Anda di halaman 1dari 2

Daripada: nadiah_rahim@e-warkah.

com
Kepada: encik_faruq@permata-ss.com
Tarikh: 11 Ogos 2016
Subjek: Aduan Mengenai Kebersihan Sekolah

Encik Faruq

Salam sejahtera. Saya, Nadiah, dari kelas 3A2. Merujuk


kepada perkara di atas, saya ingin meluahkan
keprihatinan saya tentang masalah kantin sekolah yang
kotor disebabkan pelajar-pelajar yang tidak
bertanggungjawab dan juga cara-cara untuk mengatasi
masalah ini.

Sesetengah pelajar sekolah kurang prihatin terhadap


kebersihan sekolah. Terdapat banyak pinggan mangkuk
yang kotor terbiar di atas meja dan tiada sikap
tanggungjawab untuk memulangkan pinggan mangkuk kepada
pemilik gerai makanan. Ini menyebabkan burung-burung
yang berdekatan daerah kantin sekolah untuk memakan
sisa makanan tersebut. Oleh it, saya ingin memberikan
saranan bagi mengatasi masalah ini supaya pelajar akan
lebih prihatin terhadap kebersihan kantin sekolah.

Cara pertama yang boleh saya cadangkan adalah setelah


setiap waktu rehat,para pelajar daripada sebuah kelas
akan ditugaskan untuk mengutip sampah dan membersihkan
kantin. Melalui cara ini, para pelajar boleh menjadi
lebih berdikari dan berdisiplin dalam menjaga
kebersihan kantin sekolah. Selain itu, pelajar dapat
mempelajari tentang betapa susahnya seorang pegawai
pembersih membersihkan kantin sekolah yang kotor.
Contohnya,pelajar-pelajar dari kelas 3A2 boleh mengutip
sampah seperti kotak minuman atau botol air yang
ditinggalkan di atas meja makan di kantin. Tambahan
pula, para pelajar pun boleh mengelap meja dan menyapu
lantai kantin agar keadaan menjadi lebih bersih. Dengan
ini,apabila para pelajar ditugaskan untuk mengutip
sampah dan membersihkan kantin, ini akan mengatasi
masalah kantin sekolah kita yang kotor.

Cara kedua ialah tuan boleh memberi tanggungjawab


kepada guru-guru untuk mengawasi kantin sekolah. Dengan
cara ini,guru-guru dapat menangkap pelajar-pelajar yang
kurang prihatin untuk membersihkan kantin sekolah.
Setelah guru menangkap pelajar-pelajar ini, guru
tersebut akan menasihati mereka dan memberi mereka
amaran supaya mereka tidak membuang sampah sembarangan.
Contohnya,guru akan memberi amaran kepada pelajar yang
tidak memulangkan pinggan mangkuk mereka ke gerai yang
sepatutnya. Jikalau pelajar tetap tidak menjalankan
tanggungjawabnya untuk memulangkan lagi, pelajar
tersebut akan didenda untuk mengutip sampah di kantin
selepas tamat waktu sekolah, pada hari tersebut.
Kesimpulannya,melalui saranan ini, pelajar-pelajar akan
bersikap lebih tanggungjawab dan lebih prihatin
terhadap kebersihan kantin sekolah.

Justeru itu, saya berharap bahawa dengan


saranan-saranan ini, kebersihan kantin sekolah kita
akan terjamin. Sekian, terima kasih.

Yang benar
Nadiah Rahim

Dibuat oleh HANNEY ADILAH LENNY SIS

Anda mungkin juga menyukai