Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN

MORAL TAHUN 2021

1. Pada 14 April 2021 hingga 22 April 2021 iaitu sepanjang bulan Ramadhan yang lalu,
Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1 telah mengadakan bulan kerohanian
yang dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Moral dengan jayanya. Dengan
bertemakan “Bersama Mengimarahkan Ramadhan, program tersebut mendapat
kerjasama yang baik daripada semua warga sekolah.Aktiviti-aktiviti tahunan yang
dirancang dalam takwim sekolah dapat dilaksanakan mengikut jadual.

2. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan perasaan hormat
terhadap perayaan agama lain dalam diri setiap pelajar. Selain itu, program ini dapat
memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada murid-murid mengenai agama
Islam.

3. Pertandingan yang dijalankan :

3.1 Semua murid terlibat dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dijalankan. Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 telah mewarna poster yang
mengandungi nilai-nilai Pendidikan Moral. Hadiah disediakan untuk setiap
pemenang bagi Tahap 1 dan Tahap 2.

3.2 Sempena Minggu Bahasa, Panitia Moral mengadakan pertandingan membaca


buku terbanyak dan book review. Hadiah disediakan untuk setiap pemenang tahap
2.

4. Pengenalan kepada alat permainan tradisional :


4.1 Sepanjang bulan kerohanian, murid didedahkan dengan permainan congkak dan
permainan batu seremban. Permainan ini diberi kepada murid bagi memenuhi
masa mereka di waktu pagi sementara menunggu kelas bermula.

5. Pengajaran dan Pembelajaran :


5.1 Penggunaan kad imbas dan dibaca dalam waktu Pendidikan Moral dalam kelas.

Disediakan oleh :

(SRIVIDHYA A/P GOVINDASAMY)


Setiausaha
Panitia Pendidikan Moral 2021
Lampiran

Pertandingan book review Tahap 2

Pertandingan congkak
Pertandingan Mewarna Poster untuk murid Tahap 1 dan 2

Hadiah untuk pemenang setiap pertandingan

Anda mungkin juga menyukai