Anda di halaman 1dari 2

A(2 drp 5)

1. Gambar Sang kancil 2. Gambar Sang Kancil 3. Gambar Sang Kancil sedang
sedang minum air di sebatang menangis di tebing sungai. berdialog dengan Buaya
sungai. Matahari sedang
memancar dengan terik.

4. Gambar sedulang makanan 5. Gambar Sang Kancil 6. Gambar Sang Kancil


berlaukan ayam golek melompat di atas buaya berjalan menuju ke sebatang
menyeberangi sungai pokok pisang yang sedang
masak ranum

Berdasarkan gambar di atas susun semula ayat-ayat di bawah supaya


menjadi sebuah karangan.

Setelah penat berfikir cara untuk menyeberangi sungai


itu, akhirnya Sang Kancil mendapat satu akal. Sang Kancil
berpura-pura menangis sekuat-kuat hati.

Mendengar sahaja perkataan jamuan makan semua


buaya timbul dan berbaris dipermukaan sungai tanpa banyak
soal. Sebaik sahaja buaya berbaris, Sang Kancil berpura-pura
melompat di belakang buaya sambil mengira ke arah seberang
sungai.

Cuaca hari itu agak panas. Semasa Sang Kancil pergi ke


tebing sungai untuk melepaskan dahaga, tiba-tiba dia
ternampak setandan pisang yang sedang masak ranum di
seberang sungai.

Setibanya di seberang sungai, Sang Kancil mengucapkan


terima kasih kepada Sang Buaya lalu bergegas mendapatkan
pisang idamannya.

Sebaik sahaja mendengar suara tangisan Sang Kancil,


beberapa ekor buaya timbul di permukaan air. Sang Buaya
yang kehairanan bertanya kepada Sang Kancil sebab Sang
Kancil menangis.

Sang Kancil memberitahu Sang Buaya bahawa dia


menangis kerana takut dimarahi Nabi Sulaiman. Dia akan
dimarahi jika gagal mengira bilangan buaya yang mahu
dijemput menghadiri jamuan makan.
Cadangan Jawapan

Kisah Sang Kancil dan Sang Buaya

Cuaca hari itu agak panas. Semasa Sang Kancil pergi ke tebing
sungai untuk melepaskan dahaga, tiba-tiba dia ternampak setandan
pisang yang sedang masak ranum di seberang sungai.

Setelah penat berfikir cara untuk menyeberangi sungai itu,


akhirnya Sang Kancil mendapat satu akal. Sang Kancil berpura-pura
menangis sekuat-kuat hati.

Sebaik sahaja mendengar suara tangisan Sang Kancil, beberapa


ekor buaya timbul di permukaan air. Sang Buaya yang kehairanan
bertanya kepada Sang Kancil sebab Sang Kancil menangis.

Sang Kancil memberitahu Sang Buaya bahawa dia menangis


kerana takut dimarahi Nabi Sulaiman. Dia akan dimarahi jika gagal
mengira bilangan buaya yang mahu dijemput menghadiri jamuan
makan.

Mendengar sahaja perkataan jamuan makan semua buaya timbul


dan berbaris dipermukaan sungai tanpa banyak soal. Sebaik sahaja
buaya berbaris, Sang Kancil berpura-pura melompat di belakang buaya
sambil mengira ke arah seberang sungai.

Setibanya di seberang sungai, Sang Kancil mengucapkan terima


kasih kepada Sang Buaya lalu bergegas mendapatkan pisang
idamannya.

Anda mungkin juga menyukai