Anda di halaman 1dari 2

ULASAN PBD_IDME

CEMERLANG

Murid adalah seorang yang cemerlang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Murid menunjukkan kefahaman yang amat jelas mengenai konsep dan kemahiran yang dipelajari.

Murid telah mencapai objektif pembelajaran dan secara konsisten boleh menghubungkaitkan idea dan konsep
yang dipelajari dalam kelas dengan situasi sebenar.

Murid menunjukkan contoh kecerdasan dan kemahiran menyelesaikan masalah dengan gigih.

Murid mengambil inisiatif dan menunjukkan komitmen serta usaha yang berterusan untuk belajar.

Murid mengekalkan tingkah laku terbaik dan sikap yang mengagumkan di dalam bilik darjah.

Murid dapat menilai diri sendiri dengan menulis refleksi serta menggunakan maklum balas guru dan rakan
sebaya untuk meningkatkan pembelajaran.

Murid sentiasa mendengar dan aktif memberi respon dengan minda terbuka terhadap idea dn nilai yang berbeza
ketika tugasan berkumpulan.

SEDERHANA

Murid menunjukkan prestasi yang semakin meningkat dalam kebanyakan mata pelajaran.

Murid menepati tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dengan teliti dan
bijaksana.

Murid berpotensi meningkatkan keyakinan diri untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam aktiviti
pembelajaran.

Murid dapat mengintegrasikan dan mengaplikasi pengetahuan baharu yang dipelajari.

Murid dapat memberikan imput strategik mengikut kesediaan mereka sendiri, pengetahuan dan latar belakang.

Murid berpotensi lebih teliti dan bersedia meminta bantuan apabila diperlukan untuk meningkatkan
pembelajaran.

Murid dapat mengingat kembali, mentakrif dan mengenal pasti aspek utama yang dipelajari.

Murid perlu meningkatkan kemahiran menilai sendiri dengan menulis refleksi.

LEMAH

Murid boleh mencapai prestasi yang lebih baik dengan membuat latihan dan ulangkaji secara konsisten.

Murid memerlukan sokongan untuk mencapai objektif pembelajaran.

Murid dapat meningkat kembali fakta yang telah dipelajari sebelum ini.
Murid memerlukan bimbingan berterusan untuk memahami sesuatu konsep.

Murid menghadapi kesukaran untuk memahami maklumat asas.

Murid perlu lebih berani dan perlu lebih proaktif dan berbincang dengan rakan atau guru sekiranya mempunyai
sebarang kemusykilan.

Murid seorang yang bertanggungjawab dan boleh berkomunikasi dengan baik semasa di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai