Anda di halaman 1dari 2

JURNAL

TAJUK PERMAINAN DILARANG KESEKOLAH (MINGGU 3)


TARIKH 05/02/2023

PERISTIWA DIFOKUSKAN

Terdapat segelintir murid yang membawa permainan yang telah dilarang oleh guru di sekolah. Ini
kerana mereka mula berasa bosan apabila sudah masuk minggu-minggu akhir persekolahan dan
sudah menghabiskan peperiksaan akhir tahun mereka pada minggu yang lepas. Guru-guru telah
pun memberi amaran untuk tidak membawa apa sebarang permainan pun disekolah. Tetapi saya
mendapati mereka tetap membawa permainan yang dilarang seperti kad uno, kad terup, ceper
dan ,mainan berbentuk lego yang merupakan mainan yang terkenal sejak dari dulu lagi

BISIKAN HATI

Murid tetap tidak mengendahkan arahan dan guru sedangkan sudah diberikan amaran dan
peringatan supaya tidak membawa sebarang jenis permainan ke sekolah. Saya juga pernah
mengalami peristiwa yang hampir sama seperti ini dimana seorang pelajar membawa mainan dan
bermain di belakang kelas sewaktu saya sebagai guru sedang mengajar dihadapan. Perkara ini
boleh menarik perhatian pelajar lain membuatkan mereka hilang fokus dari gurunya kearah
kawannya itu. Perkara ini tidak akan berlaku jika mereka tidak membawa permainan tersebut

PERSEPSI DAN FALSAFAH DIRI KE ATAS PERISTIWA

Guru mengatasi masalah ini dengan merampas permainan tersebut daripada murid dan
memulangkannya semasa mereka balik. Hal ini bertujuan sebagai pengajaran kepada murid yang
lain bahawa mengikut peraturan itu amatlah penting lebih lebih lagi melibatkan pelbagai jenis
permainan. Saya juga percaya bahawa tindakan ini memberi kesan pada mereka di hari yang akan
datang.

KEFAHAMAN / KESEDERAN BARU

Selanjutnya, tindakan guru yang tegas ini berkesan apabila mereka mula mendengar kata guru
mereka dengan baik setelah diberi amaran keras. Justeru dengan perubahan tingkahlaku mereka
ini, ia jelas menunjukkan bahawa guru tidak seharusnya perlu berlembut setiap masa bersama
murid-muridnya. Sifat tegas itu juga perlu ada didalam mendidik anak-anak muda masa kini.

CADANGAN MEMPERBAIKI KEADAAN

Guru sepatutnya melakukan spot check beg murid-murid didalam setiap kelas bagi memastikan
mereka tidak membawa permainan atau gajet yang dilarang oleh guru ke sekolah. Apabila barang
tersebut dijumpai hendaklah ia dirampas dan dipulangkan sewaktu murid pulang ke rumah nanti.
Ini sebagai pengajaran kepada mereka dan murid yang lain.

TINDAKAN AKAN DATANG

Saya akan bertindak lebih tegas terhadap murid-murid yang kerap bermain di dalam kelas
terutama ketika tarikh peperiksaan sudah hampir dengan mendenda beridir diluar kelas ataupun
membincangkan peraturan yang dipersetujui antara guru dan murid supaya mereka tidak
mengulangi kesilapan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas pada masa
akan datang.

Disediakan : Disemak oleh :

…………………………………………….. ………………………………...............

(MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS BIN ZAIDI) (PUAN FARIDAH BINTI SURATMAN)


Guru praktikum, Pensyarah penyelia praktikum
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Anda mungkin juga menyukai