Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT

PELANCARAN MODEL KOMPUTER ASAS19


BIL 1/2018

Tarikh : 16 Ogos 2018


Masa : 10:00 pagi-12:00 tengahari
Tempat : Bilik Matahari
Pengerusi : Ali bin Abu (Pengarah syarikat)
Kehadiran : 5 orang
Nama Yang Hadir:
1. Ali bin Abu (Pengerusi )
2. Danisha Adriana binti Mohd Rafi (Setiausaha )
3. Maimunah binti Sameon (Pegawai pengurusan )
4. Farhan bin Fadhilah (Pegawai kewangan )
5. Che Ahmad bin Azmi (Pegawai pemasaran )

AGENDA
1.0 Perutusan pengurusi
1.1 Encik Ali bin Abu memberi salam dan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada staf syarikat Computer Info Technology Sdn. Bhd kerana dapat
hadir ke mesyuarat Pelancaran Model Komputer ASAS19.

Tindakan: Makluman

1.2 Memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk


membuat pembentangan Pelancaran Model Komputer ASAS19.

Tindakan: Makluman
2.0 Perkara berbangkit
2.1 Tiada perkara berbangkit.
Tindakan: Makluman
3.0 Pembentangan Pelancaran Model Komputer ASAS19
3.1 Model Komputer ASAS19 bakal dikeluarkan pada hujung bulan Ogos ini.
Komputer ini dikeluarkan adalah disebabkan hasil jualan model komputer
yang lepas kurang mendapat sambutan. Maka dengan keluaran model
ASAS19 ini, ianya mungkin dapat meningkatkan lagi hasil jualan
komputer di syarikat ini.
Tindakan: Makluman

3.2 Pelancaran Model Komputer ASAS19 akan diadakan di Ruang Lega IOI
City Mall.
Tindakan: Makluman
3.3 Model Komputer ASAS19 ini akan dikeluarkan pada 21 Ogos 2018 pada
hari Selasa, jam 10:30 pagi.
Tindakan: Makluman
4.0 Hal-hal lain
4.1 Semua staf bersetuju untuk menjalankan Pelancaran Model Komputer
ASAS19 di Ruang Lega IOI City Mall secara besar-besaran.

Tindakan: Makluman
5.0 Ucapan penangguhan
5.1 Encik Ali bin Abu berharap agar Pelancaran Model Komputer ASAS19
yang bakal diadakan ini dapat berjalan dengan lancar dan baik.

Tindakan: Makluman

5.2 Encik Ali bin Abu mmegucapkan terima kasih kepada semua staf yang
terlibat dalam mesyuarat ini dan saya berharap semua staf dapat
memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan Pelancaran Model
Komputer ASAS19 itu nanti.
Mesyuarat ditangguhkan pada 12:00 tengahari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………… ………………………
(DANISHA ADRIANA BINTI MOHD RAFI) (ALI BIN ABU )
Setiausaha Pengarah
Computer Info Technology Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai