Anda di halaman 1dari 4

PERIBAHASA ting 1- ting 3

CONTOH PERIBAHASA POPULAR (Dalam Buku Teks BM)


Tingkatan 1

1. Bagai aur dengan tebing/Saling bekerjasama/hidup bantu-


membantu

2. Bagai menatang minyak yang penuh/Melakukan sesuatu


dengan penuh berhati-hati
3. Seperti murai dicabut ekor Riuh/ bercakap tidak berhenti-
henti
4. Seperti lipas kudung/Bergerak dengan pantas
5. Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi
masak/Melakukan satu kerja sambilan sementara menunggu
hasil daripada kerja utama
6. Indah khabar dari rupa/Gambaran yang berlebih-lebihan
atau tidak benar
tentang sesuatu perkara
7. Jauhari juga yang mengenal manikam/Hanya seseorang
yang pakar dalam sesuatu bidang
akan memahami keistimewaan sesuatu benda itu
8. Ukur baju di badan sendiri/Lakukan sesuatu yang sejajar
dengan kemampuan
diri
9. Biar putih tulang, jangan putih mata/Tidak berputus asa
atau pantang menyerah sehingga ke penghujung nyawa
10. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan
diduga/Jangan cuba sesuatu atau menceburi sesuatu bidang
sekiranya kelengkapan diri tidak mencukupi
CONTOH PERIBAHASA POPULAR (Dalam Buku Teks BM)
Tingkatan 2

1. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain/Usaha gigih


yang berterusan akhirnya akan membawa kejayaan

2. Genggam bara api biar sampai jadi arang/Jangan berputus


asa atau meninggalkan sesuatu
pekerjaan itu di pertengahan jalan. Sebaliknya hadapi segala
cabaran hingga berjaya

3. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal


lengan/Alang-alang melakukan sesuatu pekerjaan, lakukannya
dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya

4. Bidan terjun/Seseorang yang terpaksa memikul tugas orang


lain kerana desakan keadaan

5. Tangkai jering/Sangat kedekut

6. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah/Sama taraf atau


darjat

7. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat


sagunya/Hasil tidak mungkin diperoleh tanpa usaha

8. Seperti embun di hujung rumput/Sesuatu yang sementara


atau tidak berkekalan

9. Bau-bau bacang/Persaudaraan jauh

10. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal/Menerima


sesuatu pada masa yang tepat

CONTOH PERIBAHASA POPULAR (Dalam Buku Teks BM)


Tingkatan 3

1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan/Pasti ada


penyelesaian bagi mereka yang benar-benar mencuba

2. Seperti ikan pulang ke lubuk/Kembali ke tempat asal

3. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/Gagal


memperoleh perkara yang dihajati manakala perkara yang
dimiliki pula terlepas tangan

4. Sambil menyelam minum air/Melakukan dua kerja pada


masa yang sama

5. Tiada rotan akar pun berguna/Bergantung kepada sesuatu


yang kurang sempurna
kerana sumber sebenarnya tidak ada

6. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya/Darjat atau


kedudukan seseorang itu tidak akan berkurangan semata-mata
kerana dia merendahkan diri

7. Kalau tidak kerana angin masakan pokok


bergoyang/Sesuatu perkara itu tidak akan diperkatakan orang
jika tiada kebenarannya

8. Biar mati anak jangan mati adat/Sanggup berkorban apa


sahaja demi mempertahanakan
adat

9. Ayam tambatan/Orang kuat atau orang yang menjadi


harapan

10. Otak cair/Sangat pandai

Anda mungkin juga menyukai