Anda di halaman 1dari 30

DRAF

Tokong, Kuil, Gereja dan Gurdwara


Tokong, Kuil, Gereja dan Gurdwara

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa


Semenanjung Malaysia
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Mac 2011
i
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA

ISI KANDUNGAN

1. TUJUAN 1
2. SKOP 1
3. DEFINISI 1
4. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 2
5. GARIS PANDUAN UMUM 3
5.1 Fungsi 3
5.2 Perancangan Tapak 4
5.3 Konsep dan Rekabentuk 5
5.4 Kawalan Ketinggian 6
5.5 Kawalan Lalu Lintas 7
6. GARIS PANDUAN KHUSUS 7
6.1 Pendekatan dan Keluasan Pembangunan 8
6.2 Kawalan Jarak dan Lokasi 8
6.3 Kawalan Kawasan ` dan Anjakan Bangunan 9
6.4 Cadangan Komponen Pembangunan 9
6.5 Kawalan Bunyi 10
6.6 Keperluan Golongan Kelainan Upaya 11
6.7 Kawalan Khas 11
7. MEKANISMA PERANCANGAN, PENGAWALAN DAN
PENGUATKUASAAN 11
7.1 Mekanisma Perancangan 11
7.2 Mekanisma Pengawalan 14
7.3 Mekanisma Penguatkuasaan 16
GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 1
1. TUJUAN di kalangan orang yang menganuti agama

Garis panduan perancangan ini disediakan


untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri Selain daripada merujuk kepada
(PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Perlembagaan Persekutuan, penyediaan
agensi-agensi berkaitan dan pemaju di tempat keagamaan selain Islam tertakluk
dalam merancang, mengawal dan kepada dasar-dasar pembangunan tempat
memantau pembangunan tokong, kuil, keagamaan bagi agama-agama lain selain
gereja, gurdwara dan lain-lain tempat Islam yang diterimapakai dan
keagamaan selain Islam serta kemudahan- berkuatkuasa di peringkat negara dan
kemudahan yang berkaitan dengannya. negeri.

Garis panduan ini digubal bagi menyokong


Perlembagaan dan dasar-dasar sedia ada
2. SKOP
bagi memastikan tempat-tempat
keagamaan selain Islam dibangunkan
Penyediaan tempat keagamaan selain
secara terancang dan terkawal. Ia
Islam yang meliputi tokong, kuil, gereja,
menjelaskan takrifan (definisi) tempat-
gurdwara dan sebagainya adalah selaras
tempat keagamaan, prinsip-prinsip
dengan Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1)
perancangan yang perlu dicapai, garis
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
panduan umum dan khusus serta
Fasal (1) Perkara 3 memperuntukkan
mekanisma-mekanisma perancangan,
bahawa Islam adalah agama bagi
pengawalan dan penguatkuasaan.
Persekutuan; tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai
di mana-mana bahagian Persekutuan .
3. DEFINISI
Sementara Fasal (1) Perkara 11
memperuntukkan -tiap orang Tempat keagamaan di dalam garis panduan
berhak menganuti dan mengamalkan ini adalah bermaksud sebuah bangunan,
agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4) kompleks atau tapak yang disediakan
Perkara 11, mengembangkannya. Fasal khusus untuk kumpulan orang ramai
(4) Perkara 11 memperuntukkan bahawa berhimpun bagi menjalankan aktiviti-
-undang Negeri, dan berkenaan aktiviti keagamaan termasuk melaksanakan
dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan penyembahan, upacara istiadat dan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, perayaan keagamaan.
undang-undang persekutuan boleh Secara terperinci, tempat-tempat
mengawal atau menyekat pengembangan keagamaan, melainkan jika konteksnya
apa-apa doktrin atau kepercayaan agama

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 2
menghendaki makna yang lain, 4. PRINSIP-PRINSIP
didefinisikan sebagaimana berikut: PERANCANGAN
Tokong Penyediaan tokong, kuil, gereja, gurdwara
keagamaan mengikut aliran untuk agama dan lain-lain tempat keagamaan hendaklah
Buddha dan Tao yang meliputi Tokong dan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
Vihara Buddha serta Wat Siam untuk aliran
Theravada, Mahayana dan Vajrayana, dan
tokong Toaist untuk berbilang dewa-dewi; Memenuhi Keperluan Spiritual
Komuniti Setempat
Kuil
mengikut aliran untuk agama Hindu yang Ia perlu dibangunkan secara terancang
meliputi Kuil, Kovil dan Mandir Hindu untuk berdasarkan keperluan sebenar dan
berbilang dewa-dewi seperti Mariamman, berdekatan dengan penganut sesuatu
Subramaniam, Vishnu, Siva, Genesa, agama. Penekanan kepada aspek-aspek ini
Murugan dan lain-lain; adalah penting bagi memudahkan
penganut menjalankan aktiviti-aktiviti
Gereja keagamaan dengan selesa yang seterusnya
keagamaan mengikut aliran untuk agama dapat meningkatkan amalan spiritual
Kristian yang meliputi Gereja Katolik Roma, komuniti setempat.
Gereja Protestan (aliran Anglikanisme,
Reformasi, Luteran, Methodis, Injili dan Menggalakkan Pengajian dan
Pentekostalisme) dan Gereja Charismatic; Pengetahuan Keagamaan
Gurdwara
Ia perlu berperanan sebagai institusi
keagamaan mengikut aliran untuk agama
pengajian atau pusat keilmuan keagamaan
Sikh.
bagi meningkatkan kesedaran, keinsafan
dan kefahaman ilmu keagamaan yang
Lain-lain tempat keagamaan
seterusnya dapat melahirkan insan yang
lain-lain tempat keagamaan bagi agama,
bermoral, beretika dan penyayang.
anutan dan kepercayaan selain Islam yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Menyemai Perpaduan dan
Definisi-definisi di atas adalah tidak Meningkatkan Interaksi Masyarakat
menafikan apa-apa istilah dan cara
sebutan lain mengikut bahasa dan agama Ia perlu berperanan sebagai pusat interaksi
masing-masing. bagi menyemai dan meningkatkan
semangat perpaduan di kalangan penganut

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 3
sesama agama dan penganut agama- 5.1 Fungsi
agama lain.
Tokong, kuil, gereja, gurdwara dan lain-
lain tempat keagamaan perlu dibangunkan
Mengutamakan Keselamatan dan bagi memenuhi fungsi seperti berikut :
Keharmonian
i. Tempat memenuhi keperluan spiritual
Ia perlu memberi perhatian kepada aspek- komuniti setempat untuk
aspek keselamatan dan kesesuaian dengan melaksanakan penyembahan, upacara
suasana persekitaran dari segi istiadat dan perayaan keagamaan.
perancangan guna tanah dan
kependudukan bagi memupuk ii. Pusat pengajian keagamaan dan pusat
keharmonian dan kesejahteraan perkhidmatan komuniti kepada
masyarakat berbilang kaum dan agama. penganut agama dan pengunjung

Gambaran konsep pembangunan tempat


Memelihara Warisan dan keagamaan sesebuah agama selain Islam
Meningkatkan Nilai-nilai Estetika adalah seperti di Rajah 1.
Tokong, kuil, gereja, gurdwara dan lain- Rajah 1: Konsep Pembangunan
lain tempat keagamaan yang mempunyai Tempat Keagamaan Selain
nilai-nilai senibina dan kepentingan sejarah Islam
perlu dipelihara dan dipulihara sebagai
suatu entiti warisan. Ia juga perlu
meningkatkan nilai-nilai estetika melalui Tempat Tempat
ciri-ciri senibina, kesenian dan landskap Keagamaan Keagamaan
yang menarik.

5. GARIS PANDUAN UMUM Tempat


Keagamaan
Garis panduan umum merangkumi aspek- Kawasan
aspek perancangan dan pengawalan Perumahan
pembangunan tokong, kuil, gereja, (kejiranan)
gurdwara dan lain-lain tempat keagamaan.
Ia meliputi 5 aspek utama iaitu fungsi,
perancangan tapak, konsep dan
rekabentuk, kawalan ketinggian dan
kawalan lalu lintas.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 4
5.2 Perancangan Tapak v. Penyediaan tempat keagamaan di
kawasan gua batu kapur hanya
i. Perletakan tokong, kuil, gereja, dibenarkan jika hasil Kajian Geo-
gurdwara dan lain-lain tempat Teknikal dan pemeriksaan berkala
keagamaan digalakkan di kawasan menunjukkan bahawa ianya selamat
pusat kejiranan dan berdekatan diduduki dan dikunjungi.
dengan kediaman penganut sesuatu
agama.

ii. Tempat keagamaan hendaklah


ditempatkan di lokasi berdekatan
dengan kemudahan awam, pusat
kebudayaan dan komuniti atau di
pertemuan laluan utama sesebuah
kawasan penempatan.

iii. Ia juga digalakkan dibangunkan di


lokasi yang dapat mewujudkan suasana
yang tenteram.

vi. Ia tidak dibenar dibangunkan di


kawasan rezab hutan, rezab sungai,
rezab utiliti (termasuk laluan kabel
bervoltan tinggi) dan di kawasan rezab
kemudahan awam yang lain.

vii. Ia tidak digalakkan bersebelahan


dengan loji kumbahan dan pencawang
TNB.
iv. Pembangunan tempat keagamaan
selain Islam di kawasan bukit dan viii. Persekitaran tapak yang dipilih
tanah tinggi adalah tertakluk kepada hendaklah mempunyai ruang yang
keperluan dan piawaian-piawaian di mencukupi untuk bertindak sebagai zon
dalam Garis Panduan Perancangan penampan pasif.
Pembangunan di Kawasan Bukit dan
Tanah Tinggi (JPBD: GP007-A(11),
2009).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 5
5.3 Konsep dan Rekabentuk

i. Pembangunan tempat keagamaan


selain Islam yang berkonsepkan
integrasi adalah digalakkan bagi
menampung keperluan tempat
keagamaan pelbagai aliran sesama
agama di satu lokasi, tertakluk kepada
tidak terdapat sekatan antara aliran
yang berbeza.

ii. Bangunan tokong, kuil, gereja,


gurdwara dan lain-lain tempat v. Rupabentuk dan senibina bangunan
keagamaan hendaklah dibangunkan tokong, kuil, gereja, gurdwara dan lain-
secara . Tempat lain tempat keagamaan yang
keagamaan di premis kedai hanya mempunyai kepentingan sejarah atau
dibenarkan secara -by- warisan perlu dipelihara dan dipulihara.
sekiranya : Kerja-kerja pengubahsuaian dan
Tidak terdapat kawasan atau tanah pembangunan semula perlulah
yang sesuai untuk tujuan tersebut; dilakukan secara teliti supaya tidak
Tidak timbulnya gangguan merosakkan struktur, rupabentuk dan
keselamatan; karakter asal bangunan.
Tidak terdapat bantahan daripada
penghuni persekitaran.

iii. Dari segi fasad, rekabentuk dan ukiran


bangunan tokong, kuil, gereja,
gurdwara dan lain-lain tempat
keagamaan, ia dibenarkan mengikut
spesifikasi dan identiti sesebuah
agama.

iv. Bangunan tempat keagamaan yang


kategori atau syarat nyata tanahnya
telah diberi kelulusan tukar syarat
kegunaan tanah daripada penggunaan vi. Rekabentuk landskap hendaklah
lain boleh direkabentuk semula sebagai bersesuaian dan dibolehkan mengikut
satu struktur tempat keagamaan. spesifikasi dan identiti sesebuah agama
agar dapat menonjolkan identiti

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 6
mengikut agama seterusnya ix. Pemasangan kamera litar tertutup
mewujudkan ense of character and (CCTV) di tempat-tempat tertentu di
identity tersendiri. pintu-pintu masuk adalah digalakkan
bagi menjamin keselamatan penganut
agama dan pengunjung.

5.4 Kawalan Ketinggian

i. Ketinggian arca dan bangunan tokong,


kuil, gereja, gurdwara dan lain-lain
tempat keagamaan perlu disesuaikan
dengan ketinggian pembangunan
sekitar dan keperluan komuniti
setempat.

vii. Sebarang pembinaan pintu gerbang


hanya boleh dibina di dalam tapak (lot
tanah). Rekabentuk pintu gerbang
dibolehkan mengikut spesifikasi dan
identiti sesebuah agama.

ii. Di kawasan majoriti penganut Islam,


ketinggian arca dan bangunan tempat
viii. Papan petunjuk lokasi dan susunatur keagamaan selain Islam perlu lebih
tempat keagamaan perlu diletakkan di rendah daripada ketinggian bangunan,
lokasi yang sesuai. kubah dan menara masjid sekitar.

iii. Seboleh mungkin, ketinggian bangunan


tempat keagamaan perlu

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 7
mengambilkira keseragaman latar keagamaan dengan selesa dan
langit (skyline), warna dan selamat.
pemandangan (scenery) supaya ia
berharmoni dengan pembangunan iv. Tempat letak kenderaan yang
sekitar. mencukupi perlu disediakan mengikut
piawaian yang ditetapkan di dalam
iv. Ketinggian bagi tempat keagamaan Garis Panduan Perancangan Tempat
sedia ada dibenarkan mengikut Letak Kereta (JPBD: GP011-A, 2010).
ketinggian asal apabila ianya Tempat letak kereta bermedan (off-
menjalankan kerja-kerja street parking) adalah digalakkan bagi
pengubahsuaian. mengurangkan gangguan kesesakan
lalu lintas.

5.5 Kawalan Lalu Lintas v. Laluan dan tempat letak kenderaan


khas bagi golongan kelainan upaya
i. Tempat-tempat keagamaan digalakkan (OKU) perlu disediakan supaya
berdekatan dengan jalan utama dan pergerakan dan aksesibiliti golongan ini
berada dalam lingkungan 500 meter selesa dan tidak terbatas.
perkhidmatan pengangkutan awam
bagi meningkatkan aksesibiliti kepada
penganut agama dan pengunjung.

ii. Tokong, kuil, gereja, gurdwara dan


lain-lain tempat keagamaan di kawasan
pembangunan baru hendaklah dibina
berhadapan dengan rezab jalan
sekurang-kurangnya 15 meter (50
kaki). Bagi tempat keagamaan di
kawasan pembangunan sedia ada,
aksesnya hendaklah mampu
menampung isipadu lalu lintas tanpa
menimbulkan kacau ganggu dan
kesesakan.
6. GARIS PANDUAN KHUSUS
iii. Laluan pejalan kaki dan laluan
berbasikal yang berlandskap adalah Garis panduan khusus memperincikan
digalakkan supaya penganut agama aspek-aspek perancangan dan pengawalan
dapat mengunjungi tempat-tempat pembangunan tokong, kuil, gereja,

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 8
gurdwara dan lain-lain tempat keagamaan. tempat keagamaan bagi agama tersebut
Ia merangkumi aspek-aspek berikut: boleh disediakan di pusat bandar atau di
pusat kejiranan yang paling hampir dengan
kawasan kediaman penganut berkenaan.
6.1 Pendekatan dan Keluasan
Pembangunan Tempat keagamaan baru hendak
dibangunkan dengan keluasan tidak kurang
daripada 0.25 hektar.
Pembangunan tempat keagamaan selain
Islam hendaklah mengaplikasi kombinasi
pendekatan `threshold dan jarak.
6.2 Kawalan Jarak dan Lokasi
bagi sesebuah tempat
keagamaan yang berbeza diaplikasi untuk
kawasan bandar dan luar bandar agar Pembangunan tokong, kuil, gereja,
bersesuaian dengan densiti pembangunan gurdwara dan lain-lain tempat keagamaan
dan corak penempatan seperti berikut: baru digalakkan mengadakan jarak
pemisah :
i. Tempat keagamaan di kawasan
bandar Sekurang-kurang 100 meter daripada
kediaman majoriti penganut agama lain
Tempat keagamaan bagi sesuatu melainkan mendapat persetujuan
agama dibenarkan sekiranya terdapat daripada jawatankuasa penduduk
2,300 orang penganut agama tersebut. setempat; dan
Sekurang-kurang 300 meter bagi
ii. Tempat keagamaan di kawasan
memisahkannya daripada tempat
luar bandar
keagamaan yang berbeza agama
melainkan mencapai persafahaman
Tempat keagamaan bagi sesuatu
dengan jawatankuasa tempat
agama dibenarkan sekiranya terdapat
keagamaan sedia ada bagi agama yang
1,000 orang penganut agama tersebut.
berbeza yang terletak dalam lingkungan
jejari 300 meter dari tapak cadangan.
Bagi penganut agama minoriti dan
kawasan penempatan penduduk
berkepadatan rendah, sekiranya tidak Cadangan jarak pemisah ini adalah
yang ditetapkan bertujuan untuk meminimakan
dalam lingkungan jejari 20 kilometer permasalahan yang mungkin timbul
atau ½ jam perjalanan kenderaan daripada kedudukan tempat keagamaan
daripada tempat kediaman penganut, yang terlalu hampir dengan kawasan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 9
kediaman dan memelihara sensitiviti Struktur dan rekabentuk bangunan
penganut agama yang berbeza. tokong, kuil, gereja, gurdwara dan lain-lain
tempat keagamaan hendaklah mematuhi
peruntukan Undang-Undang Kecil
6.3 Kawalan Kawasan `Plinth dan Bangunan Seragam, 1984.
Anjakan Bangunan
Orientasi tempat keagamaan seboleh-
Kawasan lot yang diliputi oleh bangunan bolehnya dapat memenuhi spesifikasi
(plinth area) yang dibenarkan adalah agama, sekiranya ada.
antara 40% hingga 60%.

Anjakan bangunan minima selebar 12 6.4 Cadangan Komponen


meter daripada hadapan dan 6 meter Pembangunan
daripada sisi dan belakang bangunan ke
sempadan tapak diperlukan bagi
Komponen yang perlu disediakan bagi
menyediakan ruang menjalankan aktiviti-
sebuah tempat keagamaan dicadangkan
aktiviti keagamaan dan bertindak sebagai
seperti berikut :
zon penampan pasif (Rajah 2).
Bangunan penyembahan yang
Rajah 2: Kawalan dan
mengandungi ruang tempat
Garisan Anjakan Bangunan
penyembahan, ruang perletakan
patung atau imej penyembahan, ruang
Jalan Utama
perhimpunan dan ruang meyimpan
peralatan penyembahan.
Ruang dapur / jamuan.
Ruang senaman, kebudayaan dan
kesenian.
Tandas berasingan.
40% - 60%
(Bangunan)
Tempat letak kenderaan, motosikal dan
basikal.
Pejabat pengurusan
Bilik mesyuarat
Bilik teknologi maklumat dan
multimedia
Dewan persidangan
Tapak Tokong, Kuil, Gereja Dan Gurdwara Pusat sumber
20% - 40% tempat letak kenderaan dan
jalan susur Bilik pameran
10% - 30% landskap
Bilik kaunseling
Bilik kelas bagi ajaran keagamaan, dan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 10
Ruang untuk aktiviti perkhidmatan 6.5 Kawalan Bunyi
komuniti.
Tahap bunyi di tempat keagamaan selain
Islam hendaklah tidak menimbulkan kacau
ganggu kepada penduduk sekitar. Seboleh
mungkin, tahap bunyi di tempat-tempat
keagamaan dapat dikawal mengikut
piawaian yang dicadangkan oleh World
Health Organization (WHO) seperti berikut:

Waktu (Jam) Standard Bunyi


(dB(A)Leq)

0700 - 2100 60
2100 - 0700 55
Nota : Tahap bunyi iaitu sama ada 55dB atau 60dB adalah
Kemudahan sokongan tambahan meliputi berdasarkan pengukuran di sempadan tapak (lot
rumah tetamu dan asrama untuk penganut tanah) tempat-tempat keagamaan.
Sumber: World Health Organization (WHO), 2005
agama dan pengunjung boleh disediakan
mengikut keperluan agama masing-
masing. Tahap bunyi yang sesuai iaitu mengikut
tahap toleransi penduduk setempat adalah
dibenarkan semasa aktiviti penyembahan
dan keagamaan harian, tertakluk kepada
tiada bantahan daripada penduduk di
sekitar tapak.

Pada musim perayaan keagamaan dan


upacara istiadat berhubung dengan
keagamaan dan kebudayaan, tahap bunyi
yang lebih tinggi daripada piawaian WHO
yang dicadangkan adalah dibenarkan,
tertakluk kepada majlis yang dianjurkan
Ruang gerai (kiosk) bagi aktiviti perniagaan dimaklumkan dan mendapat kebenaran
ringan yang berkaitan dengan aktiviti daripada PBT atau pihak berkuasa yang
keagamaan hanya dibenarkan di dalam berkenaan.
tapak tempat keagamaan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 11
6.6 Keperluan Golongan Kelainan 7. MEKANISMA PERANCANGAN,
Upaya PENGAWALAN DAN
PENGUATKUASAAN
Susunatur luaran dan dalaman tokong,
kuil, gereja, gurdwara dan lain-lain tempat
keagamaan hendaklah menepati Garis 7.1 Mekanisma Perancangan
Panduan Perancangan `Universal Design
bagi membolehkan golongan kelainan i. Penyediaan rancangan tempatan perlu
upaya melaksanakan penyembahan, digunakan sebagai mekanisma utama
upacara istiadat dan aktiviti-aktiviti bagi merancang keperluan dan lokasi
keagamaan dengan selesa dan selamat. tokong, kuil, gereja, gurdwara dan lain-
lain tempat keagamaan.

6.7 Kawalan Khas ii. Semasa penyediaan rancangan


tempatan yang baru atau membuat
Rekabentuk bangunan yang bercirikan pindaan terhadap rancangan tempatan
Islam atau Melayu adalah tidak sedia ada, Pihak Berkuasa Perancang
dibenarkan. Nama-nama, lambang dan Tempatan (PBPT) perlu mengumpul
perkataan berkaitan Islam seperti Allah, maklumat-maklumat asas penduduk
Muhammad, Kaabah, Baitullah, Solat, mengikut agama dan membuat unjuran
Firman, Rasul, Syariat, Wahyu, Nabi, komposisi penduduk mengikut agama
Ulamak, Hadith, Kadi, Mufti, Wali, Fatwa, semasa sehingga tempoh perlaksanaan
Keramat, Khalifah, Ilahi, Haji, Syeikh dan rancangan tempatan.

dipapar di bahagian dalam, luar dan iii. Berdasarkan maklumat komposisi


persekitaran bangunan dan lot tempat penduduk mengikut agama, PBPT
keagamaan selain Islam. hendaklah menganggar bilangan
tempat keagamaan sesuatu agama
Jika ketidakselarasan wujud di antara mengikut kawasan bandar dan luar
mana-mana undang-undang Negeri dan bandar yang perlu disediakan.
undang-undang persekutuan berkenaan
kawalan dan sekatan pengembangan iv. Perletakan tokong, kuil, gereja,
agama selain Islam, khususnya berkaitan gurdwara dan lain-lain tempat
dengan aspek kawalan khas di atas, keagamaan dicadangkan ditentukan
peruntukan undang-undang Negeri dan site specifi atau sekurang-
undang-undang persekutuan yang kurang dalam bentuk tandaan simbol di
berkuatkuasa di dalam Negeri dan Wilayah dalam peta cadangan guna tanah
Persekutuan tersebut adalah mengatasi rancangan tempatan.
garis panduan perancangan ini.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 12
v. Penentuan bilangan tempat keagamaan Langkah 1:
sesuatu agama mengikut kawasan Pengiraan keluasan kawasan tadahan
bandar dan luar bandar, serta bagi 1 tempat keagamaan sesuatu
perletakannya adalah seperti berikut: agama di kawasan bandar X :

Tempat Keagamaan di Kawasan


Bandar 2,300
A=
C r x D X Hs
Bilangan tempat keagamaan sesuatu
agama selain Islam yang hendak
disediakan di kawasan bandar dalam Di mana,
kawasan PBPT adalah berdasarkan A= Kawasan tadahan bagi 1
kombinasi pendekatan threshold dan tempat keagamaan sesuatu
jarak iaitu nisbah 1:2,300 orang agama di kawasan bandar X
penganut. (hektar).
Cr = Komposisi penganut agama di
Bagi penganut agama minoriti, kawasan bandar X (%).
sekiranya
D= Densiti perumahan di kawasan
yang ditetapkan iaitu 2,300 orang
bandar X (unit/hektar).
penganut dan tidak terdapat tempat
keagamaan yang berkapasiti dapat Hs= Saiz isirumah semasa.
menampung bilangan penganut sesuatu
agama dalam lingkungan jejari 20 Nota :
kilometer atau ½ jam perjalanan Kawasan bandar adalah berdasarkan
kenderaan, tempat keagamaan bagi takrifan Kajian Profil Bandar, JPBD.
agama tersebut boleh disediakan di
pusat bandar atau pusat kejiranan
berhampiran dengan kawasan kediaman Langkah 2:
penganut. Pengiraan jejari (radius) bagi kawasan
tadahan bagi 1 tempat keagamaan
sesuatu agama di kawasan bandar X :
Taburan dan perletakan tempat
keagamaan selain Islam hendaklah
mengikut garis panduan kawalan jarak A x 10,000
dan lokasi di mana kawasan tadahan r=
ditentukan berdasarkan formula berikut:

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 13
Di mana, Bagi penganut agama minoriti dan
r= jejari (radius) bagi kawasan kawasan penempatan penduduk
tadahan bagi 1 tempat berkepadatan rendah, sekiranya tidak
keagamaan sesuatu agama di yang ditetapkan
kawasan bandar X (m) iaitu 1,000 orang penganut atau tidak
= 3.142 terdapat tempat keagamaan yang
berkapasiti dapat menampung bilangan
penganut sesuatu agama dalam
Nota :
lingkungan jejari 20 kilometer atau ½
1 hektar = 10,000 m2
jam perjalanan kenderaan, tempat
keagamaan bagi agama tersebut boleh
Kawasan Bandar X disediakan di pusat bandar atau pusat
kejiranan berhampiran dengan kawasan
A kediaman penganut.
2,300 penganut
agama
Taburan dan perletakan tempat
keagamaan selain Islam hendaklah
TKSI

mengikut garis panduan kawalan jarak


r dan lokasi di mana kawasan tadahan
ditentukan berdasarkan formula berikut:

Contoh pengiraan keluasan dan jejari Langkah 1:


kawasan tadahan bagi tempat Pengiraan keluasan kawasan tadahan
keagamaan sesuatu agama di kawasan bagi 1 tempat keagamaan sesuatu
bandar adalah seperti di Lampiran A. agama di kawasan luar bandar Y :

1,000
Tempat Keagamaan di Kawasan A=
C r x D X Hs
Luar Bandar

Bilangan tempat keagamaan sesuatu Di mana,


agama selain Islam yang hendak A= Kawasan tadahan bagi 1
disediakan di kawasan luar bandar tempat keagamaan sesuatu
dalam kawasan PBPT adalah agama di kawasan luar bandar
berdasarkan kombinasi pendekatan Y (hektar).
threshold dan jarak iaitu nisbah Cr = Komposisi penganut agama di
1:1,000 orang penganut. kawasan luar bandar Y (%).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 14
D= Densiti perumahan di kawasan Contoh pengiraan keluasan dan jejari
luar bandar Y (unit/hektar). kawasan tadahan bagi tempat
Hs= Saiz isirumah semasa. keagamaan sesuatu agama di kawasan
luar bandar adalah seperti di Lampiran
Langkah 2: B.
Pengiraan jejari (radius) bagi kawasan
tadahan bagi 1 tempat keagamaan Carta alir proses perancangan tokong, kuil,
sesuatu agama di kawasan luar bandar gereja, gurdwara dan lain-lain tempat
Y: keagamaan adalah seperti di Lampiran C.

A x 10,000
r= 7.2 Mekanisma Pengawalan

Proses pembangunan tokong, kuil, gereja,


gurdwara dan lain-lain tempat keagamaan
Di mana, perlu melalui 4 peringkat kelulusan utama
r= jejari (radius) bagi kawasan iaitu kelulusan dasar, kelulusan tanah,
tadahan bagi 1 tempat kelulusan kebenaran merancang dan
keagamaan sesuatu agama di kelulusan pelan bangunan dan kerja tanah.
kawasan luar bandar Y (m)
= 3.142 Permohonan kelulusan-kelulusan ini perlu
dipohon di atas nama pertubuhan atau
Nota : persatuan agama yang sah.
1 hektar = 10,000 m2

Kelulusan Dasar
Kawasan Luar Bandar Y

A i. Sebelum sesebuah pertubuhan/


persatuan agama memohon tanah
1,000 penganut
agama kerajaan atau memohon untuk tukar
TKSI syarat tanah bagi kegunaan tokong,
kuil, gereja, gurdwara dan lain-lain
r tempat keagamaan, ia perlu terlebih
dahulu mendapat sokongan dan
perakuan daripada Jawatankuasa Hal
Ehwal Selain Islam (atau Jawatankuasa

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 15
yang seumpamanya) yang ditubuhkan Kelulusan Kebenaran Merancang
di setiap negeri dan kelulusan dasar
daripada PBN.
i. Setelah mendapat kelulusan tanah,
ii. Pemohon perlu mengemukakan kertas
pemohon perlu mengemukakan
cadangan kepada Jawatankuasa Hal
permohonan kebenaran merancang
Ehwal Selain Islam bersama dokumen-
kepada PBPT yang berkenaan. Setiap
dokumen berkaitan untuk diteliti oleh
permohonannya perlu disertakan
Jawatankuasa tersebut.
dengan dokumen-dokumen, pelan-
pelan dan bayaran-bayaran
iii. Kertas perakuan daripada
sepertimana yang ditetapkan di dalam
Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam
Akta Perancangan Bandar dan Desa
perlu dikemukakan kepada PBN untuk
1976 (Akta 172*).
pertimbangan.
ii. PBPT melalui Urusetia Pusat Setempat
iv. Keputusan PBN dimaklumkan oleh
(OSC) setelah menerima permohonan
Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam
yang lengkap akan mengambil
kepada pemohon dan agensi-agensi
tindakan merujuk kepada agensi dan
berkaitan.
jabatan teknikal untuk mendapatkan
ulasan ke atas permohonan yang
Carta alir proses permohonan kelulusan
dikemukakan.
dasar adalah seperti di Lampiran D.
iii. Jika cadangan pembangunan tokong,
kuil, gereja dan gurdwara terletak di
Kelulusan Tanah
dalam kawasan yang tidak ada
rancangan tempatan, proses
i. Setelah menerima kelulusan dasar, mengeluarkan notis kepada pemunya
pemohon perlu mengemukakan tanah berjiran di bawah subseksyen
permohonan tanah atau tukar syarat 21(6) Akta 172* perlu dikeluarkan oleh
kegunaan tanah (Seksyen 124, Kanun PBPT.
Tanah Negara) melalui Pentadbir Tanah
Daerah yang berkenaan. iv. Sekiranya terdapat bantahan, PBPT
perlu dalam tempoh 30 hari selepas
ii. Kelulusan permohonan tanah dan tamat tempoh bantahan mendengar
permohonan tukar syarat kegunaan bantahan tersebut (subseksyen 21(7)
adalah di bawah bidangkuasa PBN. Akta 172*).

v. Arahan bertulis kepada pemohon di


bawah subseksyen 21(3) Akta 172*
perlu diberi oleh PBPT sebelum

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 16
Jawatankuasa OSC bermesyuarat. Kelulusan Pelan Bangunan Dan
Pemohon dikehendaki menunaikan Kerja Tanah
syarat-syarat teknikal dan
mengembalikan pelan tersebut kepada
Setelah mendapat kelulusan kebenaran
PBPT dalam tempoh 7 hari atau
merancang, pemohon hendaklah
tempoh lanjutan yang ditentukan oleh
mengambil tindakan mengemukakan
PBPT mengikut subseksyen 21(4) Akta
permohonan kelulusan pelan bangunan dan
172*.
kerja tanah kepada PBT sebagaimana yang
diperuntukkan di dalam Akta Jalan, Parit
vi. Pemohon yang gagal mengembalikan
dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan
pelan yang telah ditunai syarat dalam
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam,
tempoh yang ditetapkan, akan
1984.
disifatkan sebagai telah menarik balik
permohonan.
7.3 Mekanisma Penguatkuasaan
vii. PBPT setelah menerima permohonan
yang telah ditunai syarat akan
Bagi memastikan pembangunan tokong,
membuat persediaan untuk
kuil, gereja, gurdwara dan lain-lain tempat
menyediakan kertas kerja untuk
keagamaan dijalankan secara terancang,
diangkat kepada Mesyuarat
tindakan-tindakan penguatkuasaan yang
Jawatankuasa OSC.
berterusan perlu dilakukan oleh agensi-
agensi berkenaan. Antara tindakan yang
viii. Jawatankuasa OSC dalam mesyuarat
perlu diberi perhatian adalah seperti
ini akan menimbang dan membuat
berikut:
perakuan ke atas permohonan
kebenaran merancang yang
i. PBT dan Pentadbir Tanah Daerah perlu
dikemukakan.
memantau pertumbuhan tempat-
tempat keagamaan di atas tanah
ix. Urusetia OSC akan menyediakan kertas
kerajaan atau di atas tanah milik.
kerja berdasarkan kepada keputusan
Tindakan perlu diambil sekiranya
perakuan Mesyuarat Jawatankuasa
pembinaan bangunan tempat
OSC untuk diangkat kepada Mesyuarat
keagamaan melanggar syarat-syarat
Majlis Penuh PBT untuk mendapat
tanah, perancangan dan bangunan.
kelulusan.
ii. Tempat-tempat pemujaan yang
Carta alir proses permohonan kebenaran
didirikan untuk kegunaan peribadi,
merancang adalah seperti di Lampiran E.
* Nota : Kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
hanya dibenarkan di dalam kawasan
Putrajaya akan disesuaikan dengan peruntukan-peruntukan di
bawah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN TOKONG, KUIL, GEREJA DAN GURDWARA 17
hartanah peribadi dengan saiz yang
tidak `prominent .

iii. Tempat-tempat pemujaan, keramat


atau shrine sementara yang dibina di
tapak projek pembinaan, hendaklah
dirobohkan mengikut tatacara agama
masing-masing sebaik sahaja projek
pembinaan disiapkan.

iv. Perihal berkenaan konflik yang


membabitkan tempat-tempat
keagamaan selain Islam dan urusan
pemindahan atau perobohan tempat
keagamaan selain Islam sedia ada perlu
dirujuk kepada Jawatankuasa Hal Ehwal
Selain Islam (atau Jawatankuasa
seumpamanya) untuk tujuan
perundingan bagi mengelakkan
sebarang permasalahan yang tidak
diingini.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


LAMPIRAN A

CONTOH PENGIRAAN KAWASAN TADAHAN DAN JEJARI


BAGI KAWASAN TADAHAN UNTUK KUIL HINDU DI KAWASAN BANDAR

Georgetown, Pulau Pinang Nota :


Andaian komposisi penganut agama
Berdasarkan nisbah 1 tempat Hindu di Georgetown, Pulau Pinang
keagamaan : 2,300 orang penganut adalah 7.5% daripada penduduk di
agama (bersamaan 500 unit rumah Georgetown, Pulau Pinang.
penganut agama). Densiti purata perumahan di
Georgetown, Pulau Pinang adalah
Langkah 1: 65unit/hektar.
Saiz isirumah semasa adalah 4.6
Pengiraan keluasan kawasan tadahan
orang/isi rumah
bagi 1 Kuil Hindu di kawasan
Georgetown, Pulau Pinang :

2,300 Langkah 2:
A=
Cr x D x Hs Pengiraan jejari (radius) bagi kawasan
tadahan bagi 1 Kuil Hindu di
Georgetown, Pulau Pinang:
2,300
A=
(7.5/100) x 65 x 4.6 A x 10,000
r=
A = 103 hektar

Di mana,
A = Kawasan tadahan bagi 1 Kuil
Hindu di Georgetown, Pulau 103 x 10,000
r=
Pinang (hektar).
3.142
Cr = Komposisi penganut agama
Hindu di Georgetown, Pulau
Pinang (%). r = 572.5 meter
D = Densiti perumahan di
Georgetown, Pulau Pinang
(unit/hektar).
Hs = Saiz isirumah semasa.
Di mana,
r = jejari (radius) bagi kawasan
tadahan bagi 1 Kuil Hindu di
Georgetown, Pulau Pinang
(m)
= 3.142

Nota :
1 hektar = 10,000 m2.
Kawasan bandar adalah merujuk
kepada takrifan bandar di dalam
Kajian Profil Bandar, JPBD.

103 hektar

2,300 penganut
agama Hindu
Kuil
Hindu

572.5 m

Rumusan:
Kawasan tadahan bagi 1 Kuil Hindu di
Georgetown, Pulau Pinang adalah 103
hektar dengan 572.5 meter jejari.
Dengan ini, secara purata 1 Kuil Hindu
perlu disediakan bagi setiap 103 hektar
pembangunan di Georgetown, Pulau
Pinang.
LAMPIRAN B

CONTOH PENGIRAAN KAWASAN TADAHAN DAN JEJARI


BAGI KAWASAN TADAHAN UNTUK KUIL HINDU DI KAWASAN LUAR BANDAR

Kemasik, Terengganu Nota :


Andaian komposisi penganut agama
Berdasarkan nisbah 1 tempat Hindu di Kemasik, Terengganu
keagamaan : 1,000 penganut agama. adalah 0.005% daripada penduduk
di Kemasik, Terengganu.
Langkah 1: Densiti purata perumahan di
Kemasik, Terengganu adalah
Pengiraan keluasan kawasan tadahan 22unit/hektar.
bagi 1 Kuil Hindu di kawasan Kemasik,
Saiz isirumah semasa adalah 4.6
Terengganu :
orang/isi rumah.
1,000
A=
Cr x D x Hs Langkah 2:

Pengiraan jejari (radius) bagi kawasan


1,000 tadahan bagi 1 Kuil Hindu di Kemasik,
A= Terengganu:
(0.005/100) x 22 x 4.6

A = 197,628 hektar A x 10,000


r=
Di mana,
A = Kawasan tadahan bagi 1 Kuil
Hindu di Kemasik, Terengganu
(hektar).
Cr = Komposisi penganut agama 197,628 x 10,000
r=
Hindu di Kemasik, Terengganu
3.142
(%).
D = Densiti perumahan di Kemasik,
Terengganu (unit/hektar). r = 25,080 meter
Hs = Saiz isirumah semasa.
Di mana, tersebut dalam lingkungan jejari 20km
r = jejari (radius) bagi kawasan atau ½ jam perjalanan kenderaan, 1
tadahan bagi 1 Kuil Hindu di Kuil Hindu baru boleh dipertimbangkan
Kemasik, Terengganu (m)
untuk disediakan di pusat bandar atau
= 3.142
Nota : pusat kejiranan di Kemasik yang paling
1 hektar = 10,000 m2 hampir dengan kawasan kediaman
penganut agama Hindu, tertakluk
kepada permintaan daripada penganut
agama Hindu.

197,628 hektar

1,000 penganut
agama Hindu
Kuil
Hindu

25,080 m

Rumusan:
Kawasan tadahan bagi 1 Kuil Hindu di
Kemasik, Terengganu adalah 197,628
hektar dengan 25,080 meter (25.08km)
jejari. Dengan ini, secara purata 1 Kuil
Hindu perlu disediakan bagi setiap
125,680 hektar pembangunan di
Kemasik (andaian 20km adalah jarak
toleransi perjalanan kenderaan ke
tempat keagamaan). Meskipun tidak
iaitu 1,000
penganut agama Hindu sepertimana
yang ditetapkan untuk kawasan luar
bandar dan tidak terdapat Kuil Hindu
yang berkapasiti dapat menampung
bilangan penganut agama Hindu
LAMPIRAN C

CARTA ALIR PERANCANGAN


TOKONG, KUIL, GEREJA, GURDWARA DAN LAIN-LAIN TEMPAT KEAGAMAAN

PENYEDIAAN RANCANGAN
TEMPATAN

Sektor Sektor Sektor Sektor Sektor


Perumahan
Sektor
Perdagan Perindustr Sektor Penduduk Pengangk Alam Lain-lain
gan ian
& Sosio-Ekonomi utan Sekitar

Komposisi Penduduk Unjuran Komposisi


Mengikut Agama Penduduk Mengikut
Semasa Agama
- Seluruh tempoh
perlaksaan
rancangan tempatan.
- Mengikut tempoh
perancangan tertentu
(berkala).

Mengikut Blok
Penentuan Bilangan Tokong, Kuil, Gereja, Perancangan (BP)/
Gurdwara dan Lain-lain Tempat Keagamaan Blok Perancangan
Kecil (BPK)

Penentuan Lokasi Tokong, Kuil, Gereja, Gurdwara dan


Lain-lain Tempat Keagamaan
- Secara atau sekurang-kurangnya
penandaan secara simbol di dalam Peta
Cadangan Rancangan Tempatan
LAMPIRAN D

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN KELULUSAN DASAR


BAGI PEMBANGUNAN TEMPAT KEAGAMAAN SELAIN ISLAM

Pemohon perlu mengemukakan


kertas cadangan dan dokumen-
Pemohon dokumen berkaitan.

Tidak

Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Jawatankuasa Teknikal Penelitian


(atau Jawatankuasa seumpamanya) Jabatan-Jabatan teknikal dan
Perakuan
tertentu

Ya

Pertimbangan
Pihak Berkuasa Negeri dan
Kelulusan Dasar

Jawtankuasa Hal Ehwal Selain Islam


Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (atau Jawatankuasa seumpamanya)
memaklumkan keputusan
(atau Jawatankuasa seumpamanya) permohonan kelulusan dasar
kepada pemohon

Pemohon
LAMPIRAN E

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG


BAGI PEMBANGUNAN TEMPAT KEAGAMAAN SELAIN ISLAM
1 No. Proses
1 Terima permohonan
Semakan dokumen
2
Rujuk rancangan pemajuan
2
3 Lengkap?
3a Minta dokumen/ maklumat tambahan
Mendaftar / buka fail/ pelan charting / semakan
Tidak 4
3a 3 terperinci
5 Rujukan dan ulasan jabatan teknikal
Ya Notis bertulis kepada pemunya tanah berjiran
5a
(dihantar dengan tangan)
4 5b Bantahan ?
Mendengar bantahan oleh Jawatankuasa
5c Mendengar Bantahan dalam tempoh 30 hari
** Jika tiada RT selepas tamat tempoh bantahan
5a 5
Rujuk Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (atau
6
Jawatankuasa seumpamanya) untuk perakuan
6a rujuk JPN untuk arahan
6 7 Penyelarasan Syarat Teknikal oleh Urusetia OSC
8 Arahan bertulis kepada pemohon
Pemohon meminda rancangan / tunai syarat dan
9
menyampaikan semula kepada PBPT
Tiada Permohonan Kebenaran Merancang dianggap
5b 6a 9a ditarik balik jika tidak disampaikan dalam tempoh 7
hari atau tempoh yang dilanjutkan
Ada 10 Pertimbangan permohonan oleh OSC
Penyediaan kertas kerja untuk diangkat ke Majlis
11
Penuh
5c Keputusan 7 Pengesahan Keputusan Majlis Penuh PBT /
12 Pengarah Negeri ke atas permohonan Kebenaran
Merancang
Keputusan diedarkan kepada:
8 i. Pemohon iv. PTG
13
ii. Pembantah v. Jabatan Teknikal
iii. JPBD
Tidak
9a 9
Ya

10

11

12

13
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pengarah
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia

Tel: 03-26992233
Faks: 03-26941639
Email: bpp@townplan.gov.my
Laman web: www.townplan.gov.my
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai