Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: HANCUR

TEMA: KETAGIHAN DADAH


TUJUAN: MEMBERI KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT TERUTAMANYA
REMAJA UNTUK TIDAK TERJERUMUS PENYALAHGUNAAN DADAH
OBJEKTIF: MEMAPARKAN KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH SEKIRANYA
TIDAK DI BENDUNG LEBIH AWAL
KONSEP: HUBUNGAN ANTARA KELUARGA DAN MASYARAKAT AKAN TERJEJAS
AKIBAT KEGIATAN YANG TIDAK SIHAT
IDEA: KETAGIHAN DADAH ADALAH SATU VIRUS KEPADA MASYARAKAT
TERUTAMANYA GOLONGAN MUDA YANG WUJUD SEJAK DAHULU LAGI, IA
DAPAT DI BUKTIKAN RAMAI REMAJA YANG DISABIT KESALAHAN KERANA
PENYALAHGUNAAN DADAH
WATAK: BRAVO, JIMMY, DAVID, AYZACK, WAZIQ, AHMAD, PENJUAL DADAH
LATAR TEMPAT:

Bravo: Seorang lelaki yang berumur 21 tahun yang hidup bersama ayahnya. Namun setelah
mendapat sebuah pesanan ia berubah dan berperwatakan pelik kerana ketagihan dadah
Jimmy: Merupakan sahabat Bravo yang selalu prihatin akan keadaan Bravo
David: Merupakan sahabat kepada Bravo
Ayzack: Sahabat kepada Bravo yang suka menanyakan soalan
Waziq: Adik kepada Bravo
Ahmad: Ayah kepada Bravo
Penjual Dadah; Menjual dadah kepada Bravo
STORYLINE:

Part 1: Scene 1 (Exposition)


Awal dari kisah ini bermula dengan sekumpulan lelaki yang lepak bersama seperti hari-
hari biasa, mereka berkongsi cerita dan bertukar pendapat akan masalah di sekitar mereka. Bravo
merupakan watak untama dalam kisah ini yang mana dia telah berubah setelah sebuah mesej
yang diterima telah mengubah hidupnya dan berkelakuan pelik sehingga menjadi tanda tanya
kepada sahabatnya yang lain.

Part 1: Scene 2(Rising Action)


Setelah menerima mesej tersebut Bravo mula berjinak-jinak untuk mencuba dadah yang
pada awalnya hanya untuk suka-suka. Namun setelah beberapa bulan sejak kejadian tersebut.
Setelah Bravo bangun dan ingin bersiap untuk keluar keadaan fizikalnya telah berubah. Setelah
melihat ke cermin dia pun menyedari perubahan yang telah berlaku namun dia hanya
memikirkan hasratnya untuk memuaskan dirinya dengan mengambil dadah.
Pintu pun dibuka lalu ditutup kembali dan Bravo terus berjalan ke tempat yang selalu di
kunjungi untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Setelah bebebapa minit berjalan dia bertemu
dengan seorang lelaki yang merupakan pengedar dadah di kawasan tersebut, Bravo terus berjalan
ke tempat yang sunyi dan mula mengambil dadah yang dia dapatkan.
Setelah berasa puas, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi panggilan telefon daripada
sahabatnya Jimmy yang risau kerana tidak mendengar khabar Bravo sejak dari pertemuan
terakhit mereka. Telefon berdering Bravo hanya mengabaikan kerana sudah leka dalam dunianya
sendiri. Oi! Kau buat apa! Suara dari orang yang lalu dikawasan tersebut membuat dia panik dan
segera melarikan diri dan terus berlari hingga ke rumah.
Part 2: Scene 3(Climaks)
Dikeranakan Bravo seorang penganggur dan hanya mengharapkan bapanya untuk dberi
wang, dia berasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki, kerana dia kerap membeli dadah dan
menghabiskan duit yang dia ada. Tekanan yang hebat telah menampar Bravo kerana tidak dapat
memenuhi keinginannya dan mula melakukan masalah. Mereka semua berkumpul di tempat
yang mereka selalu pergi untuk lepak.
Jimmy pun bertanya khabar Bravo namun sikap acuh tak acuh ditunjukkan aku ok masih
hidup lagi Jawab Bravo. Ayzack sentiasa bertanyakan soalan bertalu-talu dan membuat Bravo
tidak tenteram akhirnya mereka bertengkar dan mereka semua pergi meninggalkan Bravo
sendirian kerana kesal dengan sikap yang ditunjukkan sesama sabahat
Setelah sampai dirumah Ahmad yang merupaka ayah Bravo bertanya kenapa kamu
seperti orang lain? Apa yang lain jawab Bravo. Bravo meminta wang dari ayanya namun ditolak
kerana Bravo bersikap boros dan tidak pandai menyinpan wang. Wang pun mau bekira.
Sebenarnya, Ahmad mengetahui kegiatan anaknya yang mengambil dadah dan lantas berkata,
beli dadah lagi! Cukup-cukuplah kau tengok dirimu macam mana hancur! Tiada masa depan!
Suka hatikulah! Bravo menjawab, lalu masuk kebilik sambal menghempas pintu.

Part 3: Scene 4(Falling Problem)


Kesan dadah semakin teruk dan Bravo mengalami kesulitan untuk menghadapinya, setiap
malam badan akan terasa menggigil kerana tidak dapat mengambil dadah. Perasaan yang tidak
tenteram dan selalu resah selalu menyelubungi hidup Bravo sejak dari awal mengambil dadah,
emosi yang kerap kali tidak terkawal menyebabkan dia membuat perkara yang tidak sepatutnya.
Waziq adik kepada Bravo hanya melihat kelakuan abangnya yang semakin teruk dan tidak berani
untuk menegur.
Ketika sedang mandi Bravo teringat semua perkara yang telah dilakukannya, muncul rasa
menyesal yang dalam kerana telah membuat perkara yang sia-sia dan hanya merosakkan diri
sendiri.

Part 3: Scene 5(Conclusion)


Bravo duduk termenung sambal mengenang perkara yang sudah dilakukan olehnya
namun tiba-tiba penglihatannya semakin kabur dia cuba menggapai besi katil untuk berpaut
tetapi tidak sempat lalu pengsan.
Sahabat yang berhasrat untuk mengunjung Bravo telah pergi kerumanya dan meminta
izin kepada Waziq untuk masuk. Setelah menanyakan di mana bilik abangnya, mereka pun
masuk dan terkejut melihat keadaan Bravo yang tidak sedarkan diri. Bravo pun dibawa ke
hospital untuk dirawat.
Part 4: Final Scene
Video kehidupan normal dan bebas daripada dadah

Anda mungkin juga menyukai