Anda di halaman 1dari 8

KOD ETIKA PERNIAGAAN DAN TATAKELAKUAN

PENGARAH DAN PEKERJA


NYM MAJU JAYA SDN BHD
PENGENALAN

NYM MAJU JAYA SDN BHD termasuk para afiliat dan entiti berkaitan, komited untuk
mengekalkan keyakinan dan kepercayaan orang awam dengan sepenuhnya. Reputasi
NYM MAJU JAYA SDN BHD sebagai syarikat yang adil, jujur dan berintegriti
sememangnya telah dikenali ramai dan merupakan aset korporat kami yang paling
bernilai. Kami menyedari bahawa reputasi kami bergantung kepada pematuhan
pekerja kepada standard tatakelakuan beretika dan profesionalisme yang paling
tinggi dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka. Tanpanya, kami mungkin tidak
berpeluang untuk menempa sejarah gemilang dalam industri yang kami ceburi.

Kod Etika Perniagaan dan Tatakelakuan Pekerja (“Kod”) menggariskan ringkasan


standard yang sering diguna pakai oleh Syarikat, pihak pengurusannya dan para
pekerjanya. Kod ini disusun untuk mempromosikan nilai-nilai dan prinsip yang
terkandung di dalamnya serta menghalang berlakunya sesuatu salah laku. Kod ini
penting bagi memastikan agar semua pekerja kami - serta masyarakat secara amnya
– tahu mengenai standard yang kami telah tetapkan untuk diri kami sendiri. Setiap
pekerja bertanggungjawab untuk mematuhi Kod, dan kegagalan untuk berbuat
demikian boleh menyebabkan pelakunya dikenakan tindakan disiplin yang mungkin
termasuk pemecatan, dan kes sedemikian boleh dirujuk kepada pihak-pihak
berkuasa yang berkaitan dan badan-badan kawal selia yang lain, di mana perlu. Bagi
apa-apa bentuk tatakelakuan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Kod ini,
pekerja diarahkan untuk berbincang dengan penyelia mereka atau wakil Bahagian
Undang-Undang atau Pematuhan yang bersesuaian, namun pada akhirnya, mereka
berkewajipan untuk menggunakan pertimbangan yang baik dan bertindak sejajar
dengan semangat, prinsip dan nilai-nilai yang termaktub dalam Kod.

UNDANG-UNDANG & PERATURAN YANG MENTADBIR

Objektif NYM MAJU JAYA SDN BHD adalah untuk memberikan nilai dan
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami di samping memaksimumkan
pengalaman dagangan mata wang asing. Walau apa pun, Syarikat sentiasa
mengutamakan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan berbanding
keuntungan. Semasa melaksanakan urusan perniagaan, kita hendaklah sentiasa
mematuhi segala undang-undang dan peraturan berkaitan.

NILAI-NILAI ETIKA TERAS

INTEGRITI

NYM MAJU JAYA SDN BHD menyedari bahawa kejayaan kami bergantung kepada
integriti Syarikat berserta keyakinan dan kepercayaan orang awam terhadap
keutuhan reputasi ini. Kami menghormati kepentingan para pelanggan kami,
menepati komitmen kami, dan telus untuk hanya menjanjikan apa yang kami dapat
penuhi.
JUJUR

NYM MAJU JAYA SDN BHD telah menetapkan satu syarat am untuk bahawa sebarang
komunikasi tidak boleh memperdaya atau mengelirukan orang awam. NYM MAJU
JAYA SDN BHD percaya bahawa kesungguhan untuk berlaku jujur tidak sepatutnya
dibuat hanya untuk mematuhi undang-undang; sebaliknya, ia hendaklah disemai
sebagai satu prinsip untuk meningkatkan perlindungan pelabur agar setiap langkah
dapat diambil bagi memastikan komunikasi dengan pelanggan dan kandungan
bahan-bahan promosi adalah tepat dan lengkap. Maklumat yang tepat dan lengkap
membolehkan pelabur membuat keputusan bijak dan oleh yang demikian, sebarang
pernyataan hendaklah disusun dengan sempurna untuk mengelakkan kekeliruan
atau salah tanggapan.

SAKSAMA

NYM MAJU JAYA SDN BHD komited untuk memberikan layanan yang sama seperti
layanan yang kami ingin terima kepada setiap orang yang berurusan dengan kami.
Kami mengaplikasikan pendekatan ini dengan cara yang konsisten tanpa sebarang
diskriminasi; daripada pelabur syarikat gergasi hinggalah kepada pemegang akaun
individu kami.

Kami bersaing dengan agresif untuk melebarkan aset dan perniagaan kami secara
keseluruhannya, namun ia dilakukan dengan adil, beretika dan melalui cara yang
sama sekali tidak melanggar segala undang-undang dan peraturan berkaitan, serta
nilai-nilai dan prinsip yang termaktub dalam Kod ini.

BERTANGGUNGJAWAB

NYM MAJU JAYA SDN BHD terkenal sebagai sebuah syarikat yang memenuhi
komitmen dan tanggungjawabnya terhadap para pelanggan kami, pekerja, pembekal
perkhidmatan, pihak-pihak berkuasa, badan kawal selia, firm-firma lain, pihak media
dan masyarakat. Kepada pelanggan, kami komited untuk membekalkan produk dan
perkhidmatan kami dengan cekap, inovatif dan konsisten dengan keperluan mereka,
serta menyediakan persekitaran perdagangan yang ideal, lancar, boleh diyakini,
mudah dan menguntungkan daripada segi harga dan kualiti. Kepada pekerja, kami
menawarkan jawatan yang mencabar dalam persekitaran profesional dan mesra di
samping peluang sama rata untuk mendorong pembangunan profesional
berdasarkan prestasi. Kepada pembekal perkhidmatan, kami berhasrat untuk
membina hubungan yang dapat memanfaatkan semua pihak sambil
mempromosikan prinsip-prinsip Kod sepanjang proses tersebut. Kepada badan kawal
selia, kami berazam untuk mematuhi dan mengikuti sepenuhnya semua undang-
undang, peraturan, syarat yang berkaitan dan standard amalan perniagaan yang
baik. Kami sekali-kali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang
melanggar undang-undang dan peraturan demi memperoleh keuntungan;
sebaliknya, kami menawarkan kerjasama dan bantuan sepenuhnya kepada pihak-
pihak berkuasa dan badan kawal selia bagi mengukuhkan perlindungan pelabur.
Kepada firma-firma lain, kami komited untuk melaksanakan amalan perniagaan dan
persaingan yang beretika dan adil dengan membekalkan produk dan perkhidmatan
yang lebih baik kepada pelanggan. Kepada pihak media, kami sentiasa bersedia
untuk menyediakan liputan dan objektif yang tepat mengenai perniagaan kami.
Sebagai ahli masyarakat secara amnya, kami menawarkan sokongan kepada pelbagai
organisasi dan institusi yang didedikasikan untuk tujuan sosial, amal, pendidikan,
kemanusiaan dan kebudayaan. Kami komited untuk terus menjadi ahli korporat yang
prihatin, bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang.

CEKAP

Dengan membuat pelaburan yang banyak daripada aspek masa, tenaga dan wang
untuk membangunkan produk dan perkhidmatan tukaran wang asing yang
dipertingkatkan, NYM MAJU JAYA SDN BHD telah berjaya menggondol pengiktirafan
dunia sebagai peneraju dalam perdagangan mata wang dalam talian. Hasilnya,
volum dagangan kami hampir tidak dapat ditandingi dalam industri ini, dan ia juga
memudahkan kami untuk mewujudkan jalinan kerjasama yang mapan dengan
pelbagai pembekal kecairan terbesar dunia, termasuk bank-bank di seluruh dunia,
institusi kewangan dan pemain industri yang lain.
NILAI PROFESIONAL TERAS: AMALAN PERNIAGAAN

PEMATUHAN KEPADA PERATURAN

NYM MAJU JAYA SDN BHD mengiktiraf pentingnya semua undang-undang,


peraturan, syarat, polisi dan standard yang berkenaan—sama ada dalaman atau
luaran—dan pematuhan yang sempurna. Kami komited untuk mengekalkan disiplin
pengurusan dan persekitaran kawalan dan mematuhi peraturan.

USAHA WAJAR

NYM MAJU JAYA SDN BHD melaksanakan usaha-usaha wajar bagi memastikan kami
mengenali siapa pelanggan kami dan melaksanakan transaksi menurut semua
undang-undang, peraturan dan syarat. Semua pekerja dikehendaki mematuhi polisi
dan mengenalpastian Pelanggan dan Polisi Kenali Pelanggan Anda.

KOMUNIKASI

Polisi NYM MAJU JAYA SDN BHD menetapkan bahawa segala komunikasi daripada
pihak kami hendaklah lengkap, saksama, benar, tepat pada masanya dan boleh
difahami. Polisi ini terpakai untuk semua komunikasi dengan pihak-pihak berkuasa,
badan kawal selia, pekerja, pelanggan dan pihak media. Semua pekerja yang terlibat
dalam proses pendedahan maklumat kami (termasuk pihak pengurusan atasan)
bertanggungjawab untuk mendokong polisi ini. Secara khususnya, individu-individu
ini perlu sentiasa membiasakan diri dengan keperluan pendedahan yang berkenaan,
dan mereka dilarang daripada sengaja memberikan gambaran yang salah, tidak
mengendahkan atau menyebabkan orang lain memberikan gambaran yang salah
atau tidak mengendahkan fakta-fakta material kepada orang lain, sama ada di dalam
atau di luar Syarikat. Mereka yang bertindak selaku penyelia dalam proses
pendedahan ini wajib melaksanakan tugas mereka dengan rajin dan tekun.

BUKU & REKOD

Semua rekod NYM MAJU JAYA SDN BHD berkaitan transaksi dan tanggungjawab
kami terhadap akaun pelanggan perlu dicatatkan dengan lengkap, benar dan tepat
pada masanya. Kami mengekalkan sistem kawalan perakaunan dalaman yang teliti
bagi menjamin kebolehpercayaan dan memastikan kecukupan rekod akaun
pelanggan kami serta laporan penyenggaraan yang akan dijanakan. Semua rekod
disimpan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan
berkaitan.
AUDIT

NYM MAJU JAYA SDN BHD komited untuk melaksanakan proses audit dalaman dan
luaran yang bebas, cekap dan efisien bagi menyokong proses-proses operasi kami di
samping membantu kami mengenal pasti dan menangani sebarang isu perakaunan,
kawalan perakaunan dalaman atau audit. Para pengurus kami bekerjasama penuh
dengan pihak juruaudit untuk mencapai dan melaksanakan strategi penyelesaian
dengan cekap dan tepat pada masanya.

KERAHSIAAN

NYM MAJU JAYA SDN BHD mengaplikasikan instrumen yang sesuai bagi mengawal
dan memantau pemindahan maklumat sulit dan sensitif di dalam dan di luar
Syarikat, sekiranya perlu sahaja dan dengan sebaik mungkin. Kami tidak akan sengaja
mendedahkan maklumat bukan umum berhubung perniagaan kami, pelanggan kami
ataupun pekerja kami, melainkan jika ianya berkait dengan penghantaran
perkhidmatan kepada pelanggan kami, apabila diminta oleh pelanggan kami, atau
sepertimana dikehendaki oleh undang-undang.

KETELUSAN

NYM MAJU JAYA SDN BHD berusaha untuk mengekalkan dialog yang telus dan
terbuka dengan para pelanggan kami dan pihak-pihak lain, berdasarkan prinsip
kesaksamaan, saling hormat-menghormati dan profesionalisme.

PENGURUSAN RISIKO

NYM MAJU JAYA SDN BHD menasihatkan pelanggan untuk bertindak secara bijak,
berdisiplin dan berpengetahuan dalam mengambil risiko. Bagi pihak kami, segala
risiko sentiasa dipantau, dikawal dan diuruskan berdasarkan prinsip pematuhan
kepada rangka kerja perundangan dan peraturan yang sewajarnya serta instrumen,
prosedur dan proses kelulusan pengurusan.

PENINGKATAN BERTERUSAN

Walaupun Kod ini tidak mewujudkan kewajipan yang akan mengikat NYM MAJU
JAYA SDN BHD secara sah atau memberikan pemilikan sah kepada pekerja kami atau
orang lain, kami sentiasa aktif menyemak prestasi lampau kami dan berusaha untuk
mematuhi prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang dinyatakan di sini.

NILAI-NILAI PROFESIONAL TERAS: AMALAN PENGGAJIAN


KOMITMEN NYM MAJU JAYA SDN BHD TERHADAP KECEMERLANGAN PEKERJA &
PELUANG

SAMA RATA

NYM MAJU JAYA SDN BHD berhasrat untuk mewujudkan dan mengekalkan
persekitaran profesional yang dapat menarik, membangunkan dan mengekalkan
individu cemerlang. Kami menawarkan peluang sama rata, tanpa mengira bangsa,
negara asal, keturunan, jantina, kecenderungan seksual, agama, umur, ketakupayaan
fizikal, masalah perubatan atau kehamilan. Kami tidak akan bertolak-ansur dengan
sebarang bentuk perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti diskriminasi,
gangguan, serangan atau tindakan balas. Pekerja dinasihatkan merujuk kepada Buku
Panduan Pekerja untuk polisi gangguan dan prosedur laporan kami yang lengkap.

PELANGGARAN

Kami akan membuat penilaian sama ada pelanggaran Kod telah berlaku dan, jika
demikian, menentukan sama ada langkah-langkah disiplin perlu diambil terhadap
pelaku dan orang-orang lain yang terlibat dalam kesalahan tersebut. Langkah-
langkah disiplin ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kaunseling,
teguran lisan atau bertulis, amaran, tempoh percubaan atau penggantungan kerja
tanpa gaji, penurunan pangkat, pengurangan ganjaran, pemecatan, restitusi dan
tindakan undang-undang.

Kami mungkin akan mengetepikan peruntukan Kod ini dalam beberapa situasi
tertentu. Sebarang pengetepian Kod boleh diluluskan hanya dalam situasi terkecuali,
selepas semakan pihak pengurusan. Mana-mana pekerja yang percaya bahawa dia
berhak memperoleh pengetepian hendaklah membincangkan perkara tersebut
dengan Kaunsel Am kami dan/atau Ketua Pegawai Pematuhan.
TANGGUNGJAWAB PEKERJA

PEMATUHAN

Setiap pekerja NYM MAJU JAYA SDN BHD bertanggungjawab untuk mematuhi semua
undang-undang, peraturan, syarat serta polisi dalaman NYM MAJU JAYA SDN BHD,
termasuk prinsip-prinsip yang termaktub dalam Kod ini. Tanggungjawab ini
menghendaki pekerja membiasakan diri dengan undang-undang, peraturan, syarat,
garis panduan, manual dan amalan perniagaan terbaik yang baharu yang berkaitan
dengan tugas mereka, dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

FOKUS KEPADA PELANGGAN

Kami terus aktif melaksanakan inisiatif untuk menonjolkan keistimewaan kami serta
menandingi syraikat-syarikat lain dalam aspek khidmat pelanggan. Kami
menghendaki dan menggalakkan para pekerja kami untuk menyemai pendekatan
berteraskan pelanggan, dan untuk melayan pelanggan kami dengan penuh adab,
profesionalisme dan rasa hormat.

KERJA BERPASUKAN

Kami menghendaki para pekerja kami bertindak sebagai satu pasukan dan berusaha
sedaya-upaya untuk mencapai matlamat yang sama.

KEJUJURAN

Kami menghendaki pekerja kami bertindak dengan niat yang baik, teliti, cekap, mahir
dan tekun pada setiap masa, dan tanpa memberikan sebarang gambaran yang salah
mengenai fakta-fakta material.

Anda mungkin juga menyukai