Anda di halaman 1dari 5

KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR

LAPORAN & PEMBENTANGAN BERKUMPULAN

KOD KURSUS : DSM2163


NAMA KURSUS : PENGURUSAN KEWANGAN
PROGRAM/SEM : DSM/04/SESI FEBRUARI/MAC 2023
DUE DATE : (MINGGU 7: 15/4/2023, SABTU, 5.00 ptg )

OBJEKTIF
Sebagai latihan tambahan yang berbentuk soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang
membantu pelajar untuk lebih mahir mengaplikasi formula dan memahami kehendak
soalan. Pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kerja dalam
kumpulan di samping keupayaan menganalisa penyata kewangan syarikat dan membuat
keputusan kewangan berkaitan melalui pembentangan yang dilakukan. Di akhir semester
diharapkan melalui tugasan ini hasil pembelajaran kursus 2 dan 3 tercapai.

ARAHAN :
1. Tugasan akan dinilai secara berkumpulan.
2. Tugasan merangkumi topik 2 sahaja (Analisis Kewangan)
3. Jawapan tugasan mestilah bertaip dan akan dibentangkan dalam bentuk slaid
Power Point
4. Untuk soalan teori – pastikan ada huraian jawapan.
5. Keseluruhan tugasan ini menyumbang 10% (5% untuk laporan : slaid) dan 5% untuk
pembentangan) daripada keseluruhan penilaian berterusan kursus.
6. Tempoh tugasan – 4 minggu. Penghantaran tugasan – di muatnaik di folder tugasan
berkumpulan di E-LEARNING. Penghantaran tugasan melepasi tarikh yang
ditetapkan akan ditolak markah.
7. Sila nyatakan sekurang-kurangnya tiga (3) rujukan yang digunakan dan rujuk rubrik
yang disediakan sebagai panduan penyedian slaid dan jawapan tugasan.

1
Arahan : Jawab SEMUA soalan. (Tunjukkan semua jalan kerja)
SOALAN 1 (25 markah)

ABDUH BERHAD
KUNCI KIRA-KIRA PADA 30 JUN 2019
RM RM
Tunai 30,000 Akaun Belum Bayar 50,000
Sekuriti boleh pasar 20,000 Belanja terakru 70,000
Akaun Belum Terima 50,000 Cukai terakru 20,000
Belanja terdahulu 15,000 Pinjaman jangka panjang 40,000
Inventori 75,000
Saham biasa 60,000
Bangunan dan Tanah 100,000 Perolehan Tertahan 50,000
(bersih)

JUMLAH ASET 290,000 JUMLAH LIABILITI & EKUITI 290,000

ABDUH BERHAD
PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR 30 JUN 2019
RM
Jualan (100% Kredit) 170,000
Tolak : Kos barang dijual 100,000
Untung kasar 70,000
Tolak : Belanja jualan 33,000
Pendapatan sebelum cukai dan faedah 37,000
Tolak : Faedah 7,000
Pendapatan sebelum cukai 30,000
Tolak : Cukai 12,000
Pendapatan selepas cukai 18,000

NISBAH KEWANGAN ABDUH BHD. 2018

Nisbah semasa 1.60 kali Nisbah hutang 60.0%


Nisbah cepat 1.20 kali Tempoh purata kutipan 106 hari
Pusingganti inventori 2.00 kali Pulangan atas aset 6.20%
Margin untung bersih 16.70% Tampungan bunga 7.0 kali

2
Berdasarkan penyata kewangan di atas:

a) Kirakan nisbah kewangan bagi Abduh Berhad berserta komen prestasi syarikat
berbanding purata industri. (12 markah)

b) Berdasarkan empat (4) kategori nisbah di atas, berikan penilaian prestasi


kewangan syarikat berbanding tahun 2018.

(6 markah)

c) Anda adalah pengawai kredit dari Bank Perdana Malaysia. Jika syarikat Abduh
ada membuat permohonan pembiayaan dari bank dan berdasarkan analisis
kewangan di atas, wajarkah kemudahan pembiayaan ditawarkan kepada
syarikat ini. Apakah justifikasi anda? (5 markah)

d) Terangkan dua (2) kelemahan analisis kewangan. (2 markah)

3
SOALAN 2 (25 markah)

ASYEEK BERHAD
KUNCI KIRA-KIRA PADA 30 APRIL 2015
RM RM
Tunai 50,000 Akaun Belum Bayar 100,000
Sekuriti Boleh Pasar 60,000 Belanja Terakru 80,000
Akaun Belum Terima 150,000
Belanja Terdahulu 315,000 Pinjaman Jangka Panjang 550,000
Inventori 390,000
Saham Biasa 1,050,000
Loji dan peralatan 881,500 Perolehan Tertahan 66,500
(bersih)

JUMLAH ASET 1,846,500 JUMLAH LIABILITI & EKUITI 1,846,500

ASYEEK BERHAD
PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR 30 APRIL 2015
RM
Jualan 2,450,000
Tolak : Kos barang dijual 858,000
Untung kasar 1,592,000
Tolak : Belanja jualan 532,000
Pendapatan sebelum cukai dan faedah 1,060,000
Tolak : Faedah 64,000
Pendapatan sebelum cukai 996,000
Tolak : Cukai 232,000
Pendapatan selepas cukai 764,000

NISBAH PURATA INDUSTRI

Nisbah semasa 4.99 kali Nisbah hutang 39.8%


Nisbah cepat 1.33 kali Tempoh purata kutipan 25 hari
Pusing ganti inventori 2.21 kali Pulangan atas aset 40.9%
Margin untung bersih 29.3% Tampungan faedah 16.57 kali

4
Berdasarkan penyata kewangan di atas:

a. Kirakan nisbah kewangan bagi Asyeek Berhad bagi tahun 2015 berserta komen,
prestasi syarikat berbanding purata industri. (12 markah)

b. Jika anda adalah salah seorang pembekal kepada Asyeek Bhd, berdasarkan
nisbah hutang dan keberuntungan syarikat, wajarkah anda terus menawarkan
kemudahan kredit kepada syarikat ini pada masa akan datang? Berikan justifikasi
keputusan anda. (8 markah)

c. Mengapakah yang berikut dikatakan sebagai pihak yang mempunyai kepentingan


terhadap sesebuah syarikat?
i. Pelabur (pemegang saham) ii. Pekerja (5 markah)

SOALAN TUGASAN BERKUMPULAN DSM2163_MAC2023 TAMAT

Anda mungkin juga menyukai