( b ) Kelebihan-kelebihan melaksanakan automasi pejabat adalah seperti berikut:

 Mengurangkan kos dari segi keperluan tenaga buruh .


 Meningkatkan kecekapan dari aspek kualiti dan kuantiti .
 Fleksibel kepada permintaan pasaran ( lebih cepat dan fleksibel ) dari aspek
perubahan produk dan perubahan proses .
 Boleh dipercayai – Proses automasi boleh berlangsung berjam-jam tetapi
masih mengekalkan prestasi yang diharapkan ( kualiti konsisten dan tahan
lama )
 Daya pengulangan tinggi – output daripada mesin automatik boleh
dijadualkan dan dikawal sewajarnya . 
 Selamat – Mesin automatik mengurangkan dan meminimumkan hubungan /
interaksi dengan manusia dan persekitaran berbahaya .
 Penyelesaian kepada masalah kekurangan tenaga buruh.

Anda mungkin juga menyukai