Anda di halaman 1dari 1

NOR NADIA SYAHIRAH BT MOHAMMAD

NO 505 BLOK F-08


FLAT SEKSYEN 2, WANGSA MAJU
54000 W. PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
__________________________________________________________________________________
PENGURUS DOLLY DIM SUM
NU SENTRAL, LG-43
201, JALAN TUN SAMBATHAN,
50470 W. PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 17 MAC 2023
Tuan,

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Adalah saya, Nor Nadia Syahirah Bt
Mohammad, berjawatan Waiter di Dolly Dim Sum Cawangan NU Sentral, dengan rasa rendah dirinya
ingin memohon cuti tanpa gaji di atas masalah kesihatan.
2. Tujuan utama saya memohon cuti tanpa gaji ini adalah kerana saya sedang mengalami
‘morning sickness’ dan alahan yang teruk disebabkan saya sedang mengandung anak sulung saya.
Keadaan saya ini juga telah menyebabkan saya mudah berasa mual dan kerap muntah apabila terbau
makanan dan juga hilang selera makan. Selain daripada itu, saya juga kerap mengalami masalah mual
dan muntah apabila saya makanan makanan yang tertentu, dan keadaan ini menyebabkan saya tidak
bertenaga untuk bekerja dan terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur
beberapa hari lalu.
3. Menurut doktor yang merawat saya di Hospital Kuala Lumpur, simptom-simptom ini
kebiasaannya akan terjadi kepada wanita-wanita yang mengandung anak pertama di dalam ‘first
trimester’. Kebiasaannya simptom ini akan hilang setelah kandungan memasuki usia ‘second
trimester’.
5. Berikut adalah butiran permohonan cuti saya:
Tarikh: 19 Mac 2023-26 April 2023
Akhir kata, saya memohon agar pihak tuan boleh mempertimbangkan permohonan cuti saya.
Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai dan segala kesulitan yang dialami daripada
permohonan saya ini amatlah saya kesali.

Yang Benar,

_____________________
(NOR NADIA SYAHIRAH BT MOHAMMAD)
WAITRESS, DOLLY DIM SUM NU SENTRAL

Anda mungkin juga menyukai