Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Objektif 1-2

3.0 Keselamatan 2

4.0 Peralatan dan Bahan Kerja 2-3

5.0 Lukisan Kerja 4-5

6.0 Interpretasi Lukisan 6-10

7.0 Prosedur Kerja 11-15

8.0 Pemerhatian 16

9.0 Keputusan 16

10.0 Kesimpulan 17

11.0 Rujukan 17
1.0 Pengenalan

Mesin CNC adalah mesin yang digunakan untuk mengawal sesebuah mesin secara
automatik di dalam sesebuah industri. CNC atau dikenali sebagai Computer Numerical
Control merupakan sebuah mesin yang dikawal dengan menggunakan angka numerikal
komputer yang mampu membaca arahan kod seperti kod M, kod G, kod T dan lain-lain lagi.
Kod-kod ini berfungsi untuk memberi arahan kepada mesin supaya ia beroperasi mengikut
program yang telah diaturkan. Dengan mesin CNC, ketelitian sesuatu produk dijamin
sehingga 0.001mm tepat dan masa pemesinan yang dijalankan lebih cepat berbanding mesin
kejuruteraan konvensional. Salah satu fungsi mesin CNC adalah untuk menggantikan kerja
operator mesin seperti kerja menyelaras alat atau mengatur pergerakan mesin untuk
melakukan kerja pemotongan.

Di dalam operasi pemesinan, mesin larik CNC merupakan salah satu proses yang
digunakan untuk membentuk komponen berbentuk silinder, di mana alat pemotong bergerak
dalam keadaan lurus (linear) manakala bahan kerja dalam keadaan berpusing. Pusingan bahan
kerja adalah untuk mengurangkan diameter bahan kerja mengikut dimensi yang diinginkan
dan menghasilkan permukaan bahan kerja yang halus dengan menggunakan alat pemotong.
Pergerakan alat pemotong telah dikod atau diaturcara melalui computer untuk melakukan
kerja memotong seperti yang diinginkan. Di dalam makmal ini, jenama mesin yang telah
digunakan untuk melakukan operasi pemesinan adalah jenama Mazak dan software untuk
membuat kod aturcara adalah dengan menggunakan software Mazatrol.

2.0 Objektif

Objektif bagi pelaksanaan tugasan ini adalah pelajar dapat :

a. Mengetahui fungsi bagi setiap bahagian CNC mesin larik serta kaedah
penggunaan CNC mesin larik dengan betul berdasarkan Standard Operating
Procedure (SOP).

b. Mengetahui kaedah untuk membuat aturcara atau kod program bagi CNC
mesin larik dengan cara yang betul.

1
c. Menggunakan CNC mesin larik dengan cara-cara yang betul dan selamat
mengikut Standard Operating Procedure (SOP).

3.0 Keselamatan
1. Memakai cermin mata keselamatan semasa mengendalikan mesin larik CNC.
2. Dilarang memakai sebarang barang perhiasan seperti cincin, gelang tangan, jam
tangan dan sebagainya semasa mengendalikan mesin larik CNC.
3. Sentiasa memakai pakaian bengkel semasa berada di dalam makmal pemesinan.
Baju lengan yang labuh hendaklah dilipat sehingga paras siku semasa
mengendalikan mesin larik CNC.
4. Sentiasa memakai kasut keselamatan semasa mengendalikan mesin larik CNC.
5. Pastikan alatan tangan yang telah diguna dibersihkan dan disimpan pada tempat
yang telah disediakan.
6. Pastikan mesin dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan sebelum
menggunakan mesin larik CNC dan butang kecemasan (Emergency Button) dapat
digunakan.
7. Pastikan bahan kerja diikat dengan kuat dan kemas pada bahagian chuck supaya
bahan kerja tidak tercabut daripada chuck.
8. Pastikan mata alat yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat untuk
digunakan.
9. Bersihkan peralatan dan mesin selepas digunakan. Pastikan habuk dan lebihan
tatal dibersihkan.
10. Pasti pengudaraan dan pencahayaan bengkel dalam keadaan baik.
11. Dilarang bergurau sesama rakan-rakan ketika mengendalikan mesin larik CNC.

4.0 Peralatan dan Bahan Kerja

Peralatan Kegunaan

 Mengukur diameter dalam dan


luar, mengukur kedalaman
lubang dan panjang pada bahan
Angkup Vernier

2
kerja.
 Memotong atau membentuk
bahan kerja.
 Melakukan proses facing,
turning, threading, boring,
tapering dan drilling pada bahan
kerja menggunakan kod aturcara

Mesin Larik CNC komputer.

 Sebagai bahan mentah atau


bahan kerja untuk menghasilkan
produk yang diinginkan.

Aluminium Berbentuk Silinder


 Mengikir bahan kerja untuk
membuang lebihan logam yang
terdapat pada bucu bahan kerja

Kikir
 Mengukur panjang bahan kerja
semasa memasang bahan kerja
pada chuck mesin larik CNC.

Pembaris Besi

3
5.0 Lukisan Kerja

4
5
6.0 Interpretasi Lukisan

Pasu Bunga

1. Bahan yang digunakan bagi menghasilkan produk ini adalah bahan daripada
Aluminium.
2. Panjang keseluruhan bahan kerja adalah 80mm dan berdiameter 50mm.
3. Ukuran bahan kerja dalam unit milimeter (mm) dan mempunyai tolerance
sebanyak ±0.50mm.
4. Proses yang perlu dilakukan ialah facing, grooving, drilling, boring,
threading, dan tapering.
5. Membuat aturcara program bagi lukisan dengan menggunakan Mazatrol
Software.

Batang Bunga

1. Bahan yang digunakan bagi menghasilkan produk ini adalah bahan daripada
Aluminium.
2. Panjang keseluruhan bahan kerja adalah 85mm dan berdiameter 12.50mm.
3. Ukuran bahan kerja dalam unit milimeter (mm) dan mempunyai tolerance
sebanyak ±0.50mm.
4. Proses yang perlu dilakukan dalam menghasilkan produk ini adalah facing dan
threading.
5. Membuat aturcara program bagi lukisan dengan menggunakan Mazatrol
Software.

6
Pasu Bunga

Bahagian Hadapan

Kod Aturcara Program pada Bahagian Hadapan Bahan Kerja

7
Gambar Lukisan pada Bahagian Hadapan Bahan Kerja mengikut Aturcara Program yang
telah dirangka

Bahagian Belakang

Kod Aturcara Program pada Bahagian Belakang Bahan Kerja

8
Gambar Lukisan pada Bahagian Belakang Bahan Kerja mengikut Aturcara Program yang
telah dirangka

Batang Bunga

Kod Aturcara Program bagi Batang Bunga

9
Gambar Lukisan bagi Batang Bunga mengikut Aturcara Program yang telah dirangka

10
7.0 Prosedur Kerja

1. Memotong bahan kerja mengikut saiz yang ditetapkan dengan menggunakan


Horizontal Band Saw Machine. Bahan kerja dipotong melebihi ukuran sebenar
iaitu:
 Pasu Bunga: Panjang 80mm dan diameter 50mm.
 Batang Bunga: Panjang 85mm dan diameter 12mm.

2. Bahagian tepi bahan kerja dikikir dengan menggunakan kikir agar permukaan
aluminium tidak mempunyai lebihan logam akibat daripada proses
pemotongan bahan kerja menggunakan Horizontal Band Saw Machine.

11
3. Pastikan Mesin CNC Larik dalam keadaan yang selamat untuk digunakan
serta butang kecemasan (Emergency Stop Button) pada mesin dapat digunakan
dan hidupkan (switch on) mesin larik CNC.
4. Prosedur untuk coding :

NO PROSEDUR GAMBAR
i. Tekan butang hijau (green button) pada bahagian
display monitor sehingga mesin sedia untuk
digunakan.

Green Button
ii. Tekan home button (position) dan pilih PROG button.

Display Button
iii. Pilih EDIT MODE, kemudian DIR button.

12
Display Button untuk EDIT
MODE dan DIR.

iv.
Masukkan kod aturcara yang telah dirangka, kemudian tekan PAGE button.

v. Masukkan data alphanumeric, pilih EOB (end of aj


block) dan INSERT button.

Monitor display untuk coding


program.

vi. Langkah i-vi diulang sehingga semua aturcara program dimasukkan.

vii. Setelah selesai memasukkan data, pilih tool path


button kemudian PART SHAPE dan pilih continue
path untuk melihat simulasi lukisan berdasarkan data
yang dimasukkan.
Display Button untuk simulasi
lukisan.

5. Letakkan bahan kerja pada bahagian chuck mesin dan ketatkan bahan kerja
dengan menggunakan Clamp Press Button.

13
6. Setelah bahan kerja dipasang dengan betul, tutup pintu mesin.
7. Kemudian, pilih dan tekan butang change tool button untuk memlih jenis
mata alat yang sesuai untuk permulaan proses. Pada butang ini, ia boleh
menukar cara pergerakan turret iaitu:
 F (Forward) : menggerakkan turret secara ke hadapan.
 R (Reverse) : menggerakkan turret secara ke belakang.

8. Pilih rapid button dan gerakkan mata alat sehingga dekat dengan bahan kerja
dan pilih HANDLE Z button, kemudian HANDLEx100 button dan HANDLE X
button sehingga mata alat bersentuh dengan paksi Z.

14
9. Kembali kepada Home Position dengan menekan butang HOME sebelum
memulakan proses pemesinan bahan kerja.

10. Prosedur untuk memulakan proses pemesinan pada bahan kerja:

NO PROSEDUR GAMBAR

i. Tekan butang MEMORY, kemudian tekan butang


SINGLE, untuk melakukan kerja pemesinan secara
Single Block bagi melihat kedudukan datum pada mata
alat.

Single Block Button

15
ii. Tekan green button untuk memulakan proses
pemesinan secara automatik. Tunggu sehingga proses
pemesinan selesai sehingga proses finishing bahan
kerja.

Green Button untuk memulakan


proses pemesinan

8.0 Pemerhatian

Berdasarkan kerja amali yang telah dijalankan, terdapat beberapa aspek


keselamatan yang penting yang perlu dipatuhi bagi mengelak daripada berlakunya
kemalangan atau kecederaan. Sebelum memulakan kerja-kerja pemesinan, keadaan
mesin haruslah diperiksa sama ada boleh digunakan atau tidak. Selain itu, saya dapat
mempelajari tentang penggunaan software Mazatrol bagi membuat aturcara program
dengan menggunakan perisian Mazatrol untuk menghasilkan produk menggunakan
mesin larik CNC.

Di dalam kerja amali ini juga, saya telah didedahkan untuk mengenalpasti
lukisan dan proses yang perlu dilakukan untuk menghasilkan produk mengikut
lukisan yang telah diberikan. Perkara ini sangat penting kerana ia dapat mengatur
jenis mata alat yang perlu digunakan bagi setiap proses yang ingin dilakukan. Selain
itu, saya juga dapat mengenali setiap butang yang terdapat pada panel kawalan yang
terdapat pada mesin larik CNC ini. Seterusnya, dalam kerja amali ini saya juga dapat
menggunakan peralatan pengukuran seperti angkup vernier dan mengetahui fungsi
dan cara membaca ukuran menggunakan alat pengukur ini.

9.0 Keputusan

16
10.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, dalam mengendalikan mesin larik CNC ini, pelajar dapat


mengetahui aspek keselamatan semasa mengendalikan mesin larik CNC ini. Selain
itu, pelajar dapat memahami proses untuk membuat kod aturcara program di mana ia
perlu diketahui sebelum memulakan kerja pemesinan bahan kerja menggunakan
mesin larik CNC. Kesilapan dalam merangka kod aturcara program akan memberi
kesan kepada penghasilan bahan kerja yang tidak menepati kriteria atau spesifikasi
mengikut lukisan yang telah diberikan. Di samping itu, mesin CNC Turning perlu
mengikut operasi yang betul berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) yang
ditetapkan. Bagi mengelak berlakunya kerosakkan atau kemalangan, peraturan dan
SOP mesin perlu diikuti. Jika terdapat sebarang kerosakkan, pelajar haruslah
memaklumkan perkara tersebut kepada pensyarah atau pembantu makmal.

11.0 Rujukan

Sumber Internet

17
 Aneesa Muthana. (2016). What is CNC Turning? Dicapai daripada
http://www.pioneerserviceinc.com/what-is-cnc-turning/
 Tauqeer Ahmad Khan. (2013). Introduction to lathe machine. Dicapai daripada
https://www.slideshare.net/umairahmad77985741/introduction-to-lathe-machine
 Shuhairi Hj Mohd. Samsudin. (2012). Mesin larik cnc. Dicapai daripada
https://www.slideshare.net/hairiJKM/mesin-larik-cnc-slideshow

18

Anda mungkin juga menyukai