Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 23 Dec 2022

Life Waters Industries Sdn Bhd,


Mile 8, Lintas Sibuga Road,
90000, Sandakan, Sabah.
Malaysia

Tuan,

MEMOHON MENDAPAT BEKALAN MINUMAN RINGGAN DAN AIR MINERAL SEMPENA


MAJLIS APRESIASI DAN JAMUAN MAKAN MALAM KOKURIKULUM TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara seperti di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacita dimaklumkan bahawa pihak SJK (C) Tai Tong akan mengadakan Majlis Apresiasi dan
Jamuan Makan Malam Kokurikulum Sekolah pada 18 Januari 2022 (Rabu).

3. Pihak sekolah memerlukan bekalan minuman ringan dan air mineral untuk 200 orang murid, guru dan
tetamu pada malam tersebut.

4. Pihak sekolah memohon jasa baik tuan agar dapat menyumbang bekalan minuman ringan dan air
mineral untuk setiap meja makan di majlis makan malam tersebut.

5. Segala sumbangan dan kerjasama yang diberi oleh pihak tuan dalam pekara ini didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih dan setinggi – tinggi penghargaan.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

YAP WING FOH


Guru Besar,
SJK (C) Tai Tong,
Sandakan.

Anda mungkin juga menyukai