Anda di halaman 1dari 3

Keluarga Malaysia

Mak Yah, bukanlah lagi nama yang asing bagi penduduk Kampung
Jaya. Beliau juga dikenali sebagai ‘Wira Jaya’ kerana sumbangannya
kepada masyarakat kampung. Walaupun beliau merupakan wanita yang
berusia, namun itu bukanlah penghalang baginya untuk menyumbang
jasa.

“Mak Yah, ayam abah terlepas lagi!” kata Amza, anak muda
kampung tersebut.

“Aduhai, berapa kali lagi ayam abah kamu nak terlepas” keluh Mak
Yah pantas mengejar ayam tersebut . “Nah pegang elok-elok, jangan
bagi terlepas pulak, lain kali hati-hati bila nak bagi makan ayam abah
kamu tu,” ujar Mak Yah.

“Mak Yah, Oren tersangkut atas pokok!” kata Amza. Bulan ini
sahaja sudah tiga kali kucingnya tersangkut atas pokok!

“Aduhai, berapa kali kucing kamu nak tersangkut atas pokok!”


keluh Mak Yah. “Cepat pergi ambilkan tangga”. Mak Yah pun menaiki
tangga tersebut dan mengambil Oren yang tersangkut di atas pokok.

Begitulah sikap Mak Yah, walaupun telah berusia, namun kekuatan


dan tenaganya seperti orang muda. Tetapi disebalik kudrat yang dimiliki
Mak Yah, tersimpan seribu satu kesakitan yang tidak diceritakannya
kepada orang lain. Mak Yah memiliki penyakit kanser. Walaupun begitu,





dia masih berpura-pura kuat dan menyumbang kudrat kepada


masyarakat. Hal ini disedari oleh Ariq, anak kepada jiran Mak Yah.

Ariq sedar akan masalah yang dihadapi Mak Yah. Dia pernah
mengajak Mak Yah ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun
ditolaknya. Dia berpura-pura sihat supaya tidak dibimbangi masyarakat
kampung.

Tiga hari telah berlalu, wajah Mak Yah sudah lama tidak kelihatan.
Kebiasaannya Mak Yah akan datang ke pasar untuk membeli ikan,
tetapi sudah dua hari tidak kelihatan. Peristiwa ini menimbulkan
kerisauan pada Ariq, dia merasa ada sesuatu yang tidak kena. Petang
itu dia memutuskan untuk mengunjungi Mak Yah.

Setibanya disana, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Mak


Yah terbaring lemah di atas lantai. Tanpa berfikir panjang, dia terus
membawa Mak Yah ke hospital.

Setelah beberapa jam Mak Yah pun sedar. Mak Yah terkejut
apabila melihat beberapa kenalan di kampung berada disisinya.

“Eh, Mak Yah dah sedar!” kata Amza, teruja.

“Mak Yah kat mana ni,” tanya Mak Yah kebingungan.

“Mak Yah dekat hospital, Ariq menemui Mak Yah dalam keadaan
terbaring lemah” jelas Ariq. “Mak Yah jangan bimbang, penduduk
kampung sudah bersepakat mengumpul duit untuk membantu rawatan







kanser Mak Yah, lepas ni Ariq akan hantar Mak Yah ke hospital untuk
mendapatkan rawatan susulan” kata Ariq dengan teruja.
“Terima kasih semua. Tapi, untuk apa semua ini?” Soal Mak Yah.

“Mak Yah kan sudah banyak menolong kami, kini giliran kami pula
menolong Mak Yah. Lagi pun kita kan keluarga malaysia,” balas Ariq.

Setelah pelbagai perkara terjadi, terbukti kita memerlukan antara


satu sama lain. Benarlah bagai dikata, kita merupakan ‘keluarga
Malaysia’.

Anda mungkin juga menyukai