Anda di halaman 1dari 2

Ruj. Kami: UT.KORP/1.11 Jld. 9 ( ) hb.

September 2014

Ir. Dr. Mohamad Pauzi bin Abdul Ghani


Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM, skudai
Johor

Tuan,

PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA PERUNDING PROJEK :


”HULL ANALYSIS, OPTIMISATION AND MODEL TESTING FOR 60 METER ANCHOR
HANDLING ANALYSIS TUG FOR THE 1ST MALAYSIA DESIGNED OFFSHORE SUPPORT
VESSEL (OSV) ENTRY POINT PROJECT (EPP)”

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan surat dari Ir. Ahmad Fuaad bin Ahmad Sabki,
No. Rujukan : UTM.J.09.08.02/16.11/74/27.10/3(42), bertarikh 19hb. Ogos 2014 adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Uni-Technologies Sdn. Bhd. dengan ini melantik tuan sebagai
Ketua Perunding Projek bagi kerja perundingan di atas sebagai menggantikan Ketua
Perunding Projek terdahulu iaitu Ir. Ahmad Fuaad bin Ahmad Sabki kerana bersara wajib pada
27hb. Julai 2014.

Sehubungan itu, tuan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Perunding
Projek seperti di Lampiran A dan terma dan syarat perlantikan Ketua Projek terdahlulu tidak
terbatal dan masih diguna pakai terhadap tuan.

Sukacita kiranya pihak tuan dapat mengembalikan surat setuju terima perlantikan (Lampiran B)
setelah menandatangani sebagai tanda setuju terima tawaran projek tersebut untuk tindakan
kami selanjutnya.

Perlantikan ini berkuatkuasa selepas penerimaan surat setuju terima yang telah ditandatangani
oleh tuan. Pihak UTSB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kepercayaan yang telah
diberikan ke atas tuan untuk menjayakan projek perundingan ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

PROF. IR. DR. MOHD AZRAAI BIN KASSIM


Ketua Pegawai Eksekutif

s.k - Ir. Ahmad Fuaad bin Ahmad Sabki


Pusat Teknologi Marin (MTC)
Universiti Teknologi Malaysia

ZMB/nnm
ZMB/nnm

Anda mungkin juga menyukai