Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN

PENGENALAN
Salam sajehtera, saya berterima kasih kepada pensyarah pengajian moral kolej
vokasional iaitu Miss Airen Surayya Khairu Anuar telah memberikan kami satu tugasan semasa
PKP kali ke tiga. Semasa PKP ini, Miss Airen meminta kami untuk memilih salah satu isu-isu
disiplin yang telah kami pelajari dan meminta kami untuk menyelesaikan tugasan poster isu
disiplin dan mempos poster tersebut di media sosial.

Semasa perjalanan menyelesaikan tugasan ini, saya menghadapi pelbagai cabaran


untuk menyiapkan tugasan ini dan mempos di media sosial, salah satunya adalah masalah line
internet. Masalah line internet adalah salah satu punca saya sukar menyiapkan tugasan ini
kerana mengambil masa yang agak lama untuk mencari maklumat di laman sosial. Selain itu,
ditambah lagi dengan tugasan bangkel yang lain membuatkan saya sangat tertekan kerana
tugasan bangkel perlu hantar pada hari itu juga ditambah lagi ujian bangkel, itu semua
membuatkan tekanan pada saya tapi syukur saya dapat membagikan masa juga untuk
menyelesaikan tugasan-tugasan bangkel dan tugasan pengajian umum. Kadang-kadang di
kampung saya hujan selalu dan line internet pun tiada membuatkan semua tugasan saya
tertangguh. Bukan itu saja, kehabisan data telefon juga membuatkan saya sangat tertekan
kerana tidak dapat mengikuti kelas PDPR tidak dapat mengakses maklumat di laman sosial dan
terpaksa menunda di hari berikutnya.

Saya menyiapkan tugasan ini dalam seminggu lebih, kerana setelah siap membuat
poster isu-isu disiplin saya menghantar tugasan saya kepada Miss Airen untuk dipereksa.
Walaupun saya telah siap menyelesaikan tugasan pertama saya tidak merasa gembira kerana
perlu membuat pembetulan dalam poster tersebut, dan akhirnya dalam kelas PDPR Pengajian
Moral Miss Airen telah memberi satu point cara untuk menjadikan poster itu menjadi cantik dan
menarik. Setelah kelas tamat, saya pun menukar poster saya dalam bentuk video dan akhirnya
poster saya siap dan boleh pos di laman sosial.

Laman sosial yang pertama saya pos tugasan saya adalah di youtube. Semasa saya
mengemaskini di youtube, ia sangat mengambil masa yang agak lama kerana masalah jaringan
internet di kampung sangat perlahan dan perlu bersabar sebab semua akan berjalan dengan
lancar jika saya mempunyai kesabaran yang tinggi, dan akhirnya pada malam itu saya dapat
mengemaskini video tugasan pertama saya di youtube. Laman sosial yang kedua saya hendak
kemaskini video tugasan adalah di facebook tetapi mempunyai masalah lain, iaitu telefon saya
tidak dapat mengangkat video yang terlalu banyak muatan kerana telefon saya ada masalah,
oleh itu saya mencari inisiatif lain iaitu meminjam telefon daddy saya untuk masuk ke akaun
facebook di telefonnya dan akan mengemaskini tugasan video poster isu disiplin. Untuk
mengemaskini di laman sosial perlu mengambil masa yang agak lama kerana line internet
yang sangat perlahan membuatkan saya tertangguh untuk menyelesaikan tugasan yang kedua
iaitu mengemaskini di laman sosial, ditambah lagi dengan kehabisan data telefon membuatkan
saya tidak dapat mengemaskini video di facebook, dan akhirnya saya telah berjaya
mengemaskini video saya di facebook pada minggu lalu iaitu pada 08 Julai 2021. Video yang
saya kemaskini di aplikasi Youtube hanya beberapa orang sahaja yang melihat, jumlahnya tidak
melebihi 20 orang, manakala video yang saya kemaskini di facebook pada minggu lalu, jumlah
yang melihat video saya melebihi 10 orang yang melihat, jumlah tersebut sangat memuaskan
bagi saya kerana video itu dapat memberi impak dan kesedaran kepada semua individu tentang
pemerdagangan manusia itu adalah salah satu perbuatan yang sangat tidak baik untuk
dilakukan. Tetapi saya perlu kemaskini kembali video saya di facebook kerana video tersebut
telah dipadam secara automatik selepas 24 jam. Saya perlu menunggu beberapa jam untuk
melihat perkembangan video yang saya kemaskini di facebook.
CABARAN

Terdapat dua cabaran yang saya dapat semasa menyelesaikan Tugasan Poster adalah;

Cabaran pertama, masalah jaringan data. Ini salah satu cabaran yang sangat mencabar
bagi saya kerana jaringan data di kampung saya sangat lemah dan perlu menunggu beberapa
hari untuk menyiapkan satu tugasan. Terkadang mengambil masa selama dua minggu untuk
menyelesaikan satu tugasan. Cabaran ini memberi pengajaran kepada saya untuk lebih
bersabar dalam melakukan sesuatu kerja atau tugasan.

Cabaran saya yang kedua pula ialah, Kehabisan Data Telefon. Masalah ini juga samgat
mencabar bagi saya kerana susah umtuk membeli data telefon semasa PKP, oleh itu saya
perlu menunggu orang di kampung saya untuk menjual ‘relod’. Masalah ini sangat mencabar
kerana saya tidak dapat membuat apa-apa tindakan.

Kedua-dua cabaran ini adalah sangat membuatkan kepala saya menjadi pusing tetapi dengan
adanya kesabaran dalam diri saya, saya dapat mengatasi masalah ini dengan baik.
CADANGAN

2 kaedah yang dapat saya cadangkan bagi mengaplikasi pengalaman nilai moral ialah
cadangan yang pertama adalah menghormati sesama manusia. Jika kita menghormati sesama
manusia pemerdagangan manusia tidak akan pernah terjadi. Cadangan ini dapat diterapkan
dalam nilai hormat-menghormati. Sekiranya semua orang mengamalkan nilai-nilai moral dalam
diri, keangkuhan, ketamakan dan pemerdagangan manusia tidak akan berlaku di dunia ini
kerana pemerdagangan sesama manusia ini adalah melanggar hukum Tuhan. Oleh itu, kita
sebagai masyarakat setempat haruslah menghormati sesama manusia agar pemerdagangan
manusia tidak akan pernah berlaku lagi.

Cadanga saya yang kedua ialah kaum lelaki perlu mempunyai sikap bertanggungjawab
terhadap kaum wanita dan kanak-kanak, kerana pemerdagangan manusia ini selalunya
melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Selain itu, undang-undang
negara juga perlu diperketatkan terutamanya masalah pemerdagangan manusia. Walaupun
Negara Malaysia termasuk isu pemerdagangan manusia, kita perlu berwaspada terhadap
sesama manusia agar isu ini tidak akan berlaku. Cadangan ini saya kaitkan dalam nilai
betranggungjawab kerana jika kita mempunyai sikap bertanggungjawab dan mempunyai rasa
kasihan terhadap sesama individu terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak yang menjadi
target uama dalam pemerdagangan manusia. Dan akhir sekali, cadangan saya, saya
mencadangkan agar pemerdagangan manusia tidak akan pernah berlaku lagi di dunia ini.
FAKTOR

Dua faktor yang terdapat dalam pemerdagangan manusia ialah;

Faktor pertama, Agen Sindiket Penipuan yang menipu ibu bapa atau penjaga dan
mengumpan wanita dengan janji palsu mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan bergaji
tinggi di bandar atau berkhawin dengan keluarga yang kaya.

Faktor kedua ialah, Perhambaan berhutang di mana perdagangan haram membayar


sejumlah wang kepada ibubapa untuk mengikat anak-anak mereka bagi perburuhan atau
perhambaan seks. Terma-terma hutang biasanya tidak jelas.

KEPENTINGAN
seharusnya mempunyai kekuatan agama dan kekuatan sena bela diri agar dapat
melindungi diri daripada dijual oleh orang y Penubuhan ahli jawatan kuasa dalam menangani
kes pemerdagangan manusia adalah sangat penting bagi negara kita kerana dapat melindungi
masyarakat daripada dijual oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, penguat
kuasaan undang-undang juga juga penting untuk di ketatkan agar tiada orang luar yang
mengedarkan masalah perdagangan manusia dalam negara kita. Seterusnya, setiap
individuang tidak bertanggungjawab. Mengapa agama perlu kuat kerana, agama sangat
penting dalam kehidupan seseorang. Pemerdagangan manusia selalu terjadi dalam kalangan
wanita, kerana wanita dijadikan pelacur untuk mereka mendapatkan wang.

REFLEKSI
Kesimpulan daripada keseluruhan laporan ini, Pemerdagangan manusia ini adalah salah satu
perbuatan yang sangat keji dan haram untuk dilakukan oleh manusia tetapi sesetengah
manusia melakukan perbuatan keji tersebut kerana terdesak untuk mendapatkan wang yang
banyak dengan sekelip mata. Kerjasama serantau juga sangat diperlukan agar penyelesaian
dapat diambil secara bijaksana. Selain itu, jika tidak diberikan perhatian yang serius, ini
akhirnya dapat menjurus kepada pencemaran imej negara dengan peningkatan masalah sosial
dan masalah-masalah lain.
LAMPIRAN

Gambar ini adalah aplikasi pertama tempat saya mengemaskini video poster Pemerdagangan
manusia. Jumlah orang yang melihat video saya di youtube berjumlah 11 tontonan.

Gambar ini menunjukkan aplikasi kedua yang saya


kemaskini video pemerdagangan manusia iaitu di
facebook. Jumlah tontonan hanya 9 penonton
sahaja.
Gambar ini menunjukkan
pemerdagangan
manusia yang di jadikan buruh
kerja yang melebihi usia
mereka.

RUJUKAN

1. http://acemodule.weebly.com/faktor-faktor-yang-menyumbang-kepada-pemerdagangan-
kanak-kanak-dan-wanita-dan-teknik-tekniknya.html
2. http://acemodule.weebly.com/kesan-dan-
langkah-langkah-pencegahan-pemerdagangan-
manusia.html
3.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/pemerdagangan_manusia
4. www.heraldmalaysia.com
5. www.shazaeyra.blogspot.com
6. www.gsb1012k4lau.blogspot.com
7. www.id.scribd.com
8. www.sarawakvoic.com

Anda mungkin juga menyukai