Anda di halaman 1dari 3

JURNAL

TAJUK ASPEK KEBERSIHAN (MINGGU 4)


TARIKH 08/01/2023

PERISTIWA DIFOKUSKAN

Sepanjang menjalani praktikum di Sekolah Agama Taman Seri Skudai, saya mendapati ramai
pelajar sekolah itu kurang member tumpuan dalam aspek kebersihan. Kes pertama yang saya kaji
ialah mendapati tahap kebersihan dan keceriaan kelas darjah 4 dan 5 dalam keadaan kurang
memberansangkan. Sewaktu sesi majlis jamuan akhir tahun saya membuat pemerhatian terperinci
terhadap keadaan lantai dan tingkap kelas. Apabila masuk ke kelas, saya melihat banyak sampah
sarap yang bermolekul besar seperti plastik keropok, plastik gula-gula dan plastik air di atas lantai
kelas iaitu di celah meja dan kerusi pelajar dan guru. Selain daripada itu, lantai juga berpasir dan
berdebu. Persekitaran in tidak kondusif dan boleh mengganggu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran didalam kelas.
BISIKAN HATI

Ada hal yang membuat saya lebih hairan iaitu pelajar lelaki suka menjamu makanan menghadap
longkang sedangkan kantin menyediakan meja dan kerusi yang secukupnya untuk menampung
bilangan pelajar tingkatan 4 dan 5 pada waktu rehat. Saya melihat kejadian ini semasa melalui
kawasan jamuan pelajar lelaki yang berkumpul di kantin sekolah. Ramai pelajar lelaki darjah 4 dan
5 lebih suka duduk bercangkung di tepi longkang sejurus sahaja mengambil makanan didalam kelas
walaupun terdapat meja dan kerusi kosong didalam kelas mereka. Apabila saya datang kearah
mereka, mereka tidak menghiraukan kehadiran saya dan terus menikmati makanan yang dibeli
sambil berborak dengan rakan-rakan di kiri, kanan dan hadapan.

PERSEPSI DAN FALSAFAH DIRI KE ATAS PERISTIWA

Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh murid malas untuk
mengemas kelas sebelum atau sewaktu jamuan. Selain itu, saya dapat merasakan bahawa guru
kelas kurang menitikberatkan aspek kebersihan sebelum sesi jamuan akhir tahun. Saya juga dapat
merasakan bahawa murid-murid sudah terbiasa dengan tabiat makan ditepi longkang dan sekolah
pula tidak mengambil tindakan sewajarnya.
KEFAHAMAN / KESEDERAN BARU

Saya terlebih dahulu menyiasat punca-punca masalah yang menyebabkan sebilangan murid
membuat bising. Beberapa persoalan berlegar dalam minda saya:

 Apakah faktor yang menyebabkan murid-murid bising?


 Adakah pengajaran saya tidak menarik?
 Apakah yang menyebabkan mereka berasa bosan?
 Adakah saya menjadi punca berlakunya masalah ini?

Melalui pemerhatian yang berterusan, saya berpendapat bahawa masalah ini berpunca daripada
sikap murid-murid itu sendiri di mana terdapat beberapa orang murid yang suka berbual atau
bersembang semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Punca permasalahan ini
juga mungkin disebabkan daripada penggunaan pendekatan yang kurang menarik dengan sifat
semulajadi murid. Ini menyebabkan timbul rasa bosan dan seterusnya menyebabkan murid
menunjukkan sikap kurang sopan atau tidak menghormati guru semasa berada di dalam kelas.

CADANGAN MEMPERBAIKI KEADAAN

Antara cadangan terbaik saya ialah sekolah perlu mewujudkan anugerah kelas terbersih dan
terceria untuk setiap tingkatan dan mengumumkannya di hadapan perhimpunan serta
memberikan sijil penghargaan kepada kelas yang memperoleh anugrerah kelas terbersih dan
terceria.Selain itu, Sekolah perlu mengadakan ceramah tentang kebersihan kepada semua pelajar
supaya para pelajar sedar tentang kepentingan kebersihan diri, sekolah, tempat tinggal dan
persekitaran.Seterusnya pihak sekolah juga perlu menjadikan kawasan yang berhampiran longkang
kantin sebagai kawasan larangan bagi pelajar.

TINDAKAN AKAN DATANG

Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, saya akan memastikan
pelajar mengutip sampah sarap di atas lantai. Selain itu, saya akan menyuruh pelajar yang
bertugas untuk mengelap tingkap dan membuang sampah sarap ke dalam tong sampah. Masa
yang diambil untuk membersihkan kelas adalah 10 minit sahaja dan saya akan memastikan pelajar
menjalankan kerja dengan pantas dan cepat. Seterusnya, saya juga akan menegur dan menghalau
pelajar supaya masuk ke kelas apabila melihat sesetengah pelajar makan dihadapan tandas pelajar
lelaki.
Disediakan : Disemak oleh :

…………………………………………….. ………………………………...............

(MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS BIN ZAIDI) (PUAN FARIDAH BINTI SURATMAN)


Guru praktikum, Pensyarah penyelia praktikum
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Anda mungkin juga menyukai