Anda di halaman 1dari 19

GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI

PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DI KAWASAN


BANDAR BARU BANGI

NAMA : DAMIA ZAHRA BINTI MOHAMMAD ZUHARDY


IC NO : 090529-10-2552
TINGKATAN : 1 TEGAS 2022
GURU PENILAI : PN. SALINA BINTI ISMAIL

1
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

SENARAI KANDUNGAN

No Tajuk Muka surat


.
1 Penghargaaan
2 Pendahuluan
3 Objektif Kajian
4 Konsep dan takrifan sisa domestik
5 Kawasan Kajian
6 Kaedah Kajian
7 Hasil Kajian
8 Rumusan

9 Rujukan
10 Lampiran

2
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

1.0 PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga


saya menyiapkan Kajian Lapangan Geografi yang bertajuk pembuangan sisa
domestik. Walaupun masa yang diberi agak singkat, namun saya berjaya
menghasilkan kajian lapangan ini dengan baik.

Kajian lapangan ini amat penting buat saya memandangkan sebahagian


markah peperikasaan akhir nanti, akan turut mengambil kira markah dari
tugasan ini. Oleh itu saya sangat berharap guru penilai akan memberikan
markah yang baik untuk kerja khusus individu ini selaras dengan usaha yang
telah saya curahkan untuk menyiapkan tugasan ini.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada beberapa individu penting yang
banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Pertama
sekali, kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah, Bonda Hajah Nor
Hayati binti Yusoff yang sentiasa memberikan semangat dan nasihat untuk
kami menjadi insan yang bertanggungjawab terhadap setiap tugasan yang
diberi oleh guru. Seterusnya ucapan terima kasih ini ditujukan kepada Puan
Salina binti Ismail, selaku guru penilai untuk mata pelajaran Geografi. Cikgu
Salina banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan
rakan dari Kelas 1 Tegas, sehingga dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan
lancar.

Sekalung penghargaan kepada kedua dua ibu bapa saya yang sentiasa
memberikan semangat dan dorongan untuk saya sepanjang proses
menghasilkan kerja lapangan ini. Pengorbanan mereka dari segi wang dan
masa, menghantar saya ke lokasi kajian dan sering memberikan idea idea agar
dapat saya menyelesaikan setiap masalah yang di hadapi sepanjang proses
kajian ini.

3
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

Seterusnya, tidak lupa kepada rakan rakan 1 Tegas yang turut


memberikan maklumat berguna dan tidak lokek berkongsi pendapat dalam
setiap perbincangan kami tentang tugasan ini. Tanpa mereka , tidak mungkin
tugasan ini dapat saya siapkan dengan sempurna.

2.0 PENDAHULUAN

Saya Damia Zahra binti Mohammad Zuhardy dari Sekolah Tun Fatimah
Johor Bahru telah menjalankan tugasan Kajian Lapangan Geografi bertajuk
“Pembuangan sisa domestik di kawasan Bandar Baru Bangi”

Lokasi ini dipilih disebabkan kedudukannya berhampiran dengan rumah


saya. Ianya turut memudahkan saya untuk turun ke tempat lokasi.

Saya menjalankan kajian ini selama lebih kurang 4 minggu dari tarikh cuti
penggal 3 sessi 2022/2023 iaitu 12 December 2022 hingga 23 December 2022.
Saya mengumpul maklumat di buku teks KSM Geografi, buku rujukan Geografi
dan juga laman web yang berkaitan.

Akhir sekali, saya berharap kerja lapangan ini boleh memberikan banyak
manfaat kepada saya dan rakan rakan saya. Saya juga dapat belajar dan
mengumpul ilmu yang berguna di sepanjang proses kajian ini.

4
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian mengenai pembuangan sisa domestic di kawasan

i. Mengenalpasti latar belakang kawasan kajian di Bandar Baru Bangi

ii. Menghuraikan kesan pembuangan sisa domestic di Bandar Baru Bangi.

iii. Mencadangkan langkah mengatasi penggunaan pengankutan terhadap


alam sekitar.

5
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

4.0 KAWASAN KAJIAN

4.1 Latar belakang kawasan kajian

Bandar Baru Bangi terletak di timur Putrajaya dan di selatan Bandar


Kajang. Ia terdiri daripada 16 Seksyen yang merupakan bandar
terancang kedua di Malaysia selepas Shah Alam dan pihak pemaju
kedua-dua bandar ini ialah Penbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS).

Sebagai sebuah bandar terancang yang dibina pada tahun 1970,


bandar ini dilengkapi dengan zon perumahan, zon perniagaan , zon
rekreasi dan zon perindustrian. Bandar Baru Bangi menjadi pusat
petempatan kerana terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti perindustrian,
perniagaan dan perkhidmatan. Hal ini telah menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk setempat dan menjadi tumpuan pengunjung
luar.

Pihak MPKj telah menggunakan tapak pelupusan Kampung Sungai


Kembong, Bangi untuk pembuangan sisa domestic daripada tahun 1999
hingga 2006. Oleh kerana tapak pelupusan ini tidak mampu menampung
kapasiti sisa pepejal yang banyak, ia telah menjejaskan dua (2) loji
bekalan air di hilir Sungai Beranang. Seterusnya, sisa pepejal di bawah
kendalian MPKj ini dilupuskan dengan sistem Refuse Derived Fuel (RDF)
yang dikendalikan oleh Syarikat Recycle Energy Sdn Bhd (RESB). Sistem
ini dikatakan mampu memproses serta merawat sampah yang dibuang
oleh penduduk setempat serta dalam masa yang sama boleh menjanakan
tenaga elektrik daripada sampah terbabit setelah melakukan pengasingan.

Namun disebabkan masalah longgokan sisa stokpile, kilang rawatan


sampah ini hanya bertahan selama lapan (8) tahun bermula daripada Julai

6
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

Tumpuan utama sistem pengurusan sisa pepejal di Bandar Baru


Bangi adalah kebergantungan tunggal terhadap Tapak Pelupusan
Sampah. Pada tahun 2017, kirakira 27.94 tan/hari sisa pepejal dihantar ke
Tapak Pelupusan Sampah Tanjung Dua Belas. Jumlah purata sampah
yang terkumpul ialah lebih kurang 10,198.010 tan setahun. Jumlah ini
adalah termasuk 2028.378 tan yang setahun yang dijana daripada pusat
komersial di Pusat Bandar, Bandar Baru Bangi

4.2 Peta google

7
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

4.3 Pusat pelupusan sampah di Tanjong Dua Belas.

8
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

9
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

10
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

11
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

12
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

5.0 HASIL KAJIAN

5.1 Kesan pembuangan sisa domestik

Kesan akibat pengurusan pembuangan sisa domestik yang tidak


betul bukan sahaja berakhir dengan pemandangan yang menyakitkan
mata, malah akan memberi impak negatif terhadap keseluruhan
ekonomi negara.Selain kos untuk kempen kesedaran masyarakat,
kerajaan juga harus membelanjakan sejumlah wang yang banyak
untuk melakukan penyelenggaraan akibat kesan pembuangan sisa
domestik yang tidak terkawal.

Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Tanah

Kontaminasi boleh berlaku apabila komponen merbahaya


tertumpah atau tertanam ke dalam tanah sebelum bermulanya proses
kitar semula. Sebagai contoh, botol air plastik lazimnya akan lambat
laun terurai dan menghasilkan komponen merbahaya dipanggil
Diethylhydroxylamine (DEHA).DEHA adalah sejenis karsinogen yang
mampu merosakkan sistem reproduktif manusia, menyebabkan
kerosakan hati dan menjurus kepada isu berat badan. DEHA akan
meresap ke kawasan persekitaran seperti tanah. Ini akan
memudaratkan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan yang hidup
berdekatan yang juga bergantung kepada sumber air dan tanah yang
sihat.

13
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Air

Air yang melalui kawasan tercemar akan membawa bersamanya


pelbagai bahan kimia dan gas merbahaya. Malah, air hujan juga boleh
bercampur dengan cecair toksik dan meresap ke dalam aliran air untuk
sampai ke sumber air utama. Sumber-sumber air ini pada akhirnya
akan disalurkan kepada kita untuk kegunaan harian.Oleh yang
demikian, sumber air seperti air pancut, kolam, tasik dan juga paip air
secara tidak langsung boleh terdedah kepada bahaya kontaminasi.

Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Udara

Apabila kertas dan plastik dibakar di tapak pelupusan sampah,


ianya akan menghasilkan gas dan bahan kimia merbahaya seterusnya
akan terkumpul dan menyebabkan penipisan lapisan ozon dan
memudaratkan kesihatan populasi manusia berdekatan.Perkara ini
akan mengakibatkan pencemaran udara dan pemanasan global berlaku
semuanya berpunca dari kesan pembuangan sisa domestik yang tidak
diuruskan dengan betul.

Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Perubahan Iklim

Kesan rumah hijau akan dihasilkan oleh sisa pepejal yang mereput.
Sisa-sisa ini akan naik ke lapisan atmosfera dan memerangkap haba
seterusnya mengakibatkan reaksi cuaca yang ekstrim dalam bentuk
ribut dan taufan.

14
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

5.2 Langkah langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sisa


domestik.

Langkah pertama adalah dengan menguatkuasakan larangan


penggunaan plastik  secara menyeluruh di seluruh negara. Plastik merupakan
penyumbang utama sisa-sisa sampah di dunia kerana ia memerlukan berpuluh
tahun untuk dikompos atau mereput. Akibatnya sisa plastik sudah menjadi
ancaman kepada hidupan laut dek kerana termakan atau lemas daripada
kekurangan oksigen hasil daripada pengumpulan sampah dipermukaan laut.

Selain itu, langkah yang boleh dilakukan bagi menangani masalah


pembuangan sampah adalah dengan mengamalkan kitar semula. Kitar semula
dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan
mentah baru, mengurangkan pencemaran udara dan air serta mengurangkan
pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan
mentah. Antara bahan yang boleh dikitar semula adalah kaca, kertas, logam,
plastik.

Di samping itu, setiap anggota masyarakat perlu sedar dan bijak


berbelanja dalam membeli barang keperluan. Elakkan membeli barang yang
dipakai buang hanya setelah menggunakannya beberapa kali sahaja. Banyak
produk yang mesra alam telah dihasilkan seperti beg, kasut dan juga peralatan
elektronik.

Akhir sekali, langkah yang boleh dilakukan di peringkat kerajaan pula


adalah dengan membantu agensi pengurusan sampah. Pihak berkuasa
tempatan (PBT) seharusnya menjadi jambatan diantara penduduk dan agensi
pengurusan sampah di kawasan masing-masing. PBT wajar menjalankan
pemantauan berkala pada setiap bulan untuk melihat keperluan penduduk
dalam menguruskan pembuang sisa sampah. Dengan kerjasama yang baik
dengan agensi pengurusan sampah, sudah pasti tong-tong sampah dan jadual

15
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

pengurusan dapat diselaraskan dengan keperluan penduduk

6.0 RUMUSAN

Daripada hasil kajian saya, saya mendapati sisa domestik yang paling
banyak ialah sisa buangan pepejal iaitu sisa bahan organic melibatkan sisa makanan
berbanding kaca,plastic, kertas serta tin dan juga besi buruk. Bagaimanapun saya
berbangga dengan penduduk di kawasan Bangi dan Kajang ini yang kebanyakannya
mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pentingnya menjaga alam sekitar .
Penduduk telah mengamalkan cara pembuangan sisa domestik ini dengan baik iaitu
dengan kaedah pembakaran ,penanaman dan juga pemerunan iaitu pereputan bagi
mengelakkan kesan yang tidak baik berlaku terhadap manusia dan alam sekitar.
Langkah ini dapat mengawal serta mengurangkan pencemaran bau , pencemaran
udara serta pembiakan nyamuk , lalat dan tikus serta bau yang kurang
menyenangkan

Pengurusan sisa pepejal merupakan tanggungjawab semua manusia kerana


ianya boleh memberi kesan radikal terhadap kehidupan kita. Pendidikan dan
kesedaran dikalangan semua komuniti, tidak kira tahap ekonomi dan kondisi sosial
perlu sentiasa ada selagi kehidupan masih wujud di dunia ini.

Walaupun kita semua sudah menegetahui tentang kaedah-kaedah


pengurusan sisa pepejal yang biasa digunakan seperti tapak pelupusan sampah,
pusat pembakaran sampah, pemprosesan biologi atau penjimatan tenaga; kita
masih lagi dikelilingi oleh sisa pepejal yang banyak.

Kewujudan pelbagai haiwan perosak yang membawa penyakit menyukarkan


lagi aktiviti pengurusan sisa pepejal. Walaupun dengan usaha sedia ada, haiwan
perosak seperti tikus masih lagi mencemarkan dan menyerang fasiliti pengurusan
sisa pepejal dan kumbahan.

16
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

7.0 LAMPIRAN

17
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

18
GEOGRAFI KAJIAN LAPANGAN 2022

19

Anda mungkin juga menyukai