Anda di halaman 1dari 1

AMALAN DOA YG SGT BAIK UTK KESEJAHTERAAN DUNIA &

AKHIRAT.

Baca Bahasa Melayu sahaja dan dgn penuh penghayatan. Setiap pagi lepas
subuh…Sepanjang hayat kita secara istiqamah tiap2 hari….

Alhamdulillah…
Selawat Pada Nabi…

Pertama :
“ Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku Mohon Keampunan PadaMu drp segala dosa, kemungkaran,
kemaksiatan dan kejahatan yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku.
Sama ada dosa besar @ kecil, dosa sengaja @ tidak sengaja , dosa zahir &
batin dan dosa dahulu @ terkemudian…Sesungguhnya hanya Engkaulah
yang Maha Pengampun….”

Kedua :
“ Ya Allah Ya Tuhanku, Aku Mohon Taubat kepadaMu dgn taubatan nasuha
atas semua dosa2 besarku kerana engkau Maha Penerima Taubat….”

Ketiga :
“ Ya Allah kurniakanlah kepadaku hidayah petunjuk untuk sentiasa
mentaati perintahmu dengan istiqamah melakukan amal2 yang soleh yg
ikhlas kpdMu dan engkau redhai hingga akhir hidupku dengan husnul
khatimah ( mengucap syahadah ) dengan semua dosaku diampunkan,
taubatku diterima, hutangku terbayar dan kezaliman kepada manusia
dimaafkan…”

Keempat :
“ Ya Allah berikan kpdku kebahagiaan hidup di dunia dan keselamatan
hidup di akhirat dan jauhkan aku daripada api nerakaMu…”

Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Semoga Bermanfaat.

Drp
Ust Hj Wan Hamidi
YBIM

Anda mungkin juga menyukai