Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah memupuk semangat perpaduan

dalam kalangan masyarakat

Negara kita terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Perpaduan amat

diperlukan untuk membina negara yang maju. Terdapat beberapa

langkah memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Antaranya langkah memupuk semangat perpaduan dalam

kalangan masyarakat ialah menganjurkan aktiviti bergotong-royong di

sekolah. Kerjasama dapat memahami adat resam setiap kaum.

Selain itu, kita haruslah mengadakan dan menghadiri acara

rumah terbuka seperti perayaan pelbagai kaum. Hal ini dapat

mengeratkan hubungan antara kaum.

Di samping itu, pihak sekolah boleh melancarkan perpaduan

melalui media massa. Sebagai contoh, menggunakan Youtube,

Facebook dan lain-lain.

Kesimpulannya,kita perlu memupuk semangat perpaduan dalam

kalangan masyarakat supaya mewujudkan negara yang maju.


Kemalangan di Lebuh Raya

Pada hari sabtu yang lalu, saya dan ayah membersihkan dusun kebun.

Kebun ayah terletak tidak jauh dari lebuh raya. Bunyi kenderaan

berulang-alik di lebuh raya jelas kedengaran. Kami tidak

menghiraukannya sehinggalah kami tersengar bunyi dentuman yang

sungguh kuat di lebuh raya.

Saya dan ayah bergegas ke atas bukit untuk melihat kejadian

yang berlaku. Dari atas bukit, kami dapat melihat lori tangka terbalik

dan menyebabkan cecair berasap tertumpah di lebuh raya. Pengguna

terpaksa memberhentikan kenderaan.

Tidak lama kemudian, pasukan HAZMAT dan polis tiba.

Kemalangan ini menyebabkan lebuh raya sesak. Para pemandu

bertanggungjawab dengan memberi laluan kepada HAZMAT.

Anggota polis mengawal lalu lintas dan melalui usaha pasukan

kemalangan dapat dibersihkan. Semua pihak berasa lega kerana lebuh

raya dapat diguna seperti biasa.

Anda mungkin juga menyukai