Anda di halaman 1dari 2

JURNAL

TAJUK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (MINGGU 3)


TARIKH 15/01/2023

PERISTIWA DIFOKUSKAN

Pada 15 januari hingga 19 januari 2023, berlangsung peperiksaan akhir tahun bagi tahap 1 di
Sekolah Agama Taman Seri Pulai. Saya dan rakan sekerja ditugaskan untuk menjaga kelas secara
rawak yang diduduki peperiksaan oleh murid-murid tersebut. Terdapat pelbagai kerenah dan
ragam murid semasa peperiksaan dijalankan seperti tidak mendengar arahan guru semasa
memberikan perhatian dalam menjawab peperiksaan di dalam kelas. Antaranya murid
berkelakuan bising dan berbual semasa peperiksaan dijalankan. Punca ini berlaku daripada
perbuatan rakan yang meminta jawapan daripada rakan yang lain.

BISIKAN HATI

Saya juga pernah mengalami peristiwa yang sama ketika menghadapi masalah murid yang kerap
bising dan bermain di dalam kelas. Antaranya ketika saya sedang mengajar di dalam kelas
walaupun bukan dalam peperiksaan apa pun, mereka tetap masih berdegil kerana tidak
mematuhi arahan guru di dalam kelas sama seperti menduduki peperiksaan. Saya berasa sangat
hairan dan sukar untuk mengatasi pelajar yang benar-benar mengikuti arahan guru dengan sekali
perintah sahaja.

PERSEPSI DAN FALSAFAH DIRI KE ATAS PERISTIWA

Saya cuba mengatasi pelajar yang bising dan bermain di dalam kelas ketika peperiksaan
dijalankan adalah dengan memberi tindakan kepada mereka iaitu dengan mendenda mereka
membersikan kelas ataupun tandas. Selain itu, saya cuba mengatasi pelajar yang bising dan
bermain di dalam kelas ketika peperiksaan dijalankan adalah dengan memberi tindakan kepada
mereka iaitu melewatkan sedikit untuk pulang ke rumah bertujuan supaya mereka tidak akan
mengulangi kesalahan selepas diperintah oleh gurunya.
KEFAHAMAN / KESEDERAN BARU

Disamping itu, tindakan guru di dalam kelas adalah berkesan apabila mereka dapat mengubah
diri dengan nilai berdisiplin di dalam kelas, maka melatih diri setiap murid sentiasa mengamalkan
nilai murni dalam setiap perkara dan situasa keadaan.

CADANGAN MEMPERBAIKI KEADAAN

Semasa peperiksaan akan datang saya akan mengawasi mereka dengan lebih tegas. Sesiapa yang
tidak memberi kerjasama untuk menjawab peperiksaan dalam keadaan senyap dan berdisiplin
mereka tidak layak untuk masuk dewan untuk menduduki peperiksaan.

TINDAKAN AKAN DATANG

Saya akan bertindak lebih keras terhadap murid-murid yang kerap bermain di dalam kelas
terutama semasa peperiksaan dengan mendenda membersihkan kelas atau tandas ataupun
mengadakan peraturan yang dipersetujui antara guru dan murid supaya mereka tidak
mengulangi kesilapan sepanjang pengajaran dan pembelajaran atau peperiksaan dijalankan akan
datang.

Disediakan : Disemak oleh :

…………………………………………….. ………………………………...............

(MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS BIN ZAIDI) (PUAN FARIDAH BINTI SURATMAN)


Guru praktikum, Pensyarah penyelia praktikum
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Anda mungkin juga menyukai