Anda di halaman 1dari 9

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI


SENARAI SEMAKAN MENGEMUKAKAN TENDER
PANDUAN KEPADA PENTENDER

PROJEK: CADANGAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-


KERJA BERKAITAN DI KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT,
PERAK

NOTA

a. Senarai semakan ini adalah bertujuan bagi menolong pentender mengemukakan


satu tender yang lengkap dan tanpa sebarang kesilapan. Semua pentender adalah
dinasihatkan supaya menggunakan senarai semakan ini bagi menyemak tender
mereka sebelum menyerahkan tender masing-masing.

b. Segala usaha telah diambil untuk menyenaraikan perkara-perkara yang lazimnya


perlu diambil tindakan oleh seorang pentender dalam mengemukakan tendernya.
Walaupun begitu, adalah menjadi tanggungjawab Pentender sepenuhnya bagi
menentukan lengkapnya sesuatu tender yang dikemukakannya itu.

c. Pentender adalah digalakkan menggunakan senarai semakan ini sebagai panduan


bahawa sesuatu tindakan perlu diambil atau peringatan bahawa tindakan telah
diambil untuk mempastikan kesempurnaan tender yang dikemukakan.

d. Pentender adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap dokumen


tender yang dibelinya adalah lengkap dan jika terdapat apa-apa ketidaksempurnaan
pada dokumen atau muka surat di dalam dokumen tender berkenaan berdasarkan
semakan oleh pentender dengan Senarai Semakan Kandungan Dokumen Tender,
adalah menjadi tanggungjawab pentender untuk merujuk kepada pejabat ini supaya
pembetulan kepada ketidaksempurnaan tersebut dapat dibuat.

1
TANDAKAN _/ JIKA
BIL. PERKARA TINDAKAN TELAH
DIAMBIL

1. PENGISIAN DOKUMEN

1.1. JANGAN gunakan dakwat mudah luntur,


pemadam getah atau kimia cecair dan betulkan
kesilapan dengan memotong kesilapan tersebut
dengan satu garisan bersih melintang dan
ditandatangani ringkas oleh pentender dan
saksinya.

1.2. JANGAN buat apa-apa perubahan atau tambahan


kepada Borang Tender/mana-mana dokumen lain
dalam Dokumen Tender yang boleh dianggap
mengenakan had, syarat atau perjanjian
tambahan kepada syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan dalam Dokumen
Tender.

2. Borang Tender (JKR 203B - Pind.5/2008)

2.1. Muka surat No. 3

i) Perenggan 3 :
Isi tempuh menyiapkan kerja mengikut
unit hari / minggu / bulan *

ii) Perenggan 4 :
Isi dengan perkataan dan juga angka, amaun
tender (hendaklah sama dengan jumlah di
Ringkasan Tender dalam Senarai Kuantiti).

iii) Perenggan 5 :
Nyatakan bidang kerja Wang Kos Prima atau
Wang Peruntukan Sementara yang pentender
berniat mengambil bahagian mentender dan
juga berkelayakkan menjalankannya
(mestilah berdaftar dengan PKK untuk
menjalankan kerja tersebut). Jika tidak,
nyatakan tiada.

2
2. Borang Tender (JKR 203B - Pind.5/2008)

2.2. Muka surat No. 6

Perenggan 11

i) Isi tarikh

ii) Turunkan tandatangan (hendaklah seorang


yang dibenarkan menandatangani kontrak
bagi pihak Syarikat pentender menurut
pendaftaran PKK).

iii) Turunkan Cop Syarikat

iv) Turunkan tandatangan saksi dan isi


maklumat saksi.
3. Senarai Kuantiti

3.1. a) Kerja Awalan (General Items)

Pejabat Tapak untuk Pegawai Penguasa


Tawarkan hanya satu di antara tiga pilihan.
(Jenis rekabentuk KPT atau jenis mudahalih
(relocatable) atau sewa kedai (rental of
shop). Pilihan yang tidak ditawarkan
hendaklah dipotong.

b) Menghargakan senarai kuantiti

i) Hargakan semua item yang


disenaraikan di dalam senarai kuantiti.

ii) Jangan mengumpul/menyatukan


(bracketing) harga untuk beberapa item
yang berlainan

3. Senarai Kuantiti (Samb.)


ii)
c) Mengira harga, menjumlah dan
memindahkan jumlah S
e
i) Semak penggiraan harga bagi setiap m
item a
k
jumlah setiap muka surat.

iii) Pastikan bahawa jumlah setiap muka


surat dipindahkan ke muka surat
`Collection' dengan betul.

d) `Summary of Bills of Quantities'

i) Pastikan bahawa jumlah di `Summary


of Bills of Quantities' dipindah ke
Borang Tender.

ii) Isi jumlah amaun tender dalam angka


dan perkataan di ruang yang
diperuntukkan.

iii) Isi tarikh, tandatangan dan Cop


Syarikat

iv) Isi maklumat dan tandatangan saksi.


4. Lampiran-Lampiran di Dokumen Tender

4.1. Appendix A

Preambles to Daywork Rates and Daywork Rates


for Labour and Plant

Isi kadar harga buruh dan loji (plant).

4.2 Appendix D

Integrity Pact

Isi Surat Akuan Pembida


5. Borang-borang maklumat yang perlu dilengkapi oleh
pentender

Isi semua butir di borang-borang ini (11 muka surat


kesemuanya) dengan betul dan lengkap. Kegagalan
mengisi maklumat atau memberi maklumat palsu, jika
dapat dikesan akan mengakibatkan tender ditolak atau/dan
tindakan tatatertib diambil terhadap pentender berkenaan.

a. Borang A
Surat pengakuan kebenaran maklumat dan
keesahan dokumen yang dikemukakan oleh
pentender

b. Borang B
Maklumat am dan latar belakang pentender

c. Borang C
Data-data kewangan

d. Borang CA
Laporan bank/institusi kewangan mengenai
kedudukan kewangan pentender

e. Borang D
Rekod pengalaman kerja

f. Borang E
Kakitangan Teknikal

g. Borang F
Keempunyaan Loji dan Peralatan Pembinaan Asas

h. Borang G
Senarai kerja kontrak semasa.

j. Borang GA
Laporan Penyelia Projek Atas Prestasi Kerja
Semasa Pentender (Bukan Projek KPT)
k. Borang GA1
Laporan Penyelia Projek Atas Prestasi Kerja
Semasa Pentender
6. Borang Maklumat berhubung Bon Pelaksanaan dan Wang
Pendahuluan

6.1 Borang Piawai

a. Borang Jaminan Bank / Jaminan Syarikat


Kewangan / Jaminan Insurans Untuk Bon
Pelaksanaan (Kontrak Kerja)

6.2 Bayaran Pendahuluan

a. Borang Jaminan Bank / Jaminan Syarikat


Kewangan / Jaminan Insurans Untuk Bayaran
Pendahuluan (Kontrak Bekalan / Kerja)

Borang-borang di 6.1 & 6.2 adalah untuk


makluman sahaja. Borang-borang ini tidak perlu
diambil tindakan atau diisi pada peringkat tender.

6.3 Bon Pelaksanaan

Sebagaimana yang dinyatakan dalam Peruntukan


Khas kepada Syarat-syarat Kontrak, Pentender
boleh memilih untuk mengambil Bon Pelaksanaan
dalam bentuk berikut :

i) Jaminan Bank / Jaminan Insurans (bagi


kontrak kerja yang bernilai RM 1 juta ke
bawah sahaja)

atau

ii) Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan


potongan sebanyak sepuluh peratus (10%)
daripada setiap bayaran interim sehingga
mencapai jumlah lima peratus (5%) daripada
Harga Kontrak.

Pentender adalah dikehendaki menyatakan pilihan


bentuk Bon Pelaksanaan yang akan diambilnya
dalam Borang Tender iaitu samaada bentuk
Jaminan Bank / Jaminan Syarikat Kewangan /
Jaminan Insurans atau Wang Jaminan Pelaksanaan.
7. KEMUKA TENDER

7.1 Dokumen-dokumen ini sangatlah penting untuk


membolehkan penilaian keupayaan yang
sewajarnya dibuat ke atas pentender. Dokumen-
dokumen (i), (ii), (iii) dan (iv) adalah merupakan
dokumen wajib. Pentender hendaklah
mengemukakan semua dokumen wajib ini di dalam
satu sampul berasingan yang berlabel sebagai
`DOKUMEN WAJIB' dan berlakri. Sekiranya
pentender tidak atau gagal untuk mengemukakan
dokumen-dokumen tersebut di atas terutamanya
dokumen-dokumen wajib, tender pentender akan
ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

Kemukakan dokumen-dokumen wajib seperti


berikut:

i) Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan


dan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah.

ii) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi


tiga (3) bulan yang terakhir sebelum tarikh
tutup tender dan salinan bahagian buku
simpanan yang berkenaan.

iii) Laporan bank/institusi kewangan mengenai


kedudukan kewangan pentender.

iv) Laporan Penyelia Projek mengenai prestasi


semasa pentender.

v) Surat Akuan Pembida


7. KEMUKA TENDER (Samb.)

7.2. Kemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti


berikut:

i) Salinan Perakuan/Pengesahan Siap Kerja.

ii) Salinan Penyata Caruman KWSP.

iii) Salinan Sijil Kelulusan/Kelayakan Setiap


Kakitangan Teknikal.

iv) Salinan Kad Pendaftaran Keempunyaan Loji


dan Peralatan Pembinaan Asas.

v) Pentender adalah dikehendaki mengisi borang


Lampiran `B’ (Senarai Semakan Kandungan
Dokumen Tender) & `C (Senarai Semakan
Mengemukakan Dokumen Wajib).

vi) Salinan Sijil SCORE

7.3 Cara Mengemukakan Tender

Asingkan dokumen-dokumen dalam dua (2)


sampul berasingan seperti berikut :

i) Masukkan dokumen-dokumen wajib seperti


di 7.1(i) hingga 7.1(iv) dalam sampul yang
berlabel sebagai `DOKUMEN WAJIB' dan
berlakri.

ii) Masukkan Borang Tender, Senarai Kuantiti


dan Lampiran-lampiran yang telah diisi
berserta dengan dokumen-dokumen sokongan
ke dalam sampul lain dan dilakri.

Masukkan kedua-dua sampul ini dalam satu


sampul besar dan dilakri. Nama projek yang
ditender hendaklah ditulis dengan terang pada
sampul ini.

7.4 Masukkan sampul surat ini di tempat dan pada


tarikh seperti yang ditetapkan dalam iklan.

Anda mungkin juga menyukai