Anda di halaman 1dari 1

OSMAN BIN JAFFAR

UNIT PSSTV SK TUNKU KURSHIAH,


KM2 JALAN TAMPIN,
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan Darul Khusus

Ketua Bahagian Rancangan (RTM N9) 15 September 2022


Radio Televisyen Malaysia
Negeri Sembilan,

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN ALATAN, TENAGA PENGAJAR SERTA BIMBINGAN DALAM


BIDANG PENYIARAN RADIO DAN TELEVISYEN
Saya seperti nama di atas dan ahli-ahli jawatankuasa PSSTV (Pusat Sumber Sekolah TV) bakal melaksanakan
satu program penyiaran yang berpusatkan suasana berkaitan isu-isu disekitar sekolah dibawah pemantauan
Pusat Pendidikan Daerah Kuala Pilah.
2. Kami ahli-ahli jawatankuasa akan bertindak sebagai fasilitator kepada murid-murid terpilih yang
mempunyai bakat dan minat dalam bidang penyiaran seperti kewartawanan, jurnalist, cameraman, boomman,
manakala editor video dan penyediaan skrip juga terdiri dari kalangan ahli jawatankuasa sendiri.
3. Sehubungan dengan itu, kami amat memerlukan sedikit sumbangan dari segi bimbingan dan tunjuk
cara dari pihak tuan yang sangat berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang ini.
4. Kami juga memerlukan bantuan dari segi peralatan sekiranya pihak tuan ada memiliki peralatan
lama yang masih berfungsi yang tidak digunakan lagi.
5. Pihak kami juga mengalu-alukan jemputan lawatan sambal belajar ke RTM bagi menerapkan minat
yang lebih mendalam pada diri murid-murid yang masih dalam proses penyerapan ilmu dan masih tercari-cari
kebolehan diri masing-masing.
6. Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami serta memberikan kami
jawapan yang jelas berkaitan permohonan kami ini. Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada
pihak tuan walau apapun keputusan yang bakal pihak tuan putuskan.

Sekian, terima kasih.

……………………………………………
Osman bin Jaffar
PENASIHAT PSSTV SKTK 2022

Anda mungkin juga menyukai