Anda di halaman 1dari 7

Futurisme

KGR1273 SEJARAH SENIREKA GRAFIK

Noor Sara Sofea Binti Noor Azrie | 1082022090019| Puan Norhidayah Binti Abdullah
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

DEFINISI FUTURISME 2

SEJARAH FUTURISME 2

KONSEP FUTURISME 3

CIRI-CIRI FUTURISME 3

TOKOH-TOKOH FUTURISME 3-5

RUJUKAN 6

PAGE 1
DEFINISI FUTURISME
Futurisme berasal daripada bahasa Perancis ‘Futur’ dan bahasa Inggeris ‘Future’ yang
bermaksud ‘masa depan’. Selain itu, Futurisme juga merupakan gerakan avant-garde yang wujud
di Itali pada abad ke-20.

Aliran Futurisme ini juga mementingkan elemen kemajuan teknologi dan pembangunan
ketamadunan manusia yang pesat.

Ahli Futuris ( seniman-seniman Futurisme ) mengambil berat tentang sains, teknologi dan
kemodenan namun mereka benci akan tradisi masa lalu dan menganggapnya sebagai halangan
untuk kemajuan.

Futurisme juga merupakan aliran seni yang mengembangkan Tipografi sebagai elemen ekspresi
dalam suatu karya.

SEJARAH FUTURISME
− Futurisme merupakan gerakan avant-garde yang ditubuhkan di Milan oleh Filippo
Tommaso Marinett

− Gerakan ini dicetus dari karya ‘Manifesto of Futurism’ oleh Marinetti yang diterbitkan
pada 20 Febuari 1909 yang diterbitkan oleh
akhbar Paris Le Figaro.

− Gerakan ini disertai oleh Umberto Bocciani,


Carlo Carra, Giacomo Balla, Gino Severini, dan
Luigi Russolo.

− Selepas perang dunia pertama bermula, ramai


artis Futurisme menyokong Fusisme dan mula
mengikuti aliran Kubisme yang menyebabkan
aliran Futurisme semakin pudar. Namun,
selepas perang dunia tamat, Marinetti Berjaya
menghidupkan Kembali aliran Futurisme.

− Ahli sejarah kemudiannya mengklasifikasikan


sejarah Futurisme kepada beberapa dekad.
Dekad pertama dirujuk sebagai dinamisme plastic. Dekan kedua dirujuk sebagai seni
mekanikal yang bermula pada tahun 1920-an.

PAGE 2
KONSEP FUTURISME
− Penggunaan cahaya dan gerakan untuk memaparkan sensasi dinamik

− Mengaplikasikan bentuk kubus yang dinspirasikan dari Kubisme

− Penyusunan Tipografi yang kelihatan dinamik dan moden

CIRI-CIRI FUTURISME
− Seninya kontras dari seni tradisional klasik

− Menggunakan pelbagai Teknik dan gaya baharu mengikut peredaran zaman

− Mengandungi elemen kehidupan zaman moden baharu (contohnya, industri, kereta, dan
teknologi-teknologi moden lain)

− Mempunyai kesan cepat dan bertenaga

− Penggunaan Tipografi sebagai elemen ekspresif

− Karya seni Futurisme menggunakan pelbagai perspektif dan sudut pandangan.

TOKOH-TOKOH FUTURISME
FILIPPO TOMMASO MARINETTI

− Marinetti adalah pencetus aliran futurisme yang mula-mula


memperkenalkan dan menyebarkan idea-ideanya tentang seni
daripada insiden kecil ketika dia memandu.

− Selain menjadi pencetus aliran futurisme, Marinetti merupakan


seorang penyair yang dilahirkan di Mesir pada tahun 1876. Ketika
mencetuskan aliran futurisme ini, ada satu kenyataan yang cukup
terkenal dalam manifesto yang disiarkannya di akhbar.

− "Menyerang masa lalu dan menegakkan kehidupan pada masa kini telah berubah dengan
ketara oleh sains dan teknologi moden." Dengan kenyataan ini, Marinetti berjaya
menjalinkan kerjasama dengan beberapa artis yang turut menggunakan aliran futurisme
yang tercetus ketika itu

PAGE 3
Rajah 1 Antara karya-karya Futurisme Marinetti

CARLO CARRA

− Seorang lagi tokoh yang berpengaruh dalam kelahiran dan


penyebaran futurisme ialah Carlo Carra. Carra merupakan salah
seorang artis yang segera menyertai aliran futurisme, selepas
Marinetti menyebarkan futurisme melalui manifesto dalam
sebuah akhbar.

− Walaupun telah menyumbang dan memainkan peranan utama


dalam penyebaran futurisme, sebelum ini Carlo Carra pernah
menjadi penyokong tradisi seni di Itali dan pernah melukis untuk
Giotto.

− Selain melukis dengan Giotto, Carlo Carra juga pernah melihat karya post-impresionis
seperti Turner, Cezanne, Gauguin dan Constable. Walaupun dia pernah menyokong
sekolah seni tradisional, Carra akhirnya menjadi seorang artis yang mengambil bahagian
dalam futurisme sejak awal genre ini.

PAGE 4
Rajah 2 Antara karya-karya Futurisme Carlo

GINO SEVERINI

− Mempunyai perhatian yang besar terhadap


cahaya dan kubisme, Severini adalah salah
seorang artis yang memainkan peranan
dalam penyebaran futurisme. Sama seperti
Carlo Carra, Severini juga sempat belajar
secara langsung daripada artis impresionis.

− Gino Severini merupakan salah seorang artis


yang menyertai aliran futurisme pada zaman
awal Futurisme yang disebarkan dan
dicetuskan oleh Marinetti.

− Sebelum menyertai aliran futurisme bersama artis lain, Severini telah mempelajari teori
warna yang mengubah persepsi pelukis impresionis.

− Teori warna yang dikajinya membincangkan kebebasan warna, sebagai elemen bebas
yang bukan sekadar label untuk perkara lain. Namun begitu, warna juga berfungsi
sebagai unsur seni.

Rajah 3 Antara karya-karya Futurisme Gino

PAGE 5
RUJUKAN
− https://www.gramedia.com/literasi/aliran-futurisme/

− https://ms1.warbletoncouncil.org/caracteristicas-del-futurismo-15741#menu-6

− https://ms.wikipedia.org/wiki/Futurisme

PAGE 6

Anda mungkin juga menyukai