Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MELUKIS

1. Syarat

● Anda dikehendaki melukis dan mewarna lukisan di dalam kertas bersaiz A4.
● Sila tulis maklumat berikut di bahagian kanan atas kertas lukisan.
o Nama penuh:
o Umur:
o Kategori:
(Perhatian: Kategori A: 5 – 6 tahun, Kategori B: 7 – 9 tahun , Kategori C: 10 – 12
tahun)

● Anda bebas menggunakan peralatan mewarna seperti pensel warna, krayon, oil pastel,
pen, warna air dan lain-lain. Penggunaan perisian komputer atau digital tidak
dibenarkan.

● Berseronoklah mewarnakan karya anda mengikut citarasa dan kreativiti sambil


berbincang dengan ibubapa tentang lukisan yang boleh dihasilkan mengikut tema
pertandingan: “Ramadan Mendidik Erti Memberi”.

2. Pemarkahan

Karya anda akan dinilai berdasarkan kekemasan, tona warna, idea, kreativiti dan
mengikut tema.

3. Imbas (Scan) atau ambil gambar (snap) hasil lukisan

Setelah selesai melukis dan mewarna, sila imbas (scan) atau ambil gambar (snap) hasil
karya anda.

4. Daftar dan hantar karya anda

Sila daftar butiran dan muatnaik hasil karya anda menerusi ruang yang disediakan dalam
borang pendaftaran selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023 (Jumaat) sebelum jam 5:00
petang.

Link pendaftaran: https://www.haluan.org.my/event/rmc2023


5. Keputusan

Pemenang akan diumumkan di Facebook dan Instagram Haluanita pada 8 April 2023.
Pihak penganjur akan menghubungi ibubapa/penjaga pemenang bagi urusan
penyerahan hadiah.

Anda mungkin juga menyukai