Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BRICKFIELDS 2 Kod Sekolah: WBB0045

1. Nama Guru SITI NUR AZERA BINTI AZEMAN

2. Judul DULU AKU SANGAT KAYA 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Sebuah buku e-Book yang berbeza kerana mengisahkan tentang ‘kegagalan’. Kisah-kisah di
dalamnya bukanlah sebagi inspirasi tetapi kisah kehidupan yang dapat dijadikan iktibar. Nama-
nama di dalam kisah ini jarang diketengahkan atau kita baca walaupun mereka semuanya
merupakan bilionair.

Kisah yang dipaparkan dalam buku ini adalah ringkas tetapi padat. Ia mengisahkan awal
kehidupan mereka dari orang biasa atau miskin sehingga menjadi kaya. Tetapi, kemudiannya
telah melakukan kesilapan terbesar dalam kehidupan mereka. Kesilapan-kesilapan inilah yang
diketengahkan dalam buku ini supaya kita dapat mengkaji dan menganalisa perkara tersebut
seterusnya dijadikan iktibar dan panduan dalam hidup kita. Terdapat lima individu yang
diceritakan dalam buku ini.

Pertama,Louis-Joseph Chevrolet yang berasal dari Switzerland. Beliau sangat mahir dalam
bidang kenderaan yang mana penciptaannya
telah banyak memenangi pertandingan dan akhirnya telah menubuhkan syarikat pengeluar kereta
yang terkemuka.Tetapi akhirnya beliau telah jatuh bankrap disebabkan kurang kemahiran dari
segi pengurusan perniagaan.

Kedua, Annie Lebovitz seorang juru gambar terkenal di Amerika yang mendapat bayaran
tertinggi pada zamannya. Tetapi beliau menjalani kehidupan yang terlalu mewah dan leka hingga
berhutang sehingga $USD24 juta dan terpaksa menjual semua koleksi hakciptanya yang diambil
sepanjang 40 tahun tugasannya.

Ketiga, Asil Nadir merupakan orang ke-36 terkaya di Britain yang terlibat dalam pembuatan
pakaian dan pembungkusan. Kehidupan yang mewah terutama berbelanja terhadap kereta
mewah dan jet peribadi menyebabkan kejatuhannya kerana pecah amanah untuk kepentingan
peribadi.

Keempat, Kim Woo Jung pernah mempunyai syarikat terbesar kedua di Korea Selatan iaitu
Daewoo yang menjalankan perniagaan tekstil dan akhirnya berkembang kepada permotoran,
pembuatan kapal, petrochemical, industi pembinaan dan kejuruteraan elektrikal. Pada zaman
kejatuhannya beliau telah melarikan diri ke luar negara kerana hutang yang banyak dan juga
menghadapi tuduhan pecah amanah.

Terakhir, Bernie Madof yang digelar “Bapa Skim cepat Kaya’.Akhirnya telah ditangkap oleh
pihak berkuasa kerana menjalankan urusniaga yang tidak mengikut undang-undang.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Berhati-hati dengan setiap apa yang dilakukan. Kehidupan adalah seperti roda yang sering
berputar. Walau pun duit setinggi gunung jika dikikis hari-hari akan rata juga akhirnya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan. Jika kita tiada ilmu ibarat kapal yang tiada
nakhoda dan terumbang-ambing di tengah lautan yang ganas. Setiap apa yang kita lakukan
mestilah menggunakan akal fikiran yang waras di samping ilmu pengetahuan kerana dengannya
sahaja hidup kita akan sejahtera.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SITI NUR AZERA BINTI AZEMAN ) ( EN ZURAIMI BIN MAHAMUD )

Anda mungkin juga menyukai