Anda di halaman 1dari 3

SOALAN

PENUBUHAN

1) Boleh puan ceritakan sejarah penubuhan PDK ini?


2) Apakah tujuan utama PDK ini ditubuhkan?
3) Apakah visi dan misi yang ingin dicapai oleh pihak PDK?
4) Berapa kos yang diperlukan untuk seseorang perlukan untuk membuka/memulakan
perkhidmatan PDK ini?

PENGURUSAN

1) Bolehkah kami dapatkan carta organisasi di sini?


2) Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan kemasukan kanak-kanak di sini?
3) Adakah pihak PDK menerima sekiranya terdapat agensi atau badan luar yang
hendak melakukan kolaborasi bersama bagi menjalankan sesuatu program?
4) Bolehkah kami tahu rutin harian kanak-kanak disini?
5) Apakah aktiviti yang dijalankan bagi memenuhi masa terluang?
6) Apakah cabaran yang dihadapi oleh pengurusan PDK dalam menguruskan
kanak-kanak disini?
7) Apakah pendekatan yang digunakan bagi menangani masalah tersebut?
8) Sekiranya terdapat pihak luar yang hendak menyalurkan atau memberi sumbangan,
adakah pihak PDK menerimanyaa?

SAIZ RUANG

1) Berapakah keluasan setiap ruang yang terdapat di PDK ini?


2) Adakah setiap ruang tersebut mempunyai saiz keluasan yang berbeza?

GAJI

1) Berapakah gaji minimum pekerja setiap bulan?


2) Berapakah gaji permulaan bagi pekerja yang baru bekerja di PDK ini?

KOS

1) Berapakah anggaran kos pembinaan sebuah institusi PDK?


2) Berapakah anggaran kos perbelanjaan bagi setiap penghuni?
3) Jumlah kos perbelanjaan bahan mentah untuk menampung semua penghuni pusat?
4) Adakah kos perubatan seperti ubat-ubatan dan peralatan perubatan ditanggung oleh
kerajaan?
5) Adakah bil api dan air ditanggung oleh pusat atau kerajaan sepenuhnya?
PEMAKANAN

1) Apakah menu yang disediakan untuk penghuni di sini ?


2) Berapa kali sehari diorang makan ?
3) Adakah menu yang disediakan mengikut jadual yang telah ditetapkan ?

KESELAMATAN

1) Bagaimanakah puan mengawasi keselamatan kanak-kanak di PDK ini ?


2) Adakah di PDK ini dilengkapi CCTV untuk keselamatan kanak-kanak dan pekerja ?

PENGHUNI

1) Berapakah bilangan penghuni yang menerima perkhidmatan yang disediakan disini?


2) Apakah jenis kategori yang diterima untuk masuk ke PDK ini? (Dari segi umur,
keupayaan, penyakit yang dihadapi, jenis kecacatan dan sebagainya)
3) Apakah target pihak pengurasan terhadap kemampuan atau kepakaran penghuni di
sini sekiranya mereka keluar daripada tempat ini nanti?
4) Adakah pihak pengurusan turut menyediakan terapi yang berkaitan kepada penghuni
disini. (Contohnya bagi orang autisme dia ada terapi yang perlu diambil)
5) Apakah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk masuk kesini ?
6) Adakah terdapat prosedur untuk masuk kesini ?
7) Apakah cabaran yang perlu diatasi oleh pihak PDK mengenai penghuni disini ?
8) Apakah pencapaian yang tertinggi oleh penghuni disini ?
9) Bagaimana cara pihak PDK mengasah bakat penghuni baharu mahupun yang sedia
ada ?
10) Apakah jaminan pihak PDK setelah penghuni ini keluar dari sini ?

PEKERJA

1) Apakah syarat utama untuk bekerja di PDK?


2) Adakah bilangan pekerja yang bekerja sekarang dapat menampung kerja di PDK?
3) Berapakah bilangan pekerja lelaki dan pekerja perempuan di PDK?
4) Berapakah had umur bagi pekerja yang bekerja di PDK?
5) Apakah latihan kemahiran yang disediakan kepada pekerja ?

FASILITI

1) Apakah kemudahan yang telah disediakan disini ?


2) Adakah kemudahan tersebut mencukupi untuk semua ?
3) Apakah fasiliti lain yang mungkin diperlukan oleh pihak PDK ?
4) Adakah fasiliti yang sedia ada telah diselenggara secara berkala oleh pihak PDK ?

KESIHATAN

1) Adakah tahap keadaan kesihatan menjadi syarat bagi kemasukan ke PDK?


2) Berapa kerap pemeriksaan kesihatan berkala dilakukan keatas setiap penghuni
PDK?
3) Apakah rawatan kesihatan yang sering dilakukan keatas setiap penghuni PDK?
4) Adakah PDK itu sendiri mempunyai kakitangan kesihatan dari KKM yang berkhidmat
di PDK?
5) Adakah sesebuah PDK itu terbuka kepada mana-mana hospital dan klinik atau
terikat dengan satu pusat sahaja?
6) Berapa kerap latihan akan diberikan kepada penjaga di PDK oleh kakitangan
kesihatan?
7) Adakah sebarang tindakan berkenaan kesihatan penghuni PDK perlu pengawasan
kakitangan kesihatan?
8) Sekiranya berlaku sebarang kesilapan atau kemalangan disebabkan oleh penjaga,
apakah tindakan yang akan diambil?

Anda mungkin juga menyukai