Anda di halaman 1dari 2

Ekonomi Islam mampu tangani jurang pendapatan masyarakat

Julai 18, 2018 @ 5:19pm

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF)
Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar berucap pada Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam Kali
ke-5 (WCIT) 2018, di Ipoh, hari ini. - Foto ihsan Facebook World Conference On Islamic Thought and
Civilization

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF)
Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar berucap pada Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam Kali
ke-5 (WCIT) 2018, di Ipoh, hari ini. - Foto ihsan Facebook World Conference On Islamic Thought and
Civilization

IPOH: Jurang perbezaan pendapatan dalam kalangan masyarakat mampu ditangani menerusi sistem
ekonomi Islam, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan
Kewangan Islam (INCEIF) Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar.

Sebagai contoh katanya, kad skor Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang akan dilancarkan Bank
Negara Malaysia pada Oktober ini merupakan salah satu cara bagi menyelesaikan jurang tersebut.

Kad skor VBI itu adalah bertujuan untuk menilai perkembangan sejauh mana institusi perbankan
Islam melaksanakan inisiatif VBI dalam perniagaannya berasaskan tiga teras utama iaitu sosial,
kewangan dan persekitaran.
Mohd Azmi berkata, sistem VBI merupakan sebuah asas etika dan kewangan yang
bertanggungjawab kepada manusia, persekitaran dan keuntungan, yang bukan berasaskan kepada
keuntungan sahaja.

"Sebagai contoh dalam konteks perbankan, INCEIF, Bank Dunia dengan beberapa bank lagi dalam
Malaysia dan luar negara kita bangunkan carta prinsip VBI dengan intermediasi berasaskan kepada
nilai.

"Nilai yang dimaksudkan ialah sesuatu yang akan memberi kebaikan kepada masyarakat, kepada
persekitaran dan juga kebaikan kepada bank," katanya kepada pemberita selepas sesi
pembentangan bertajuk 'Economy Matters' pada Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam
Kali ke-5 (WCIT) 2018, di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain memberikan manfaat kepada masyarakat, sistem ekonomi Islam juga dapat
mengelakkan sebarang kemudaratan kepada individu, jenayah manusia dan alam sekitar.

"Setakat ini di Malaysia telah mengguna pakai 30 peratus melalui sistem perbankan Islam dan
bertambah dari tahun ke tahun namun di negara lain masih kecil. Contohnya di Indonesia hanya lima
peratus sahaja," katanya.

WCIT 2018 yang bertemakan 'Menjamin Masa Depan' dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu dan berakhir hari ini bertujuan menyediakan
interaksi ahli akademik dalam persekitaran yang dinamik bagi mencari penyelesaian kepada
permasalahan semasa yang dihadapi dunia Islam. - BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai