Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI

KURSUS : KHIDMAT KOMUNITI


(KOD : MPU 2412)
SEMESTER 2 / SESI PENGAJIAN 2023
TAHUN 1 DIPLOMA
__________________________________________________________

“LAPORAN PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI”

KATEGORI PROJEK

PERLAKSANAAN KEMUDAHAN AWAM/BANGUNAN AWAM/RUMAH IBADAH

ANJURAN:

KUMPULAN PELATIH TAHUN 1 DIPLOMA PEMESINAN INDUSTRI

SENARAI AHLI KUMPULAN:

NO KAD
BIL NAMA AHLI KUMPULAN
PENGENALAN
1 MUHAMMAD HUZAIRY BIN MOHD THES 041120-01-1873

2 MUHAMMAD FUAD AMIN BIN SAHBUDIN 041108-01-1379

3 MOHAMAD AIMAN BIN MOHD FUAD 040626-01-1411

4 AMIRUL MUIZ BIN MD NIZAM 041211-01-0841


MUHAMMAD NASSRY AZMIEZAN BIN
5 040611-01-0555
A.SAMAD
MEOR AHMAD DANIAL BIN MEOR AHMAD
6 040806-14-0069
RIDAUDDIN
7 HELMI BIN MOHD HASSAN 040223010887
1.0 MAKLUMAT AKTIVITI

1.1 Tarikh : 19 / 1 / 2023


1.2 Masa : 8:00 am – 5:00 pm
1.3 Tempat : Kampung Lukut

2.0 OBJEKTIF AKTIVITI

2.1 Memberi kesedaran di kalangan pelajar untuk menjaga persekitaran sekeliling


2.2 Menanam rasa tanggungjawab di kalangan pelajar untuk bertindak dan mengambil
bahagian dalam menjalankan aktiviti bersama masyarakat
2.3 Membimbing pelajar dengan memberikan panduan menjaga persekitaran dengan
melaksanakan amalan mesra alam
2.4 Meningkatkan keprihatinan pelajar agar menjadikan persekitaran sebagai satu cara hidup
yang lestari
2.5 Meningkatkan kualiti persekitaran rumah, sekolah, pejabat dan kawasan perkampungan
sebagai satu tempat yang bersih, ceria dan menyenangkan

3.0 IMPAK / FAEDAH AKTIVITI

Impak daripada aktiviti yang dijalankan adalah dapat meningkatkan keperihatinan para
pelatih agar menjadikan persekitaran sebagai satu cara hidup yang lestrai. Selain itu, impak
lain yang terdapat dalam aktiviti ini adalah para pelatih dapat menyematkan rasa
tanggungjawab di kalangan para pelatih supaya mereka dapat bertindak dan mengambil
bahagian dalam menjalankan aktiviti bersama masyarakat. Di samping itu, para pelatih juga
dapat merasai pengalaman yang berharga semasa melaksanakan aktiviti ini
seperti,pengalaman bersosial,pengalaman bekerja sama dengan masyarakat.
4.0 HURAIAN ALIRAN PELAKSANAAN AKTIVITI

Sewaktu tiba di Kampung Lukut, kami telah diberikan sedikit taklimat tentang program
yang akan kami jalankan. Setelah itu, penghulu Kampung Lukut memberikan ucapan
penghargaan kerana sudi membantu membersihkan kawasan persekitaran Kampung Lukut.
Seterusnya, kami diberikan sarapan untuk mengisi tenaga sebelum program dilaksanakan.
Selepas kami sarapan, kami diberikan tugasan yang pertama untuk memindahkan batu-batu
besar ke dalam kereta salah seorang penduduk kampung tersebut untuk dipindahkan ke
tempat lain.

Kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang berada di
hadapan dan kumpulan yang berada di bahagian belakang kampung tersebut. Kumpulan
pada bahagian hadapan telah diberi tugas untuk membersihkan rumput-rumput di tepi
longkang dan membersihkan kawasan landskap yang terdapat di bahagian hadapan.
Kumpulan yang berdada di bahagian belakang diberikan tugas untuk membersikan kawasan
pinggir jalan seperti membersihkan kawasan tayar yang ada dipinggir jalan dan mengaut
daun kering. Seterusnya, kumpulan yang berada di bahagian belakang mengumpulkan daun
kering tersebut di suatu tempat lalu membakar daun kering tersebut dengan pantauan
penduduk kampung lukut.

Pelajar perempuan pula membantu membersihkan setiap papan tanda yang ada di
sepanjang jalan tersebut. Kumpulan yang berada di hadapan pula membantu mengecat
tempat menuggu bas. Kumpulan yang berada di hadapan juga membantu penduduk
kampung untuk mendirikan papan tanda yang telah di buat oleh pendududk kampung
tersebut. Kumpulan yang berada di bahagian belakang turut membantu penduduk kampung
untuk mengecat bongol jalan raya di kawasan tersebut. Setelah tamat kesemua tugasan yang
diberi, kami semua berehat untuk makan tengah hari. Kemudian, guru yang manjaga kami
memberikan taklimat menandakan bahawa program telah selesai. Setelah itu, wakil
penduduk kampung tersebut memberikan ucapan terima kasih kepada kami semua kerana
sudi membantu mereka.
5.0 MASALAH DAN PENYELESAIAN

Sepanjang kami melakukan aktiviti ini, terdapat beberapa masalah yang kami hadapi. Salah
satu daripada masalah tersebut adalah kami tidak mempunyai peralatan yang mencukupi
untuk digunakan oleh semua pelatih. Jadi, kami semua bersepakat untuk berkongsi peralatan
yang kami ada supaya semua pelatih dapat merasai pengalaman membantu masyarakat
semasa melaksanakan aktiviti ini. Selain itu, kami juga mengalami masalah dari segi faktor
cuaca yang tidak menentu seperti gerimis dan hujan panas. Kami terpaksa berlindung dan
berteduh untuk mengelakan para pelatih demam atau sakit. Selepas cuaca kembali normal
kami pun menyambung semula aktiviti yang dijalankan.
6.0 GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROJEK DIJALANKAN

SEBELUM
SEMASA
SELEPAS
7.0 REFLEKSI

Kesimpulannya, kami dapat menerapkan sifat nilai murni seperti tolong menolong
dalam kalangan masyarakat dan dapat memelihara alam sekitar. Khidmat komuniti ini juga
membolehkan kami mengeratkan hubungan silaturrahim dengan ahli masyarakat di samping
kami dapat menyumbangkan tenaga kerja kepada masyarakat di sekeliling kita. Program
khidmat komuniti yang di laksanakan oleh kami para pelatih dari Koloj Vokasional Kota
Tinggi ini mampu untuk memberikan motivasi dan suntingan semangat kepada pelajar-
pelajar lain untuk mereka mempelajari bagaimana cara untuk berkhidmat dalam kalangan
masyarakat. Melalui program ini, kami dapat menerapkan amalan gaya hidup sihat dan
amalan ringan tulang untuk mambantu masyarakat yang di timpa musibah atau mereka yang
memerlukan bantuan kehidupan. Akhir sekali, melalui program ini juga kami dapat
membentuk keperibadian diri yang baik dan memahami konsep kerjasama serta tolong
menolong antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai