Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 23 Dec 2022

Life Waters Industries Sdn Bhd,


Mile 8, Lintas Sibuga Road,
90000, Sandakan, Sabah.
Malaysia

Tuan,

MEMOHON MENDAPAT TAJAAN HAMPER MINUMAN UNTUK MURID SEMPENA MAJLIS


APRESIASI DAN JAMUAN MAKAN MALAM KOKURIKULUM TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara seperti di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacita dimaklumkan bahawa pihak SJK (C) Tai Tong akan mengadakan Majlis Apresiasi dan
Jamuan Makan Malam Kokurikulum Sekolah pada 18 Januari 2022 (Rabu).

3. Tujuan pihak sekolah mengadakan majlis ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan
kepada murid – murid yang telah memberi sumbangan kepada sekolah dan mengharumkan nama sekolah
sepanjang tahun 2022.

4. Untuk makluman tuan, seramai 54 orang murid akan diberi anugerah kokurikulum pada malam tersebut.
Oleh itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan agar dapat menaja sebuah hamper bagi setiap murid yang
mendapat anugerah kokurikulum.

5. Segala sumbangan dan kerjasama yang diberi oleh pihak tuan dalam pekara ini didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih dan setinggi – tinggi penghargaan.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

YAP WING FOH


Guru Besar
SJK (C) Tai Tong,
Sandakan.

Anda mungkin juga menyukai