Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROGRAM ZIARAH CAKNA

Disediakan Oleh
KUMPULAN 1
SRUT 2
NPQEL AMBILAN 2/2019

1
ISI KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN

2. OBJEKTIF

3. TARIKH PELAKSANAAN

4. SASARAN PESERTA

5. JAWATANKUASA KERJA

6. PERINCIAN PELAKSANAAN

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

8. PENUTUP

9. LAMPIRAN – BORANG PERAKUAN WARIS PROGRAM ZIARAH CAKNA

2
1.PENDAHULUAN

Peserta NPQEL kumpulan 1 ambilan 2 bagi tahun 2019 akan mengadakan


satu program Ziarah Cakna bagi menjayakan misi sekolah iaitu berusaha dengan
penuh iltizam untuk melestarikan pendidikan berkualiti . Bagi tujuan membangun
potensi individu sebagai modal insan cemerlang negara dan mencapai visi sekolah
untuk melahirkan insan terdidik untuk kesejahteraan negara masa hadapan. Dengan
ini, pelbagai program dirangka untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah
setiap hari agar pelajar tidak termasuk dalam golongan pelajar keciciran dari sekolah
dan seterusnya terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat dan merugikan usia
yang sepatutnya di bangku sekolah lagi.

2. OBJEKTIF

1) Agar dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran
pelajar yang rendah untuk diambil tindakan segera.

2) Agar dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan pelajar dalam kelas
tersebut untuk hadir ke sekolah

3) Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai


peratus kehadiran yang paling tinggi dan mencecah lebih 80% setiap bulan.

4) Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai


perubahan peratus kehadiran pelajar yang lebih baik setiap bulan.

5) Agar dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai perubahan hadir ke


sekolah yang lebih baik untuk disampaikan anugerah.

3. TARIKH PELAKSANAAN

Program ini akan dijalankan pada :

Tarikh 7 Ogos 2019

Hari : Rabu

3
Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi

4. KUMPULAN SASARAN

Sasaran murid- 30 orang murid SK Bukit Tembaga yang bermasalah ponteng


tegar

5. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Encik Khairul Badri Bin Ahmad

Pengerusi : Encik Had Bin Mat Diah

Naib Pengerusi : Puan Surani Binti Othman

Setiausaha : Puan Siti Maram Binti Othman

Bendahari : Puan Noorzarimah Binti Hashim

Ahli Jawatankuasa :

5.1 Gerak Ziarah Cakna - Encik Zuraidi Bin Samad

- Encik Ismail Bin Ibrahim

5.2 Hadiah/sumbangan - Puan Norhafiza Binti Dolah

5.3 Jurufoto - Encik Ahmad Suhaimi Bin Man

5.4 Dokumentasi /Penilaian - Encik Nantagobalan a/l Munusamy

6. PERINCIAN PELAKSANA

6.1 Kumpulan pelaksana akan mendapatkan senarai nama murid ponteng

pada hari tersebut melalui Guru Bimbingan Dan Kaunseling.

6.2 Ajk di agih kepada 4 kumpulan dan bergerak ke rumah murid terbabit

Bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling, 4 orang AJK PIBG dengan

tujuan untuk mengajak murid berkenaan hadir kesekolah.

6.3 Disamping itu, ajk akan cuba memberi khidmat nasihat dan motivasi

4
kepada waris dan murid berkenaan tentang kepentingan belajar dan

hadir ke sekolah.

6.4 Selain itu, turut disampaikan hadiah galakan diberikan kepada murid

berkenaan dengan tujuan galakan hadir ke sekolah pada hari tersebut

dan hari-hari seterusnya.

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARAN JUMLAH

1. HADIAH GALAKAN ( 4 HAMPER X RM 30.00) 120.00

JUMLAH 120.00

8. PENUTUP

Diharapkan semoga usaha kecil ini dapat memberi impak yang positif kepada
murid-murid untuk terus minat dan bermotivasi hadir ke sekolah. Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah yang memberi kerjasama yang
sangat baik. Begitu juga dengan pihak PIBG dan waris yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

……………………………….. ……………………………….

( NORHAFIZA BINTI DOLAH ) (ZURAIDI BIN SAMAD )


Setiausaha Program Ziarah Cakna Penyelaras Program Ziarah Cakna
SK Bukit Tembaga, Kuala Nerang SK Bukit Tembaga, Kuala Nerang

5
Kedah Darulaman. Kedah Darulaman.

Disahkan Oleh

…………………………………….
( MOHD NASIR BIN YAACOB )
Penyelaras Program SRUT
SK Bukit Tembaga , Kuala Nerang
Kedah Darulaman

6
BORANG PROGRAM ZIARAH CAKNA
SK BUKIT TEMBAGA

TARIKH : 7 OGOS 2019


MASA : 8.00 HINGGA 10.00 PAGI

BIL. NAMA WARIS NAMA MURID TANDATANGAN

Anda mungkin juga menyukai