Anda di halaman 1dari 2

PENDIDIKAN STEM PENERAJU KERJAYA MASA DEPAN

 Nama Kerjaya
Kerjaya jurutera sering menjadi pilihan bagi anak muda sejak dahulu
lagi. Terdapat pelbagai cabang kejuruteraan yang meliputi bidang
penyelidikan, reka bentuk, pembangunan, pembinaan, ujian, sains dan
teknologi pesawat.

Kali ini saya akan berkongsi berkaitan kerjaya pilihan saya, iaitu
Jurutera Perlombongan.

 Tugas dan Tanggungjawab Kerjaya


Pernahkan anda terfikir, dari manakah asal sumber bahan mentah untuk
pembinaan bangunan, Menara TRX, lebuh raya dan sekolah? Pencarian
mineral dan batuan ini merupakan salah satu tugas penting Jurutera
Perlombongan

Jurutera perlombongan bertanggungjawab menjalankan siasatan deposit


mineral dan melaksanakan penilaian dengan kerjasama ahli-ahli geologi,
saintis bumi dan ahli ekonomi untuk menentukan sama ada mineral tersebut
boleh dilombong atau tidak.

Seterusnya ialah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk


perlombongan mineral mengambil kira faktor-faktor seperti kedalaman dan
ciri-ciri deposit serta sekitarnya.

Seterusnya, mereka juga akan menyediakan pelan untuk lombong, termasuk


terowong dan aci untuk operasi bawah tanah, lubang dan jalan pengangkutan
untuk operasi terbuka, menggunakan pakej reka bentuk bantuan komputer.

Mereka juga bertanggungjawab menyediakan susun atur pembangunan


lombong dan prosedur bagi mineral untuk dilombong.

Jurutera juga akan berbincang dengan ahli geologi dan jurutera lain mengenai
reka bentuk, penyediaan mesin, serta infrastruktur.

Seterusnya, memastikan bahawa peraturan perlombongan dipatuhi, termasuk


prosedur penggunaan dan penjagaan bahan letupan.
 Mengapa saya memilih kerjaya ini
Pendidikan STEM, pendedahan kepada kemahiran proses dan teknikal
disekolah, telah berjaya mencetuskan minat saya terhadap bidang
kejuruteraan hingga berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang
Kejuruteraan Sumber Mineral di Universiti Sains Malaysia. Sifat yang sukakan
cabaran mendorong saya memilih kerjaya ini bagi membuktikan wanita juga
boleh menceburi kerjaya yang berisiko.

 Cabaran kerjaya
“Tangan yang disangka lembut menghayun buaian, menggoncang dunia,
mencipta sejarah..”
Bukan mudah untuk wanita menceburi bidang yang dikuasai lelaki dan
cabaran yang paling sukar adalah supaya diri diterima oleh rakan
sekerja. Wanita bukan sahaja berdepan dengan tanggapan umum
bahawa wanita itu adalah lemah tetapi ia perlu membuktikan
kemampuan yang dimiliki setanding dengan jurutera perlombongan
lelaki yang lain. Pengendalian mesin, bahan letupan dan sample
batuan yang biasanya memerlukan kudrat lelaki, perlulah diuruskan
sendiri.

 Harapan dalam kerjaya

Dengan mengamalkan kualiti kerja yang terbaik, saya berharap agar


mendapat peluang yang terbaik dalam bidang ini sama seperti jurutera lelaki.
Semoga lebih ramai wanita menceburi bidang ini kerana wanita juga mampu
mendepani cabaran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai